Thursday, July 30, 2009

Balang Sakit

Balang sakit... Jumaat lepas br tau. Sabtu terus pegi jenguk... dah sihat sikit. Selasa Balang sms bgtau sakit balik... Bawa abg Kasyah ubatkan balang... alhamdulillah lega sikit... Hari ni sakit balik tp tinggal kesan2 je...

Disantau... kepala seperti ditoreh dan dikepak... aduihai... sakitnya ya Allah.

Bantulah abg ku ya Allah
Jauhi la dia dari perbuatan syirik syaitan
Sembuhkanlah abg ku seperti sediakala ya Allah
Lindungilah seluruh umat Islam dari bencana
Lindungilah aku dan keluarga dari perbuatan keji manusia
Amin

Branded T-Shirt dari Thailand

Hari ni dah order below 10 t-shirt dari Thailand untuk tgk sample. Kalau kualiti bagus, leh la aku beli 50 nanti... kalau permintaan bagus plak, leh up order ke 100 plak. Minta2 business baju ni leh jalan... kain 80% cotton and 20% pvc kalau x silap. selesa ke ek? serap peluh x? hurm... kite tunggu dan lihat

Sekarang ni stock baju pun ada dekat 100 helai rasanya... seribu gak duit habis dah beli stock... Jual baru sikit sebab xde tapak yang sesuai... yang ada sekarang T-Shirt dr Bangladesh dgn India, tp kain 100% cotton... sangat sejuk! ramai suka walaupun ada yang berlagak siap kata bukan original... dia biasa beli original. boleh blah la... x kenal nak berlagak plak. yang aku jual skrg memang original tp rejected and over run je...

Tapikan... ramai suka dan tak beli. aku nak pusing modal ni beli t-shirt Thailand plak... hurm. xpe... sabar. pasti dapat jual kesemuanya dengan bantuan Kak Ani membawa pakaian kanak2 ke pejabat dan aku membawa pakaian budak dan dewasa ke gerai...

Ya Allah, jayakanlah segala apa yang aku usahakan.
Amin

Tuesday, July 21, 2009

Kain Raya

Hari ni hujan lebat sangat
Mata memang amat mengantuk
Kul 11 dah sampai rumah
Terus mandi shampoo rambut sebab basah kena hujan
Hujan lebatpun hutang tetap dikutip

Selesai mandi, kira pendapatan pagi
Kak Lina turun kebawah jap
Aku buka notebook
Tetiba dapat kain Baju Raya
Kak Lina pas kan pemberian dari Mama
Rupanya mama belikan di batu pahat
tema raya tahun ini
Terharu sungguh aku mendapat kain baju kurung yang sama temanya bersama keluarga ini
Mama siap nak tempahkan mengikut size Kak Lina
Tapi kak lina x bagi sebab aku lg besar... huhuhu
Rupanya berbincang 2 beranak tanpa aku sedari

Mama pergi ke Batu Pahat Jumaat lepas melepas rindu pada cucu2nya
Masih terasa terharu kerana aku dianggap seperti anaknya juga
Aku langsung tak rasa terasing dalam keluarga ini
Sudah hampir setahun aku menetap dengan keluarga ini
Semuanya percuma bagi aku
Malu dan segan
Tapi aku belum berkemampuan untuk membalas
insyaAllah satu hari nanti

Monday, July 6, 2009

Maybank Safwah Era Sdn Bhd

kul 8 br terjaga
mana xnya, semalam kul 3 gitu br tido
tido balik n guling2
kul 11 bangun mandi
siap2 terus gi kedai beli makanan kucing
jenguk May May kat kedai bagi makan dulu
pegi opis Nor amik dokumen close akaun Maybank Strike dan Off Safwah Era Sdn Bhd
cek dokumen, check grammer, itu ini...
kul 2.20 gerak nak gi bank...
alamak! x cop ctc comp scretary lagi
patah balik ke opis nor, nasib x jauh sangat
dah siap cop soma, gerak semula ke bank
alhamdulillah jalan x jam melampau
jumpa pegawai bank tanya cmna nak tutup n cek balance
withdraw soma settle, terus submit director resolution
alamak lagi! form 49 (comp secretary dah berubah) lupa bawa
bawa form 49 (comp secretary lama je)
esok kena submit balik, tp director resolution pihak bank pegang
selamat!
balik dr bank singgah order burger sedap
pegi BSN amik borang pinjaman untuk Fauzi (abg ipar aku)
pastu singgah Farmasi Aman beli ubat selsema kronik
pegi amik burger
Nor teringin cendol
jenguk2 nampak plak cendol
beli 3 sorg satu
anta Nor balik opis
balik umah
bagi Tam makan (kelaparan dr pagi x makan minum sampai kul 4 lebih, sian Tam)
cek facebook, tagged, email2
tido
call!
nor call remind tlg transfer from maybank to maybank dia
settle!
masuk maghrib
apa lagi?
pegi solat cepat!
baca yassin!
mak abah kau tunggu je sedekah kau pada dorg tau!

Saturday, July 4, 2009

Tam

Hari ni Tam amat perasan...
alarm kereta aku dah rosak since 2 weeks ago rsnya...
ada plak keta alarm sama tadi...
dengan lajunya dia lari kearah kereta itu...
bila kereta itu start saja enjin, semakin kencang lariannya...
bila ditinggalkan mukanya amat sedih...
aku terus lari memanggil Tam (takut juga org terlanggar n lari ke apa)
nampak saja Ibu (aku la tu) terus berubah muka (gembira) dia
lega gak dia tak dilanggar...

Masa dalam kereta on the way balik
dah dekat sampai umah
dia sibuk bising suh buka tingkap (kebiasaan harian suka menjenguk muka ditingkap kereta)
akupun buka dan dia terus terjun (tergolek sekejap si gemuk itu)
dengan cemasnya aku suruh kak lina berhentikan kereta
aku mencari Tam dijalan raya itu
rupanya dia ketakutan sampai menyembamkan muka didalam belukar kecil
terus saja aku dukung bawa ke kereta
takut sangat rupanya dia
aku peluk2 bagi dia tenang

mesti dia ingat dah sampai umah
sebab kebiasaan memang akan lompat bila dah sampai
kesian juga 2 kejadian hari ni
alhamdulillah Tam selamat
kalau jadi apa2, menangis sakan la aku
nak masuk 3 tahun dah aku jaga dr dia br je buka mata
sudah membesar dengan gemuknya

Friday, July 3, 2009

Batuk

Rasanya hampir 2 minggu aku batuk
jarang2 sekali batuk berlarutan sebegini
kebiasaannya br mula nak batuk, minum ais banyak2 terus x jadi batuk
ni tiap2 hari minum ais masih lagi batuk
kalau x minum ais, konpem batuk smpai nak pecah dada
last batuk a few years ago...
aku memang sukar dijangkiti batuk tp amat mudah dijangkiti selsema...

Kesihatan lain alhamdulillah
pantang aku kalau batuk dan selsema
konpem baring memanjang sebab tak larat nak dudukpun
batuk saja aku masih gagah perkasa... huahuahua
selsema saja aku akan lembik :(

kepala rasa sakit sikit2 secara tiba2
terlalu banyak benda yang perlu disettlekan bulan ni
bank company akaun, company, rumah PPR...
semua kena settle awal bulan julai...
harap dapat settle soma cepat tanpa sebarang masalah dalaman