Wednesday, January 28, 2009

Kasut Baru & Keletihan

24 January nor ajak ke Mid Valley dgn Afiqah & Raziq... leh la cr kasut murah2 buat pakai pegi meniaga... duk cr kt BATA je sbb nak yg murah... tp xde plak yg sesuai, nor x bg pakai yg tutup soma nanti kaki berkuap kot... dia ajak pegi pilih kat crocs... ayoyo, mahal la... nasib dia blanja utk aku n kak lina... mahal siot kasut aku pilih... huhuhu, tp x semahal kasut afiqah... belanja kat crocs je dah 1k something... huahuahua... budak cashier tu siap ckp 'kasut utk satu family ke?' sbb kitorg beli 6 pasang... aku & kak lina 2 pasang, raziq & afiqah 2 pasang, nor & fauzi 2 pasang... 6 pasang kasut bernilai RM1154 kot ke lebih?... huahuahua... somanya nor bayar :D aku manade duit.... tunggu la meniaga bagus, leh la membalas budi baiknya...

Dah bape hari x dpt tido petang... since 24 until 26 january... kelmarin pegi crocs balik sbb kasut yg aku pilih utk kak lina size x sesuai, x muat la plak... akupun x muat gak, jd sempit bila smpai kat umah... kalau crocs kasut aku mmg saiz lapan, ntah napa aku amik size 7... huhuhu... tp bagus gak sbb kitorg tukar warna yg lebih menawan hati :) siap beli jibbitz lagi... lawak sungguh budak2 tu melayan aku n kak lina punya karenah nak memilih jibbitz yg sesuai... balik kak lina belanja Ice Blended Belgian Chocolate with Cream... wah sedapnya, lama dah x dpt minum air faveret ni since a few months ago... ms pegi dgn nor lupa plak nak beli...

semalam n arini meniaga pagi alhamdulillah... cuma malam memang slow bila hari cuti n hari bekerja... erti kata yg lain, meniaga malam n pagi hari bekerja & cuti memang slow... tp alhamdulillah, dah ada org mula menyebarkan berita tentang kelazatan Char Koey Teow kitorg... siap ada sorg uncle ni dtg dekat aku 'i heard people say ur char koey teow is nice, make one for me'... licin siot dia makan... tinggal daun pisang n pinggan jek... lagi satu group plak saja duduk2 kat meja kitorg, afiqah pegi tanya order... minah2 ni tnya menu apa ada? mee goreng, char koey teow afiqah jawab... salah sorg dr dorg bagitau, 'oh ni la char koey teow yg bini .... cakap sedap tu'... alhamdulillah, sudah mula tersebar khabar berita kesedapan n kelazatan n keenakan char koey teow kami... huhuhuhu...

cukup2 la puji masakan sendiri :)
nak tido la...
nak recover energy yg keluar ...
nak recover tido yg x ckp...
nak merehatkan mata n badan...

Tuesday, January 20, 2009

Keterlajak kan...

Aduhai... 2nd time terlajak tido, x dpt pegi meniaga... ni soma kes tido 2 3 pagi, pastu x sedar bunyi alarm... pasang la 2 3 alarm pun, langsung x sedar pape... rugi btl la, semalam x buka pagi sbb pasang grill n atap, pun dah ada customer tanya char koey teow x buka ke... arini kena cover bg alasan stok xde.. hehe... memang semalam kitorg pegi beli barang kat NSK... tu yg tido lambat... ketidaksangkaan plak stok leh abis cepat... alhamdulillah rezeki Allah bagi...

i have to find vitamin la... walaupun mama kak lina suh makan spirulina, tp asik lupa je... kalau makan badan rs segar je... ni dah bape ari x makan... mama tu bkn xtau kitorg x makan... kalau dia ada ms kitorg nak pegi meniaga, mesti dia suh makan ubat... kalau x, mmg x ingat la nak makan.. mcm budak2 plak nak kena dipesan... huhuhu... mama siap sound, kalau x suruh xde la hangpa nak makan... hehe... kitorg ni pelupa bab ubat2 ni... bukan rutin, jd benda tu ketidakbiasaan la.. hahaha

nak pegi bayar celcom la arini... nak pegi bengkel... nak meniaga petang... bubui

Monday, January 19, 2009

10 Days

after 10 days... so far so good sales for Imana Char Koey Teow Station. org masih lum kenal and kedai terlindung dgn kedai2 dari kaum india... sederet kedai india tetiba ada kedai aku, jd org memang x pandang and x perasan... insyaAllah kalau dah dikenali akan bertambah customer...

semalam cina jiran sebelah datang... dia cakap nak bgtau kawan2... sedap la kot sbb licin pinggan. padahal aku buat punya la banyak sampai melimpah pinggan besar tu... zairil datang gak and katanya akan bgtau kawan2... boleh plak dia x percaya aku ada root beer float... ingat air tin A&W Root Beer Float kot... aku siap ada ice cream lagi tu... bila buat utk dia, br la nyata and sahih... huhuhu...meniaga makan ni kena la dari mulut ke mulut utk menghebahkan... selain tu kena la buat promosi ke apa...

sekarang dah tambah menu... buat roti bakar dgn pilihan sama ada kaya, peanut butter, strawberry and butter... mee goreng and koey teow goreng... pagi td ada india nak mee goreng, mula order 1, tetiba order lg 1... sedap la kot aku msk. hehe... malam ni plak group india main bola sepak... order koey teow basah, aku msk la char koey teow... bila anta dia tnya kat kawan2 dia 'inna dei?'... kawan dia yg muka mcm saif ali khan jawab 'basah, char koey teow'... x smpai 10 minit kot, order lagi 2... pastu order lagi 1 dr group dorang gak... alhamdulillah... bila tanya rs mcm mana, yg tanya 'inna dei?' tu ckp sedap... senang hati aku...

ok la, nak tido. esok pagi xleh meniaga, abang sani tu nak pasang grill tutup atas kedai.. baba suh tutup sbb takut org msk buat pape ke... mmg bahaya la..

Tuesday, January 13, 2009

Cengkung?

hurm... berdasarkan tajuk tu, sah la menggambarkan muka aku yg cengkung sedikit. Semalam, bersamaan hari ke 4 aku meniaga, Kak Nora datang... Dia cakap 'muka ima nampak letih, nampak cengkung'... aik, br 4 hari dah cengkung ke? Kak Nora cakap lagi, 'muka lina mcm biasa je'... terus aku jwb kak lina ada amalan tu... peluk bantal sebelum tido... haha, lawak apakah ini?

mungkin sebab x ckp tido n letih. pagi 5.30 dah bangun, lepas solat subuh terus ke kedai... kul 10 mengemas, blk n buat urusan lain... lepas solat asar, gerak blk ke kedai... dlm kul 12 gitu br smpai umah. lepas solat isya' gerenti terus melompat atas katil n ZzZzzz...

arini plak... pegi MPS nak anta form lesen tp x lengkap plak. Jmpa Cik Azlina dpt surat cagaran meter TNB & SYABAS. Pegi SYABAS dorg ckp ada tunggakan RM800++... kena suh MPS settlekan br leh buat nama baru. Pegi blk jmpa Cik Azlina kt MPS ckp psl ni... Pastu Cik Azlina kata sebelum ni xde masalah, dia suh pegi SYABAS blk utk buat akaun baru... pegi SYABAS lagi, still dorg bg alasan sama xleh sbb ada tunggakan. Last suh kak lina call Cik Azlina ckp xleh gak. Cik Azlina ckp dia akan cuba settlekan... cmna mau meniaga kalau asik pakai air kedai akak selang 2 buah kedai tu ... pastu Cik Azlina suh pegi TNB.. pegi TNB xtau nama jalan la plak. Xleh gak nak buat urusan.. aduhai... arini sungguh mencabar disaat kemengantukan... semalam alhamdulillah dpt recover tido dlm sejam gitu sbb x payah pegi bengkel... arini gi bengkel, n x tido la jwbnya...

tadi nor dtg bw keta ganti breakpad... jap lg aku n kak lina nak pegi anta la ni... tgk kasut alya dlm spectra, rs rindu sgt2 kat dia. lama dah x jmpa sejak dia tinggal dgn tok n tok wan dia di sungai petani... td nor ckp dah ada org siam utk jd org gaji... terus je aku suh bgtau details sbb nak mnta GE sepupu kak lina tlg buat urusan bg cepat settle... GE keje kt imigresen perlis, senang sket nak mnta tlg ... semalam tnya kak lina, 'akak rindu alya x?' kak lina jwb 'rindu jugak'... mana x rindunya, dr dlm pantang aku jg smpai la besar... kak lina tlg jaga sama ms duk bengkel dulu n duk umah kak lina... alya ni manja dgn kak lina... ms aku br lepas potong rmbut, dia x kenal... lgsg xnak kat makcu dia... duk kat peha mak lang dia jek... lepas pujuk2 baru la dia sedar, yg rambut pendek ni makcu dia... haha... lawak sungguh ms tu...

aku slalu ckp kat kak lina, ikut rs rindu kat alya, nak je ke sungai petani amik dia n bw blk. tp nanti bw blk sapa la nak jaga... xkan nak bw pegi meniaga, sian dia xde tmpt nak baring. kt bengkel dulu lain la, ada opis utk dia tido. kat mata ni terbayang2 malu2 dia, nangis dia, manja2 dia, getik2 dia... aduhai, sian btl dia kejauhan dr ibu bapa n makcu dia. hehe... apa kena mengena dgn makcu dia? tp dia mmg manja dgn aku... makcu n mak lang speaking je dgn dia... jadi bila papa dia ckp bhs melayu, dia x paham... terpaksa la nor ckp 'ima dgn lina speaking dgn dia, abg ckp melayu mana dia paham'... kalau nak gosok gigi makcu akan ckp 'open ur mouth'... br la dia buka mulut. klu ckp 'buka mulut', gerenti dia x paham... tp bukan totally english speaking, nanti teruk bhs melayu susah gak... aku nak gak dia hebat berbhs english seperti najwa, anak kak cik... kalau ckp dgn aku 'makcu, what is that?' dgn loghat us dia tu... huh, sedap btl dgr.. pengaruh kartun... grandmother diapun speaking... lagi la dia mahir...

lari dr tajuk asal.. ckp la takat ni. nak siap2 pegi kedai plak jap lg. byk urusan nak kena settlekan dlm ms terdekat ni. mata mcm nampak kelabu2 je sbb ngantuk... ok... nak tutup notebook n anta kete kat nor...

Saturday, January 10, 2009

Opening & Free Wifi

Semalam, 090109 merupakan opening utk Perniagaan Imana Char Koey Teow Station aku and kak lina. Alhamdulillah ada gak customer yg datang makan n bungkus. x sangka la ada customer sbb mlm kat sini sunyi, x ramai org. Tp semalam meja penuh sbb abg2 n kakak2 aku dtg... ditambah adik2 kak lina n the geng... kiranya semalam happening la. aku seronok je memasak walaupun penat...

Aku saja bw notebook arini kot2 ada free wifi... test2 skali boleh la connect, laju gak la... huhu.. jimat duit. br plan nak amik 3G broadband bila income dah ok nanti... baik guna yg free jek... hahaha... Kak Lina tgh tido ni. ngantuk sgt... semalam kul 3 pagi br tido. bangun plak kul 5.30 pagi... x ckp tido la katakan... aku x plak ngantuk walaupun tido hanya beberapa jam... tp badan letih yg amat... tau2 je la opening, mcm2 nak kena settle... maklum hanya kami ber2 menguruskan segalanya...

pagi tadi berjaya jual 6 char koey teow... baik gak la utk permulaan perniagaan. malam ni plak ujan... mcm xde customer akan dtg jek... tgk la cmna. aku xde la assume ari pertama buka terus berduyun2 org dtg. amik ms... mcm abg yg jual nasi berlauk tu, dia ckp 3 bulan pertama tu mmg kuar duit poket sendiri la utk segala hal. biasa la mula meniaga... bkn senang nk dpt kepercayaan dr org ramai...

badan sakit gak ni... pinggang la terutamanya. semalam minta vitamin kt kak nora... bleh la plak dia ingat aku main2 ... aku ni mmg la suka ckp pastu gelak... tp ada ms serius walaupun aku gelak... kak lina yg dah bertahun kenal akupun xtau bila aku gelak2 tu serius atau main2...

ok la... nak cuba buat menu plak. tgh pk menu cmna yg cantik... tau2 je la aku ni bukan kreatif... nasib banner n bunting abang nahar yg buat... cantik la gak.. kalau aku n kak lina, sah2 soma satu warna utk background... huhuhu...

kak lina dh msk dlm kete ni utk tido. sian plak dia letih sgt.. keje berat2 mmg dia yg byk buat sbb tenaga aku x sekuat dia. plus kak lina ckp aku ni lembik... hehe

Thursday, January 8, 2009

Imana Char Koey Teow Station

Wow... nama mcm best jek.. hehe... puji nama perniagaan sendiri. Esok, Jumaat bersamaan 9 January 2009, insyaAllah gerai aku akan dibuka. Perancangan baba adalah utk mengadakan doa selamat dgn memanggil org2 masjid. Baba siap tanya kak Lina berapa tangkas aku leh msk char koey teow... hehe... org masjid kena sabar la, sbb 1 char koey teow amik ms hampir seminit... kalau 20 org, tunggu la 20 minit. al maklum... hanya aku seorg yg tau memsk...

sebenarnya ada lg barang yg belum diangkat utk diletakkan di gerai. especially tong gas... cmna nak msk xde tong gas. dapur pun aku x penah test lagi... hehe... malam ni kena test dulu dapur tu. walaupun br, tp kena gak pastikan keselamatan... semalam tidur lewat, pegi NSK beli barang2 utk buat air... esok kena ke pasar, beli bahan2 mentah... secara purata, ada la lebih kurang 70% persiapan siap... td br lepas menyediakan kicap and cili jeruk...

esok leh susun meja... menyusun barang2 utk mengemaskan lagi kedai... malam ni tgk la apa yg patut dibuat. apa lg x siap ek? hurm.. kak lina dah buat check list... ada la 3 trip lagi kiranya utk memunggah barangan...

Wednesday, January 7, 2009

Injection

Arini dah kena injection... banyak kali kak nora tanya sakit ke... x sakit langsung, cuma rasa la jarum kena cucuk tu... maybe sebab muka aku nampak mcm sakit je. aku mmg x sihat, selsema n demam sket. tp sbb nak cepat settle leh meniaga, aku sanggup injection walaupun selsema... demam rs dah kebah ms aku duk menyapu bengkel.. kak lina pesan suh sapu bengkel, bagi peluh kuar mesti elok demam. lepas menyapu, terus rasa lega sket dr rs demam2 sikit tu...

arini pegi tingkat 3 umah abah, amik kipas besi abah. leh gak guna meniaga dr terperuk smpai berhabuk sakan... kemas store umah tu skali. smpai xleh buka la pintu... punya la abng2 aku duk main sumbat je brg x kemas2... nasib kak lina rajin utk mengemas. aku hanya membantu...

malam ni nak menyusun n mengemas kedai. Jumaat nak meniaga dah... jemput2 la datang ke gerai char koey teow aku...

Tuesday, January 6, 2009

Flu vs Selsema

Jangkitan selsema dr Kak Lina... bab selsema aku mmg mudah berjangkit. antibodi utk selsema amatlah kurang agaknya... dr zaman sekolah dulu smpai skrg, bila selsema je aku mula la lembik semcm... arini rs demam plak. tp kepala x sakit ok lagi la bangun utk pergi kerja... arini nak kena beli brg utk meniaga nanti...

jangan demam dah la. nanti xleh injection plak utk meniaga... kena call kak nora tanya ubat untuk injection dah sampai lum... kalau dah ada leh la pegi buat suntikan untuk kesihatan...

Friday, January 2, 2009

Kursus

Tajuk Kursus... Bukan Kursus Kahwin tp Kursus Asas Kesihatan dan Penyediaan Makanan... Aku br blk dr kursus ni. dr 9 pagi smpai 12.30 gitu waktu mengikuti kursus... mengantuk n keletihan duduk di atas bangku plastik dgn hanya mendpt angin drpd kipas syiling... xde aircond... tp dgn byran RM65, patut bg la aircond ke, makan pagi ke... hehe... demand plak. kelaparan kami, abis je kursus terus pergi kedai. Aku & Kak Lina beli air coklat je, Nani belikan kami roti... planning pergi ber3, skali abg Nahar ikut sekali sbb dia & Nani rakan kongsi...

Kami pergi Maybank Sri Gombak nak kuar ASB la kononnya. Skali tanya giliran seramai 100 org, aku terus ckp 'balik'... budak keje bank tu pun tergelak dgn style aku. naya nak tunggu 100 org. smpat tido seround 2... mata ngantuk, badan letih... seminggu dua ni kami ber2 sibuk membuat persediaan untuk perniagaan makanan... insyaAllah next week blh la mula niaga kalau soma dokumen dpt diuruskan dgn cepat...

Thursday, January 1, 2009

Happy New Year - Selamat Tahun Baru

1 January 2009... jap je dah msk tahun 2009, setahun lg usia bertambah... 2008 meninggalkan banyak kenangan pahit dari manis... 2008 tahun paling sukar dalam hidup aku... 2008 tahun kegawatan ekonomi kronik yg pernah aku alami... moga2 tahun 2009 akan memberi peluang utk aku membina kerjaya... moga tahun ini Allah akan memberikan rezeki yg melimpah kepada hamba-Nya ini.. Amin

arini kena mengemas gerai char kuey teow aku and kak lina... semalam dah punggah 2 peti ais, rak laksa mak meniaga dulu... byk benda kena buat arini. mencuci semula gerai, menyusun barang2, mencuci barang2... akan mengalami keletihan yg amat nanti... masih ada lagi barang2 meniaga dirumah aku...

aku begitu mengharapkan kejayaan pada perniagaan char kuey teow ini. walaupun modal tidaklah sebesar perniagaan sebelum ini, tp potensi yg ada sungguh besar jika kena dgn caranya. terima kasih pada zairil kerana memberi cadangan untuk membuat suatu perubahan pada menu... aku akan praktik mana yg baik n x... mujur juga ada kwn2 yg rajin memberi pendapat...

semalam br sign agreement. berkemungkinan esok kena pergi kursus penyediaan makanan... nak kena injection kesihatan... nak buat payment cagaran meter pd TNB & SYABAS... paling awal boleh buka next friday... paling lewat another 2 weeks... hope boleh buka cepat, x sabar nak meniaga...

gerai kami No. 28, Kak Lina cakap sempena usianya 28 tahun pada tahun ini, maka ini lah masa untuk dia mencuba dan mencari peluang untuk membina kerjaya... moga kami akan mencapai kejayaan dalam apa saja bidang perniagaan yang kami usahakan.. Amin