Wednesday, February 3, 2010

Ubat

Keterlajakkan
Langsung x sedar bunyi alarm
Macam mimpi je terdengar alarm kak lina pagi tadi
Terjaga 7.30am kak lina kejutkan
mcm mana nak niaga, dah lambat sangat
Rugi la...
bulan ni 28 hari saja
hurm..

somanya gara2 makan ubat malam tadi
ubat yg dapat dr doktor pakar
kebiasaan, kalau aku makan ubat
makanya, pagi x terjaga awal (tp masih boleh niaga)
tp pg ni langsung x sedarkan diri
dasat sungguh ubat itu!

Kononnya alarm letak kat tempat aku
sebab kak lina akan off alarm dan dia x bangun selagi aku x kejutkan
alih2 aku plak yg x sedar
huhuhu

7.30am terjaga tp aku tido balik
terjaga kul 9am kak lina dah hilang
pusing kiri tgk pintu keluar berkunci
tgk kanan pintu bilik air, mcm berkunci gak
mana plak dia pegi?
dlm bilik air ke? senyap jek...

9.30 terjaga lg...
kak lina dah suh bangun
dia dah siap mandi n basuh baju2
huhuhu
kul 10 br bangun mandi
amat liat untuk membangunkan diri

patut menghantar tudung ke kwsp
tp sticker plak xde
esok la kot beli
xpun hari ni
tgk la tahap kerajinan

malam ni harus makan ubat di awal waktu
bukan jam 12

Tuesday, February 2, 2010

Pakar Kulit

Akhirnya
hari ni aku telah berjaya mendapatkan rawatan doktor pakar berkaitan masalah kulit yang aku hadapi.
2 Doktor berlainan (dari Klinik biasa) pernah merawat
akan berkurangan untuk minggu pertama saja dan akan bertambah teruk semula pd minggu berikutnya.
Kali ni berjumpa pakar, dan harus melihat hasilnya kemudian...
harap akan sembuh sebab tak tahan sakit bila kena air...
alergik pada soap, detergent, air mungkin kata doktor... dan aku pasti alahan pada udang dan kerang sebab itu adalah bahan utama dalam masakan aku di kedai...
sudah 2 3 minggu kak lina saja yang uruskan, tp masalah pada jari tak langsung berkurangan...
tadi dah dapat 3 jenis krim...
1 untuk sapu siang, 1 untuk sapu malam, dan 1 krim pelembab (sekiranya terlalu kering)...
dan 2 jenis pil untuk dimakan 1 di pagi hari dan 1 di malam hari.

Klinik Pakar Kulit MD Noh kot...
lupa plak namanya.
Kak lina dan Kak cik yang sarankan...

Sampai dah 12.40 camtu...
kak lina terus suruh masuk sbb nampak waktu rehat kul 1-2
oh tidak... aku xde masa lg nak tunggu sampai sejam
akhirnya aku isi borang
dan nurse situ suh dtg balik kul 2
dan pantas aku menjawab 'i dont think i have time to come again'
dan dengan rasa xnak hilang pesakit dia pun jawab 'ok, saya akan cuba'

dalam 30 minit kot tunggu
giliran aku sampai
doktor cek dengan kanta besar yg built-in lampu disitu
'saya bukan geli xnak pegang tangan awak, tp awak perempuan'
lawak plak doktor ni
aku x terfikir plak dia geli ke apa
memang hodoh sudah jari2 ini
sampaikan kak cik cakap nanti kena potong
dan cik putih cakap nanti tgh masak jari putus dalam kuali la
mcm2 la dorg ni menakutkan aku
pdhal sakit kulit biasa je pun (bukan biasa sbb memang penyakit camni seumur hidup)
eczema kata doktor
alya pun ada sakit ni gak
anak buah dan makcu sama la plak

krim sudah disapu masa dalam kereta lagi
terasa lega sedikit sakit kulit merekah itu
setiap alur di jari sudah merekah menyebabkan x tertahan lagi menahan kesakitan

tadi dah siap beli sarung tangan khas untuk memasak
dan sarung tangan untuk membasuh
sebelum ni pakai sarung tangan kak lina potong cili je
baru kena panas sikit dah melekat kat tangan
tp ok je guna cuma td beli yang tebal sikit

rm140 ok la
memang dalam budget