Thursday, January 28, 2010

Apa namanya?

Apa namanya bila terlalu penat
baring saja terus terlena
kejadian ini terjadi selepas balik dr meniaga pg td
lebih kurang kul 11 la kot
aku hanya baring2 saja
dan sedar2 dah kul 12 gitu
alamak... bila ms aku tido?

rasa badan x mampu lg bertahan
skrg belum pukul 10 malam aku dah rasa mengantuk sgt
perlu menidurkan diri
dan juga perlukan percutian yg panjang

perihal psl jari yg mengalami alahan pula
sudah 2 doktor merawat
nampak perubahan positif pd minggu pertama saja
dan kembali teruk pd minggu berikutnya
dpt ubat baru... nampak perubahan seminggu juga
berterusan begitu sehingga kini
berapa bulan dah agaknya aku biarkan jariku melarat sakitnya?
bape ubat dah aku telan dan disuntik?

dan akhirnya semalam kak lina membuat keputusan mengesearchkan klinik pakar kulit
survey juga harganya
dlm budget 200 ke bawah ok lg
insyaAllah isnin aku ke sana
kak lina kata baba ubat kulit kepala kt sana sembuh
dan daripada komen2 pelanggan dlm internetpun bagus
perlu mencuba
harap sembuh seperti biasa
biarlah x secantik asal, janji hilang segala gatal2 dan hitam2 (kulit mati) ini
sudah x tertahan menahan sakit bila 2 jari pecah2
cepat la isnin tiba
tp hari wilayah pula...
hurm...
perlu mengecall klinik itu dulu
yg pasti, aku akan ubatinya secepat mungkin

Monday, January 18, 2010

Kesibukan

Sabtu hari tu
kami agak kesibukan yg amat diwaktu pagi
mulanya agak lemau xde customer
secara tiba2 dtg plak reramai
tanpa henti kak lina dan aku ke sana ke mari
menghantar dan menyediakan
fuh!
balik aje kami flat
tido dr kul 1.30 sampai kul 4 kot
dasatnya...

Ahad plak
badan dah biasa dengan kesibukan semalam
tp kesibukan ahad melampaui kesibukan sabtu
membuatkan tangan aku dah terlalu penat utk memsk
dan tangan kak lina pula penat membancuh air
alhamdulillah
rezeki Allah bagi

Bulan Januari 3 hari kami tutup tanpa sebarang income
2 hari ni mampu menampung
dan perlu mencr lebih sedikit lagi utk mengcover semuanya
moga lebih murah rezeki kami

ya Allah
Bukakanlah pintu rezeki kami seluas2nya
limpahi la kami dengan rezeki yg halal
Amin

Monday, January 11, 2010

Setahun

090110 genap setahun Imana Char Koey Teow Station
mcm2 pengalaman ada
yg sakit hati, yg seronok hati, yg muram hati, yg gembira hati
huhuhu

hari ni selsema
jdnya xde idea nak taip apa
br abis publish jersey yg nak diclearancekan stocknya

moga cepat sembuh
amin

Monday, January 4, 2010

Hidungku Dicakar

Pagi2 lagi dah mencari ikan di pasar
terjumpa May May di tempat kak ita
terus mencium dahinya
kucing ada dahi ke? hurm...

belek2, usap2...
angin dia naik daa
sekali dia naik tangan
berdarah hidung dan pedih bibir ditampar
lebih 10 minit gak nak bagi darah berhenti
sempat cakap kat kak ita 'hilang hantaran sbb hidung bercalar'
huhuhu

kak lina plak siap gelakkan sebab panjang gak calarnya
memang ketara la
pedih + sakit
tp nak wat camna
salah sendiri
terlupa yg May May tu xleh diusap lebih2

akan berparut la hidungku
aiseh
jangan la hantaran kurang
huahuahua

Saturday, January 2, 2010

Kepulangan

Alhamdulillah selamat sampai ke rumah lebih kurang sejam yg lepas
baru selesai makan nasi goreng USA
sudah mengupdate status di facebook
masa untuk bercerita percutian

Semalam kul 11 gitu gerak
sampai di tol sungai besi, smart tag xleh lalu
'kad tidak sah' tertera di screen
makanya, pompuan keje tol tu bg kad bayar cash
sampai seremban ke rumah mak teh
map balang bagi agak memeningkan kepala
terpaksa berpusing semula sebab terlajak pasar besar seremban
sudah berjumpa jalan yg btl
aku plak ingat2 lupa jalan ke rumah mak teh
al maklum, kalau aku kemana2 menjadi penumpang
aku akan tido, makanya x penah tau psl jalan
huhuhu

lepak2 dr kul 12 sampai la kul 4 lebih...
terus ke Tol senawang update kad touch n go
rupanya kad tu last guna 2007
kisahnya, kad yg asal baba amik bw ke batu pahat
terpaksa la guna kad yg dah lama x guna tu
nasib cas rm12.05 je utk kad baru
xde la rugi sangat
perjalanan dr seremban ke batu pahat amat lancar
kelajuan 100-120km/j dengan kancil bertayar baru amat selesa
dengan absober dan mounting yg berganti baru membuatkan buaian kereta sungguh rapi
hehehe...

sampai kul 7.20++ di rumah along
lepak2
tido dalam kul 11
bangun solat subuh 6.30
pastu sambung tido
bangun
tido lg kul 12 sampai dekat kul 2
solat dan makan
kul 4 lebih gerak

Hujan lebat
banyak air bertakung
kelajuan 90 km/j membuatkan kereta berbuai
sedikit cuak
turunkan kelajuan ke 80km/j baru ok sedikit

keletihan mata memfocuskan diri pada pemanduan
membuatkan aku terleka sebentar
break mengejut sehingga tayar terseret dengan bunyi yg kuat
membuatkan jantung kak lina berdegup kencang
sedangkan aku x punya apa2 perasaan
baba pun mula menasihat jangan follow dekat sangat
yg sebenarnya aku x perasan aku follow dekat, sebab terleka sebentar
dan sempat tergelak selepas sempat break sebelum mencium buntut kereta depan
sempat melihat kereta belakang aku yg break ketepi
alhamdulillah selamat semuanya

terus rasa kekejangan sedikit dibahagian mata
tp mampu meneruskan pemanduan
sampai di masjid negara
tukar pemandu
aku baru rasa mata ni lega
rupanya nak berehat dr kefocusan pemanduan

2 hari bercuti
rasa macam sekejap sangat
pasti akan mencari hari yg sesuai
untuk bercuti seminggu, insyaAllah

esok akan mula berniaga di tahun baru
moga Allah bukakan pintu rezeki kami seluas2nya
murahkan rezeki kami
permudahkan urusan kami
menjauhkan kami dari iri hati manusia
memberikan rahmat dan keberkatan-Nya
amin

Friday, January 1, 2010

Happy New Year

1/1/10, cepatnya ms berlalu. 09/01/10 nanti genap setahun kami berniaga. Segala mcm susah payah kami lalui. Turun naik perniagaan kami rasai. Alhamdulillah, penghujung 2009 ada sedikit perubahan yg baik pd perniagaan kami. Sudah mula kelihatan muka2 baru yg dtg membeli. Harapannya, semoga 2010 dan seterusnya membawa kejayaan pada kami. Amin

aku x menyambut tahun baru. Pagi ini baru aku rasa segar. Semalam kepala sakit yg amat, sampaikan nampak cahayapun rasa nak terkeluar biji mata. disebabkan hari ini mahu berjalan jauh, makanya aku mengambil keputusan memakan ubat (dah lama x makan ubat kalau sakit kepala). Sudahnya, aku menutup lampu, selimut dan tekup kepala. terus lena sampai ke pagi dan terlewat bangun untuk meniaga. Dan pastinya, kedai terpaksa ditutup.

Aku perlu ke seremban untuk melawat Mak Teh yang koma hampir sebulan yg lepas. Alhamdulillah Mak Teh sudah pulang ke rumah, cuma tidak mampu bergerak. Aku akan mulakan perjalanan awal... boleh sampai di johor cepat. Esok akan pulang semula ke Kuala Lumpur.

Selamat Tahun Baru untuk seluruh umat manusia di dunia. Moga 2010 memberikan kejayaan pada kita semua. Amin