Friday, November 27, 2009

Raya Haji

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat ISLAM...

Raya tahun ni
aku x berapa sedar kedatangannya
Hari Rabu aritu aku agak kepelikkan
kenapa pagi2 ramai customer yg dtg makan di kedai aku
semasa ke pasar ada seorg abg tu ucap selamat hari raya pd Harun
dan aku memandang dgn muka yg berkerut
raya minggu depan dh wish awal2
balik ke kedai dan aku bertanya kak lina
napa ramai org arini ek, x keje ke
kak lina jawab nak rayakan
dgn confident aku menjawab... 'raya kan minggu depan'
kak lina cakap hari jumaat la
aku terus pandang kalendar di kedai
ya Allah... alpanya aku

Raya Haji kali ni mama, baba, nani sekeluarga berada di batu pahat
Iwan pula memang dah bekerja bersama abg sham
Apit pula dah berpindah kerja di segamat tp pulang ke KL dirumahnya
Along x larat nak balik ke KL kata mama
makanya, aku dan kak lina saja yg tinggal
kami raya berdua kerana kedai akan dibuka esok, insyaAllah
malam raya kami menonton twilight saga...
agak touching ceritanya...

Hari ini...
aku mengambil kesempatan utk bangun lambat
perlu ke kedai memberi anak2 makan
perlu juga ke kubur arwah mak dan abah
kemudian ke rumah mak long mengambil perfume yg diorder dr dubai yg dibeli oleh cik putih disana
hari ini adalah hari utk aku bermalas2an

Sedikit sakit2 badan sejak membuat bangkit tubi setiap pagi bermula selasa hari tu
abdomen terasa keras sakit2
mahu menyegarkan semula badan seperti zaman muda2 dulu
10-20 kali bangkit tubi membuatkan aku lembik... huhu
perut perlu dijaga supaya sentiasa ramping.
sedikit berisi beberapa bulan sebelum ini membuatkan perut telah berkembang dgn berjayanya
dan tgh berusaha merampingkannya semula
moga misi kali ini berjaya amin

Monday, November 23, 2009

Sakit

Pagi tadi
agak x sibuk tp mcm sibuk
alhamdulillah sales ok
walaupun x byk, tp lepas la beli barang

sedikit lenguh di bahagian tengkuk
memusingkan kepala ke kanan
terus terasa 'krekk' di urat belakang
sakitnya ya Allah

minta kak lina tolong urutkan
berderap bunyi urat2 itu
sakit benar rasanya

pulang kerumah
sekali lagi kak lina kena urutkan
terasa terangkat2 kaki menahan sakit
urat dibahagian pinggang terasa mcm diluruskan
urat dibahagian belakang terasa berdetup2 bunyinya

masih sakit hingga kini
ini sakit kali ke2 selepas ramadhan
mungkin perlu mencari pakar urut
sudah lama x memanjakan badan diurut

Friday, November 20, 2009

Vitamin C dan Placenta

Alhamdulillah
semalam mendpt rezeki
Vitamin C dan Placenta telah memasuki tubuh
hari ini lengan kanan sedikit lebam
seluruh tangan kanan agak sakit2
Kak Lina xde plak sakit2 mcm aku
Kak Lina ckp masuk jarumkan
memang ada org xleh tahan
aku la tu
manja sgt

Wednesday, November 18, 2009

Hujan

Setiap hari hujan
baju terkumpul x kering
sejuk sentiasa

paling seronok tido siang
tp masa berlalu dgn pantas
kadang dpt tido kadang x
macam2 hal kena buat

musim hujan
niaga sedikit terjejas di waktu pagi
dan sekiranya hujan di waktu petang
terjejas juga jualan petang dan malam
inilah lumrah kami sebagai penjaja

musim hujan juga
membuatkan aku x boleh mandikan anak2
takut mati kesejukan
3 sudah mati (mungkin kerana dos vitamin yg aku bg terlebih, kejamnya aku)
tinggal 3
seekor telah menghilangkan diri semalam
kemana la dia dimusim hujan ini
tinggal la 2 yg aktif ala2 manja itu

bulan ni aku terlalu boros
baru seminggu bulan november
gaji aku dah habis 3/4
agak terkejut kemana wang aku pergi
difikir2
seronok makan itu ini
belanja utk memuaskan hati
bila hujan, perut lapar dan makan sedap2

Thursday, November 5, 2009

Notaeil

semalam br tau Notaeil dah mati kelmarin
semalam gak aku tanam bangkainya
kesian...
semua salah aku
x belikan makanan baby utk dia
aku sangkakan dia mampu makan makanan dewasa
tp masa tgk dia makan
hati dah berdetik kena belikan makanan baby
tp ntah napa leka sejak dia sembuh
langsung x jenguk dia
2 3 kali je aku jenguk n bagi makan
berdosanya aku
ya Allah ampunkan lah dosa hambu-Mu ini

aku hanya merawat
bila sembuh aku biarkan saja
berdosa yg amat rsnya
menyesal yg teramat
x mampu nak ditebus
masih rasa bersalah di hati

kehilangan Tam masih lagi membuatkan aku mcm org gila
mengenang salah aku yg bawa dia ke kedai
ini plak kematian Notaeil
kejam sungguh aku ini

terbaru ada 6 ekor anak kucing dijumpai di kedai
aku jaga kesemua sekali
setiap hari belikan nasi dan ikan kembung goreng
moga kesemuanya selamat

ada seekor x pandai makan dan minum
susu Notaeil hari tu banyak lg
buatkan dlm botol susu
dan bagi dia minum mcm baby
yg lain2 alhamdulillah pandai makan

td plak dpt vitamin utk kucing secara percuma
customer kami 'Kak Ana' yg memberinya
dia dah x ada kucing lg sbb tu dia bg sbb dia tgk aku pelihara kucing
dan telah berjaya menyuapkan pada mulut2 7 ekor
7 ekor itu termasuk Chaq ibu angkat anak2 itu

Berbekas btl dlm hati dgn kematian Notaeil
Penyesalan yg xde kesudahan