Tuesday, December 30, 2008

Maal Hijrah - Awal Muharram

29 December 2008, sambutan tahun baru bagi umat Islam. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Kota Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri.

Friday, December 26, 2008

Keletihan...

semalam 25/12/2008 sambutan perayaan krismas. Balong dtg dgn Fitri tlg buat wiring kedai makan kak lina n aku... dasat btl kerjanya, smpai meletup sbb ada org curi elektrik... nasib la balong pakar, cepat je dia detact mana punca... ada wayar hilang la, wayar terlebih la... semak punya semak, dr 8.30 pagi smpai tghari gak la br settle repair kotak fius... giliran Fitri plak memasang lampu2 sementara balong menyiapkan wiring utk plug di dalam kedai... jam 4.30 camtu siap la segala urusan wiring...

4.30 giliran aku n kak lina punya tugas. mencuci kedai.. sampai 8 malam kitorg cuci... bersih berkilat dah kedai tu punya jubin. penat gila... smpai tgn pedih2 kena acid n tina... aku siap kena gigit dgn anak lipan... terus je aku tnya balong 'mati ke ni kena gigit lipan?' lawak plak soalan bodoh aku tu... balong terus tnya lipan apa, aku jawan anak lipan... dia cakap xde pape. nor suh lurutkan ke hujung jari sbb bisa gak walaupun anak lipan je... kul 6 lebih balong n nor balik kerumah masing2...

ari rabu mmg dah siap beli soma peralatan utk membuat wiring... budget yg balong rangkakan sudah berkurangan sbb harga wayar dah murah sikit... jimat sket duit kitorg. semalam dah siap psg singki soma... tunggu MPS bg surat je utk buat payment kat SYABAS & TNB untuk cagaran meter... kalau settle soma, leh cepat meniaga cepat.

Kedai tu nak kena cat grill, nak bw msk peti ais lg, nk beli dapur memsk, nak beli meja, cawan, kerusi... apa lg ek? byk lagi barang xde... tp pinggan dah ada, pakai pinggan balang meniaga roti canai kt bernama tu je... x payah membazir duit beli pinggan lain. sudu n garfu plak koleksi mak byk, pakai je... seminggu dua ni akan busy nak uruskan kedai... x pasti date sebenar nk meniaga... tp early january la...

disebabkan keletihan, bangun subuhpun lambat... 6.50 br bangun subuh, kul 7 tido balik.. 8.50 bangun mandi... mak ai punya letih.. ni pun rs x larat lagi badan ni. kepala plak sakit... kucing x sempat jenguk semalam. sian dorg lapar... tp xpe, pasni bw dorg gi kedai... bebas dorg nak kemanapun... sian terkurung je kt umah yang kecik.. lari2 langgar tembok... lari2 kena break emergency... kalau kat kedai tu leh la dia berkwn n ada partner, leh kawin... 3 ekor kucing aku tp somanya betina...

ok la... nak balik bg anak2 makan jap.. sian tuti, titi and tam... sah2 kelaparan... dpn pintu je kang dah leh dgr suara dorg menangis...

Tuesday, December 23, 2008

Kegirangan yg x terkira

malam tadi dtg jenguk kedai aku nak meniaga tu lagi.. petang semalam dh dtg amik kunci... x sabar2 nak meniaga ni. semangat berkobar2... kepakaran yg dah tersimpan lama. hahaha... pakar la sangat, mskpun terhegeh2.. huhuhu

tadi dah beli penyapu, acid, angkut smpah... malam ni gak nak cuci. xleh sabar tunggu cuti hari khamis. baik siapkan cuci awal.. khamis nanti leh tgk barang2 yg nak angkat. nasib peti ais mak meniaga dulu ada lg, tp xtau la elok lg ke x sbb dh lama sgt x guna. nak kena kemas plak umah balong sbb atas peti ais tu mcm2 ada kata balang... dah simpan kat stor paham2 je la... peti ais tu besar, 4 segi plak, senang nak simpan barang2 beku... nani nak meniaga skali, boleh la amik. kalau char kuey teow je baik pakai peti ais aku yg kat umah tu.. tp peti ais tu amik gak sbb nak simpan sayur2 n cili2...

hope urusan soma dpt dipercepatkan... leh la mula meniaga awal. tp yg x bestnya, ada jiran meniaga tu siap dtg jmpa kitorg semalm ckp tu kedai dia... jadi dia nak cas utk grill tu smpai RM1600... x berbaloi rasa aku, tambah besi tgh murah... baik aku buat baru yg lg kemas... tgk la mana yg berpatutan nanti... lagipun dia buat atas x bertutup, mau penyamun atau penyangak masuk selongkar barang niaga aku nanti...

baba nasihat bincang baik2 dgn jiran meniaga aku tu... ikut cr kurang adab dia semalam, mmg aku xnak layan, tp pk nak meniaga kawasan sama, baik aku bersopan... lagipun bini dia nampak pandang semacam, mcm x puas hati plak kat kitorg dpt kedai tu. Kedai tu MPS tarik balik sbb dorg jdkan store bukan kedai makan. Syarat MPS kena beroperasi perniagaan, bukan operasi untuk store... biar la dia x puas hati ke apa. yg penting cr rezeki masing2...

esok br MPS nk bg surat utk buat payment Meter Air n Meter Elektrik... bila dah ada elektrik boleh la buat wiring... byk nak kena repair... nk psg lampu, plug, paip air... rupanya kedai MPS ni dia hanya siapkan tempat aje. yang lain kite kena uruskan... x kisah la, janji ada tapak berniaga... nak apply lesen lagi... byk urusan kena buat. rs mcm x ckp ms je sebulan tempoh dorg bagi tu...

2 business jalan serentak... kepercayaan akan aku bg pd mekanik, Farid untuk pegang kunci bagi buka bengkel pagi n tutup bengkel petang... sbb pagi aku akan meniaga seawal 6 pagi, petang plak seawal 5 petang... x sempat untuk aku tunggu bengkel tutup n buka... kepercayaan diperlukan untuk menjalankan apa2 perniagaan pun... keyakinan mesti ada...

bila kenang modal yg byk, mcm takut nak meniaga tambahan bila baba ckp situ x ramai org... tp bila semalam auntie india kedai sebelah tegur aku cakap 'sini meniaga pagi org pergi kerja, ramai juga org, nanti petang org balik keje, ramai juga org'... terus rs semangat... dan aku yakin, kalau kekalkan quality masakan n rasa, mesti org akan yakin n mengwarwarkan psl perniagaan aku ni... makanan, jauhpun org dtg sbb nak makan sedap2... tp kalau bengkel kereta, susah sikit nak tarik org...

semoga apa yg dirancang mencapai kejayaan... Amin

Monday, December 22, 2008

Kebuntuan

argh... buntu sungguh pemikiran ni. i need help from someone... but i dont even know who will help me... i need my mom beside me right now. but its just a dream in my dream ... nak amik loan atau x payah? x amik company dah kering sungguh ni.. kalau amik takut x terbayar... ya Allah tunjukkan lah jalan mana yang harus aku lalui...

Saturday, December 20, 2008

Learning & Trying

sedang membelek2 blog yg ada dlm dunia ni... tetiba ternampak satu banner 'develop your website within 10 minutes with uCoz'... then aku click la banner tu... nampak menarik gak sbb aku ni bkn tau pape psl developing website...

adalah lebih kurang sejam dua aku menggodek sana sini... disebabkan xde knowledge langsung, website yang teramat simple terhasil juga. boleh la, janji free... www.safwahera.ucoz.com... ini la link ke website company aku... x abis siap lagi, color x adjust... esok2 la buat, sakit dah mata memandang... huhuhu... nak bagi cantik2 x reti la plak.

hope satu hari nanti aku akan pandai buat website guna html language... dulu blaja basic sangat n dah x ingat langsung. hahaha.. aku jenis blaja untuk exam, bukan blaja untuk ilmu... teruk benar sikap n perangai aku ni...

kakak aku dah beli cd irfan khairi, tp aku x puas hati sbb website yg dia ajar lagi simple dari webite yang aku buat ni. walaupun website yg aku buat ni hanya template dr yg disediakan, at least link soma aku leh buat sendiri tanpa nak bersusah payah...

i have to learn new things everyday...

Thursday, December 18, 2008

hurm...

waiting for En Mohamad Hilmin from KOHASIL... should be semalam dia datang, but have to cancel.. and should be this morning at 10, but until now not coming yet... already called him, but he's at Jalan Duta. have to wait... many things to discuss about the procedure...

feel little bit sleepy... pandangan kelabu jek... ke suasana bilik pejabat ni? badan x bape segar semenjak 2 menjak ni... rasa lesu2 and lemah2... have to find vitamin la rasanya... or eat something yang boleh memberikan tenaga... morning minum Milo - minum Milo anda jadi sihat dan kuat - this motto always berlegar dalam otak aku...

sejak pesan kat Tok Ayah 'just misscall me and i will call you back'... ayah akan misscall je, then aku call balik la. ayah kata insyaAllah nak datang arini... nak amik sofa kat bengkel aku ni...walaupun sofa tu customer yg duduk, tp sbb tok ayah nak, bagi je la. cantik sgt la plak bengkel ni smpai ada sofa cantik utk customer... dalam opis dah ada sofa untuk customer, tp customer suka duk kat sofa luar tu... lagipun sofa kat luar tu mmg sesuai utk rumah je... kakak aku punya la tu.. dia beli sofa baru, dia suh letak sofa dia kat bengkel ni...

semalam mekanik aku beli radio... bosan agaknya. seharian la dia pasang radio yg memainkan cd2 lagu.. arini sama gak dr dia smpai td smpai skrg dh bermcm lagu aku dgr. lagu dia ni jenis lagu lama2 yg best2... mmg aku suka la. kalau heavy rock mmg aku suh tukar lagu je sbb sakit telinga... lagu2 baru tu ada gak la. rs dia beli cd2 tu... kalau dia tau aku download free je n msk dlm cd, sure dia suh aku buatkan. aku ni menjatuhkan industry muzik je... hehe

mcm2 nak kena buat untuk business makanan nanti. dlm tempoh sebulan mcm2 kena siapkan. kalau x nanti MPS tarik balik plak kedai. duit ASB aku n kak lina dah xleh kuar la plak. have to wait until next month (next year la tu)... but meanwhile buat loan from father n mother kak lina... have to la. a lot of things nak kena beli.. meja, kerusi, alas meja, pinggan, cawan, dapur, kuali, polisterin, sabun untuk mencuci, sudu, garfu.. apa lg ek? kena buat senarai ni... kain rentang kena buat gak...

nak mencuci kedai lagi... nak minta pendapat tok ayah lagi... mana sesuai tempat memasak.. peti ais nak letak mana... adoi... rs idup aku akan busy semula... busy sebusy busynya... hehe... aku akan menjadi kurus semula kot. walaupun x gemuk skrg ni n masih kurus.. but sure akan semakin kurus sbb tidur yg kurang n kerja yg byk... tapi aku lebih suka hidup yg busy berbanding duduk je x buat keje... kalau dah jadi bos nantipun aku akan turut bekerja. xleh la nk duduk je... sakit2 badan... skrg ni walaupun aku bos tp tetap x buat kerja sbb mana aku reti repair kete...

balang datang bagi no org buat rumah tu... budak sewa umah blakang x byr2 lg sewa smpai arini. aku call xnak jwb... bila aku sms br reply bgtau ada cite nnti call blk... x gak call2... aku nak halau je... sewa kan pd org lain lagi bagus... umah x berjaga... mcm sarang rimau jadinya... mcm2 nak kena pk, kepala rasa serabut... perut cepat je lapar...

Wednesday, December 17, 2008

MPS again...

arini pegi MPS amik surat tawaran untuk kak lina sign... uih, byk gak nk kena bayar rupanya. tp xle sebyk jumlah sewaan bengkel ni... dalam tempoh sebulan dr tarikh surat tawaran kena mula meniaga.. paling lewat awal bulan depan (tahun depan la tu)... so, dr sekarang kena siap membeli barang2 yg diperlukan... we need mama and baba help coz we dont have money right now... huhuhu

semasa menunggu Cik Azlina pegawai di MPS keluar membawa surat tawaran. Aku menghubungi En Hilmin org KOHASIL. janjinya petang ni nak datang amik risalah bengkel yg aku photostat. hanya menunggu masa sajalah... sudah aku sediakan 500 keping seperti yg diminta... moga akan ada kereta2 dr org KOHASIL mahupun org LHDN...

sambil tu aku hubungi En Zakuan org MECD. aritu dia tanya psl Honda dia. hujung bulan katanya, tgk mcm mana. dia kata service centra Honda nak charge dia RM700 camtu. akupun jawab la service centre mmg mahal la, anta kat aku je, insyaAllah leh murah sket. hehe... strategy untuk menarik... kalau dia puas hati, leh la dia bgtau kwn2 dia plak...

balik dr MPS n Bormas, br perasan ada msg dr Nor. dia tanya xnak buat franchisor char kuey teow ke? leh dpt fee bulanan dr franchisee katanya. dia tau buat kertas kerja dan lum ada lagi franchisor char kuey teow katanya. mmg bagus idea dia... akupun mmg lama dah idamkan untuk buat franchise ni...akupun balas la melalui email bgtau planning tu mmg ada, tp kena la tunggu perniagaan btl2 maju n stabil. lagipun nani kakak kak lina nak meniaga gak, so nak kena train nani skali sbb msk char kuey teow ni xleh lembut2... kena kasar, lembut2 x jd char kuey teow nanti... hope everything will be fine..

moga Allah membantu hamba-Nya ini... amin

Tuesday, December 16, 2008

Ke....an...

Kehilangan mood untuk bekerja...
Kehabisan idea untuk marketing...
Kebosanan mengadap notebook...
Kehilangan selera nak makan benda yg sama setiap hari...
Kemurungan memikirkan masalah...
Kesakitan hati dgn masalah mekanik dan bengkel...
Kesabaran dengan perangai mekanik...
Kegembiraan? ada lagi ke kegembiraan?...


Ketidaksabaran untuk berniaga char kuey teow...
Kepastian hidup lebih tenang...
Ketenangan pasti ada di saat kejayaan...
Kerunsingan akan lenyap tika itu...
Kekayaan akan munculkah dalam hidupku?...
Kemiskinan akan berlalu pergikah?...
Ketidakpastian la plak aku...
Keadilan hanya dari Allah swt...

Monday, December 15, 2008

MPS

Syukur alhamdulillah... kedai MPS yg kak Lina mohon dah lulus. hanya perlu tunggu untuk MPS buat urusan dan tunggu panggilan dari dorg... x sabar nak meniaga makanan ni :)

Batu Pahat, Johor

Jumaat petang selepas menjenguk anak2 kesayangan ku Titi, Tuti dan Tam kak Lina tetiba mengajak ke Batu Pahat sebab mama n baba nak tgk konsert qistina. disebabkan mekanik xde, akupun setuju la...

Sabtu lebih kurang dekat jam 8 pagi kami bertolak ke Batu Pahat... dalam perjalanan 2x berhenti. mama siap msk bihun, jadi kami berkamping di dalam citra sambil menikmati keenakan bihun mama di R&R Seremban... perjalanan diteruskan selepas masing2 kenyang... baba memberhentikan kereta di entian mana ntah aku xtau untuk dia membuat 'nature calling'... kemudian perjalanan diteruskan dan kami smpai pada jam 12 gitu...

petang sabtu main badminton dgn kak lina. gerenti ahad sakit tangan ni aku ckp... jam 6.30 mula, jam 7.02 gitu msk umah sbb baba dah panggil 'maghrib ' katanya. makan malam n tgk sehati berdansa... notebook along problem, aku kaji n selidik... oo, ada driver x install... mesti sbb anak2 dia suka main2 picit smpai ada driver yg sudah hilang ntah ke mana...

ahad pergi konsert qistina... dia ni pemalu la plak. buat persembahan asik pandang kwn dia je... umi dia siap beli camcoder nak rakam konsert dia sbb along kena gi Kota Kinabalu ada kursus... bengong org yg jg dewan tu... tetamu tgh msk padam lampu, terus gelap gulita... mama terus pegang tgn aku untuk jalan... aku ni mana nampak... E90 plak x bw sebab rosak. kalau x, gerenti terang benderang sbb lampu E90 itu sungguh berkuasa... hehe.. nasib x duduk atas org atau terjatuh tangga... alhamdulillah soma selamat :)

arini isnin, 15 december... dh pakai cantik2 leh plak mejar kata x siap lagi. tunggu dia call.. adoi, nasib la dia kata leh proceed... akupun terus la maklumkan pada mekanik aku untuk bg brochure pd kwn2 askar dia... minta2 lepas ni maju... amin

arini badan sakit2 lagi kesan bermain badminton. hehe.. aku ni x kuat mana la... stamina mak ai punya rendah... ada hati nak msk amazing race... sah2 pengsan utk task pertama... itupun klu berjaya msk ... yg pasti ms sesi uji bakat je aku dah tersingkir... huhuhu

Friday, December 12, 2008

Again...

Adoi... skt kepala memikirkan masalah mekanik yg mengada2 ni... siapa leh tlg ek? rasa nak pergi sekeh kepala dia. kalau x kenangkan KT Niaga dah lulus, memang aku nak blah dari menyewa ni... mujur kedai MPS x lulus lagi... kalau x, lagi cepat la aku terus tutup je bengkel ni. lagi best meniaga makanan dari menguruskan bengkel kereta...

Camna nak buat ni ek? ya Allah, bantulah hamba-Mu ini...

Thursday, December 11, 2008

Meeting Cancel !!!

Should be meeting with Mejar Rohim from Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (KT Niaga)... Call dia x jawab, pastu msg la... At last dia call suh datang hari isnin sebab surat perlantikan x siap lagi. Karate baru tau... awal2 xmau bgtau. dah pakai sikit punya smart ni... hahaha

Mekanik plak buat prangai x datang kerja. Nasib ada budak praktikal. Memang aku x potong KWSP la camni perangainya. Jap dtg, jap x... 2 hr x dtg, 2 minggu cuti... mujur kwn abg ipar aku yg rekomen, kalau x dah lama aku sound sekali. Cuba sabar selagi mampu bersabar :D lgpun dia bagus kerja n byk keta dia bw msk...

Arini Firdaus budak praktikal datang... ada gak la mekanik. kalau x, aku n kak lina je. Patut cuti tapi keje gak sebab ada meeting. alih2 meeting cancel.. kalau tau baik tidur lagi. Tapi manaleh tidur, kul 3 pagi tadi amik Masyura kat Pudu, smpai umah kul 4.30 pastu siap2 tidur balik... kul 7 dah bagun siap nak anta syura kat Star LRT... lambat sket sampai opis arini, 9.30 br sampai... ok la sebab firdaus pun sampai lambat sket sebab aku dah inpom kat Farid kata aku smpai dalam 9.30 ke 9.45...

arini rasa mcm bosan je. sunyi je sekitar depan bengkel sebab opis2 lain bercuti. tp bengkel belakang ni memanjang la memekak... xpela, kalau bosan xde keta msk... tutup awal bg firdaus blk awal, akupun leh rilex kat umah. hehe

Wednesday, December 10, 2008

Where is my mechanic?

hurm... our problem is our mechanic. suka hati dia je nak datang ke x.. suka hati dia je nak lambat ke cepat. seingat aku, first day keje je dia dtg awal, kul 8 dah sampai. lepas tu 9.30, kul 10.15, 10.30, 11.00, kul 11.30... ha, ni dah 11.50 x gak smpai2 lagi.. aku call msk voice mail, aku sms sah2 la pending. nak keje ke x mamat ni? sakit kepala pk psl perangai dia... tp keje bagus sungguh la plak...

aku kena mencari mekanik yg mmg btl2 nk bekerja. lepas ni akan byk kete yg msk insyaAllah... aku nk concentrate pd koperasi2 yg aku dah register and akan mencari koperasi lain lagi yg belum aku register untuk menjadi panel. susah hati aku n kak lina mengenangkan masalah kewangan n masalah mekanik yg pelbagai ragam... budak praktikal tu pun x dtg dr semalam... hampeh la dorg ni...

help me!!!

Tuesday, December 9, 2008

Salam Aidil Adha untuk semua umat Islam

Selamat Hari Raya Aidil Adha. Tahun ni raya paling koboi... pagi raya aku n kak lina mencuci aquarium di rumahnya. Mood raya xde sebab hanya raya haji. Tapi kalau mak masih ada, mesti terasa sebab mak akan masak rendang, nasi himpit atau ketupat... menu wajib tiap kali Raya Aidilfitri mahupun Aidil Adha...

2005 mak kembali ke Rahmatullah... kali keberapa aku beraya tanpa mak? Bila dengar Takbir raya aku akan cuba elakkan menghayati sebab gerenti aku sedih n menangis nanti... Bukan niat untuk sengaja tidak menghayati, tp kat sudut hati ni rasa pedih menghiris mendengar Takbir. Sedangkan masa mak masih ada, bersembahyang raya bersama, mendengar Takbir mata bergenang, inikan pula mak tiada... tapi walau mcm mana pun, aku masih cuba untuk menguatkan benteng hati ni untuk mendengar n menghayati takbir bila berseorangan. Bila berdepan dgn family Kak Lina aku akan buat endah tidak endah aje... malu kalau menangis nanti. Cukup la raya Aidilfitri hari tu menangis teresak2 di bahu mama. malu rasanya...

Tahun ni x pergi ke kubur sebab keadaan x mengizinkan... insyaAllah akan menziarahi pusara mak n abah lepas suci nanti. Tengah kotor xleh pegi sebab mak kata, roh akan rasa tidak selesa sebab kite kotor... Apa je mak pesan memang aku ingat n ikut... tp kalau abah yg berpesan n cakap, selalu je aku buat xtau. Kenapa ek? kat hati aku ni langsung mcm xde rasa sayang... tp bila abah sakit aku risau plak... mungkin sayang x menebal sama mcm sayangnya aku kat mak...

Pertama kali raya tanpa mak dan abah masa Aidilfitri haritu. tp yg aku sedih sebab mak xde. abah xde x kisah la plak... kejamnya aku ni... Raya Haji ni plak, sedih sikit je... tp terasa kekosongan sebab, kebiasaan bila raya haji ms mak ada dulu... mak la orgnya yang akan memotong daging2 yang dapat, simpan dalam peti ais. dari tghari smpai petang mak akan potong daging sebab anak lelaki 4 org, setiap org dpt bahagian n setiap org pergi menolong. jadi daging n tulang yg dapat tu banyak... untuk stok berbulan2... aku ni hanya akan duduk disebelah mak n tgk mak buat keje. menolong tu xde la sebab mak memang x bagi anak dia ni buat keje... masa dia sakit baru la aku terhegeh2 nak blaja masak n buat kerja rumah...

wah... dah melalut la plak. tapi aku memang sedih sebab mak dah xde lagi... mimpi pun amatlah jarang. boleh dikira berapa kali mimpi mak. tapi tiap kali mimpi mesti mak cuba menyelamatkan aku dari sesuatu perkara yang x baik... alhamdulillah, walaupun mak dah tiada pada pandangan kasar, tp mak tetap ada secara batin untuk menemani anaknya yg keseorangan ini...

Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk mak dan abah... Semoga roh mak n abah dicucuri rahmat n ditempatkan di kalangan org2 yang beriman dan bertaqwa pada Allah swt... Amin

Friday, December 5, 2008

Sakit Kepala...

5 Dec 2008... makan lambat yg membuatkan aku sakit kepala kot. pastu makan kuey teow goreng je plak.. rs mcm lapar lagi ni... balik dr kedai makan tgk ada teksi la plak kat depan bengkel... terus la msk gi makan. tgh makan sesuap dua kak lina mencadangkan utk tanya abg yg bw teksi tu psl servis ke apa...aku tgh makan berhenti terus gi jumpa abang teksi tu.. satu prangai aku, kalau nak buat sesuatu atau nak sesuatu x menyempat2... tp bagus gak aku terus kuar sbb abg tu dh lama tunggu barang x smpai2...

mengatur ayat untuk memulakan bicara mmg kepakaran aku berbanding kak lina. hehe... bab marketing mmg serah kat aku la... bab admin jgn harap aku tau pape. bila org tanya pape psl admin soma kena refer to Herlina. tp bab price, marketing soma bawah tanggungjwb aku la... kami ber2 je manage bengkel ni... so, saling bekerjasama dlm kepakaran masing2...

selidik punya selidik br la tau... pemandu teksi ni, dorg hanya guna teksi dan bab servis ke rosak ke apa, soma atas pemandu bukan syarikat yg dorg sewa teksi tu... akupun mula mencadangkan abang teksi ni untuk promote bengkel aku pd kwn2 pemandu teksi dia yg lain. diapun sanggup bagi kerjasama, aku msk opis amik business kad la. alang2 org sudi membantu, mula mengatur strategy la...

disebabkan lama benar barang2 x smpai lagi, aku bagi la sekotak air kat abang tu. nampak la tenang sikit sbb dia dah cakap 'ni mula menyampah tunggu lama2'... langkah bijak perlu diambil sebelum abang ni tawar hati untuk terus setia di bengkel aku... aku melayan berborak, tanya itu ini psl NGV, psl customer dia, psl keta teksi dia... beramah mesra dgn customer :D

aku dah berpeluh2 berdiri kat luar tu berborak dgn dia. huh... nasib barang smpai setelah 2x call balik. Farid adjust timing teksi abang tu, rendah gila timing smpai tepik lite je enjin mati... after farid adjust, ok dah sket... tp berkemungkinan ada problem karburator bocor ms pemasangan NGV kata farid... itu punca teksi tu byk songeh... tp farid x brani buat sbb NGV bukan bidangnya. Sekadar memaklumkan pada customer apa2 masalah yg melanda kereta mereka...

Alhamdulillah minggu ni, keta sentiasa ada. hendaknya kekal la kereta2 yg byk masuk servis mahupun repair. Oh ya, pagi tadi Mejar Rohim ada msg bgtau Sebut Harga yg aku hantar untuk Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (KT Niaga) sudah berjaya. Alhamdulillah... setelah 3x sebut harga aku sediakan, akhirnya membuahkan hasil kejayaan untuk diterima oleh Lembaga Pengarah.

Langkah seterusnya berjumpa Mejar Rohim pada 11 December 2008 untuk maklumat lanjut. Selepas itu leh la aku promote pada askar2 yg ada. InsyaAllah ada peningkatan di masa akan datang. Aku sentiasa berdoa supaya bengkel ni x payah tutup sbb simpanan aku habiskan untuk beli balik barang2 yg nizal dah amik... Moga Allah mempermudahkan segala apa yang aku rancangkan dan jayakan... Dan semoga Allah memberi rezeki yg melimpah ruah atas usaha aku dan Kak Lina. Amin...

Thursday, December 4, 2008

4 December 2008

Hari ni 4 Dec 2008.. genap 12am waktu Malaysia aku wish happy besday to her...tgh chatting dgn En. Taufiq Hussien masa tu... besday Kak Lina sama tarikh dgn Taufiq... tgh chatting dia tetiba msg 'Happy Birthday Kak Lina'... seronok btl kak lina malam tadi. Kak Nora wish tgh mlm selepas aku n taufiq wish... siap terharu lagi tu.

Aku ajak Kak Lina gi Jusco pegi kedai My Diamond... Beli rantai emas putih hadiah untuk dia. Budget ciput, beli la yang nipis n murah... hehe... insyaAllah ada rezeki lebih nanti, tahun depan leh bagi hadiah mahal plak... Taufiq xde adiah la, jauh nun di US... hehe

Arini pegi keje mcm biasa. Senior Mekanik x dtg lg dah kul 11.55am ni, pegi repair keta Rexton aritu lg, rosak lagi la plak kete tu... Anta kat Sangyong terus jahanam... kena la Farid repair n cari problem keta tu.. sama mcm citra kakak aku, anta naza repair, langsung makin jahanam kete tu... bawa berbunyi2... Nasib budak praktikal ni ada, leh gak dia service keta customer yg dtg... kalau aku, mau mencari2 mana lubang minyak hitam n oil filter... walaupun dah pandai, tp kena gak mencari tangki minyak hitamnya. Budak praktikal ni xtau psl minyak.. aku plak yg lebih tau... hehe... ada ke patut enjin kete lama nk msk minyak semi... mau jahanam n semput enjin kete tu... nasib aku cek n konpemkan dgn Farid... huhu

Kak Nora msg suh berlapar sehingga jam 3pm... dia nak msk la tu, aritu janji msk rendang ayam.. bestnya. ms dia msk Laksa Pahang 27/11/08 besday dia, sedap btl... rs mcm mak masak... rendang nanti mesti yg mcm mak msk gak... Kak Nora siap msg sebarang pertanyaan tidak akan dilayan... kelakar btl kak nora ni... walaupun baru kenal, kekamcingan tu ada... cepat je kitorg mesra. tp naik segan dah... asik dia je belanja. bila la agaknya aku leh belanja dia plak... one fine day... insyaAllah

Semalam siapkan brochure MECD... hope ada jalan keluar bagi permasalahan kewangan syarikat aku ni... dah x mampu nak menanggung segalanya... tapi hari ni hari yang bahagia.. x sabar menunggu jam 3pm.. Tok Ayah, Abg Usop, Balang, Kak Nora, Kak Lina n aku akan celebrate bersama ulang tahun ke 27 kak Lina... hadiah aku x bg lagi... just suh dia pilih je semalam... alhamdullillah dapat gak yg dia berkenan...

Semalam mama belikan kak lina jeans adiah besday... ms gi Jusco beli sekali... balik umah dpt plak adiah dr along yg dikirim melalui mama ms mama pegi batu pahat aritu...baba n mama dah beli baju kat Sogo... dah 3 adiah ni... aku bg lagi nanti dh jadi 4... aku x penah dpt adiah sebyk tu... paling byk 2 atau 1... alhamdulillah dpt gak... mmg family aku x sambut birthday2 ni...

ckp la coretan arini... hati rs gembira ntah kenapa... mungkinkah ada sinar baru dalam kehidupan?

Friday, November 28, 2008

Satu Perubahan

tajuk satu perubahan... apa perubahan yg aku dah buat and akan buat? blog aku psl ketensenan soma aku dah delete.. itu merupakan satu perubahan. rasa x patut aku sebarkan melalui internet tentang masalah yg aku hadapi... insyaAllah aku akan cuba mengelak melepaskan tensen dgn menaip segala hal dalam blog ni...

aku berharap Allah akan memberi kesabaran pd diri aku... membantu aku menangani masalah yang timbul... menyucikan hatiku dari segala perkara yang dimurkai oleh-Nya... melindungi aku dari perkara keji manusia sesama manusia... memberi aku kesihatan yang sempurna... memberi aku kesenangan hidup didunia dan akhirat kelak... merahmati dan memberkati segala apa saja usaha yang aku jayakan...

Lepas solat maghrib tadi terus rs nk delete segala yg negative dlm blog ni... moga blog aku suci dr ayat2 kurang sedap dibaca n didengar... walaupun ayat2 itu bkn aku yg ucapkan dan aku hnya meluahkan rs atas kegeraman n kesakitan hati aku, tp apabila aku menyampaikannya dlm blog, seumpama aku pula yg meluahkan kata2 kesat itu... minta dijauhkan dari aku terikut2 dgn perkataan2 itu...

Teringat sangat pd arwah mak... ms adanya mak, aku x sekalipun hilang sabar sebegini... sedih aku x melampau sbb mak tempat aku meluahkan segala rasa... walaupun kak lina ada sebagai ganti utk aku meluah rasa, perhatian dr seorg ibu jauh bezanya. Jiwa aku rasa kosong sgt... mak selalu pesan istighfar banyak2 tiap kali aku marah, geram, sedih... skrg mcm aku tak amalkan dah lagi ajaran mak... tapi syukur aku usaha untuk memperbaiki diri...

Monday, November 24, 2008

BBQ & Berenang

Wah.. tajuk BBQ dah cukup menyelerakan. Semalam pegi kebun pak lang kak lina lagi. Kali ke3 aku pegi. mula2 dulu pegi mandi sungai ulu langat kat tepi kebun, second time dtg makan durian, third time dtg buat BBQ and belajar berenang. haha... kak lina jd cikgu mengajar aku... aku mmg x pandai berenang pun.. berjam2 dlm air x gak reti2 lagi. asik tenggelam telan air sungai jek.. oh ya, pak lang dah siapkan kolam yg airnya diambil terus dr sungai langat dan kitaran airnya adalah air sungai. jd mandi kolam air sungai langat.. hehe..

mula2 operasi aku, kak lina, cik putih and makcik menyalakan api utk membakar arang menjadi bara... dh jadi bara, maka ayam yg diperam semalam, udang, lamb and ikan2 dibakar. rs nk terbakar tgn aku bila api marak time nk balik2 lauk pauk tu... tp sedap btl la makanan tu soma. al maklum, soma dah diperam semalaman...

dah siap masak soma, kitorgpun pergi bermandi manda.. dh sejam duk dlm air br aku nk belajar berenang. dorg ingat aku pandai berenang.. along dgn aku je x reti berenang. huahuahua... malu plak rsnya. misi tidak berjaya.. aku masih tenggelam tanpa papan luncur yg dibawa kak cik... lupa plak, sedap btl udang yg kak cik peram tu.. terbau2 kesedapan udang tu smpai hari ni...

kejap hujan kejap berhenti... tu yg operasi bermandi manda aku x tergendala.. hujan pun x lebat... lebih kurang kul 4 lebih camtu kot, hujan dh mula lebat... air dh keroh... aku suh along naik sbb air dh kotor sbb ms tu aku duk bertinggung kt tepi kolam sbb kesejukan.. dgn muncungnya along terpaksa gak naik... along gian sbb kat batu pahat xde sungai... hahaha.. sian plak kt dia.

lepas mandi manda tu aku gi mandi kt toilet utk membersihkan bdn.. siap soma mandi, pergi la solat plak. qada solat zuhur sbb mandi punya psl. ya Allah dosanya aku... tp setan ni kuat sgt.. dia duk ckp, nnti la ko solat... byk ms lagi... mandi bkn selalu... aahh... usaha utk tidak mengqada solat terjadi juga walaupun aku cuba elak sejak kebelakangan ni...

selesai soma, main UNO plak atas permintaan Nani... main satu round... kul 6 cam tu bergerak pulang. mak ai... jamnya jalan kat situ. hari minggu org berduyun2 blk dr mandi sungai la tu...
singgah masjid solat maghrib sbb kalau teruskan perjalanan mmg x sempat maghrib... on the way blk mak cik minta singgah mydin plak... dlm kul 9 mlm camtu smpai umah.. dh la kuar 9 lebih... letih den!

malam kena teman makcik blk umah dia. pastu blk umah kak lina. settle solat isya', tunggu kak lina plak solat. pastu sesi mengurut kak lina.. menjerit2 la dia bila kena urut... aku urut slow dia ckp aku urut kuat.. ntah la. dia mmg lembik bab urut2 ni... hehe.. sori akak :p

kebun pak lang kak lina ni luas. so, tiap kali blk dr sana mesti bdn letih... aktiviti sentiasa ada bila kesana.. seronok.. kalau la aku ada tanah sendiri... insyaAllah satu hr nnti... ni je la kot catatan utk hr ini...

Thursday, November 20, 2008

Confuse!

Little bit confuse with Tok Ayah. Last week cakap bengkel blh maju, but this morning ckp suh jual barang2 bengkel. Maybe ayah nampak peluang untuk saloon and sauna lebih cerah utk kaut untung, tp minat aku x ke situ. Aku sayang barang2 bengkel ni, modal aku... kalau jual, separuh harga pun aku x dpt.. kuar 3 4 ribu, dpt x smpai 1 ribu pun. apa gunanya? tp dr aku terus menanggung beban sewa tiap2 bulan, baik aku tutup je.

Meeting KT Niaga next week. Kalau meeting tu berjaya meluluskan aku utk promote bengkel pd askar, insyaAllah aku akan teruskan. tp kalau gagal, next month last aku duk sini. Selamat tinggal la bengkel. walaupun sayang, tp dr idup melarat byr sewa and so on, baik aku blah. Pandai la aku n kak lina nk cr duit utk lunaskan hutang piutang yg nizal buat n yg nor buat x tau.

Kemahiran memasak aku ada, kak lina pakar buat air... paling bagus berniaga makanan yg pastu kerugian x melampau kalau gagal. Aku bermohon sgt pd Allah swt supaya aku akan dapat kedai MPS tu. leh la mula berniaga n menyimpan duit plak. Bayar hutang kt mak dekat 10k, hutang pd sesapa yg meminjamkan wang nnti utk settlekan hutang piutang dgn mara. InsyaAllah akan ada sinar baru dalam kehidupan. Amin

Tuesday, November 18, 2008

Mekanik

Adoi... pening kepala aku. mekanik asik silih berganti... yg disangka baik mcm penyamun rupanya. yg disangka jahat xde lg la... tp xtau la yg mana nak dipilih. esok ada 2 org nk dtg interview... serta merta kepala aku sakit pagi tadi kenangkan mekanik yg asik xde... bengkel kereta apa kalau xde mekanik?

Moga2 esok akan ada mekanik yg bagus. Langit x semestinya gelap sentiasa utk hidup aku ni... insyaAllah esok lusa akan ada sedikit demi sedikit sinar kejayaan. Amin

Thursday, November 13, 2008

Tikus --> Busuknya!

Tengah taip info psl iPhone tetiba kak lina panggil 'ismawati meh sini jap'... akupun turun la, kt dapur rupanya dia. sekali tgk dpr mak ai punya bersepah... tnya nk apa? tlg cr tikus n bunuh dia... tikus nyorok dlm lubang peti ais belah bawah...

kak lina berjaya cr mana dia nyorok... aku kejar smpai ke pintu luar. tikus ni mmg pandai mainkan aku... penat lari ke hulu ke hilir nak bunuh dia... abis besi utk aku pukul dia gigit... kalau jari aku mahu putus... tp akhirnya aku berjaya menyekat laluan utk dia lari... mama dgn pantasnya memukul dgn kayu mop yg dh patah 3 sebelum aku dipanggil utk menolong...

kak lina ckp kayu mop patah sbb nk tangkap n pukul tikus plus mama buat aksi... rugi plak aku x tgk... hehe... tp akhirnya tikus tu berdarah... mama kata tkus x penah msk umah ni... umah aku dulu lain la... tikus byk, tp kucing aku cekap... ada je tikus mati dorg kerjakan... kadang smpai dorg demam sbb gigit cencorot...

hehe... cite bab tikus plak.. busuk btl tikus ni... cencorot lg busuk kot...x penah plak cium atau tercium... tp ms nk bungkus tikus td mmg busuk... wek!

UPSR

Aku lupa lak arini result UPSR kuar. Pdhal anak buah aku dh ingatkan last week... khamis 13 nov 2008, malang nasib anak buah aku... hehe... target 5A x kesampaian walaupun trial dpt 5A... 4A 1B ... menangis sakan masa aku call tadi... klu x kerana mak dia msg bgtau 4A 1B langsung aku x ingat tarikh hari ni result UPSR kuar...

ntah cmna berkecai harapan dia agaknya nak msk MRSM atau sekolah asrama penuh x dpt. Aku akan usaha sedaya upaya mencari jalan supaya dia dapat msk mana2 sekolah berasrama penuh. guna la mana2 kroni yg ada walaupun aku bkn la kenal sesapa...

aku turut sedih sbb aku terlalu letak harapan tinggi utk dia dpt 5A... makcu dia pun turut nangis masa call dia :p mau x nangis... dgn nada sayu dia bertanya pada aku 'kenapa kakak dpt 4A 1B? kakak x dapat 5A'... aku pun dgn hibanya ckp xpe, jgn nangis.. makcu tetap akan bg hadiah kat kakak... Kak Lina siap cakap, yang Im nangis napa? ntah la perasaan sayu tetiba bila tau dia x dpt 5A... mungkin sebab dia anak buah kebanggaan aku...

kwn2 dia ms trial x dpt 5A, alih2 ms real exam dpt 5A... mau x frust... lg frust sekolah agama dia kurang 2% je nk dpt Mumtaz... PSRA dpt Jayid Jiddan, tp ms ni call dia x nangis dah. lega gak hati aku sebab dia x nangis sakan dah... trial dapat Mumtaz... nasib dia sama la dgn aku, trial baik punya score, yg real hampeh...

Aku call mak dia, Kak Ana pun sebak pagi tadi sebab dia x dpt 5A... kak ana ckp afiqah xnak jmpa kak ana lepas amik result, puas kawan2 dia pujuk suh jumpa baru dia jumpa. Malu gamaknya sebab x dpt 5A... meraung dia kak ana cakap... ni br UPSR, masih banyak lagi ms dia...

aku kena kumpul duit ni... hadiah dia yg aku janjikan bukan murah... huahuahua... tahun depan paling cepat leh dpt... insyaAllah... sebenarnya dah prepare budget hadiah UPSR dia aritu, tp tetiba duit tu digunakan utk repair kancil yg mcm2 problem... dgn raya lagi aritu... adoi, bila la nak meyimpan semula...

Wednesday, November 12, 2008

Kucing and Cheque

semalam x jenguk kucing.. sian, mesti lapar.. tp makanan aku bg kelmarin byk... kelmarin balik pun makanan berlambak lg x habis... kena bg makanan baru.. arini ingat nak jenguk waktu pagi, tp rs malas plak... petang kang jenguk la... kalau mcm nak hujan gak mcm semalam, mlm nanti aku jenguk la... sehari boleh la x jenguk... klu 2 hari, tau2 balik nanti tinggal tulang plak... hehe.. memang mustahil leh mati tp mana tau ajal kucing2ku x panjang...

setiap hari aku rasa bosan... setiap hari hati rasa x sedap...

semalam minta payment dr KSK MAS yg dh 3 bulan x berbayar, alasan bodoh dorg bg cheque missing... klu missing buat je la cheque baru... apa slhnya ngaku dorg xde duit.. arini plak buat alasan kata cheque x sains lagi.. adoi, sakit jiwa aku dgn dorg... ni dh 2x 3 bulan dorg x buat payment... term 30 days, not 3 months la account department KSK MAS!!! bila call, dr semalam 'line busy'... dorg angkat gagang la tu xmau jwb call... penakut seh!

Tuesday, November 11, 2008

bengkel oh workshop

hurm... kepala pusing! hati mula x sedap rs... nak teruskan atau next month last? duit dh xde ni... hutang dh keliling pinggang ... huargh !!! keta ada msk, tp soma keta kwn2 si farid... keta luar xde plak...

Monday, November 10, 2008

bowling....

sabtu main bowling kt metro kajang.. pegi beramai2... soma adik bradik aku beserta kak lina n kak nora. mak kak ina dtg gak... smpai sana dh kul 10 mlm.. gerak lmbt sbb tunggu isteri balang yg terhegeh2 nk siap... hehe

smpai tgk soma lane penuh... gi daftar nama aku... lebih kurang setgh jam camtu menunggu nama aku diumumkan... terlalu ramai yg nak main, x ckp la plak lane yg ada... kena tunggu lg.. dekat kul 11 nama aku dipanggil semula... ada 2 lane je, request 3 lane x dpt... xpela, janji leh main.. klu x, wat penat je dtg jauh2... kul 1.00 camtu dh habis main...

blk dr metro kajang terus gi makan satay kajang... air milo aku order rupanya mcm milo yg diletak secubit n setitik susu pekat... tawar n ntah apa2 rs... nyesal aku ikut dorg makan kt situ... klu tau, baik aku blk umah terus bancuh milo sendiri... lg sedap n pekat plak tu...

aku minta diri utk blk lebih awal sbb dh ngantuk n risau klu mama kak lina marah blk lewat sgt... aku drive lg nmpaknya tgh2 pagi buta ni... kak lina n kak nora xnk drive... singgah bengkel aku amik kancil yg diparking sbb naik keta kak nora je ms pegi... kul 3.10 pagi br smpai umah kak lina... harh... mengantuknya aku! letak kepala terus tido... nasib x payah solat sbb bercuti... klu x, terhangguk2 kepala aku solat isya'... x kusyuk la gayanya...

tp aku hepi gak la sbb setelah sekian lama, br kini dpt bermain bowling buat kali ke3 seumur hidup aku... hehe...

Friday, November 7, 2008

Bosan!

7/11/08 - bosannya hari ni... semalam alhamdulillah ada gak 3 4 biji kete msk.. arini 1 keta pagi td, itupun dh syukur alhamdulillah... dari xde keta lgsg...

Aku seharusnya sentiasa bersyukur ke hadrat Allah swt atas limpah rahmat kurnianya ...

Thursday, November 6, 2008

Imigresen Oh Imigresen

Pagi2 kakak aku dah call mnta tlg pegi imigresen untuk amik borang maid... aku dgn Kak Lina pun pegi la Imigresen Damansara dgn menaiki motor yang aku pinjam dr abang lang aku... Memandangkan parking susah nak dapat, motor la alternatif terbaik... tambahan mekanik aku tgh repair central lock kancil aku tu...

Nak dijadikan cerita, kakak aku maklumkan pada kak lina pegi blok K... dengan konpidennya aku bw la motor msk parking blok K... then, kitorg jalan n tunggu lif... naik lif rupa2nya lif tu hanya untuk turun ke parking.. then, kitorgpun naik blk... ms kak lina dh mendaki escalator, makcik jg toilet tu tnya 'dik nak pegi mana'? Kak lina jwb la nk pegi Imigresen... dgn ramahnya makcik tu cakap imigresen kt Blok I...

Dgn pantasnya kamipun turun blk ke parking amik motor n tukar ke parking blok I... terus ke kaunter pertanyaan untuk bertanya berkenaan borang maid dan terus dpt beli kt mamat tu... untuk cek list kitorg kena naik lif ke tingkat 3... settle soma, kitorgpun bergerak pulang

Kereta2 somanya laju2... kecut perut aku bw motor di tgh kereta yg laju2 ni... dh lama x bw motor, perasaan takut tu kuat... tambahan tiap kali bw motor je otak pk ada keta terus pancung la, terus himpit la... tu yg buat jantung berdegup kencang... leh plak kak lina x konpem jln mana... nasib break dh makan sbb tgh laju... dan nasib gak xde keta atau motor lain yg dekat... klu x mmg bercium n berguling la kitorg atas jln raya... alhamdulillah selamat...

Destinasi kami terus ke pajabat kakak aku di jalan pahang untuk menghantar borang tadi... Dah smpai aku dapat la upah RM12 termasuk duit minyak la tu... Alhamdulillah rezeki pagi2 khamis ni... Abg lang aku plak br call bgtau jgn mkn tgh hari dulu sbb kak nora nk blanja makan... rezeki lagi, alhamdulillah... ALLAH kurniakan rezeki di saat aku tgh gawat :p

Wednesday, November 5, 2008

Hari2 yg membosankan

Setiap hari aku rasa bosan... since june 2008 until today 5 November 2008. tahun ni amat malang utk aku sbb terpaksa pikul bebanan hutang yg bukan dibuat oleh aku... Kepala dah habis serabut pk cara nk selesaikan hutang piutang tp x gak jmpa jalannya. apa lg business strategy yg aku x buat? huh! org pndai mengata n mengarah je itu ini... menuduh aku itu dan ini.. tp hanya Allah yg tau segala usaha yg telah aku jayakan and lakukan untuk mencapai kejayaan... cuma Allah belum meng-izinkan...

Setiap hari kepala otak pk - hutang, hutang, hutang... cmna aku nak settlekan? simpanan dh habis... duit mak dh byk aku gunakan... x termampu plak nk byr blk nnti... sarat kepala, hari2 sakit kepala... klu setakat pk tu je xpe lg aku rs... ditambah dgn bebanan kesalahan yg diletak atas bahu aku... dikatakan aku xde usaha n x pandai cr sales... selama ni sapa yg tanggung sewa n gaji klu bukan hasil sales aku? masih x pandai lg ke? klu syarikat aku ni besar, mudah aje aku nk penetrate market... ni syarikat br tubuh, dh assume nk msk market besar... sapa yg mau n percaya? kalau nk tlg xpe... ni tau salahkan aku memanjang...

Pressure membuatkan aku sentiasa lapar... tp yg pelik aku x gak gemuk2 makan bykpun... inipun masalah gak... aku kurus pun dipersalahkan sbb diet... bila ms aku diet? cuba tanya kak Lina sehari bape kali aku makan... kuantiti aku makan 2x ganda kuantiti dia makan...tp agaknya sbb makan sekadar mengisi kelaparan bukan utk meneruskan kehidupan membuatkan aku semakin kurus... tekanan akan membuatkan seseorg itu menjadi kurus, menjd gila n so on...

Sampai bila hidup aku akan dipenuhi dgn dipersalahkan atas kesalahan yg bukan aku buat? sampai manakah kesabaran yg aku ada? Allah menguji hamba-Nya seadanya - iaitu setakat mana yg hamba-Nya mampu... setakat mana kemampuan aku? aku sentiasa berdoa moga ada sinar baru dalam kehidupan... apa akan jd pd hr esok? apa akan jd pd minggu depan? bulan depan? tahun depan? hah... aku sendiri x pasti dgn hidup aku... namanya Managing Director... tp apapun xde dlm hidup...