Sunday, December 20, 2009

4 minggu Jumaat

Last week jumaat selangor cuti
This week jumaat maal hijrah
Next week jumaat christmas
New year jumaat plak after 1 week christmas

so, bila berderet cuti jumaat camni
mcm biasa la
sales amat la merudum bagi kami peniaga
bulan 12 ni bulan yg sunyi
aku dgn kak lina sangat2 rileks
leh lepak2 bc paper di hr minggu
main game di notebook
bosan yg amat

hari ni ada uncle yg dipanggil abah mengajar bahasa cintan org dulu2
bunga 'tulip' stand for = to us love is pure
holland = hope our love last and never depart
bunga 'ely' = ever lasting you

apa ntah lg dia ajar kak lina...
aku tgh buat something masa tu
hari ni sakit btl bahagian tengkuk dan bahu
nak menidurkan diri jap
keletihan yg amat walaupun banyak rileks

Monday, December 14, 2009

Sakit2 Badan

Pagi tadi
bangun je tido dah rasa sakit2 badan
pegi niaga
bahagian kaki plak sakit2
jalan sakit tp leh tahan

Hari ni memang badan sakit2
macam bertumbuk plak semlm
seingat tumbuk Eddie hr sabtu hr tu kot
tumbuk memain bukan bertumbuk

hari ni perlu ke klinik
mengambil suntikan alergik
semakin kronik jari2 ku ini
dan perlu bertanyakan vitamin
semakin hr semakin lemah rsnya

mungkin perlu bercuti?
Pasti akan bercuti
destinasi sudah dipilih
misi mengumpul wang sudah bermula
seminggu jangkaan percutian
utk merehatkan badan
semoga segalanya berjalan seperti yg dirancang
amin :)

Wednesday, December 9, 2009

Terkesima

Last week ke rumah mak long di Shah Alam
Main2 dgn anak kak cik, Najwa
dan aku konon2nya witch la

tanya la dia apa dia nak skrg
dgn spontan dia menjwb 'i want my dad'
terkesima sebentar aku
lama benar dia x berjumpa dgn dadnya
kesian juga pd kak cik
menjaga 2 anak sendirian
abg aman kerjanya di atas kapal

selepas mendgr jawapan Najwa
aku terus menoleh pandang kak lina
kami berdua x berkata apa
memahami perasaan anak kecil itu

Najwa menyambung semula
'i want my acu too, i miss my acu'
sekali lagi aku terkesima
aku mmg x pandai bab memujuk ni

mendlm btl perasaan rindu Najwa
terpancar kat raut wajah dia
sian plak
terus tukar topik
huhuhu
dan aku x ingat apa yg dibualkan
terlalu lama aku bermain dgn Najwa, Haris, Qistina, Afif dan Humayraa
kak lina sudah di bilik membaringkan diri
habis la rumah mak long jd kapal karam

overall....
happening n tiring
sbb lepas tu kena ke NSK beli brg utk niaga KWSP
fuh!

Korek Telinga

Ish... tajuk je dah mcm x bape senonoh
huhuhu

sesetgh org korek telinga merupakan saat yg mengasyikkan
tapi bg aku dan bangah (abg no 2)
korek telinga merupakan penyeksaan pd kami
baru saja mula masuk sedikit kapas itu
kami akan rasa mahu termuntah
sakit yg amat di dalam telinga
oleh itu, aku hanya korek bila gatal sgt

tp...
ada sorg makcik customer aku bgtau
doktor x bg korek sbb akan menyebabkan semakin tersumbat
bila x korek segalanya akan terkumpul didalam telinga la kan
jd... patut dikorek sekali sekala

tadi br saja mengorek sedikit
mata sudah berair2
kak lina seperti biasa akan mengajuk gaya aku mahu termuntah
serius...
tak tahan rasa nak muntah dan sakit di dalam telinga
masih lagi terasa sakit2nya

perlukah aku jumpa pakar telinga?
hurm...

Monday, December 7, 2009

4 Disember 2009 & 5 Disember 2009

Tarikh Birthday Kak Lina
Sambutan yg agak happening
Keluarga Kak Lina semua dtg kecuali Along yg berada di Batu Pahat
Kakak dan abg aku dtg juga
Kek ditempah dr kakak aku
sedap je kek dia, dia je cakap kurang sedap
Bak kata Nani, 'org yg buat memang rs x sedap'
ye ke? hurm...

Birthday present tahun ni hanyala Bvlgari BLV yg ditempah khas dr Dubai
thanks to cik putih
Kat mesia xde plak perfume ni
Kek plak hadiah dr kakak aku kepada Kak Lina

Dalam kul 10.30 semua dah balik
aku dan kak lina memulakan mengemas
dan sungguh kami agak kelam kabut sebab 5 disember ada karnival sukan kwsp
mak cik plak dah cakap kami jual char koey teow
planning asal memang xnak jual
hanya jual aneka bebola contohnya udang, ketam, ikan, nugget n ketam panjang tu

sebabkan mak cik dah promote pd kwn2nya
stok plak ada 5 kilo je koey teow
aku dan kak lina bertungkus lumus menyediakan bahan
sempat ke NSK membeli tauge dan kuchai yg dah habis
Jam 2 pagi sampai di rumah
Tido...
Jam 4 pagi telah membangunkan diri
aku mula memasak kesemua bebola udang dan ikan yg jumlahnya 16 paket
diteruskan dengan ketam panjang tu yg agak leceh perlu disalut dgn tepung 12 paket tp balance dalam 1 paket lebih sbb x cukup tepung
Jam 7 pagi br selesai
mandi dan siap2kan apa yg patut
Mama plak memasak karipap, nugget 4 paket dan bebola ketam 4 paket dr jam 5 pagi
mujur ada bantuan mama
Kak Lina menguruskan bab2 mencucuk ke lidi bebola2 itu
aku sampaikan x larat nak berdiri lagi memasak

Jam 8 pagi gerak ke KWSP PJ
8.30 pagi dah sampai
patutnya 8 pagi bermula
tp mujur belum bermula lg
satu lg cabaran
br saja sampai...
br saja nak mula menyusun bebola2 itu
sudah dikerumuni kanak2 yg mahu membeli
alhamdulillah...

Sudip utk memasak koey teow boleh terlupa
Mujur ada Iwan yg dtg menghantar
Kalau x sia2 je la bawa bahan2 koey teow

Mula2 agak lemau perniagaan sampaikan aku merungut
hehe... aku bila penat memang suka merungut
Mula sibuk sekitar jam 10 pagi
Lebih kurang jam 12 char koey teow dah habis 55 pinggan
memang aku hanya menyediakan utk 55 pinggan
syukur alhamdulillah habis sampaikan x ckp
dengan muka2 hampa mereka2 itu bertanya, 'dah habis?'
mereka sebar2kan kesedapannya....
huhuhu
sampaikan sambil memasak aku terdengar seorg abg itu bercakap
'nanti kalau ada jamuan opis, panggil dia masak kat opis'
gilos la, mau kuar air pancut nanti sebab berasap dan panas
huhuhu
ada juga yg meminta business kad
satu kelemahan kami, x menyediakan business kad
kerugian besar disitu
tp xpe, nanti akan ada juga, insyaAllah

bebola2 itu sangat laris.
sungguhpun x habis memasak 4 paket ketam dan 4 paket nugget lagi
tp berbaloi sudah hasilnya dengan kosnya
kami masih mempunyai stok
makanya, pd sesapa yg tau ada karnival ke apa ke...
boleh la maklumkan pd kami
boleh kami menjaja makanan kami char koey teow dan juga bebola ikan

Tak lupa juga dengan cup cake dan coklat yg kakak aku buat
tak disangka kreatif rupanya dia
hiasan bunga sekumtum, ros dan butterfly menarik minat kanak2
cup cake coklat saja susah sedikit sebab blank saja xde hiasan
tp tinggal 1 sahaja dr 14
coklat yg dibuat juga habis...
tinggal 1 juga tp sudah dimakan oleh aku sbb x tahan tgk sedap. huhuhu
coklat strawberi sangat sedap
tp sbb putih kanak2 kurang tertarik
masih berbaki lapan tp ntah mana agaknya sbb dah cair

Bagi sesapa yg mahu order cup cake
boleh order dari kakak aku
013 3889700 Nor namanya
promote ni....
alhamdulillah kek dan cup cake mahupun coklat yg dibuatnya mendpt pujian
bukan nak bias sbb dia kakak aku
tp dr feedback pelanggan mengatakan sedap
sampaikan ada org dr butik bertanyakan pd aku sapa yg buat
dia mahukan nombor kakak aku utk menghantar order sekiranya mereka x sempat menyiapkannya
alhamdulillah
ini salah satu cara utk aku tolong mempromosikan usahanya

selesai kesemuanya kami pulang sekitar jam 4 sampai dirumah
pergi makan
jam 6.30 tido sampai 10.30
bangun
tido balik dlm kul 12
bangun semula jam 5.30 ke NSK
kerang habis kena la beli lg

Ahad meniaga mcm biasa
cukup tido ...
rehat yg agak2 cukup la
rasa segar lepas mandi pagi2
terus semangat nak meniaga

Oh lupa... tapak di KWSP itu hanya 4 kaki
mujur kedai kami paling tepi
dan membawa khemah
jika tidak, aku x mempunyai ruang utk memsk char koey teow
baju2 dan jersey terpaksa tunggu char koey teow habis utk dipamerkan
tp biasa la tgh sukan
org x mencr baju
org mencr makanan

kaedah pembelian dgn kupon
makanya, kami masih tidak mendpt wang
Hari ini 7 disember mak cik menghantar kupon2 itu
belum tahu bila akan mendpt duitnya
tp syukur alhamdulillah
berbaloi tutup kedai sbb hasil agak baik
kami menjual dengan murah sekali

hari ini 7 disember
aku masih menidurkan diri
mungkin kepenatan yg melampau
sudah segar kembali

Thursday, December 3, 2009

Ragam

Selasa
Pelanggan auntie sebelah (hindu)
dengan berlagak dan jelingan
'koey teow satu' dan terus berlalu ke tempat duduk
aku terus masak dan hantar
dengar la suara2 kaum keluarga dia duk cakap bahasa tamil psl koey teow yg basah itu
bengap ke apa xtau la
dah la x tanya apa2, terus order dgn lagak
pastu leh pulangkan blk lepas makan sikit
dan 'TAK NAK' jawapan dia
dan pastinya dia x bayar langsung

terus menyerbu darah marah aku
rasa nak hunus keris
tapi fikiran rasional mengawal amarah
fikirkan kemungkinan2 yg x baik

dah aku soal jawab
dia salahkan aku 'tak dengar ke dia cakap nak garing?'
'dia cakap nak koey teow saja, xde cakap benda lain' jwpan dr aku
'ini basah2 mcm mana mau makan?' jawapan paling bangang seumur hidup aku pernah dgr
makan pun xtau, buka mulut tu sumbat la... bangang sgt la plak
x sempat aku jwb, ada alasan lain, ada telur pula
'ini ada bau telur, saya xmau'
dan aku x cakap banyak terus berpaling dan buang char koey teow itu
ikutkan memang nak campak ke muka dia sbb tgh berasap lg char koey teow itu
konpem menggelupur kepanasan
tp sebagai peniaga aku harus bersabar
akan ada pelbagai lg ragam
insyaAllah akan cuba bersabar

Friday, November 27, 2009

Raya Haji

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat ISLAM...

Raya tahun ni
aku x berapa sedar kedatangannya
Hari Rabu aritu aku agak kepelikkan
kenapa pagi2 ramai customer yg dtg makan di kedai aku
semasa ke pasar ada seorg abg tu ucap selamat hari raya pd Harun
dan aku memandang dgn muka yg berkerut
raya minggu depan dh wish awal2
balik ke kedai dan aku bertanya kak lina
napa ramai org arini ek, x keje ke
kak lina jawab nak rayakan
dgn confident aku menjawab... 'raya kan minggu depan'
kak lina cakap hari jumaat la
aku terus pandang kalendar di kedai
ya Allah... alpanya aku

Raya Haji kali ni mama, baba, nani sekeluarga berada di batu pahat
Iwan pula memang dah bekerja bersama abg sham
Apit pula dah berpindah kerja di segamat tp pulang ke KL dirumahnya
Along x larat nak balik ke KL kata mama
makanya, aku dan kak lina saja yg tinggal
kami raya berdua kerana kedai akan dibuka esok, insyaAllah
malam raya kami menonton twilight saga...
agak touching ceritanya...

Hari ini...
aku mengambil kesempatan utk bangun lambat
perlu ke kedai memberi anak2 makan
perlu juga ke kubur arwah mak dan abah
kemudian ke rumah mak long mengambil perfume yg diorder dr dubai yg dibeli oleh cik putih disana
hari ini adalah hari utk aku bermalas2an

Sedikit sakit2 badan sejak membuat bangkit tubi setiap pagi bermula selasa hari tu
abdomen terasa keras sakit2
mahu menyegarkan semula badan seperti zaman muda2 dulu
10-20 kali bangkit tubi membuatkan aku lembik... huhu
perut perlu dijaga supaya sentiasa ramping.
sedikit berisi beberapa bulan sebelum ini membuatkan perut telah berkembang dgn berjayanya
dan tgh berusaha merampingkannya semula
moga misi kali ini berjaya amin

Monday, November 23, 2009

Sakit

Pagi tadi
agak x sibuk tp mcm sibuk
alhamdulillah sales ok
walaupun x byk, tp lepas la beli barang

sedikit lenguh di bahagian tengkuk
memusingkan kepala ke kanan
terus terasa 'krekk' di urat belakang
sakitnya ya Allah

minta kak lina tolong urutkan
berderap bunyi urat2 itu
sakit benar rasanya

pulang kerumah
sekali lagi kak lina kena urutkan
terasa terangkat2 kaki menahan sakit
urat dibahagian pinggang terasa mcm diluruskan
urat dibahagian belakang terasa berdetup2 bunyinya

masih sakit hingga kini
ini sakit kali ke2 selepas ramadhan
mungkin perlu mencari pakar urut
sudah lama x memanjakan badan diurut

Friday, November 20, 2009

Vitamin C dan Placenta

Alhamdulillah
semalam mendpt rezeki
Vitamin C dan Placenta telah memasuki tubuh
hari ini lengan kanan sedikit lebam
seluruh tangan kanan agak sakit2
Kak Lina xde plak sakit2 mcm aku
Kak Lina ckp masuk jarumkan
memang ada org xleh tahan
aku la tu
manja sgt

Wednesday, November 18, 2009

Hujan

Setiap hari hujan
baju terkumpul x kering
sejuk sentiasa

paling seronok tido siang
tp masa berlalu dgn pantas
kadang dpt tido kadang x
macam2 hal kena buat

musim hujan
niaga sedikit terjejas di waktu pagi
dan sekiranya hujan di waktu petang
terjejas juga jualan petang dan malam
inilah lumrah kami sebagai penjaja

musim hujan juga
membuatkan aku x boleh mandikan anak2
takut mati kesejukan
3 sudah mati (mungkin kerana dos vitamin yg aku bg terlebih, kejamnya aku)
tinggal 3
seekor telah menghilangkan diri semalam
kemana la dia dimusim hujan ini
tinggal la 2 yg aktif ala2 manja itu

bulan ni aku terlalu boros
baru seminggu bulan november
gaji aku dah habis 3/4
agak terkejut kemana wang aku pergi
difikir2
seronok makan itu ini
belanja utk memuaskan hati
bila hujan, perut lapar dan makan sedap2

Thursday, November 5, 2009

Notaeil

semalam br tau Notaeil dah mati kelmarin
semalam gak aku tanam bangkainya
kesian...
semua salah aku
x belikan makanan baby utk dia
aku sangkakan dia mampu makan makanan dewasa
tp masa tgk dia makan
hati dah berdetik kena belikan makanan baby
tp ntah napa leka sejak dia sembuh
langsung x jenguk dia
2 3 kali je aku jenguk n bagi makan
berdosanya aku
ya Allah ampunkan lah dosa hambu-Mu ini

aku hanya merawat
bila sembuh aku biarkan saja
berdosa yg amat rsnya
menyesal yg teramat
x mampu nak ditebus
masih rasa bersalah di hati

kehilangan Tam masih lagi membuatkan aku mcm org gila
mengenang salah aku yg bawa dia ke kedai
ini plak kematian Notaeil
kejam sungguh aku ini

terbaru ada 6 ekor anak kucing dijumpai di kedai
aku jaga kesemua sekali
setiap hari belikan nasi dan ikan kembung goreng
moga kesemuanya selamat

ada seekor x pandai makan dan minum
susu Notaeil hari tu banyak lg
buatkan dlm botol susu
dan bagi dia minum mcm baby
yg lain2 alhamdulillah pandai makan

td plak dpt vitamin utk kucing secara percuma
customer kami 'Kak Ana' yg memberinya
dia dah x ada kucing lg sbb tu dia bg sbb dia tgk aku pelihara kucing
dan telah berjaya menyuapkan pada mulut2 7 ekor
7 ekor itu termasuk Chaq ibu angkat anak2 itu

Berbekas btl dlm hati dgn kematian Notaeil
Penyesalan yg xde kesudahan

Tuesday, October 20, 2009

Handphone

Malang sungguh nasib
semua handphone yg dipakai rosak
semua handphone2 yg lama rosak juga
padahal elok je sebelum ni
nak beli yg baru?
10x kena fikir..
pakai la 6680 yg sangat setia dr 2006
walaupun 6680 itu selalu sangat gila
tp dia x penah rosak sampai xleh guna langsung

E90 nak repair ke?
rm300 paling kurang costnya
itu baru utk lcd depan dan cover
belum campur lcd dalam
total soma rm500 kalau kwn abg ipar yg buat
itu harga murah dia bg
kalau NOKIA yg buat
msk je dah rm80
lcd depan saja rm350
cover saja dlm rm250
lcd dalam lagi rm350 gitu anggaran
baik kumpul beli handphone lg baru
tp xde plak berminat dgn mana2 handphone lain buat ms ni

apa la nasib
tgh gawat2 ni mcm2 problem plak

Sunday, October 18, 2009

Rezeki

Bermula dari Sabtu lepas 10/10/09 char koey teow lama itu beroperasi semula
kami amat la terjejas
ramai juga yg marah dengan sikap mereka
tapi apa boleh buat, PHD itu lebih

Tapi kalau dah Allah nak bagi rezeki
sungguhpun char koey teow kami amat terjejas
dari 30-50 pinggan pada sabtu dan ahad dahulu
menjadi kurang dari 10 pinggan kini
Kami mendpt tempahan 3 rumah open house
dan insyaAllah kalau mendpt rezeki lagi
Hujung tahun mungkin akan ke Putrajaya atas permintaan
Moga ada rezeki utk kami
Amin

Semalam aku msk hampir 80 pinggan tanpa henti di sri gombak
Ya Allah, lenguhnya tangan dan basahnya muka serta baju dengan peluh
rehat sebentar 30 minit lebih kurang sebelum jemputan khas sampai
sambung lagi 20 lebih masak tanpa henti
menggenapkan 100 tempahan
satu perkara baru utk aku
tidak aku jangka aku mampu masak tanpa henti sebegitu banyak

balik saja dr open house
badan dah tak tertahan
bagi makan pada Notaiel (anak kucing yg dah putus ekornya dimakan tikus)
anak kucing yg parah itu sudah beransur pulih, alhamdulillah
cek facebook sebentar
Ah, aku x tahan lagi
terus pejam mata dan tido

Hari ini alhamdulillah
rezeki masih ada
walaupun x banyak, tp cecah 23 pinggan
customer yg amat rapat dgn kami memberi sokongan
pak cik2 yg x penah lepak dekat kedai kami dtg memberi sokongan
syukur alhamdulillah
terima kasih pada mereka semua

Thursday, October 8, 2009

Kitten yg parah dijumpai lagi

Again...
Berulang kembali...
Jumpa anak kucing yg dah parah dimakan tikus kaki dan ekornya
dulunya Imad
skrg baby yg amat comel, lingkungan sebulan lebih usianya

td ke klinik haiwan
doctor mencuci kaki dan ekornya
kaki telah berlubang tembus x berisi
ekor pula akan putus bila2 masa sebab dah reput
terlalu sakit sampaikan jari aku digigit
kotak dan kertas2 digigit

Pulang ke rumah
beri makan (makanan pembuka selera utk kucing sakit) yg dibeli di klinik
Beri susu
beri antibiotik
beri ubat tahan sakit
sapu krim
dan baby telah tido

aku x berani jamin dia akan sembuh macam Imad
walaupun Imad dulu lagi parah
tp Imad agak besar berbanding baby ini

Berulang kembali misi menyelamat
moga kali ini akan sembuh seperti Imad
Akan mula busy kembali pd pagi, tghari, ptg dan malam utk mencuci luka2 baby

Nasib x mahal sgt bayaran td
mcm2 pula dibeli
susu kucing, botol susu kucing, bekas minum kucing, makanan, ubat2...
Kalau sihat, boleh la gantikan tempat Tam
dah seminggu lebih Tam hilang
dah redha mungkin dia mati
sebab bau bangkai dekat longkang kedai amat kuat
berkemungkinan Tam jatuh amat tinggi
sebab dia tgh lari waktu tu
dan longkang itu terbuka penutupnya
Apa2 pun redha je la Tam dah xde

Wednesday, October 7, 2009

Doctor Ina

Arini doctor Ina dtg ke kedai
selepas lama x dtg
semalam anak dan menantunya dtg
maka kak lina bertanya khabar doctor ina

Doctor Ina dtg maklumkan kena jaga baby
jadi memang susah nak keluar
dah 40 hari baby tu baru la dia senang hati

Lepas explain napa lama x dtg
dia pun order makan dan minum

Tetiba masa bayar
dia bagi duit raya dekat kak lina
suruh pas utk aku sekali
segan la plak
kami yg meniaga ni dpt duit raya
patut kami yg bg duit raya
huhuhu
alhamdulillah rezeki

Monday, September 28, 2009

Duit Raya

Alhamdulillah tahun ni dpt memberi duit raya pd kanak2
yg diutamakan adalah anak2 buah kesayangan
kesemuanya dpt
anak2 sedara, anak2 org yg aku x kenal... huhuhu
budak2 skrg ni salam siap hulur tangan
kalau dorg hulur tangan aku bagi cicak bestkan...

tahun ni aku dan kak lina dpt duit raya
RM50 setiap sorg dr abang ipar aku
aku ada sorg je abg ipar
kak lina dan aku menjaga anaknya sampai setahun lebih
itu la membuatkan kami rapat

Sunday, September 27, 2009

Tam Hilang :((

semenjak aku balik dr kampung
setiap kali nak naik kereta
Tam akan berlari dulu naik sebab takut kena tinggal
dan aku akan turunkan dia bila kak lina suruh

ntah napa semalam
ms nak pergi kedai
kak lina suruh tinggalkan aku xnak
bg aku, Tam dah biasa kat kedai
tp aku silap
dia dah lama kat rumah dan x biasa kat kedai
turun2 dari kereta, aku dukung dia
secara tiba2 dia melompat turun dari aku
menyusup bawah kereta
dan ghaib mcm tu je
puas dah aku mencari
Fitri juga mencari
semua sudah aku bertanya
xde sapa pun nampak Tam
kemana la perginya anak aku ni

pagi tadi
Kak Lina dah sound sekali
kalau Tam ada
mesti pagi2 dah minta buka pintu
sediakan air utk dia minum
ni skrg dah xde
soma salah Im

pedih je hati bila ingat aku yg degil ni
kalau dgr kak lina cakap
konpem Tam masih ada kat sini
setiap kali dgr bunyi loceng rantai kucing
mesti aku terus menoleh
sedihnya :(

Open House

Hari ni pagi2 aku dah bangun menbasuh baju2 raya yg x berkesempatan nak cuci
al maklum, baju aku dan kak lina yg perlu di basuh
agak lama ms diperlukan
mentreatment rambut ku sendiri mengambil ms 15 minit
kul 9 gitu suh kak lina mandi
siap mandi... turun bawah menyediakan segala keperluan utk char koey teow
ke pasar pula membeli udang
ke pemborong telur pula membeli telur dan beras dan juga bawang goreng
ke NSK lagi membeli kacang, bawang putih dan ikan bilis
semuanya x berkesempatan dan terlupa utk dibeli semalam

pulang ke rumah
menyediakan lagi segala keperluan
kul 3.45 siap nak gerak dah
kul 4 gitu sampai rumah yg dituju
beramah mesra dengan tetamu2 tuan rumah

tuan rumah amat baik
char koey teow hanya habis sebanyak 54 pinggan
tp dia bayar utk 60 pinggan
makan minum kami tersedia
amat selesa dengan keluarga ini

selesai open house
kami ke kedai semula
aku mencuci lantai
mengemas kedai

pulang kerumah memasak kacang dan ikan bilis
mengopek kerang lagi
jari2 di tangan kanan aku sudah luka2 angkara alergik
apa yg alergiknya pun xtau
dr mula niaga bulan january sampai skrg, makin teruk pula
pedih sentiasa
nurse cakap xde ubat utk alergik cenggini

kak lina demam!
adus...
x dpt la meniaga esok
x mengapa... aku juga perlukan rehat
badan terasa amat letih
seminggu raya xde rest langsung
aku perlukan 1 hari suntuk utk tido2, baring2
semoga esok aku akan segar
Semalam telah berjaya mengemas dan mencuci kedai
dari tengahari sampai ke petang
penat ya Allah

tikus2 telah berjaya menjadikan kedai kami rumah mereka
aku dan kak lina telah mencuci lantai kedai dengan menggunakan sepenuh tenaga
akhirnya, lantai kedai bersih
tp lantai tempat pelanggan makan lum berjaya di mop

tengah mengemas, mendpt order char koey teow utk hari ahad
sebanyak 50-100 char koey teow
aku setuju je sebab memang kitorg x niaga lagi
balik mengemas, kami terus ke NSK membeli barang

kul 7 sampai rumah. siap2 soma
terus ke rumah balong dalam kul 8.15 gitu
balong jemput ada open house
amik Fitri sekali, lambat btl mamat ni siap... mcm anak dara
sampai rumah balong kul 10
cantik dah rumah balong, seronok duduk sembang2 kat laman yg indah gitu
makan, minum, tgk abang n anak2 buah main mercun
kul 11.15 gitu balik
kul 12.30 hantar fitri
kul 12.40 sampai rumah
terus tido sebab keletihan siang tadi

Saturday, September 26, 2009

Datuk Bandar Kuala Lumpur

semasa di kampung kak lina, aku berkesempatan berjumpa dengan Datuk Bandar
berbicara berkaitan perniagaan
peluang2 utk aku mendapatkan kedai DBKL
dan seperti biasa, perlu mengisi borang

soalan datuk bandar pada aku
kalau 'kau meniaga secara tiba2 x ada org langsung, apa akan jadi'?
jawapan aku ' perniagaan lingkup'
mcm mana nak atasi?
kena buat kaji selidik pada customer apa yg kurang

soalan lagi
berapa jenis mee berkuah kau boleh buat?
aku terdiam sebentar
aku boleh masak 15 jenis mee berkuah kata datuk bandar
kau muda lagi, belajar ilmu memasak katanya
akupun memang plan nak belajar masak tp masa dan kewangan yg xde

banyak lagi yg dibicarakan
beliau bercerita tentang pokok mahal yg dibeli, disemai dan menghasilkan hasil yg banyak
kata beliau, kita kena fikir apa yg mampu memberi pulangan yg banyak
mula2 modal mahal, tp pulangan berlipat kali ganda
contohnya pokok yg dibeli beliau, ternakan yg dibeli...
aku pernah 2 3 kali melawat kebun datuk bandar ni
bermandi manda di kolamnya juga
terlalu besar kebunnya, amat letih nak berjalan

kesimpulannya, aku berfikir2 juga apa yg boleh aku buat utk mendpt pulangan yg berlipat ganda... yg penting katanya, aku perlu belajar berniaga... ya, walaupun aku kini berniaga, tp ilmu berniaga belum cukup utk aku mengembangkan perniagaan aku

Raya 200909

Raya Pertama

6.30am - bangun, mandi, solat subuh
7.00am - turun bawah, makan ketupat mama buat
7.41am - Afiqah sms kata dah gerak
7.50am - salam mama, bagi duit raya
8.00am - alihkan kereta waja yg block kancil
8.10am - dengan lajunya memandu ke sentul
8.26am - afiqah sms bgtau dah sampai surau sentul
8.34am - selamat sampai ke surau
8.45am - sembahyang raya bersama2 anak2 buah yg tercinta :D

selesai solat raya, bersama balong sekeluarga, balang dan kak ani bersama ibunya, kami menziarahi pusara kedua ibu bapa kami. Selesai bacaan yassin dah tahlil yg diketuai oleh balang, kami mencari kubur arwah wan... tahlil sekali lagi diketuai oleh balang...

rancangan untuk mengambil nawfal (org mauritius) di lrt bangsar cancel sebab nor dtg ke kubur. aku amik dia di stesen wangsa maju saja dengan ditemani anak buah kesayangan iaitu afiqah dan raziq. Memandu lagi ke rumah keluarga kak ani... memperkenalkan nawfal pada semua. mula la kecoh2 berbicara didalam bahasa english kerna dia xtau bahasa melayu. Pertama kali dia beraya secara tradisional katanya sebab sebelum2 ni dia beraya sorg2. kesian, nasib aku pelawa ikut ke kampung dan dia terus setuju.

Beraya di kampung x terasa best mcm dulu. maybe sebab aku x kenal sedara mara. semua cakap lama x jumpa. jawapan aku 'ima meniaga 7 hari seminggu'. so paham2 la xde cuti camna nak balik kampungkan. Dorg ni duk ingat nawfal ni future husband. dia muda dari aku la, kawan2 je pun. kesian dia duk raya sorg2, saja bagi dia rasa kenangan beraya bersama keluarga Islam kat Malaysia. dan dia amat teruja... dah hantar balik rumah pun sms kata seronok sangat dapat raya cara kita org melayu ni... alhamdulillah. itulah niat di hati, nak bagi dia rasa suasana kemelayuan. semua masakan dia cuba... yg paling aku ingat sangat, mee goreng pedas nak mampus kat rumah along subuh. kak ana bagi air suam panas, dia pegang je terus cakap 'oh my god'... mau lagi berapi mulut bila minum... time ni la kitorg gelak sakan tp kesian gak... huhuhu

Raya Kedua - Ke6

Pagi seperti biasa breakfast makanan raya
Pegi bank, bank in soma duit niaga
Pegi umah mak cik bg ikan makan
Pegi kedai beli makanan kucing

dalam 12 lebih2 gitu gerak ke kampung kak lina di parit buntar. sepanjang perjalanan boleh dikatakan aku tido. mungkin sebab letih semalam x hilang lagi. aku xtau jam dari mana sampai mana... yg tau kak lina cakap jam panjang gila, sampai 5 jam setengah baru sampai kampung. patut 3 jam setengah dah sampai...

Sampai kampung xde buat pape. rest je... malam kuar pegi kedai mamak makan maggie goreng yg x sedap langsung dan mahal gilos. Beli aiskrim... tu je la kot yg dibeli.

Raya ke3 pegi umah mak lang (adik baba) di seberang jaya. tinggalkan mama kat situ, kitorg pegi jalan2 sampai la jumpa jusco seberang prai... beli lagi baju2 utk anak2 buah. kelemahan aku dan kak lina adalah bila melihat baju kanak2... pasti dibeli 2 atau 3 helai atau lebih :p ... nak jadi cerita, balik patut ikut jalan yg sama, kak lina pegi ikut jalan lain plak. sesat mencari jalan ke rumah mak lang adalah dalam 40 minit kot... sampai mama merajuk dah xnak pegi umah pak ngah (adik baba) utk berbuka (mama posa 6, aku gak x mula2 lagi sampai arini)

Raya ke4 kami pergi shopping barang2 dapur. murah2 gila la barang2 kat situ. kami beli kuali utk masak burger dengan harga RM10 (mana nak dpt kat KL, ni kuali bulat tu tau, yg sederhana besar), periuk stanles steel (betul ke eja?) RM15 ( ni kat KL RM25++), dulang steel RM10 (kat KL RM20++)... pemetik api yg unik ada lampu dan leh adjust muncungnya (pemetik api utk dapur tau) beserta gasnya skali RM10 semuanya... barang yang lain2 mama, mak cik and kak ina yg shopping...penuh citra kami dengan barang2. selesai shopping barang2 dapur, kami ke Salimah Butik... Kak Ina beli baju, aku beli kain pelekat dua pasang utk balong dan balang... selesai, pulang ke rumah

Raya ke5 pegi ke rumah mak andak (adik mama). bosan gila kena duk situ dr pagi sampai petang. ajak kak lina jalan2... sawah padi je yg ada kiri kanan... terus ke pekan. makan di marry brown, aku dah gastrik time ni... sejak dua menjak kerap gastrik, even bulan posa pun kena gak... biasa bulan posa x gastrik. lepas makan, balik umah mak andak... solat semua settle, balik... terus ke rumah mak ngah yam(sepupu mama) yg amat sporting. suka sangat dengan dia ni... sempoi... siap ajak aku duk dengan dia niaga char koey teow. dengan dia ni asik gelak je... ingat nak treatment rambut tp x sempat. esok je la

Raya ke6 pagi2 dah pegi cari saloon. rambut aku dah rosak sangat. nak cari yg bagus x buka lagi plak. last sekali pegi je salun yg xde nama tu... murah gila, treatment 2 kali, shampoo dan potong rambut rm90, rambut lembut gila. dia cek rambut n siap tunjuk yg saloon MONSOON aku pegi tu buat x betul. aku rebonding sebelum raya, dan MONSOON tu hanya sapu ubat kat sesetengah tempat je, bahagian dalam rambut rosak gila. tanya2 rebonding kt sana, rm140 3 kali treatment guna shiseido. aku buat aritu rm250 sekali treatment lepas iron. seelum iron dia dah salah buat rambut aku menyebabkan kena sapu ubat lagi skali...gilos la, mana la rambut x jahanam... pasni kalau nak rebonding nak balik sana naik bas, masih jimat lagi duit compare dengan buat kat KL ni... kalau la sanggup aku naik bas. huhuhu... settle soma, balik umah. tido dalam 5 minit... kul 3.15 gitu gerak. 7.00pm sampai umah dah... sampai2 je aku cari Tam sebab baba kata Tam menggila cari aku... masa raya pertama pun kak lina cakap dia mengekor je kemana kak lina pegi sebab cari aku... sian btl.

Malam br Tam balik. aku peluk dia tahan xmau... kalau biasa tu, aku peluk dia bukan main manja lagi. tapi arini dia dah ok... siap suh buka pintu bilik dia nak msk... hari2 mcm ni la dia, pagi2 akan suruh buka pintu. bagi masuk, bagi minum... diam la dia duk kat bawah tanpa ganggu pape. amat baik dan senang utk dijaga... dr baby sampai sekarang x penah menyusahkan.

settle hal raya setakat ni. malam ni ada jemputan open house di rumah balong. boleh la bawa baju afiqah, baju alya dan alyssa, kain pelekat balong dan balang. mesti jumpa dorg semua nanti... kalau ada cerita menarik nanti akan dipostkan kemudian.

nak mandi... nak kena cuci kedai... kedai dah macam tongkang pecah, tikus2 yg buat. plan nak niaga hari ni tp dah balik lambat x dapat la... isnin la br mula niaga...

Friday, September 18, 2009

Raya & Ralat

td Afiqah sms
bgtau abahnya (balong) ajak aku dtg n raya di rumah mereka
tp...
malam raya aku dgn kak lina nak merayau ke Jalan TAR
esok pun kami masih meniaga
kena kemas2 kedai, dalam kul 10-11 malam baru leh sampai rumah
nak ke rumah balong malam2 sorg2?
uish... takut yg amat
dah la jalan gelap gulita
lagi plak...
mama dah belikan kain baju raya dan dah siappun
so, aku membuat keputusan
pagi2 raya aku akan keluar ke Surau Sentul utk sembahyang raya bersama2 mereka
selepas itu ke kubur pula...
dpt balasan sms lg...
Afiqah menaip 'Abah ajak makcu balik kg n9 dgn mak uda skali'
aku terus call selepas habis mengopek kerang
Lepas cakap2, terus setuju
aku akan tinggalkan kereta kat umah nor
balik kampung dgn dorg
Afiqah seronok la sebab dah lama sgt aku x ikut rombongan keluarga sejak meniaga ni

Raya kedua mungkin balik ke kg kak lina
kalau mama nak balik raya pertama
aku akan tinggal di KL sorg2 la

RALAT :

Terlupa plak pd Along (kakak kak lina) dan abg Sham (suami along)
berkenaan kurma itu
terima kasih tak terhingga kerana mempromosikan kurma kami pada celcom Batu Pahat dan terima kasih pd abg sham kerana beli dalam kuantiti yg banyak utk disedekahkan
Moga murah rezeki

Wednesday, September 16, 2009

Hampir sebulan berpuasa

Sekejap benar masa berlalu
Tau2 dah nak raya
aku dah x bape suka raya lepas mak meninggal
sambut pun ala kadar

meniaga bulan puasa memang amat mencabar
keletihan x terkata
pulangan tidak memberangsangkan
mungkin sebab terlalu banyak persaingan
tp alhamdulillah
pendapatan sampingan menjual kurma dapat membantu
Alhamdulillah kesemua kurma dalam stok kami telah habis dijual
cuma yg berada dlm tangan along (kakak kak lina) sahaja yg masih belum terjual
terima kasih banyak kpd Mak Cik yg telah mempromosikan kurma kami kepada KWSP
terima kasih kpd Pak Cik Azmi kerana telah membeli kurma dr kami
terima kasih banyak kpd Taufiq Hussien sebab mambantu kami dalam mengurangkan (hampir menghabiskan) stok yg kami ada dengan menghantar ke Menara TM bagi pihak TMUSA
secara x langsung, contact number yg ada dpt digunakan utk masa hadapan :)
dan x lupa juga terima kasih banyak kepada Doctor Ina yang memberi support kepada kami dengan mempromosikan kurma kami kepada doctor2 lain... sehinggakan dia sendiri hantar ke Kuala Kubu...

jualan tempeyek, tumpi dan kerepek pisang tidaklah memberi pulangan yg besar
tp cukup la utk belanja makan seminggu
baju pula x dpt dijual sebab xde tapak dan xde org nak tlg jagakan
walau camna sekalipun, 14 helai bagi pada Fitri utk dijual di Sungai Besar
kesemuanya habis dijual
cuma bayarannya selepas raya

masih banyak lagi baju budak2 dalam koleksi
baju dewasa tinggal sedikit
insyaAllah lepas raya boleh habis
jual sikit2, lama2 habis juga

Saturday, August 22, 2009

1st Ramadhan

Alhamdulillah selesai satu hari dibulan Ramadhan
Alhamdulillah berjaya juga menghabiskan puasa walaupun berpenat lelah mengangkat barangan dari kedai ke bazaar ramadhan
teramat kering tekak selepas menguruskan tapak ramadhan
dari tghari ke petang amat la sibuk
cuma salah jangkaan waktu membuatkan kami kelam kabut
perniagaan tak berapa bagus (boleh dikira berapa je org beli) sebab lupa nak bawa menu dan bunting...
Pengalaman pertama berniaga di bulan puasa
Meja, Canopy, Dapur, Bahan2 masakan, Kurma berkotak2, Air... ya Allah, banyaknya yg dibawa... sampai sakit2 kaki hari ni
Esok kami tidak akan lambat lagi
Jam 3 sudah bersedia disana, insyaAllah
Tadi 5.30 baru terhegeh2 nak susun barang sbb kul 5 baru gerak dr rumah
Walaupun pada tgharinya sudah selesaikan bahan2 yg diperlukan utk memsk, rupanya masih banyak barang yg perlu diuruskan
Jiran sebelah alhamdulillah pemurah tenaga membantu kami membuka canopy
Tapi ada masalah dgn canopy, kena anta repair bila cuti nanti
Ada ke cuti? hurm...
Moga Allah melimpahkan rezeki kepada kami dibulan Ramadhan ini
Amin

Monday, August 17, 2009

17 August kembali lagi

17 August 2005



8.00am - berborak dgn mak mcm biasa
9.45am - ingatkan mak ada meeting kampung
10.00am - mak tgh solat dhuha (tunggu jap)
10.15am - mak tetiba kata sakit dada minta air quaker oat (aku buatkan)
10.20am - aku pegi meeting sensorg
10.30am - abah call bgtau mak pengsan
10.31am - sambil berlari n menangis memanggil nama mak
10.32am - sampai umah mak dah xde
10.32am - usaha buat CPR dan dgr denyutan
10.34am - berlari panggil abng2 depan umah tolong angkat mak masuk kete (aku n nor x larat)
10.35am - gerak ke hospital
10.45am - sampai hospital (doc cakap 50-50)
10.45am - doa moga mak selamat
10.46am - Bangah dengan sedihnya maklumkan 'ima, mak dah meninggal'


Masa dengar ayat ni dari Bangah, Kak Lina org pertama aku bgtau. Rasa gugur jantung, pedih ulu hati, nak pecah dada bila org yg paling kita sayang meninggal secara tiba2. Tanpa sebarang tanda, tanpa sebarang sakit yg kronik... Moga mak berada di kalangan org2 yg beriman... Al-Fatihah... Amin


Hari ini, 17 August 2009 genap 4 tahun pemergian arwah mak. Mata masih bergenang bila taip ayat2 ini. Dada rasa sebak yg amat. Tarikh yang paling aku ingati. Tarikh yg meragut kebahagiaan hidup memiliki seorang Mak yg amat beriman, penyayang, penyabar dan bertanggungjawab.


Hampir setahun aku tak melawat pusara arwah Mak... insyaAllah Jumaat ini akan aku freekan masa utk melawat sebelum tibanya Ramadhan. Setiap kali melawat pusaranya, hiba itu tetap ada... rs terdetik dihati mak ada di sisi... sentiasa bercakap seorg diri di pusaranya.. walaupun tidak mendengar suara mak menjawab percakapan, tp aku tetap bercakap seolah2 berborak dengan mak.


Raya tahun ini pasti akan menangis lagi seperti tahun2 sebelum ini. Raya pertama tanpa mak, tak terkeluar suara aku utk membacakan yasin di pusaranya. Hanya mampu membaca didalam hati sambil teresak2 menangis... alhamdulillah raya ke2 aku sudah mampu membaca yassin di pusaranya walaupun masih dengan tangisan... raya ke3 juga begitu... dan sehingga la raya seterusnya.

Dahulu setiap waktu solat akan aku bacakan yassin sehingga setahun pemergian arwah mak... tp sekarang, seminggu sekali pun jarang... akan aku mulakan semula bacaan yassin utk arwah mak dan abah. moga pusara mak abah sentiasa diterangi dgn nur kasih Allah swt, diluaskan pusaranya seluas2 alam ciptaan-Nya dan sentiasa sejuk dengan nur keimanan dan ketaatan mak abah terhadap Allah yg Esa.

p/s: waktu yg tercatat adalah jangkaan semata2... waktu yg tetap x sempat nak dicatat.




Al- Fatihah utk arwah mak dan abah


Sunday, August 16, 2009

My E90 & Sales

Semalam balik je dr niaga... sambil melangak nak naik tangga, tetiba terdengar bunyi 'krek'... ops... oohhh... habisla handphone aku ni. sambil naik tangga sambil tgk handphone... aduhai, retak LCD and cover... punca retak teruk adalah kerana terlanggar bucu tangga. Bucu tangga tu pun tertanggal la kayu dia... punya la kuat hentakan tu, pdhal aku jalan dengan cara biasa.. xde plak tergesa2...

Beberapa hari lepas Kak Lina buka cover tgk screen dah rosak... semalam plak LCD depan retak... at least kalau depan je retak, cover dalam (desk) leh guna, boleh lagi guna My E90 tu... apakan daya, dah xde rezeki. Nama nak beli handphone baru... hurm... kena pikir 10 kali. mana la nak ada duit skrg ni...

Nak repair plak nor cakap dalam rm350-rm380... huhuhu... baik aku ganti tayar kereta and repair kereta yg dah berbunyi itu... pakai la semula 3320 aku yg lip lap itu... banyak sungguh handphone yg ada, tp xtau kemana dah somanya... Kalau adapun mesti bateri dah jahanam kot

Arini meniaga sales memang amat memberangsangkan. dari jam 8++am aku dah mula sibuk... direct masak tanpa henti sampai 10.30. Ya Allah rasa nak nangis tahan lenguh tangan ni... tp alhamdulillah rezeki Allah bagi. Allah tau kitorg perlukan duit yg lebih utk mula meniaga bulan ramadhan nanti... canopy nak kena beli... trolley, n mcm2 lagi... semalam je dah habis 200 beli brg utk niaga bulan ramadhan. x campur canopy yg akan mencecah rm320 kosnya...

Kurma plak, dah habis 7 kotak... 7 kotak bersamaan 7x12... alhamdulillah... perlu menjual lebih kurang 14 kotak lagi utk pulang modal... alhamdulillah sorg doctor tu beli 2 kotak td... akan beli lg 1 kotak nanti... bulan puasa ni insyaAllah boleh habis. Amin

Perlu rehat sebentar... kepala sakit2... badan letih2...

Friday, August 14, 2009

Lapar

Tetiba plak lapar
tgk jam dah dekat kul 2
patut la
td bekfes karipap seketul n kuih comel 2 ketul
mana la nak kenyang

semalam dinner kat dapur sarawak
makan mee kolok
setau aku, kakak aku bgtau mee kolok lain rupanya
yg aku makan tu mcm wantan je
bagi sup and kicap... pastu bancuh sendiri dgn mee
patutnya dia siap bancuh soma la
tinggal nak telan je
rasa tu x payah cakap la
biar la lapar bagai camna pun
xkan makan kat situ lagi
rela cari kedai tepi2 jalan

rasa nak makan western la isnin nanti
jom kak lina
HR Steak House ke Chop & Steak??

Thursday, August 13, 2009

Melepas

semalam dpt order utk 700 kotak kurma safia bertangkai
janji akan bg harga pagi ni
bila call je en khairul dr kilang hicom
dgn selamba dia cakap dah dpt sbb kwn dia cari
punya la sakit hati
semalam beria2 nak sangat dr aku
tetiba leh cancel
apa nak buat
dah xde rezeki
masuk ni dah 3x order tetiba x jd

first nak 13 dozen kurma
bila call nak anta ke seremban
boleh... tp harga xleh kurang la sbb nk kena anta jauh
tp pastu terus senyap
sekeh kepala br tau

2nd nak 500 kotak
minta rm7...
gila ke apa?
mana nak cekau
kos pun lebih dr tu

pasni malas nak layan org call tanya kurma secara banyak
kalau setakat below 100 tu aku leh layan lagi
alhamdulillah hari ni nak anta 42 kotak ke 2 kwsan
minta2 akan ada byk lg order lepas ni
amin

Wednesday, August 12, 2009

Tapak Ramadhan

Tadi dah pegi undi tapak
aduyai... aku dpt no 20, kak lina no 10
jauh la plak... susah niaga cenggini
kena amik pembantu nak kena bayar gaji lagi
income lum leh jamin camna sbb kwsan baru plak kali ni

pegi td tumpang kete abg Heri je
ntah angin apa kelmarin dia ajak pegi skali
semalampun dia remind nak amik kitorg kat umah
ikutkan xbape gemar nak tumpang2
tp nanti org kata sombong plak
dan akhirnya td
hampir sejam aku n kak lina kena menunggu dia
sebab giliran kitorg kejap je settle

khemah nak kena beli ni
kak sariyah dah cakap nak beli bgtau dia
pegi dgn dia
ni lagi satu segan xnak nyusahkan
tp kalau tolak pelawaan
kata sombong plak
tp bagus gak bw dia
dia dah kenal org tu
maybe leh dpt murah sket
aritu aku tanya mahal RM50 dr harga yg kak sariyah bg

nak tido sekejap
mata masih rs ngantuk2 lagi
kepala sakit2 sikit
perut sebu2
konpem leh puasa on 1st day ramadhan
sebab budget period on friday
tetiba td dah sampai
lega.....
puasa pertama la yg paling penting jgn tinggal

Wednesday, August 5, 2009

Kurma & T-shirt Levi's

Semalam dah buat pembayaran bagi Kurma Madu Yusoof Taiyoob berjumlah RM2400.
Hari ni dah ada order 20 kotak dr KWSP, 10 kotak dr Kontraktor di Batu Caves...
Masih banyak lg stok, tp insyaAllah boleh habis semua. order dah ada tp stok lum sampai...

T-Shirt levis pun bayar semalam. tp hari ni dah dpt baju tu...5 helai je beli utk tgk kualiti. bg aku kualiti ni boleh la utk dijual sekitar RM20-RM25... masih menunggu stok utk baju Polo kerna design baru akan keluar minggu ini...

27 helai baju dari bangladesh dan india telah dihantar ke UM untuk dijual oleh Razif. pasaran tak berapa bagus... tp masih ingin mencuba dgn t-shirt dari thailand plak, fake branded punya. hope boleh jalan... levi's original dari US brochure dah bg pd razif kelmarin utk ditest market.

Baju kanak2 kak ani kata baru jual 1... xpe, sabar. kena rajin jalan... semalam kak lina dah publish dalam facebook. insyaAllah akan publish dalam mudah.com.my plak... hope segala yg dirancang mencapai kejayaan

Saturday, August 1, 2009

Ditampar May May

Menjelang saat penutupan kedai
Baru la nampak May May
dengan excitednya aku dukung
Nak letak dia ditempat pembaringannya
Dengan tak semena menanya
Dia terus menampar muka aku
Dengan kuku yang dikeluarkan
Berdarah gusi
Sedikit terasa nyut nyut di gusi belah kanan
Kepala mula terasa sakit sikit2
Bawah bibir terasa gatal2
Kesan kuku May May yg amat berbisa itu
Tapi sikit je kena
Dah biasa ditampar May May tp sempat ngelak
Hari ni tak terfikir plak dia nak tampar
Lupa plak nak ready dulu
Sebab excited tak nampak May May dari pagi
Bila dia muncul terus je nak gomol
Mengamuk la dia
Huhuhuhu

Thursday, July 30, 2009

Balang Sakit

Balang sakit... Jumaat lepas br tau. Sabtu terus pegi jenguk... dah sihat sikit. Selasa Balang sms bgtau sakit balik... Bawa abg Kasyah ubatkan balang... alhamdulillah lega sikit... Hari ni sakit balik tp tinggal kesan2 je...

Disantau... kepala seperti ditoreh dan dikepak... aduihai... sakitnya ya Allah.

Bantulah abg ku ya Allah
Jauhi la dia dari perbuatan syirik syaitan
Sembuhkanlah abg ku seperti sediakala ya Allah
Lindungilah seluruh umat Islam dari bencana
Lindungilah aku dan keluarga dari perbuatan keji manusia
Amin

Branded T-Shirt dari Thailand

Hari ni dah order below 10 t-shirt dari Thailand untuk tgk sample. Kalau kualiti bagus, leh la aku beli 50 nanti... kalau permintaan bagus plak, leh up order ke 100 plak. Minta2 business baju ni leh jalan... kain 80% cotton and 20% pvc kalau x silap. selesa ke ek? serap peluh x? hurm... kite tunggu dan lihat

Sekarang ni stock baju pun ada dekat 100 helai rasanya... seribu gak duit habis dah beli stock... Jual baru sikit sebab xde tapak yang sesuai... yang ada sekarang T-Shirt dr Bangladesh dgn India, tp kain 100% cotton... sangat sejuk! ramai suka walaupun ada yang berlagak siap kata bukan original... dia biasa beli original. boleh blah la... x kenal nak berlagak plak. yang aku jual skrg memang original tp rejected and over run je...

Tapikan... ramai suka dan tak beli. aku nak pusing modal ni beli t-shirt Thailand plak... hurm. xpe... sabar. pasti dapat jual kesemuanya dengan bantuan Kak Ani membawa pakaian kanak2 ke pejabat dan aku membawa pakaian budak dan dewasa ke gerai...

Ya Allah, jayakanlah segala apa yang aku usahakan.
Amin

Tuesday, July 21, 2009

Kain Raya

Hari ni hujan lebat sangat
Mata memang amat mengantuk
Kul 11 dah sampai rumah
Terus mandi shampoo rambut sebab basah kena hujan
Hujan lebatpun hutang tetap dikutip

Selesai mandi, kira pendapatan pagi
Kak Lina turun kebawah jap
Aku buka notebook
Tetiba dapat kain Baju Raya
Kak Lina pas kan pemberian dari Mama
Rupanya mama belikan di batu pahat
tema raya tahun ini
Terharu sungguh aku mendapat kain baju kurung yang sama temanya bersama keluarga ini
Mama siap nak tempahkan mengikut size Kak Lina
Tapi kak lina x bagi sebab aku lg besar... huhuhu
Rupanya berbincang 2 beranak tanpa aku sedari

Mama pergi ke Batu Pahat Jumaat lepas melepas rindu pada cucu2nya
Masih terasa terharu kerana aku dianggap seperti anaknya juga
Aku langsung tak rasa terasing dalam keluarga ini
Sudah hampir setahun aku menetap dengan keluarga ini
Semuanya percuma bagi aku
Malu dan segan
Tapi aku belum berkemampuan untuk membalas
insyaAllah satu hari nanti

Monday, July 6, 2009

Maybank Safwah Era Sdn Bhd

kul 8 br terjaga
mana xnya, semalam kul 3 gitu br tido
tido balik n guling2
kul 11 bangun mandi
siap2 terus gi kedai beli makanan kucing
jenguk May May kat kedai bagi makan dulu
pegi opis Nor amik dokumen close akaun Maybank Strike dan Off Safwah Era Sdn Bhd
cek dokumen, check grammer, itu ini...
kul 2.20 gerak nak gi bank...
alamak! x cop ctc comp scretary lagi
patah balik ke opis nor, nasib x jauh sangat
dah siap cop soma, gerak semula ke bank
alhamdulillah jalan x jam melampau
jumpa pegawai bank tanya cmna nak tutup n cek balance
withdraw soma settle, terus submit director resolution
alamak lagi! form 49 (comp secretary dah berubah) lupa bawa
bawa form 49 (comp secretary lama je)
esok kena submit balik, tp director resolution pihak bank pegang
selamat!
balik dr bank singgah order burger sedap
pegi BSN amik borang pinjaman untuk Fauzi (abg ipar aku)
pastu singgah Farmasi Aman beli ubat selsema kronik
pegi amik burger
Nor teringin cendol
jenguk2 nampak plak cendol
beli 3 sorg satu
anta Nor balik opis
balik umah
bagi Tam makan (kelaparan dr pagi x makan minum sampai kul 4 lebih, sian Tam)
cek facebook, tagged, email2
tido
call!
nor call remind tlg transfer from maybank to maybank dia
settle!
masuk maghrib
apa lagi?
pegi solat cepat!
baca yassin!
mak abah kau tunggu je sedekah kau pada dorg tau!

Saturday, July 4, 2009

Tam

Hari ni Tam amat perasan...
alarm kereta aku dah rosak since 2 weeks ago rsnya...
ada plak keta alarm sama tadi...
dengan lajunya dia lari kearah kereta itu...
bila kereta itu start saja enjin, semakin kencang lariannya...
bila ditinggalkan mukanya amat sedih...
aku terus lari memanggil Tam (takut juga org terlanggar n lari ke apa)
nampak saja Ibu (aku la tu) terus berubah muka (gembira) dia
lega gak dia tak dilanggar...

Masa dalam kereta on the way balik
dah dekat sampai umah
dia sibuk bising suh buka tingkap (kebiasaan harian suka menjenguk muka ditingkap kereta)
akupun buka dan dia terus terjun (tergolek sekejap si gemuk itu)
dengan cemasnya aku suruh kak lina berhentikan kereta
aku mencari Tam dijalan raya itu
rupanya dia ketakutan sampai menyembamkan muka didalam belukar kecil
terus saja aku dukung bawa ke kereta
takut sangat rupanya dia
aku peluk2 bagi dia tenang

mesti dia ingat dah sampai umah
sebab kebiasaan memang akan lompat bila dah sampai
kesian juga 2 kejadian hari ni
alhamdulillah Tam selamat
kalau jadi apa2, menangis sakan la aku
nak masuk 3 tahun dah aku jaga dr dia br je buka mata
sudah membesar dengan gemuknya

Friday, July 3, 2009

Batuk

Rasanya hampir 2 minggu aku batuk
jarang2 sekali batuk berlarutan sebegini
kebiasaannya br mula nak batuk, minum ais banyak2 terus x jadi batuk
ni tiap2 hari minum ais masih lagi batuk
kalau x minum ais, konpem batuk smpai nak pecah dada
last batuk a few years ago...
aku memang sukar dijangkiti batuk tp amat mudah dijangkiti selsema...

Kesihatan lain alhamdulillah
pantang aku kalau batuk dan selsema
konpem baring memanjang sebab tak larat nak dudukpun
batuk saja aku masih gagah perkasa... huahuahua
selsema saja aku akan lembik :(

kepala rasa sakit sikit2 secara tiba2
terlalu banyak benda yang perlu disettlekan bulan ni
bank company akaun, company, rumah PPR...
semua kena settle awal bulan julai...
harap dapat settle soma cepat tanpa sebarang masalah dalaman

Tuesday, June 16, 2009

Lencun

Saat selesai mengemas dan membasuh kedai...
Tetiba kepala paip patah...
diketuk oleh Kak Lina...
kami berdua usaha utk menggantikan yg baru...
nasib memang ada 2 kepala paip lama...
dgn xleh tutup air dr tangki...
air memancut keluar...
kedai habis basah...
kami berdua basah jeans n t-shirt...
muka aku penuh air mcm mandi...
akhirnya misi ganti kepala paip selesai...

ada hikmah disebalik kepatahan kepala paip ini...
dah lama nak ganti sbb dia asik menitik2...
rugi byr bil je n membazir...
dan akhirnya...
atas sbb kak lina mengetuk hingga patah...
akhirnya terganti jua...
tiada lg masalah air menitik selepas ini...
huhuhuhu

Saturday, June 13, 2009

Hadiah Untuk My Niece

Aritu dah belikan Jam Tangan Disney - Mickey Mouse untuk Afiqah...
Hari ni plak belikan handphone Sony Ericsson T303 - atas permintaan nak yg ada camera...
Duit belanja pergi Perth pun dah bagi...
Dia kat Perth, Makcu godek2 dulu handphone ni...
Perjanjian budget RM500 telah tercapai untuk hadiah kecemerlangan UPSRnya...
walaupun lambat hadiah dibagi, tp yg penting tetap dapat...

Lega hati x berhutang apa2...
Kena menyimpan semula...
Bulan 4, 5 dan 6 terlalu boros berbelanja...
satu sen pun xde simpan...
dah la bulan 1, 2 dan 3 income teruk...
Gaji bulan ni mesti sikit sebab sales teruk...
So, bulan 7 adalah bulan utk berjimat cermat...
xde lagi novel, xde lagi beli2 baju, xde lagi belanja bukan2...
Set dalam kepala... budget setiap perbelanjaan...

Friday, June 12, 2009

Jun Mati

7.40 smpai kedai...
kemas2...
tetiba kak lina cakap anak May May mati....
terus aku terjerit... HA??
terus aku cr mana dia...
leher patah...
May May punggah dia kesana kemari...
Kalau tau, semalam x niaga petang aku bw dia blk...
dia dah pndai minum guna botol susu...
rasa terkilan sangat...
botol yg ada terpaksa disimpan buat kenangan...
br 2 hr kot dia minum pakai botol...
susu yg ada xtau nak buat apa...
xkan la rajin sgt nak bg kucing2 kt pasar air susu...
balik rumah gali lubang...
leher dia terlalu lembik (maklum patah)...
kena pegang hati2 masa nak tanam...
lepas tanam terus basuh kasut...
naik atas...
rehat2...
sedih gak la tp dah ajal...

Monday, June 8, 2009

Jun

Jun nama anak angkat May May...
arini dah belikan botol susu baby...
susu baby (susu kucing) pun dah beli...
esok leh cuba bg botol susu tu...
kalau x sesuai puting tu...
kena tukar puting dr baby mcm anak2 kucing2 sebelum2 ni...
klu x sesuai gak nnti...
kena beli botol susu kucing...
dulu ada dh... tp kemana hilangnya...

arini niaga siang je td...
malam x niaga..
esok br leh cuba la bg Jun minum...
dah seminggu bg pakai shrink je...
sian x puas...

Sunday, June 7, 2009

Kampung, Western Food & Wayang

Khamis 4 jun lepas abis niaga, kul 12 gitu gerak ke Parit Buntar kampung Kak Lina...
Sampai around 5... dr 1.34 smpai 2.43 gitu lepak kat Tapah, solat & makan...
Sampai Parit Buntar rilex2 dulu... pastu gi umah org ubat...
Balik dr situ, pergi beli ticket...
Masuk Billion... alamak! cantik2 baju kat sini...
2nd time dtg Parit Buntar msk Billion mmg kagum n geram dgn t-shirt2 disana...
Sempat beli 3 helai... 1 utk raya (cantik sket) 2 utk niaga (cantik x byk).. huahuahua
Ticket kul 10 pagi 5 jun..

Jumaat 5 Jun... pgi 9.30 Baba dah bising2 x siap lg...
dekat kul 10 baru smpai stesen bas...
rupanya kami ber2 je yg lambat... huhuhu
driver bawa slow... rs mcm aku nak drive je...
kul 2.45 smpai Pudu...
Jalan kaki sampai Daya Bumi...
Naik Komuter... betul ke komuter nama train tu? lupa plak...
smpai umah dlm 3.30... fuh! penat...
petang x jd meniaga sbb bahan x ckp...

Kul 7pm... kami pergi kampung baru HR Steak kot...
boleh tahan la rs chicken grill dia...
tp kuah dia x sesedap kuah chicken blue kedai abg Uda kat Kg Baru gak...
Habis makan, kami ke KLCC...
Masuk Kinokuniya... alamak ada buku ahadiat akashah yg br...
sambungan untuk 3 hari...
RM21.90 habis utk buku itu...
kelemahan aku masuk sebarang kedai buku...
pasti ada novel yg dibeli...
x satu. dua... x dua... tiga...
lepas beli buku...
tgk syurga cinta...
sungguh menginsafkan...
bergenang juga air mata...
ingatkan aku sorg hiba, blk tnya kak Lina dia bergenang x...
rupanya sama2 hiba n insaf...

Blk dr wayang kul 12 lebih kot smpai umah..
aku tertido 30 minit...
kul 1 kak Lina kejutkan...
Kami ke pasar membeli udang plak...

Blk dr pasar...
Kul 1.30 kot...
kami dah siap2 apa yg patut..
naik ke bilik...
salin baju...
naik katil...
tido!

Pagi 6 Jun...
kelam kabut siapkan bahan niaga...
hari sabtu mmg ramai org...
tepat kul 8 pagi, dah ada 2 order...
dgn cili x prepare lg...
lepas tu direct 8 lg order...
nasib kami sempat siapkan soma...
xde customer yg tarik diri...
alhamdulillah...

blk meniaga...
ke NSK membeli barang...
membeli telur juga...
Beli Durian...
huhu...
Beli makan tghari (Mama xde, kena beli kt luar :p)
lepas makan nasi...
Kopek Durian...
Keras nak mampus kulitnya...
tp berjaya membuka...
terima kasih pd kak Lina...
klu aku yg buka sah2 hancur...
makan durin seulas dua...
angkat Kiki letak atas perut...
usap2 dia...
pastu letak dia kt bawah..
tau2 dh terlelap...
5.30 bangun...
siap2 pergi meniaga...

Kul 8 lebih...
balong n nor dtg sekeluarga...
kelam kabut siapkan bahan...
ada plak customer lain...
fuh! alhamdulillah soma siap...

malam blk rest...
taip blog...
nak tido...
Gud Nite!

Sunday, May 31, 2009

TRAGEDI!

0643 - waaa... terlambat bangun. Mandi, solat subuh, gerak Kak Lina bangun, siap pergi meniaga...
0725 - sudah berada di kedai... menyediakan segala keperluan
0905 - Kak Lina pergi beli Kuey Teow
1005 - alamak... bahan yg disediakan semalam x cukup. Jangkaan x ramai customer meleset... budget jual below 15, tetiba 20++... menggelaba kopek kuey teow, potong kucai, cuci udang, bancuh cili & kicap, potong daun pisang... fuuhhhh!
1230 - sampai dirumah
132o - gerak ke rumah Zairil (aku datang la kawin ko.. :) )
1402 - Mama call bgtau Baba langgar Male
1408 - Org parking mcm bengong, kancil ngam2 je leh lalu... kalau salah sikit leh seret kete org...
1409 - Ada plak budak pompuan jatuh motor depan kancil masa tgh nak jalan.. aku tolong angkat motor dia sebab kaki dia tersangkut (al maklum, pakai baju kurung kain ketat :p)
1413 - sampai rumah terus kuar kete... tgk Male dah mati
1414 - Menangis sakan sama2 dgn Kak Lina... Male kesayangan kami... cukup manja :((
1430 - Gerak kerumah Mak Long (Cik Putih bertunang)
- Seronok n gamat rumah Mak Long... ramai sgt sdara mara... terasa mcm aku kuarga dorg gak
1910 - Gerak pulang kerumah
0805 - Sampai umah terus sediakan makan untuk Tam...

Kejadian yg amat menyayat hati... Male mati dilanggar... baba x sengaja.. kebiasaan Baba akan tgk dulu ada kucing x bawah kete... ntah napa arini Baba terus je jalan... turun2 tgk Male dah menggeletar... Tapi xde kecacatan... mungkin organ dalaman pecah...

Masa aku balik tgk Tam ketakutan... begitu juga Imad... mata aku masih rs pedih2... setiap hari menjadi rutin aku untuk bg Male, Imad & Tam makan... kalau yg lain turut ke ruang parking depan, memang aku akan sediakan makan gak... sedih sangat... balik meniaga tadi aku bg makan tp Male xnak... dia pandang aku dengan pandangan sayu... x terfikir itu pandangan terakhir dia... kalau aku tau, akan aku usap2 dan peluk2 dia...

Dalam minggu ini, aku dan Kak Lina menangisi kematian 2 ekor kucing kami... amat sedih. belum pun terluput dr ingatan mcm mana Iman mati... terjadi pula kejadian Male mati... lebih menyayat hati... Baba sudah lemah lutut dan x mampu memandu...

Saturday, May 30, 2009

Aku sungguh terharu

Hari ni cukup mengharukan...
May May telah mengadoptkan anak kucing yg br dijumpai di kedai sebelah...
sungguh May May amat menyayangi baby itu..,
dijilat2 bulu baby itu sampai bersih bulunya...
tidak keruan bila babynya menghilang dibawah peti ais...
terpaksa aku dan kak lina mengeluarkan babynya itu...
dan terpaksa pula kak lina menutup lubang bawah peti ais itu dgn kotak telur...
lena juga baby itu di perut ibu angkatnya...
sungguh aku terharu dgn kasih sayang May May...
sedih juga mengenangkan May May tidak mampu mempunyai anak...
Perut May May yg membusung itu mengakibatkan kandungannya gugur sentiasa...
kalau May May mempunyai anak, pasti semuanya hidup...
makan May May sungguh pantas takut anaknya diganggu...
makan May May sambil menoleh2 melihat anaknya...
kagum sungguh aku dgn kasih yg melimpah itu...
walaupun hanya br sekejap dijumpai...
terus dicium dan digonggong bawa ke dalam kedai...
tidak pula aku n kak lina marah...
biar la May May merasa ada anak walaupun cuma anak angkat...
May May mungkin masih ada susu...
May May baru saja keguguran 2 minggu lepas...
Moga May May dan baby sihat...
Amin

Wednesday, May 27, 2009

Iman Mati Dibelasah sekumpulan Anjing Liar

Kul 4 pagi gitu...
aku dgr bunyi anjing sahut2...
pastu dgr dekat semcm....
dgr plak mcm mengejar sesuatu...
dengar plak suara kucing menjerit2...
terus aku kejutkan kak lina...
kami bangun sama2 tinjau ke tingkap...
aku nampak anjing2 tu tgh membelasah kucing...
kucing menjerit kuat kesakitan...
kak lina menghalau...
terus kami turun ke dapur...
masih ada lagi kumpulan anjing2 itu cuba mengacau kucing2 betina plak...
setelah anjing pergi...
aku keluar sorg2 mencari kucing yg menjerit2 td...
ternampak Iman terbaring...
terus aku jerit 'Akak Iman dah mati'
dengan sedihnya kak lina ambil plastik...
aku angkat Iman (xleh pegang sbb dah kena gomol dgn anjing)...
masih lembut sebab br sangat mati...

Di belakang hanya ada Iman seekor yang jantan...
selebihnya betina iaitu 3 ekor anak kucing br 2 bulan kot...
Coco, Kiki dan Tom saja kucing betina besar...
Iman yg jantan telah memprotect saudara2 betina...
sedangkan Imad (Jantan), Tam (Betina) dan Male (Jantan) berada dalam porch dengan selamat...

Kak Lina menangis dalam senyap...
masa angkat Iman aku turut menangis...
Aku duduk memangku Iman dengan mata bergenang...
sedih tgk keadaan dia dan insaf dgn cara dia menjaga keselamatan kucing2 betina tu...
cuba tidur semula lepas selamatkan Iman dr jadi bahan makanan...
tapi xleh pejam mata asik ingatkan dia...

Br semalam Iman minta makanan pd kami...
jarang benar dia berperangai begitu...
masuk ikut tingkap dgn pertolongan Kak Lina membukanya...
Dan terus lari kearah aku utk mendptkan makanan...
masih terngiang2 lagi perilaku Iman...


Moral disini...
Haiwan JANTAN sungguh berani dan gagah cuba utk menyelamatkan Haiwan BETINA...
Manusia LELAKI pula sungguh berani dan gagah menganiaya Manusia PEREMPUAN...
Sepatutnya, manusia LELAKI ini dijadikan Haiwan JANTAN supaya dia menjadi sedar diri...
Haiwan tidak berakal, Manusia berakal...
Mana nilai2 manusia zaman skrg?

Kejadian!

2 pagi sudah x berniaga... rugi!
soma atas sebab x larat bangun pd pagi isnin...
dan pagi ini sebab terlajak...
aku terjaga tgk luar dah terang benderang...
7.30? cepat2 kejutkan kak lina...
jwpan konpem x niaga sbb klu siap2 soma kul 8 br gerak...
kul 10.30 tutup... gedebak gedebuk kul 9 gitu br settle keje2...
buang ms n tenaga... baik sambung tido :p

arini kuar gi CarreFour wangsa maju...
konon nak redeem mesra realreward point..
skali dia suh pegi cosway...
pulang ke slayang mall ke kedai cosway...
hanya ahli boleh redeem...
BENGONG!

Balik!
tgk internet...
call berpuluh kali br ada jwpan...
dah tutup booth kat wangsa maju?
cosway xleh?
apa leh buat?
online je...
huh!
redeem online dah...
ntah pape je yg tinggal...
out of stock la...
beribu point rugi gitu je...

Petang...
Meniaga mcm biasa sampai malam...
macam biasa, bulan 5 ni teruk bebenar...
sales amat memenatkan hati...
sungguh sakit hati tp tetap bersabar...

Malam...
Taufiq email minta tlg pick up jam tangan yg dia hantar...
kwn br naik flight...
aku kena start mencari buyer dan berbincang dgn mejar...
hope ada harapan... Amin

Thursday, May 21, 2009

Kekonfiusan

td pegi pejabat PPR kt bwh umah tu... minta borang utk renew penyewaan... aritu balang kata leh continue... tetiba arini tnya blk, dia kata org tu suh kawin cepat... cakap mcm apa daa... pening kepala aku... pegawai situ x bg gak... naya nk buang soma barang2 yg ada tu.... kalau nizal leh replace xpe gak...tp nizal dah ada umah kat gombak... syarat 35km jarak... ni dekat benar... kalau ada org dalam senang je settle hal ni...

papepun aku kena jumpa pegawai tu nanti... tgk la esok ke next week... mereng ke apa dorg ni... xkan la aku nak pindah x tentu psl... mana nak campak barang2 yg punya berlambak tu... xkan nak paksa aku kawen gak... sapa yg nak kawen ekpress? kawen kontrak mau? huahuahua... kontrak2 sekali kantoi... jatuh cintan... huahuahua

kena settlekan soma cepat... before bulan 7 dah kena habis urusan... dlm tempoh ni gak aku nak kena settlekan penutupan Safwah Era Sdn Bhd... nak kena settlekan akaun, nak settlekan penutupan akaun Maybank... penutupan mcm2 lagi la... pening kepala... dgn kedai nak kena jaga la... adoooiii... help me!

kedai merosot sangat2 bulan 5 ni... xleh idup la kiranya bulan 5 ni... lepas api, air, sewa... belanja itu ini... gaji ciput... nak byr ptptn sangkut... nak blanja sendiri sangkut... xde lagi la beli baju utk anak2 buah aku... xde lagi la novel2 ni... sekadar lepas2 utk makan aku n kucing je la... kucing je dah RM85 utk 3 minggu... aduhai... apa la nasib... org meniaga makin hari makin ramai pelanggan... aku meniaga makin hari makin xde pelanggan... masakan sama je, xde apa yg kurang... kalau dulu sehari leh je dekat 30 abis... skrg 10 pun x lepas... apa nak jd ni? aku perlu lakukan sesuatu... mencari penawar pada penyakit perniagaan yg dah melarat n hampir nazak...

aku akan pulang ke kampung kak lina... mencari penawar kepada penyakit itu... tetapi x pasti bila... just wait n see...

Sunday, May 17, 2009

May May

Pagi membuka kedai...
Kak Lina amat terperanjat tgk May May ada dalam kedai...
Sudah hampir sebulan kot May May hilang...
Kurus sangat dah...
Jalanpun mcm x larat...
Buntut darah2...

Malam May May berdarah teruk...
Aku dan Kak Lina sampaikan nak mual...
May May sepatutnya beranak secara normal...
tp disebabkan kecacatan pd perutnya...
anak tak dpt hidup...
hanya kuar kantung saja tadi dan terus dimakan oleh May May...

Kalau masih berdarah hingga Isnin...
terpaksa jua aku bawa ke Klinik...
Biar la kos rawatan mahal pun...
Tak sanggup tgk dia n dgr dia miau2 minta tlg...
Bila urut perut dia akan diam...
Bila berhenti urut, dia akan bising...
sengsara betul May May...

Ya Allah, Engkau Pulihkanlah May May...
Sepertimana Engkau memakbulkan doaku untuk Imad...
Amin

Thursday, May 14, 2009

Jusco & Visiting

Arini berdua dgn Kak Lina ke Jusco... Mama x ikut sbb ada tok and cucu2 dirumah... Kaki dah sakit2 sbb lama tunggu Kak Lina memilih baju... Aku pun sempat beli baju untuk anak2 buah...2 pasang baju utk Alya, sepasang untuk Alyssa, sepasang untuk Iman dan sehelai kemeja untuk Imran... murah2 je semuanya...

Balik dr Jusco singgah umah jap solat asar... Kemudian gerak ke rumah Nizal dalam keadaan hujan yang lebat... Jam yang tak terhingga... sejam dari MRR2 ke Sri Gombak... Nasib Kak Lina yg drive, xde la kaki aku sakit menekan break dan clutch... lagipun dah jarang2 aku bawa kete... boleh dikatakan sebulan 2 3 kali je...

Memang plan ke rumah Nizal utk menghantar baju2 anak2 buah aku... Alya & Alyssa maid Nizal jaga buat ms ni... Dah plan dgn Nor jumpa kat umah Nizal je utk pas baju... Sampai2 je Alya dah excited sgt tgk makcu... pastu makin lama makin layu... usap kepala dia rs panas... terus tanya Alya demam ke? Demam2 ni manja sangat la plak... memerap kat Makcu... rindu kot... dgn Mak Lang Lina pun dia nak manja gak... sian plak Alya demam...

Ada gambar Alya tido kat pangkuan Makcu.. gambar Alyssa pun ada. x penah upload gambar si kecik ni...

Alya ikut muka makcu ke?

Alyssa yg x reti duk diam
Hari ni happy je jenjalan sbb aku suka habiskan duit... pastu ngeluh kata x ckp duit... padan muka... dah tau xde duit, x payah la nak berbelanja itu ini... tp nak wat cmna... tgk baju budak2, murah2... rs seronok plak beli... beli 1 murah, beli lagi 1... tiba2 tambah 1 lg... tambah dan tambah... akhirnya jadi banyak... al maklum anak buah aku 12 org... yg rapat n yg rs2 nak beli... aku beli je... lagipun sekali sekala... bukan setiap minggu mahupun setiap bulan... tp rs br minggu lepas beli baju utk Alya dgn Alyssa... huhuhu..


Thursday, May 7, 2009

MidValley

arini aku, kak lina, mama & afif ke MidValley... xde tujuan sebenarnya, saja nak jalan2 relaxkan badan n mata... tetapi, secara tiba2 aku telah membeli baju untuk alya & alyssa, baju duk umah je... tetiba rasa teringin beli, murah plak... beli je la bg dorg happy... puas betul hati dpt beli something untuk anak2 buah...

jalan2... jumpa plak beg yg amat aku berkenan... beli la plak... budget nak beli kat Indonesia je tp tetiba hati ni dah x tahan godaan... hahaha... Lumberjack pilihan hati tp xde amik gambar... malas nak upload... amat berpuas hati sebab dah lama mencari yg sesuai dgn jiwa...

masuk MPH... again beli 2 biji novel... jiwa membaca sudah kembali. tp perlu menghadkan perbelanjaan novel selepas ini... kalau tidak, misi percutian hujung tahun perlu dibatalkan... kewangan untuk bercuti sudah banyak habis ke barang2 yg aku mahukan...

Kak Lina gak berjaya mengawal nafsu membeli... xde apapun dia beli melainkan belanja aku makan kat McD tadi... huhuhu... kuat sungguh iman dia... Mama berjaya membeli beg Mini Mouse untuk Qistina...

Nani datang selepas habis kerja... sempat juga dia membeli hadiah untuk birthday Qistina nanti... nampak Coffee Bean, nak beli Ice Blended Chocolate tp Kak Lina kata x payah... rasa dah 2x nak beli, tp Kak Lina halang... untuk budget duit katanya... betul gak... kalau ikut nafsu, semua duit bawa leh habis... aku perlu kuatkan iman dan ingatan untuk mengumpul duit utk masa depan, kecemasan, kerosakan kereta, keperluan peribadi yg amat perlu, kesihatan, percutian dan macam2 lagi la...

Tadi aku cakap kat mama next week xnak kemana2 sebab gerenti aku akan kuar duit beli itu ini lagi.. tp mama cakap, keluar tapi jangan bawa duit... bawa cukup2 untuk makan la tu... bagus gak tu... tp nanti aku kuarkan dari ATM plak... huhuhu...

Nak turun bawah... Kak Lina nak masakkan maggi... yummy, tgh lapar ni...

Wednesday, May 6, 2009

Tam

Aritu sempat amik gambar Tam tido dalam bekas najis kucing... dia memang suka tido atas pasir (kalau bersih je)... punyala susah nak amik gambar... bawah buaian plak bekas tu...

Lena sangat

Masa gambar ni diambil, aku n kak lina nak keluar... dia langsung tak sedar pagar dibuka... kami bercakap2 dekat dengan diapun Tam leh x sedar... letih sangat agaknya... sejak bagi TopCat, Tam semakin gemuk... hari tu dia telah dirogol oleh Kate (kucing jantan yang bermata juling & bermuka sakit)... perut nampak membesar... mungkinkah Tam pregnant? kalau pregnant bertambah la kucing2 dirumah Kak Lina... huhuhu

OneUtama

Ahad lepas telah berjaya mencuci mata n mencari kerelaxan di OneUtama.. berjalan bertiga bersama Mama dan Kak Lina... tujuan utaman mencari beg utk aku (hadiah besday dari Kak Lina)... alih2 aku tukar nak perfume sebab kecewa mencari beg x jumpa... seluruh OneUtama dijelajah... baik new or old wing... aku memang cerewet bab memilih untuk certain2 benda... terutama Jam Tangan, Perfume, Beg...

Masa pilih perfume, test la bau Tommy Girl EDT la, DKNY la, mcm2 perfume aku bau... alih2 terbekenan pd perfume seperti gambar dibawah... Perfume woman la plak kali ni...


Aku cerewet bab bau... usually kalau beli perfume mesti man punya... example YSL Body Kouros, Tommy Man, Polo Sport For Man... maybe sebab aku jenis kuat berpeluh, bau2 yang tahan lama saja menjadi pilihan. Bau paling lembut penah aku pakai Anna Sui dan White Musk BodyShop... walaubagaimanapun, pilihan dihati adalah YSL Body Kouros cuma perfume ni dah stop production. Frustrated gak... Cari kat Malaysia tak jumpa, nasib masa pegi Gold Coast jumpa masa kat airport... Last stock, and masih simpan balance tinggal sikit...

Ok, kembali pada OneUtama... Ada gambar Kak Lina yg dah xde keje nak buat... kami berjalan dgn gembira... sempat juga aku duduk2 baca novel sementara menunggu Mama memilih kasut... Hari yang sungguh tenang... walaupun kaki penat, tp x terasa kepenatan itu... mungkin sebab dapat menjamu mata...

Mont Blanc

Lupa nak attach gambar... Baba (ayah Kak Lina) memberi sebiji Pen pada aku... memang dah lama plan nak beli Pen, tp memikirkan sekarang dah x payah sign cheque, nanti2 la beli bila ada kegunaan... pakai je dulu Pen yg ada... yg Kak Lina hadiahkan dulupun ada lagi tp xtau kemana... maknanya dah hilang la tu... tp yakin mesti ada kat umah wahyu cuma kena selongkar la...

Tuesday, May 5, 2009

Novel

setelah sekian lama x membaca...
akhirnya aku membeli sebiji novel ahad lepas ni MPH OneUtama...
masalahnya, pantas je aku habis membaca...
dan gian itu sudah datang...
otak ligat fikir2 nak beli novel lagi...
tp memandangkan perlu menyimpan kewangan...
aku kena kuatkan minda...
novel lain2 kali boleh beli...

Peliknya bahan bacaan melayu je aku suka...
bukan x pernah baca buku english...
tp kepala cepat rasa penat bila membaca...
baru sehelai dua, aku dah bosan...
mungkin kerana tahap kefahaman di dalam bahasa english terlalu rendah...
sepatutnya sudah rendah kenala tinggikan...
tp itu la...
MALAS!

Friday, May 1, 2009

Tam

Gambar Tam tengah duduk relax... huhuhu

May May

May May yang comel... sudah menghilang 2 hari... rindu sudah dihati aku dengan gelagat manja dia... May May ni kucing Kak Ita kakak yg jual ayam kat pasar kedai aku tu... May May ni garang... tapi manja... sebelum dia hilang, sempat la dia meninggalkan luka kat jari kanan aku... aku duk usap2 n dia geram agaknya terus cakar... huhuhu... soma kucing2 kat situ takut dengan dia... Nasib kak lina sempat mengambil gambar2 May May... kalau takde gambar, rindu nak buat camna la ek...




Bubble Tea vs Pearl Milk Tea

Hari ini aku dan kak lina telah berjaya memasak tapioca pearl... sungguh sedap, tidak manis sangat dan tidak tawar sgt... air yam dan green apple juga sudah berjaya dibuat dengan sedapnya... huhuhu... sila lihat gambar dibawah... ini merupakan menu terbaru kami... pearl hanya dimasak utk kami ber2 saja sebab menu ni belum dilancarkan lagi... wah wah wah, siap nak pelancaran tu... mungkin akan dilancarkan serentak dengan nasi goreng cina... baru adil ada menu minuman dan makanan yang baru... walaubagaimanapun, somanya masih dalam pertimbangan dan perancangan...

Taro - Yam Pearl Milk Tea

Green Apple Pearl Milk Tea


Kami ada 4 flavour.... Yam, Green Apple, Chocolate & Strawberry.. tetapi hanya dua ini saja yang dibuat kerana Yam adalah faveret aku, Green Apple plak feveret Kak Lina... ada juga gambar2 kami posing bersama air yang telah berjaya kami buat... sila lihat gambar2 dibawah... sungguh bangga kerana akhirnya kami berjaya membuatnya sendiri... huhuhu














Aku sudah berisi... nampak muka gemuk... huhuhu... maybe sebab x cukup tido hari2 ataupun hati senang dengan kerjaya pilihan ini...





Thursday, April 30, 2009

Pearl Milk Tea

Yes, akhirnya berakhir juga pencarian kami pada Pearl Milk Tea ini...
Hari ini dengan bangganya aku n kak lina telah membeli segala perkakas...
Membeli segala powder and bahan2 yg diperlukan bagi menjayakan Pearl Milk Tea ini...
Sudah belajar cara untuk memasak Pearl...
Sudah tahu sukatan sebenar...
Tunggu masa sahaja utk diuruskan...

Tuesday, April 28, 2009

BOSAN!

malam ini sungguh bosan...

lapar!!!

di malam2 hari gini...
perut ku berkeroncong...
lapar la plak tetiba...

tunggu gaji nak makan kat big plate...
xpun kedai abang huda...
terbayang2 kesedapan kuah chicken chop dia...
huish... sedap yg amat :p

sejak 2 menjak asik nak makan chicken chop n beef steak...
ni soma penangan chicken chop abang huda la...
sampai termimpi2...
lupa plak pada kailan ikan masin...
lupa plak pd telur bungkus...
lupa plak pd tomyam...
lupa plak pd sup campur...

sungguh aku lapar tika ini...
mana nak cari makan ni?
baik tido je...
sok pagi cari nasi lemak ke...
makan roti ke...
char koey teow ke...

lama plak pakcik belakang tu x meniaga nasi lemak...
sedap sambal nasi lemak dia...
teringin mee goreng basah dia...
seminggu sudah x buka...
kempunan lagi aku n kak lina...
bila teringin, terus dia x buka...

uih... byk menu dilistkan...
membuatkan perut makin berbunyi2...
mcm2 irama ada...
cacing joget sakan ni...

enough!
x elok makan memalam...
selamat malam!

Monday, April 27, 2009

sakit kepala

dari pagi tadi sakit kepala...
masa masak rasa macam pusing2...
petang makin sakit kepala...
malam pun sakit kepala lagi...
nak ke pasar borong kuala lumpur membeli udang...
masih sakit kepala...
perlu makan ubat kalau esok masih sakit kepala...
masa duduk mata nampak macam pusing2 je dunia ni...
tekanan darah x gak cek lagi...
mungkin tekanan darah terlalu rendah...
perlu mendapatkan rawatan sebelum lebih parah...
sudah beberapa hari kepala pusing2...

Friday, April 24, 2009

Mengantuk

hari ni rs mengantuk sangat...
mungkin sebab penat semalam x hilang lagi...
semalam telah berjaya membawa Alya ke jalan pasar membeli ikan.. beli lampu utk kedai (cantik ada LED 'OPEN')...
sebelah petang bawa Alya ke pasar malam pula...
merajuk x belikan selipar yg ntah apa2 dia mnta...
janji belikan yg belah depan... dituntut!
smpai je depan kedai tu terus amik selipar...
nasib cantik n berlampu2...
sandle la, bukan selipar...
satu cawan TEBU AIS Alya minum....
2 Milo Tin Alya minum...
Vitagen lagi...
Susu+Milo lagi...
Makan bubur...
Makan jagung...
semuanya makcu bagi sampai Alya dah xnak makan atau minum pape... huhuhu
kul 8 malam anta Alya pulang..,
terlena dalam pelukan makcu sebab Alya keletihan...
Makcu pun sakit tangan arini sebab memanjang kena dukung Alya semalam...
Aku nak tido jap...
ngantuk sangat + makan ponstan td...

Monday, April 20, 2009

Panas yang melampau

Hari ni cuaca amat panas... pagi2 br buka kedai aku dah berpeluh sakan...
Semasa tgh memasak Kak Lina bertanya, 'Im nak kain lap peluh ke?'...
Jawapan yg pasti aku akan menggeleng sebab aku x suka ada kain ditengkuk... hehehe
peluh aku meleleh2 di muka... tapi aku cepat2 lap kat lengan baju... huhuhu

arini xde la busy mcm last week...
alhamdulillah tidak memerlukan bantuan baba mahupun mama...
tp baba tetap memberi bantuan utk mengambil pinggan2 dan cawan2 di atas meja...
sungguhpun aku dan Kak Lina masih sempat melakukannya...

malam ni plak... tauge aku memang x beli lebih...
sebab Ahad malam Isnin kebiasaannya takde org...
tetiba malam ni dpt jual 21... yg 4 terakhir xde tauge...
nasib budak tu x kisah... tp bg koey teow lebih...
keseluruhan... hari ni sales agak bagus... alhamdulillah

Thursday, April 16, 2009

RM5



Ini la RM5 yang berjaya aku panaskan sehingga kemek begitu... kecacatan kekal...
dengan selambanya aku meletak RM10 + RM5 di atas tempat masak air Kak Lina...
Pastu kelam kabut angkat duit RM5 sebab baru terperasan duit dah kemek gitu...
lupa plak RM5 itu polimer... huhuhu

Taufiq Car?


Tadi chat dengan Taufiq bgtau amik gambar dgn kete dia...
Dia tnya cmna kete dia leh ada kat sini (malaysia)?
Aku jawab... i yang pegi sana (US), siap ketuk pintu u x sedar... huhuhu
Jawapannya... Oooo, i x sedar... hehehe
nice car... sama ke kete dgn u Taufiq? i bukan cam pun, Kak Lina yg tunjuk and bgtau...
Kak Lina : Eh, macam kete Taufiq?
Aku : Aah la, kete dia macam ni la
Kak Lina : Mana Im tau?
Aku : Im dah belek gambar kete dia... huhuhu
Kak Lina : Ni la kotak mancis ek?
Aku : Aah, ni la kotak mancis... ada org panggil spider
Kak Lina : Spider?
Aku : Aah... tgk gmbr kete taufiq org bg nama spider
Kak Lina : hurm... cepat2... (nak melintas ke pasar malam daa masa ni)
huhuhuhu
Note: bukan belek pun, tgk seimbas lalu... aku bukanlah seorang manusia yg amat prihatin utk membelek atau meneliti apa yg aku lihat... harap maklum! :D

Aktiviti xde customer

First time amik gambar kat kedai... ni la masanya dimana kami xde pelanggan... bosan tgk tv... main game kat handphone... bosan main game masak char koey teow makan sendiri... huhuhu







E90 ku menjadi panas tetiba berkali2 sehinggakan cover belakang terkopek2... nak beli cover belakang je mcm rugi je... baik kumpul duit beli iPhone... hahaha...
Note for Taufiq: ada duit nanti i order iPhone dari Virginia, US ok...

Tam dalam kesamaran & rintik2 hujan... Driving also?

ada beberapa keping gambar Tam...
amik masa dia tido dalam keta... masa tu hujan tingkap tutup...
gambar x bape jelas...

Dalam rintik hujan



perhatikan betul2... Kak Lina seram gambar ni... hehehe...



Eh... Tam nak drive keta plak... sibuk pegang stereng... nak amik gambar terus malu duduk... Kak Lina angkat la dia pegang stereng balik... lihat la aksi gembira dia...

Setiap pagi kalau x dukung bawa masuk kete, dengan muka sedih and suara tangisan memandang aku dan Kak Lina... maka setiap pagi Tam akan ikut ke gerai... Balik jam 11 pagi ikut gak... ada satu hari tu, aku duk cari2 mana dia... sekali dia dtg dr belakang aku plak kt depan.. pagar dah kunci... keta parking belakang... dia lari nak panjat pagar kejar aku... Kak Lina terus angkat tp dia marah sebab x dapat ikut aku... bila aku smpai je kat belakang Tam terus pandang aku dengan pandangan sedih kena tinggal... at the same time muka gembira sebab x kena tinggal... lawak btl.. xkan la nak tinggalkan anak kesayangan aku ni...
Petang plak dalam awal kul 5 gitu bersiap ke kedai... sekali lagi Tam akan ikut... aksi sama kalau buat xtau... buat2 la tutup pagar x bawa dia... siap jeling and buat muka sedih... bijak benar... Malam balik kul 11, x payah nak jerit2 panggil mcm pagi... malam je dia tau dah time... pagi tu dia suka jalan2... malam kedai lain tutup xde la nak rayau sgt...
umur Tam baru 2 tahun 2 bulan... dari umur 2 minggu gitu aku dah bela... org buang dia dalam longkang belakang opis aku dulu... 4 beradik tp sekor terjun bangunan...sekor india sebelah kedai tu buang tanpa pengetahuan aku... tp aku dpt tau gak akhirnya... sekor lagi hilang ms hari pertama bw pegi kedai... sedih sbb dr baby jaga tetiba tinggal sekor... sebab tu la Tam kesayangan... dr baby lagi mmg Tam mendpt perhatian lebih... xtau napa... maybe sebab 3 ekor putih dia sekor hitam... hehehe

Sunday, April 12, 2009

Super Busy

Hari ni dari 8.30 pagi smpai 10.30 pagi, aku & Kak Lina amat busy... bila sampai kemuncak kami x mampu nak handle soma, baba datang memberi bantuan... Mungkin disebabkan aku & kak Lina mengubah lokasi dapur kedepan menyebabkan org baru perasan kewujudan kami... secara tiba2 penuh dapur aku dgn para pelanggan sehingga aku pening kepala amik order mereka... siap kena sound suruh amik pembantu... bukan xnak amik, tapi bukan sentiasa ramai pelanggan walaupun dihari Ahad sejak awal bulan march... kepala memang pening2 dari bangun tidur... kena pula masak menggunakan api yang sangat besar membuatkan aku hampir pitam... tp cepat2 picit kepala sambil menyediakan hidangan utk pelanggan...peluh x terkata, basah kuyup juga baju dipenuhi peluh... aku seorang yg amat kuat berpeluh...

10.30 keadaan dah mula reda... lebih kurang 40++ koey teow dimsk dlm tempoh 8.30-10.30... bakar roti lagi... bubur soma kak Lina sediakan... aku x ckp tangan dah ms tu... kebiasaannya 9.30 ke 10.30 busy... tp hari ni awal sejam busy... ada beberapa order terpaksa cancel sebab bilangan yg sedang menunggu sudah berderet.. pelanggan2 yg tidak sabar awal2 dah cancel bila aku cakap kena tunggu giliran... pelanggan yg mahu mee goreng & koey teow goreng juga aku tolak order mereka... memang pada setiap hari ahad aku akan tolak sebarang order begitu sebab utk memsknya memakan ms...

Kak Lina sungguh flat... sudah tido rupanya dia. teramat penat... smpai melecur jarinya membakar roti tadi... itu belum termsk dgn kena air panas ms sediakan minuman utk pelanggan.. aku tiada sebarang masalah melainkan perlu pandai mengelak tangan dari terkena api yg marak... secara keseluruhan, kami amat penat tp amat berpuas hati dan amat gembira... kalau berterusan, boleh saja pembantu diambil pada setiap hujung minggu...

sudah tiba ms utk aku melelapkan mata sebentar... perlu ke pasar membeli kucai & tauge... kehabisan pula kucai tadi... ikutkan masih ada 2 3 order lagi tp terpaksa cancel sbb kucai xde... tidur sejam dua.... bangun bersiap ke kedai membeli stok yg kehabisan... i have to sleep now to recharge my energy... huhuhuhu

Saturday, April 11, 2009

Sesi Mengurut

Semalam hari Khamis... satu2nya hari utk aku & kak Lina membuat urusan atau perkara yg kami suka... Khamis menjelma seminggu sekali, maknanya seminggu sekali je la kami dpt berehat... hari Khamis aku x suka sebarang gangguan melainkan perkara tu mustahak... Khamis je la hari utk aku berlibur... hahaha

Semalam pergi mengurut kat rumah Tok Ayah... ada seorg pompuan indonesia tukang urutnya... sungguhpun nampak mcm picit main2 aje, tp sakitnya masyaAllah.. sehinggakan aku menjerit menahan kesakitan... sebelum2 ini tidak pernah pula aku menjerit sebegitu apabila diurut...cuma masa lepas accident motor dulu je aku pernah merasa sakit diurut yg teruk... tp rupa2nya kali ini lebih dasyat sakitnya... urat2 sudah keras katanya... tau2 je la meniaga, angkat barang berat2 la... berdiri lama la... bahagian kaki & perut yg paling tidak aku tahan... rasa macam nak suruh berhenti je tp kenangkan kelegaan selepas angin2 itu keluar... aku cuba bertahan jua...

hari ini, perut dan belakang rs sakit2... kaki sungguh selesa, xde rasa sengal2 atau sakit lutut lagi... cuma bahagian belakang ni sakit2...perut sakit bila sentuh je... keras lagi perutku dipenuhi angin2... hahaha... mcm mana la blh ada byk sgt angin dalam badan ni... nasib la x angin satu badan...

sekejap lagi nak pergi beli udang & kerang di Pasar Borong Kuala Lumpur... nampaknya pergi berdua je dengan Kak Lina... Baba sudah tidur... kalau Baba ikut Mama pula tinggal seorang... tak apalah, kami dah selalu kesana... xde sesapa ganggu hendaknya... a

Alamak, kak Lina sudah menidurkan dirinya... perlu dikejutkan sebentar lagi... tokei udang selalunya datang lambat, kul 1 atau 1 lebih br smpai... terpaksa la kami berjaga malam...