Tuesday, February 24, 2009

Kecederaan Parah - Imad

Sini ada gambar Imad sebelum dibawa ke Klinik semalam... semalam doktor x jahit sebab lubang pada ekor nampak dah mula nak sembuh, n hanya perlu dicuci... doktor takut kalau jahit dia x tahan sakit lepas sedar n leh mati... so, doktor hanya mencuci luka2 di bahagian kaki n tangan... x sempat lagi amik gambar terbaru... Imad dipakaikan kolar sekarang utk mengelakkan dia menggigit bahagian luka2... makin melebar luka2 yg ada smpai tersiat2 kulit... leh nampak isi n tulang, ngerinya...

semalam x niaga pagi sbb bawa Imad ke Klinik... nasib doktor bagi ubat pelali... sesi mencuci luka sungguh senang n berjalan dgn lancar... nak cukur bulu n tarik kulit2 matipun senang... nampak la isi2 n tulang2 Imad...

Memang meloyakan... jangan tengok bagi sesiapa yg ngeri... hehehe

Bahagian ekor yang berlubang


Bahagian kaki yang berlubang

Bahagian tangan yang belum disiat oleh Imad


Imad yang kronik
Sekian sahaja gambar2 sebelum ke Klinik semalam... gambar bulu yg telah dicukur n luka yang telah dicuci n dicabut bahagian kulit matinya akan diambil kemudian atau tidak akan diambil langsung. Takut ada yang ngeri sangat nanti... huahuahua

Friday, February 20, 2009

Imad & Tam

Ada gambar Imad yg telah aku n kak lina balut lubang n lukanya malam tadi... arini cuci lukanya tgk makin teruk sebab kitorg balut... sumpah xmau balut lagi, sian dia... nanti kalau ada kesempatan akan amik gambar bahagian luka... next monday or tuesday kena bawa ke klinik lagi... semalam doktor bagi ubat cuci, vealant kot utk sapu, picagari n 2 jenis ubat... satu ubat antibiotik, satu ubat bengkak... teruk plak dia kena cuci n cukur bulu semalam.. sampai aku n kak lina kena gigit.. paling teruk kak lina smpai berdarah Imad gigit sebab sakit sangat kot... Doktor x bius, geram gak.. puas cuba tenangkan Imad smpai akupun dah nak naik angin la... tp sian plak dia sakit melampau...

Doktor pesan jangan bagi makan bila nak bawa dia nanti... nak kena jahit bahagian yang berlubang kat ekor tu... nak pengsankan Imad katanya... kaki xtau cmna doktor nak buat, dia duk belek kat ekor je... tang kaki xde plak dia belek... one by one kot... sampai tutup kedai la semalam nak bawa Imad ke klinik... banyak sgt haiwan menunggu giliran, memang kena datang pagi2 xleh lewat2... 11.30 dah tutup pendaftaran... kalau nk dtg petang, 3.30... mana sempatkan...

Tam ada 2 keping gambar yg berjaya diambil... aksi tido Tam yg kurang sopan n comel... sekarang merajuk xmau tido kat tempat dia sebab kain alas tido dia aku dah bagi Imad pakai masa bawa pegi Klinik aritu... tapi dah basuh tu, jap lagi bawa la pujuk... xmau balik dah, xmau duk kat kedai dah... merajuk sakan n amat garang sekarang... pantang ada kucing lain datang kat kedai nak makan, mesti dia dengan gangsternya menghalau... dulu dia la penakut... dah pandai menjaga diri... tp yg pelik, dia leh tau aku dah smpai pagi n petang... semalam dtg lewatpun dia tau aku dah smpai... x payah panggil, x payah nak mencari... dia sendiri dgn lenggang lenggok datang 'miaw' pandang aku minta makan atau usap... manja sungguh...


Inilah Imad & Bahagian Lubang2 yang kami balut... Kaki & Ekor berlubang


Ini la Tam yang comel :D

Thursday, February 19, 2009

Klinik Haiwan

Imad telah ku bawa ke Klinik... 2 suntikan telah diberi. dah masuk air... balik paksa makan makanan kesihatan yg beli kat klinik tadi... esok kena bawa utk rawatan susulan.. bahagian buntut dah berlubang kena gigit tikus dalam longkang agaknya... doktor xleh jahit, kena tunggu luka kering... esok nak suruh doctor x-ray, kot2 ada tulang patah sebab kedudukan badan dia senget je... kaki xleh gerak langsung dah... harap tangan dua je nak mengengsot badan.. minta2 cepat sembuh, sian dia terseksa...

Monday, February 16, 2009

Seekor Kucing Perlu Diselamatkan

Selesai memasak n pelanggan dah beransur pulang, tetiba Ibu maid along panggil... kata ada kucing dalam longkang, tinggi dia x dapat naik... aku dgn pantas pergi tgk, kak lina amik lampu suluh... skali tgk Imad, patut la lama x nampak dia... dah kurus sgt n dah x larat nak jalan... dia hanya mampu mengiau minta tlg...

mula2 kami cuba suh dia panjat kayu yg kami sediakan... tp dia dah x bertenaga... kemudian cuba bangku plak, dia x pandai plak... pakai penyodok sampah, dia xmau naik... ibu tarik telinga dia pakai kaki... aku x sempat tangkap dah terjatuh... baba dengan bijaknya suruh letak makanan dalam bangku... letak je dia terus masuk walaupun x berdaya... lapar sungguh, sian Imad...

actually aku main letak je namanya Imad sebab mata dia sama mcm Imad kucing aku dulu, bulu putih sama mcm Imad, ekor ada bengkok sket kat hujung pun sama mcm Imad... bagi je la nama Imad... senang nak dipanggil

selepas selesai urusan menyelamat, aku bg makan... dia makan sket pastu nak jalan x larat. terpaksa amik tempat tido Tam bagi dia rehat... Tam merajuk... dua kali merajuk arini. sekali sebab aku usap kucing yg bulu dah tobek, skali psl amik tempat tido dia. hahaha... sian plak. xmau pandang aku tu bila panggil... dukung jap n usap2 baru ok.. tp masih tunjuk muka bengang sebab dia xde tempat tido... Kak Lina sediakan kain untuk dia tido, pun xmau... biar la. esok ok la tu... lama mana nak merajuk...

Kak Lina tgh sibuk mencuci water dispenser yg kami bawa balik dr opis. sekarang sibuk meniaga n sibuk mencari buyer utk barang2 workshop and office... sibuk mengemas barang2 yg perlu dibawa balik... aduhai, letihnya. tp insyaAllah sampai hujung bulan ni segalanya settle... pas settle soma, leh la try meniaga tengah hari plak...

ok la, nak tengok kak lina wat keje jap. pastu titon...

Thursday, February 12, 2009

Calon Menantu & Penutupan Pusat Servis Kenderaan Safwah

Pagi tadi, uncle cina yg rajin dtg borak2 dgn kitorg tanya kak lina 'mana kakak comel', kak lina jwb aku gi toilet... pastu dia siap mnta no phone aku. kak lina x bg la, mau aku marah nanti... pastu dia siap bg no phone dia suh aku call, bgtau nama dia Atan... dia ada family angkat melayu, dorg panggil dia atan... siap ckp kat kak lina nak belikan aku kasut tumit tinggi... aduhai, apa la uncle ni...

semalam duk puji2 anak dia handsome, kerja bagus... skrg kt hong kong kerja. tinggi 5 kaki 11 inci... nak jodohkan aku ngan anak dia. alahai uncle oi... sesuka hati je nak jodohkan sy... biar la sy mencari sendiri... tau la aku lum berpunya, tp bg la aku peluang mencari yg berkenan di hati... kang berkenan sudah berpunya susah gak... kena cari yg single and available la skrg ni...

sejak meniaga mcm2 jenis manusia yg aku jumpa. seronok dgn ragam2 pelanggan... yg nak tackle tu memang ada la, tp x layan je... yg pandang rendah tu ada gak... boleh dikatakan somanya xtau aku n kak lina educated gak la. dorg ingat abis SPM je kot. siap tanya sekolah mana dulu... aku ni pelik plak bila org tanya sekolah mana dulu, jwb la convent sentul pastu blaja kat IIC amik diploma IT... agak tercengang la pakcik2 tu... duk tanya napa x kerja... aku x minat bekerja dgn org... let people work with me...

Lupa plak. semalam dah discuss dgn MARA. konpem kami dgn rasminya menutup Pusat Servis Kenderaan Safwah berkuatkuasa 10 February 2009. Hampir 3 tahun kami menyewa dgn MARA tp dah x mampu bertahan memandangkan ekonomi yang teruk n business yg tidak memberangsangkan...

ok, nak tido

Sunday, February 8, 2009

The Busiest Day

8 February 2009... morning, from starting until closing, non stop aku n kak lina mengambil dan menyediakan pesanan... aku plak kena hantar nun jauh2 dr kedai aku... kaki memang sakit2 la arini. badan rs letih sgt... malam aku jangkakan xde org, rupanya salah jangkaan aku... cecah gak 22 order... alhamdulillah, rezeki Allah bagi...

tghari td pegi umah apit kt damansara kot... ke bandar utama? sbb dekat dgn tv3... aku bukan tau pape psl tempat ni... besar gak la apartment dia beli tu... memang arini xde chance nak tido... petang mcm malas nak buka kedai. tp aku paksakan gak badan walaupun letih...

ok la, nak tido
sakit kaki
sakit pinggang
sakit badan
tolong... nak mencari tukang urut...

Friday, February 6, 2009

Tido yang melampau

sememangnya layak untuk dipanggil tido yg melampau...
dari 6.40 petang ke 6.20 pagi aku tido... bukan la x terjaga langsung, ada la terjaga2... sembang jap dgn kak lina 5 minit kot, pastu langsung x sedar apa dah... terjaga kul 3 lebih, alamak x solat lagi... xpela, tido jap 5 minit pasni bangun solat... tau2 terlajak smpai 5 lebih... nak bangun x larat sgt. sambung tido lagi... kul 6.20 paksa gak bangun untuk mandi, solat & qada solat maghrib & isya'... pastu pegi meniaga... mengcover tido utk bape hari ni? dasat sungguh... seumur hidup, ini la kali pertama aku x larat utk bangun n tido yg melampau...

kepala sakit2 dr bangun pagi td, smpai skrg sakit2 kepala lagi... tp buat endah x endah je... petang nak meniaga.

Monday, February 2, 2009

Kelewatan

semenjak dua menjak ni kami sering lewat ke gerai... kalau mama x kejutkan, memang x terbangun la walaupun alarm bunyi berpuluh kali... aduhai, letih sangat rupanya n mengantuk yg amat gamaknya...

pagi td ada sorg customer yg mukanya sebiji mcm taufiq, ketinggian n susuk badan yg sama.. aku dh mula konpius, bila plak taufiq balik mesia? hurm... tp tgk muka dua kali, oh bukan taufiq sebab mamat ni amat koman orangnya... nampak mcm nerd... hehe... erti kata lain, muka nampak mcm xtau apa2... nak order pun segan2... huahuahua

rs badan x larat dah nak cope 2 business together... nak kena ke bengkel lepas meniaga n ke gerai lepas jenguk bengkel... hope everything akan settle cepat... aku n kak lina perlukan tido n rehat yg ckp...

meniaga so far alhamdulillah... walaupun org lum tau lg, dah lepas bayar sewa api air n lesen... moga dimurahkan rezeki lebih besar lagi... banyak hutang piutang yg nak disettlekan... seronok melayan makcik2 yg rajin bertanya psl kami ber2 je anak dara yg meniaga kat situ... yg lain soma org2 berusia dr kami... alhamdulillah makcik2 n pakcik2 tu soma puji usaha anak muda mcm kami... hehe