Saturday, August 22, 2009

1st Ramadhan

Alhamdulillah selesai satu hari dibulan Ramadhan
Alhamdulillah berjaya juga menghabiskan puasa walaupun berpenat lelah mengangkat barangan dari kedai ke bazaar ramadhan
teramat kering tekak selepas menguruskan tapak ramadhan
dari tghari ke petang amat la sibuk
cuma salah jangkaan waktu membuatkan kami kelam kabut
perniagaan tak berapa bagus (boleh dikira berapa je org beli) sebab lupa nak bawa menu dan bunting...
Pengalaman pertama berniaga di bulan puasa
Meja, Canopy, Dapur, Bahan2 masakan, Kurma berkotak2, Air... ya Allah, banyaknya yg dibawa... sampai sakit2 kaki hari ni
Esok kami tidak akan lambat lagi
Jam 3 sudah bersedia disana, insyaAllah
Tadi 5.30 baru terhegeh2 nak susun barang sbb kul 5 baru gerak dr rumah
Walaupun pada tgharinya sudah selesaikan bahan2 yg diperlukan utk memsk, rupanya masih banyak barang yg perlu diuruskan
Jiran sebelah alhamdulillah pemurah tenaga membantu kami membuka canopy
Tapi ada masalah dgn canopy, kena anta repair bila cuti nanti
Ada ke cuti? hurm...
Moga Allah melimpahkan rezeki kepada kami dibulan Ramadhan ini
Amin

Monday, August 17, 2009

17 August kembali lagi

17 August 2005



8.00am - berborak dgn mak mcm biasa
9.45am - ingatkan mak ada meeting kampung
10.00am - mak tgh solat dhuha (tunggu jap)
10.15am - mak tetiba kata sakit dada minta air quaker oat (aku buatkan)
10.20am - aku pegi meeting sensorg
10.30am - abah call bgtau mak pengsan
10.31am - sambil berlari n menangis memanggil nama mak
10.32am - sampai umah mak dah xde
10.32am - usaha buat CPR dan dgr denyutan
10.34am - berlari panggil abng2 depan umah tolong angkat mak masuk kete (aku n nor x larat)
10.35am - gerak ke hospital
10.45am - sampai hospital (doc cakap 50-50)
10.45am - doa moga mak selamat
10.46am - Bangah dengan sedihnya maklumkan 'ima, mak dah meninggal'


Masa dengar ayat ni dari Bangah, Kak Lina org pertama aku bgtau. Rasa gugur jantung, pedih ulu hati, nak pecah dada bila org yg paling kita sayang meninggal secara tiba2. Tanpa sebarang tanda, tanpa sebarang sakit yg kronik... Moga mak berada di kalangan org2 yg beriman... Al-Fatihah... Amin


Hari ini, 17 August 2009 genap 4 tahun pemergian arwah mak. Mata masih bergenang bila taip ayat2 ini. Dada rasa sebak yg amat. Tarikh yang paling aku ingati. Tarikh yg meragut kebahagiaan hidup memiliki seorang Mak yg amat beriman, penyayang, penyabar dan bertanggungjawab.


Hampir setahun aku tak melawat pusara arwah Mak... insyaAllah Jumaat ini akan aku freekan masa utk melawat sebelum tibanya Ramadhan. Setiap kali melawat pusaranya, hiba itu tetap ada... rs terdetik dihati mak ada di sisi... sentiasa bercakap seorg diri di pusaranya.. walaupun tidak mendengar suara mak menjawab percakapan, tp aku tetap bercakap seolah2 berborak dengan mak.


Raya tahun ini pasti akan menangis lagi seperti tahun2 sebelum ini. Raya pertama tanpa mak, tak terkeluar suara aku utk membacakan yasin di pusaranya. Hanya mampu membaca didalam hati sambil teresak2 menangis... alhamdulillah raya ke2 aku sudah mampu membaca yassin di pusaranya walaupun masih dengan tangisan... raya ke3 juga begitu... dan sehingga la raya seterusnya.

Dahulu setiap waktu solat akan aku bacakan yassin sehingga setahun pemergian arwah mak... tp sekarang, seminggu sekali pun jarang... akan aku mulakan semula bacaan yassin utk arwah mak dan abah. moga pusara mak abah sentiasa diterangi dgn nur kasih Allah swt, diluaskan pusaranya seluas2 alam ciptaan-Nya dan sentiasa sejuk dengan nur keimanan dan ketaatan mak abah terhadap Allah yg Esa.

p/s: waktu yg tercatat adalah jangkaan semata2... waktu yg tetap x sempat nak dicatat.




Al- Fatihah utk arwah mak dan abah


Sunday, August 16, 2009

My E90 & Sales

Semalam balik je dr niaga... sambil melangak nak naik tangga, tetiba terdengar bunyi 'krek'... ops... oohhh... habisla handphone aku ni. sambil naik tangga sambil tgk handphone... aduhai, retak LCD and cover... punca retak teruk adalah kerana terlanggar bucu tangga. Bucu tangga tu pun tertanggal la kayu dia... punya la kuat hentakan tu, pdhal aku jalan dengan cara biasa.. xde plak tergesa2...

Beberapa hari lepas Kak Lina buka cover tgk screen dah rosak... semalam plak LCD depan retak... at least kalau depan je retak, cover dalam (desk) leh guna, boleh lagi guna My E90 tu... apakan daya, dah xde rezeki. Nama nak beli handphone baru... hurm... kena pikir 10 kali. mana la nak ada duit skrg ni...

Nak repair plak nor cakap dalam rm350-rm380... huhuhu... baik aku ganti tayar kereta and repair kereta yg dah berbunyi itu... pakai la semula 3320 aku yg lip lap itu... banyak sungguh handphone yg ada, tp xtau kemana dah somanya... Kalau adapun mesti bateri dah jahanam kot

Arini meniaga sales memang amat memberangsangkan. dari jam 8++am aku dah mula sibuk... direct masak tanpa henti sampai 10.30. Ya Allah rasa nak nangis tahan lenguh tangan ni... tp alhamdulillah rezeki Allah bagi. Allah tau kitorg perlukan duit yg lebih utk mula meniaga bulan ramadhan nanti... canopy nak kena beli... trolley, n mcm2 lagi... semalam je dah habis 200 beli brg utk niaga bulan ramadhan. x campur canopy yg akan mencecah rm320 kosnya...

Kurma plak, dah habis 7 kotak... 7 kotak bersamaan 7x12... alhamdulillah... perlu menjual lebih kurang 14 kotak lagi utk pulang modal... alhamdulillah sorg doctor tu beli 2 kotak td... akan beli lg 1 kotak nanti... bulan puasa ni insyaAllah boleh habis. Amin

Perlu rehat sebentar... kepala sakit2... badan letih2...

Friday, August 14, 2009

Lapar

Tetiba plak lapar
tgk jam dah dekat kul 2
patut la
td bekfes karipap seketul n kuih comel 2 ketul
mana la nak kenyang

semalam dinner kat dapur sarawak
makan mee kolok
setau aku, kakak aku bgtau mee kolok lain rupanya
yg aku makan tu mcm wantan je
bagi sup and kicap... pastu bancuh sendiri dgn mee
patutnya dia siap bancuh soma la
tinggal nak telan je
rasa tu x payah cakap la
biar la lapar bagai camna pun
xkan makan kat situ lagi
rela cari kedai tepi2 jalan

rasa nak makan western la isnin nanti
jom kak lina
HR Steak House ke Chop & Steak??

Thursday, August 13, 2009

Melepas

semalam dpt order utk 700 kotak kurma safia bertangkai
janji akan bg harga pagi ni
bila call je en khairul dr kilang hicom
dgn selamba dia cakap dah dpt sbb kwn dia cari
punya la sakit hati
semalam beria2 nak sangat dr aku
tetiba leh cancel
apa nak buat
dah xde rezeki
masuk ni dah 3x order tetiba x jd

first nak 13 dozen kurma
bila call nak anta ke seremban
boleh... tp harga xleh kurang la sbb nk kena anta jauh
tp pastu terus senyap
sekeh kepala br tau

2nd nak 500 kotak
minta rm7...
gila ke apa?
mana nak cekau
kos pun lebih dr tu

pasni malas nak layan org call tanya kurma secara banyak
kalau setakat below 100 tu aku leh layan lagi
alhamdulillah hari ni nak anta 42 kotak ke 2 kwsan
minta2 akan ada byk lg order lepas ni
amin

Wednesday, August 12, 2009

Tapak Ramadhan

Tadi dah pegi undi tapak
aduyai... aku dpt no 20, kak lina no 10
jauh la plak... susah niaga cenggini
kena amik pembantu nak kena bayar gaji lagi
income lum leh jamin camna sbb kwsan baru plak kali ni

pegi td tumpang kete abg Heri je
ntah angin apa kelmarin dia ajak pegi skali
semalampun dia remind nak amik kitorg kat umah
ikutkan xbape gemar nak tumpang2
tp nanti org kata sombong plak
dan akhirnya td
hampir sejam aku n kak lina kena menunggu dia
sebab giliran kitorg kejap je settle

khemah nak kena beli ni
kak sariyah dah cakap nak beli bgtau dia
pegi dgn dia
ni lagi satu segan xnak nyusahkan
tp kalau tolak pelawaan
kata sombong plak
tp bagus gak bw dia
dia dah kenal org tu
maybe leh dpt murah sket
aritu aku tanya mahal RM50 dr harga yg kak sariyah bg

nak tido sekejap
mata masih rs ngantuk2 lagi
kepala sakit2 sikit
perut sebu2
konpem leh puasa on 1st day ramadhan
sebab budget period on friday
tetiba td dah sampai
lega.....
puasa pertama la yg paling penting jgn tinggal

Wednesday, August 5, 2009

Kurma & T-shirt Levi's

Semalam dah buat pembayaran bagi Kurma Madu Yusoof Taiyoob berjumlah RM2400.
Hari ni dah ada order 20 kotak dr KWSP, 10 kotak dr Kontraktor di Batu Caves...
Masih banyak lg stok, tp insyaAllah boleh habis semua. order dah ada tp stok lum sampai...

T-Shirt levis pun bayar semalam. tp hari ni dah dpt baju tu...5 helai je beli utk tgk kualiti. bg aku kualiti ni boleh la utk dijual sekitar RM20-RM25... masih menunggu stok utk baju Polo kerna design baru akan keluar minggu ini...

27 helai baju dari bangladesh dan india telah dihantar ke UM untuk dijual oleh Razif. pasaran tak berapa bagus... tp masih ingin mencuba dgn t-shirt dari thailand plak, fake branded punya. hope boleh jalan... levi's original dari US brochure dah bg pd razif kelmarin utk ditest market.

Baju kanak2 kak ani kata baru jual 1... xpe, sabar. kena rajin jalan... semalam kak lina dah publish dalam facebook. insyaAllah akan publish dalam mudah.com.my plak... hope segala yg dirancang mencapai kejayaan

Saturday, August 1, 2009

Ditampar May May

Menjelang saat penutupan kedai
Baru la nampak May May
dengan excitednya aku dukung
Nak letak dia ditempat pembaringannya
Dengan tak semena menanya
Dia terus menampar muka aku
Dengan kuku yang dikeluarkan
Berdarah gusi
Sedikit terasa nyut nyut di gusi belah kanan
Kepala mula terasa sakit sikit2
Bawah bibir terasa gatal2
Kesan kuku May May yg amat berbisa itu
Tapi sikit je kena
Dah biasa ditampar May May tp sempat ngelak
Hari ni tak terfikir plak dia nak tampar
Lupa plak nak ready dulu
Sebab excited tak nampak May May dari pagi
Bila dia muncul terus je nak gomol
Mengamuk la dia
Huhuhuhu