Monday, August 14, 2017

Pattaya - Bangkok, Thailand

Alhamdulillah
Allah izinkan ziarah Thailand 
Ini pertama kali menjejakkan kaki dibumi Siam
Bercuti berdua dengan Kak Lina

13 August flight 9.05am dr KLIA ke Suvarnabhumi Airport
Sampai airport Bangkok kami naik train City Line ke Phaya Thai station, an Interchange station to Ekkamai
Kemudian naik bas ke Pattaya di Eastern Bus Terminal Ekkamai
Sampai Pattaya dah petang
Terus check in dekat Best Bella Pattaya Hotel

Hotel ni actually x berapa jauh dari Pattaya Bus Station
Tapi disebabkan dukung begpack 40L
Dan aku bukan orang yang gagah
Kami naik grabcar
Terlebih dulu kami beli simkad Thai dengan harga 400Baht untuk unlimited internet
So senang nak guna grab and google apa yang patut

Alhamdulillah perjalanan kami Allah jadikan semuanya mudah
Dari KL ke Bangkok dan ke Pattaya
Kami naik flight, naik train, naik bas dan naik kereta
Malam memang totally flat
Tujuan cari hotel dekat pantai nak jalan2 di tepian pantai
Tapi aku kena migrain
Lepas keluar makan malam tu terus balik hotel
Mandi, makan ubat dan tido

Bangun pagi ni still sakit kepala
Sebab x bawa ubat migrain
So makan la actifast tu yg x berapa nak fast untuk orang ada migrain

So pagi ni kami ke Mini Siam
Monumen2 kecil
Eiffel Tower, London Tower Bridge, Statue of Liberty dan ada a few lagi Europe punya building
Kebanyakkan adalah building Thai sendiri
Kami sampai dalam 9am 
Tapi cuaca panas ya Allah
Sakit kepala kembali menyerang
Selesai jamu mata dengan monumen yang ada dan lencun dengan peluh
Kami naik grab ke Pattaya Bus Station untuk kembali ke Bangkok
X sampai 24 jam di Pattaya 😂

Sampai Bangkok makan dulu di kedai Ali Selatan yang ramai maklumkan sedap dan murah
Kena naik BTS ke Ratchathewi untuk ke Petchaburi Soi 7
Ada masjid dan deretan kedai Halal
Bagi aku, x sedappun makan kat situ
Dari segi harga x boleh nak kata murah ke tidak
Sebab belum cuba lagi makan tempat lain
Kita tengok esok dan lusa macam mana

Di Bangkok kami duduk di The Bedroom Boutique
5 minit jalan kaki dari On-Nut BTS station
Dengan bawa begpack tu rasa jauh gila la 400-450 meter jauh tu 😂
Entah napa x cari hotel dekat sikit dengan train station
Konon nak jimat duit accomodation

Esok insyaAllah jalan2 sekitar Bangkok
Ni ada gambar2 di Mini Siam
Untuk kenangan masa tua nanti
InsyaAllah kalau Allah izinkan








Tuesday, July 11, 2017

Operate

Jumaat lepas
7 July 2017
Nor inform dlm group dia accident

8 July
Aku dtg kerumah
Tgk keadaan bengkak yg amat
Aku nasihatkan ke hospital
Nor, Biasa la ckp xde pape
Doc klinik tu cakap minor katanya

Hari Ahad aku tanya keadaan dia
Dia cakap makin bengkak
Aku suruh pegi klinik amik ubat bengkak
Pun x pegi
Janji hari Isnin bawa ke hospital

Isnin
Doc tgk bengkak sangat
Terus suruh x-ray
Allah hu Akbar
Siku patah
Kena operate
Xde solution lain selain operate untuk camtum semula
Kalau xnak operate tangan akan kekal bengkok

Semoga cepat sembuh
Aminn

Sunday, June 25, 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat hari raya semua
Tahun ni raya dgn anak2 arwah balong
Al-Fatihah untuk balong
Al-Fatihah untuk mak dan abah

Wednesday, June 21, 2017

Narkotik - 2nd time

Allah hu Akbar
Semalam kena serbu lagi dgn polis narkotik
Siapalah agaknya yg x habis2 dengki dgn aku ni?
Report aku jual dadah ke amik dadah sebenarnya?
Aku ni jenis x kacau orang pun

Tgh basuh ayam semalam tiba2 air paip macam kena tutup
Tinjau luar tgk xde org
Akupun buka grill n nak buka balik paip air
Tgh pusing kepala paip tiba2 polis 4 orang datang serbu suruh masuk rumah
Aku minta tgk kad kuasa bagi tgk seimbas lalu je x sempat nak baca ke apa
Dengan rs takut tu aku masuk rumah
Mula2 polis tutup pintu
Aku suruh buka yg jg pintu mcm xnak buka
2nd time aku suruh buka siap mention 'sekarang 4 lelaki dalam rumah saya dan saya perempuan'
Akhirnya dia buka pintu siap mention xpe buka biar orang tau

Sorg terus buka pintu store tgk
Pastu tanya bilik aku mana
2 jaga pintu
Sorang masuk tgk backpack
Xde benda mencurigakan
Aku terus tanya
Siapa buat report ni?
Dorang x bgtau just bgtau aku
'Ada orang buat report'
Xkan x recce terus serbu
2nd time dah ni
Pastu dorg minta maaf and beredar
Serius aku rasa fobia
Terus rasa nak keluar dr umah ni
Rasa terancam
Ada orang nak aniaya
Semoga Allah lindungi aku
Aminn ya Allah

Monday, June 19, 2017

Iftar cum Iwan besday celebration

Semalam
Berbuka dgn Angah, Iwan, Syud and Talib
Actually Talib tu aku x kenal
Kenal muka je kot ms blaja dulu
Ok la boleh sekepala semua
Masing2 dah tua
Masing2 single 
Geng awesome single la konon


Monday, June 5, 2017

Outing

For almost a year
Aku ikut sangat rasa hati
Pemergian balong pulang kehadrat Ilahi
Merentap jiwa aku
Membuatkan aku xnak kehilangan orang2 yang aku sayang
Aku buang segala rasa sakit hati mahupun kecik hati
Aku ajak kak lina keluar sabtu aritu ke one utama
Teman anak2 buah shopping baju raya
Mesti pelik mama dan yang lain
Secara tiba2 aku wujud semula ke rumah mereka
Aku rasa x perlu aku terangkan apa2
Masing2 memahami satu sama lain

Dalam tempoh beberapa jam keluar
Aku share what happen in my life sepanjang kitorg x jumpa dan berhubung
Dan kak lina share the same thing with me
Tidak kekok
Sebab sebenarnya
Aku sangat rindukan kemesraan kami
Alhamdulillah Allah permudahkan

Semoga Allah memberikan kami kesihatan yang sempurna agar dapat kami menambahkan lagi amalan dan keimanan kami pd-Nya
Syukur pada-Mu ya Allah

Monday, May 29, 2017

Balong

Al-Fatihah
Khas untuk abg sulung
Aku serius xtau kesakitan yang ditanggungnya
Dirahsiakan dari dimaklumkan pd aku
Mungkin xnak aku risau
Perbalahan kecil membuatkan aku menjauh
Dan akhirnya menyesal
Sesal seribu kali kesal
Tidak dapat bersua muka berbicara

18 May
Afiqah whatsapp bgtau abah dia makin teruk 
Pakai pampers
Hati dah tak keruan
Mahu menziarah dikhuatiri anaknya dimarahi kerana maklumkan pd aku
Tidak menziarah jiwa meronta2
Khamis aku hantar wheelchair aje atas permintaan abg lang
Untuk memudahkan pergerakan

Hari Jumaat
Afiqah maklumkan pampers bocor
Habis semua cadar dan kain kena
Aku terus maklumkan akan beli alas macam hospital guna
Dekat office
Aku turun sekejap beli
Masa beli hati tergerak
'Aku rasa balong x sempat pakai ni'

Sabtu pagi
Awal 8 pagi
Afiqah whatsapp bgtau nak ke hospital
Abah masuk ICU katanya
Ambulance dtg ambil
Aku terus bangun capai towel 'ya Allah, sempatkanlah aku berjumpa abg aku'
Dan terus mandi bersiap
Sampai hospital tak dibenarkan masuk

Kami pulang semula uruskan urusan dobi
Petang selepas Asar
Sheda call afiqah suruh datang hospital cepat
Doktor cakap 50-50
Aku dah semakin x keruan
Alhamdulillah sempat berbisik ditelinga abg aku
'Ima minta ampun long soma salah2 ima. Ima redha kan segala salah balong kt ima'
Allah... satu rasa kelegaan didalam hati
Heart beat balong yg terlalu tinggi masa tu terus drop back to normal heart beat buat sementara waktu
Dan ada air mata mengalir yg mengalir pd abg aku
Ya Allah berdosanya aku pd abg aku
Kesiannya dia terseksa sakit

Harini
Genap seminggu balong meninggalkan kami
Mengikut mak dan abah
Dapat dipeluk 2x
Walaupun bkn semasa hidupnya
Ada rasa kelegaan dihati
Aku berjanji
Akan jaga anak2nya sebaik mungkin
InsyaAllah

47 tahun usia balong tahun ni
X berkesempatan menyambut raya bersama anak2
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan para solihin
Aminn
Al-Fatihah

Ima sayang balong
Sayang sangat2 walaupun balong abg yg tegas tapi sebenarnya sangat sayang dan ambil berat perihal adik2 
Ampunkan segala dosa ima ye long