Monday, September 28, 2009

Duit Raya

Alhamdulillah tahun ni dpt memberi duit raya pd kanak2
yg diutamakan adalah anak2 buah kesayangan
kesemuanya dpt
anak2 sedara, anak2 org yg aku x kenal... huhuhu
budak2 skrg ni salam siap hulur tangan
kalau dorg hulur tangan aku bagi cicak bestkan...

tahun ni aku dan kak lina dpt duit raya
RM50 setiap sorg dr abang ipar aku
aku ada sorg je abg ipar
kak lina dan aku menjaga anaknya sampai setahun lebih
itu la membuatkan kami rapat

Sunday, September 27, 2009

Tam Hilang :((

semenjak aku balik dr kampung
setiap kali nak naik kereta
Tam akan berlari dulu naik sebab takut kena tinggal
dan aku akan turunkan dia bila kak lina suruh

ntah napa semalam
ms nak pergi kedai
kak lina suruh tinggalkan aku xnak
bg aku, Tam dah biasa kat kedai
tp aku silap
dia dah lama kat rumah dan x biasa kat kedai
turun2 dari kereta, aku dukung dia
secara tiba2 dia melompat turun dari aku
menyusup bawah kereta
dan ghaib mcm tu je
puas dah aku mencari
Fitri juga mencari
semua sudah aku bertanya
xde sapa pun nampak Tam
kemana la perginya anak aku ni

pagi tadi
Kak Lina dah sound sekali
kalau Tam ada
mesti pagi2 dah minta buka pintu
sediakan air utk dia minum
ni skrg dah xde
soma salah Im

pedih je hati bila ingat aku yg degil ni
kalau dgr kak lina cakap
konpem Tam masih ada kat sini
setiap kali dgr bunyi loceng rantai kucing
mesti aku terus menoleh
sedihnya :(

Open House

Hari ni pagi2 aku dah bangun menbasuh baju2 raya yg x berkesempatan nak cuci
al maklum, baju aku dan kak lina yg perlu di basuh
agak lama ms diperlukan
mentreatment rambut ku sendiri mengambil ms 15 minit
kul 9 gitu suh kak lina mandi
siap mandi... turun bawah menyediakan segala keperluan utk char koey teow
ke pasar pula membeli udang
ke pemborong telur pula membeli telur dan beras dan juga bawang goreng
ke NSK lagi membeli kacang, bawang putih dan ikan bilis
semuanya x berkesempatan dan terlupa utk dibeli semalam

pulang ke rumah
menyediakan lagi segala keperluan
kul 3.45 siap nak gerak dah
kul 4 gitu sampai rumah yg dituju
beramah mesra dengan tetamu2 tuan rumah

tuan rumah amat baik
char koey teow hanya habis sebanyak 54 pinggan
tp dia bayar utk 60 pinggan
makan minum kami tersedia
amat selesa dengan keluarga ini

selesai open house
kami ke kedai semula
aku mencuci lantai
mengemas kedai

pulang kerumah memasak kacang dan ikan bilis
mengopek kerang lagi
jari2 di tangan kanan aku sudah luka2 angkara alergik
apa yg alergiknya pun xtau
dr mula niaga bulan january sampai skrg, makin teruk pula
pedih sentiasa
nurse cakap xde ubat utk alergik cenggini

kak lina demam!
adus...
x dpt la meniaga esok
x mengapa... aku juga perlukan rehat
badan terasa amat letih
seminggu raya xde rest langsung
aku perlukan 1 hari suntuk utk tido2, baring2
semoga esok aku akan segar
Semalam telah berjaya mengemas dan mencuci kedai
dari tengahari sampai ke petang
penat ya Allah

tikus2 telah berjaya menjadikan kedai kami rumah mereka
aku dan kak lina telah mencuci lantai kedai dengan menggunakan sepenuh tenaga
akhirnya, lantai kedai bersih
tp lantai tempat pelanggan makan lum berjaya di mop

tengah mengemas, mendpt order char koey teow utk hari ahad
sebanyak 50-100 char koey teow
aku setuju je sebab memang kitorg x niaga lagi
balik mengemas, kami terus ke NSK membeli barang

kul 7 sampai rumah. siap2 soma
terus ke rumah balong dalam kul 8.15 gitu
balong jemput ada open house
amik Fitri sekali, lambat btl mamat ni siap... mcm anak dara
sampai rumah balong kul 10
cantik dah rumah balong, seronok duduk sembang2 kat laman yg indah gitu
makan, minum, tgk abang n anak2 buah main mercun
kul 11.15 gitu balik
kul 12.30 hantar fitri
kul 12.40 sampai rumah
terus tido sebab keletihan siang tadi

Saturday, September 26, 2009

Datuk Bandar Kuala Lumpur

semasa di kampung kak lina, aku berkesempatan berjumpa dengan Datuk Bandar
berbicara berkaitan perniagaan
peluang2 utk aku mendapatkan kedai DBKL
dan seperti biasa, perlu mengisi borang

soalan datuk bandar pada aku
kalau 'kau meniaga secara tiba2 x ada org langsung, apa akan jadi'?
jawapan aku ' perniagaan lingkup'
mcm mana nak atasi?
kena buat kaji selidik pada customer apa yg kurang

soalan lagi
berapa jenis mee berkuah kau boleh buat?
aku terdiam sebentar
aku boleh masak 15 jenis mee berkuah kata datuk bandar
kau muda lagi, belajar ilmu memasak katanya
akupun memang plan nak belajar masak tp masa dan kewangan yg xde

banyak lagi yg dibicarakan
beliau bercerita tentang pokok mahal yg dibeli, disemai dan menghasilkan hasil yg banyak
kata beliau, kita kena fikir apa yg mampu memberi pulangan yg banyak
mula2 modal mahal, tp pulangan berlipat kali ganda
contohnya pokok yg dibeli beliau, ternakan yg dibeli...
aku pernah 2 3 kali melawat kebun datuk bandar ni
bermandi manda di kolamnya juga
terlalu besar kebunnya, amat letih nak berjalan

kesimpulannya, aku berfikir2 juga apa yg boleh aku buat utk mendpt pulangan yg berlipat ganda... yg penting katanya, aku perlu belajar berniaga... ya, walaupun aku kini berniaga, tp ilmu berniaga belum cukup utk aku mengembangkan perniagaan aku

Raya 200909

Raya Pertama

6.30am - bangun, mandi, solat subuh
7.00am - turun bawah, makan ketupat mama buat
7.41am - Afiqah sms kata dah gerak
7.50am - salam mama, bagi duit raya
8.00am - alihkan kereta waja yg block kancil
8.10am - dengan lajunya memandu ke sentul
8.26am - afiqah sms bgtau dah sampai surau sentul
8.34am - selamat sampai ke surau
8.45am - sembahyang raya bersama2 anak2 buah yg tercinta :D

selesai solat raya, bersama balong sekeluarga, balang dan kak ani bersama ibunya, kami menziarahi pusara kedua ibu bapa kami. Selesai bacaan yassin dah tahlil yg diketuai oleh balang, kami mencari kubur arwah wan... tahlil sekali lagi diketuai oleh balang...

rancangan untuk mengambil nawfal (org mauritius) di lrt bangsar cancel sebab nor dtg ke kubur. aku amik dia di stesen wangsa maju saja dengan ditemani anak buah kesayangan iaitu afiqah dan raziq. Memandu lagi ke rumah keluarga kak ani... memperkenalkan nawfal pada semua. mula la kecoh2 berbicara didalam bahasa english kerna dia xtau bahasa melayu. Pertama kali dia beraya secara tradisional katanya sebab sebelum2 ni dia beraya sorg2. kesian, nasib aku pelawa ikut ke kampung dan dia terus setuju.

Beraya di kampung x terasa best mcm dulu. maybe sebab aku x kenal sedara mara. semua cakap lama x jumpa. jawapan aku 'ima meniaga 7 hari seminggu'. so paham2 la xde cuti camna nak balik kampungkan. Dorg ni duk ingat nawfal ni future husband. dia muda dari aku la, kawan2 je pun. kesian dia duk raya sorg2, saja bagi dia rasa kenangan beraya bersama keluarga Islam kat Malaysia. dan dia amat teruja... dah hantar balik rumah pun sms kata seronok sangat dapat raya cara kita org melayu ni... alhamdulillah. itulah niat di hati, nak bagi dia rasa suasana kemelayuan. semua masakan dia cuba... yg paling aku ingat sangat, mee goreng pedas nak mampus kat rumah along subuh. kak ana bagi air suam panas, dia pegang je terus cakap 'oh my god'... mau lagi berapi mulut bila minum... time ni la kitorg gelak sakan tp kesian gak... huhuhu

Raya Kedua - Ke6

Pagi seperti biasa breakfast makanan raya
Pegi bank, bank in soma duit niaga
Pegi umah mak cik bg ikan makan
Pegi kedai beli makanan kucing

dalam 12 lebih2 gitu gerak ke kampung kak lina di parit buntar. sepanjang perjalanan boleh dikatakan aku tido. mungkin sebab letih semalam x hilang lagi. aku xtau jam dari mana sampai mana... yg tau kak lina cakap jam panjang gila, sampai 5 jam setengah baru sampai kampung. patut 3 jam setengah dah sampai...

Sampai kampung xde buat pape. rest je... malam kuar pegi kedai mamak makan maggie goreng yg x sedap langsung dan mahal gilos. Beli aiskrim... tu je la kot yg dibeli.

Raya ke3 pegi umah mak lang (adik baba) di seberang jaya. tinggalkan mama kat situ, kitorg pegi jalan2 sampai la jumpa jusco seberang prai... beli lagi baju2 utk anak2 buah. kelemahan aku dan kak lina adalah bila melihat baju kanak2... pasti dibeli 2 atau 3 helai atau lebih :p ... nak jadi cerita, balik patut ikut jalan yg sama, kak lina pegi ikut jalan lain plak. sesat mencari jalan ke rumah mak lang adalah dalam 40 minit kot... sampai mama merajuk dah xnak pegi umah pak ngah (adik baba) utk berbuka (mama posa 6, aku gak x mula2 lagi sampai arini)

Raya ke4 kami pergi shopping barang2 dapur. murah2 gila la barang2 kat situ. kami beli kuali utk masak burger dengan harga RM10 (mana nak dpt kat KL, ni kuali bulat tu tau, yg sederhana besar), periuk stanles steel (betul ke eja?) RM15 ( ni kat KL RM25++), dulang steel RM10 (kat KL RM20++)... pemetik api yg unik ada lampu dan leh adjust muncungnya (pemetik api utk dapur tau) beserta gasnya skali RM10 semuanya... barang yang lain2 mama, mak cik and kak ina yg shopping...penuh citra kami dengan barang2. selesai shopping barang2 dapur, kami ke Salimah Butik... Kak Ina beli baju, aku beli kain pelekat dua pasang utk balong dan balang... selesai, pulang ke rumah

Raya ke5 pegi ke rumah mak andak (adik mama). bosan gila kena duk situ dr pagi sampai petang. ajak kak lina jalan2... sawah padi je yg ada kiri kanan... terus ke pekan. makan di marry brown, aku dah gastrik time ni... sejak dua menjak kerap gastrik, even bulan posa pun kena gak... biasa bulan posa x gastrik. lepas makan, balik umah mak andak... solat semua settle, balik... terus ke rumah mak ngah yam(sepupu mama) yg amat sporting. suka sangat dengan dia ni... sempoi... siap ajak aku duk dengan dia niaga char koey teow. dengan dia ni asik gelak je... ingat nak treatment rambut tp x sempat. esok je la

Raya ke6 pagi2 dah pegi cari saloon. rambut aku dah rosak sangat. nak cari yg bagus x buka lagi plak. last sekali pegi je salun yg xde nama tu... murah gila, treatment 2 kali, shampoo dan potong rambut rm90, rambut lembut gila. dia cek rambut n siap tunjuk yg saloon MONSOON aku pegi tu buat x betul. aku rebonding sebelum raya, dan MONSOON tu hanya sapu ubat kat sesetengah tempat je, bahagian dalam rambut rosak gila. tanya2 rebonding kt sana, rm140 3 kali treatment guna shiseido. aku buat aritu rm250 sekali treatment lepas iron. seelum iron dia dah salah buat rambut aku menyebabkan kena sapu ubat lagi skali...gilos la, mana la rambut x jahanam... pasni kalau nak rebonding nak balik sana naik bas, masih jimat lagi duit compare dengan buat kat KL ni... kalau la sanggup aku naik bas. huhuhu... settle soma, balik umah. tido dalam 5 minit... kul 3.15 gitu gerak. 7.00pm sampai umah dah... sampai2 je aku cari Tam sebab baba kata Tam menggila cari aku... masa raya pertama pun kak lina cakap dia mengekor je kemana kak lina pegi sebab cari aku... sian btl.

Malam br Tam balik. aku peluk dia tahan xmau... kalau biasa tu, aku peluk dia bukan main manja lagi. tapi arini dia dah ok... siap suh buka pintu bilik dia nak msk... hari2 mcm ni la dia, pagi2 akan suruh buka pintu. bagi masuk, bagi minum... diam la dia duk kat bawah tanpa ganggu pape. amat baik dan senang utk dijaga... dr baby sampai sekarang x penah menyusahkan.

settle hal raya setakat ni. malam ni ada jemputan open house di rumah balong. boleh la bawa baju afiqah, baju alya dan alyssa, kain pelekat balong dan balang. mesti jumpa dorg semua nanti... kalau ada cerita menarik nanti akan dipostkan kemudian.

nak mandi... nak kena cuci kedai... kedai dah macam tongkang pecah, tikus2 yg buat. plan nak niaga hari ni tp dah balik lambat x dapat la... isnin la br mula niaga...

Friday, September 18, 2009

Raya & Ralat

td Afiqah sms
bgtau abahnya (balong) ajak aku dtg n raya di rumah mereka
tp...
malam raya aku dgn kak lina nak merayau ke Jalan TAR
esok pun kami masih meniaga
kena kemas2 kedai, dalam kul 10-11 malam baru leh sampai rumah
nak ke rumah balong malam2 sorg2?
uish... takut yg amat
dah la jalan gelap gulita
lagi plak...
mama dah belikan kain baju raya dan dah siappun
so, aku membuat keputusan
pagi2 raya aku akan keluar ke Surau Sentul utk sembahyang raya bersama2 mereka
selepas itu ke kubur pula...
dpt balasan sms lg...
Afiqah menaip 'Abah ajak makcu balik kg n9 dgn mak uda skali'
aku terus call selepas habis mengopek kerang
Lepas cakap2, terus setuju
aku akan tinggalkan kereta kat umah nor
balik kampung dgn dorg
Afiqah seronok la sebab dah lama sgt aku x ikut rombongan keluarga sejak meniaga ni

Raya kedua mungkin balik ke kg kak lina
kalau mama nak balik raya pertama
aku akan tinggal di KL sorg2 la

RALAT :

Terlupa plak pd Along (kakak kak lina) dan abg Sham (suami along)
berkenaan kurma itu
terima kasih tak terhingga kerana mempromosikan kurma kami pada celcom Batu Pahat dan terima kasih pd abg sham kerana beli dalam kuantiti yg banyak utk disedekahkan
Moga murah rezeki

Wednesday, September 16, 2009

Hampir sebulan berpuasa

Sekejap benar masa berlalu
Tau2 dah nak raya
aku dah x bape suka raya lepas mak meninggal
sambut pun ala kadar

meniaga bulan puasa memang amat mencabar
keletihan x terkata
pulangan tidak memberangsangkan
mungkin sebab terlalu banyak persaingan
tp alhamdulillah
pendapatan sampingan menjual kurma dapat membantu
Alhamdulillah kesemua kurma dalam stok kami telah habis dijual
cuma yg berada dlm tangan along (kakak kak lina) sahaja yg masih belum terjual
terima kasih banyak kpd Mak Cik yg telah mempromosikan kurma kami kepada KWSP
terima kasih kpd Pak Cik Azmi kerana telah membeli kurma dr kami
terima kasih banyak kpd Taufiq Hussien sebab mambantu kami dalam mengurangkan (hampir menghabiskan) stok yg kami ada dengan menghantar ke Menara TM bagi pihak TMUSA
secara x langsung, contact number yg ada dpt digunakan utk masa hadapan :)
dan x lupa juga terima kasih banyak kepada Doctor Ina yang memberi support kepada kami dengan mempromosikan kurma kami kepada doctor2 lain... sehinggakan dia sendiri hantar ke Kuala Kubu...

jualan tempeyek, tumpi dan kerepek pisang tidaklah memberi pulangan yg besar
tp cukup la utk belanja makan seminggu
baju pula x dpt dijual sebab xde tapak dan xde org nak tlg jagakan
walau camna sekalipun, 14 helai bagi pada Fitri utk dijual di Sungai Besar
kesemuanya habis dijual
cuma bayarannya selepas raya

masih banyak lagi baju budak2 dalam koleksi
baju dewasa tinggal sedikit
insyaAllah lepas raya boleh habis
jual sikit2, lama2 habis juga