Tuesday, February 2, 2010

Pakar Kulit

Akhirnya
hari ni aku telah berjaya mendapatkan rawatan doktor pakar berkaitan masalah kulit yang aku hadapi.
2 Doktor berlainan (dari Klinik biasa) pernah merawat
akan berkurangan untuk minggu pertama saja dan akan bertambah teruk semula pd minggu berikutnya.
Kali ni berjumpa pakar, dan harus melihat hasilnya kemudian...
harap akan sembuh sebab tak tahan sakit bila kena air...
alergik pada soap, detergent, air mungkin kata doktor... dan aku pasti alahan pada udang dan kerang sebab itu adalah bahan utama dalam masakan aku di kedai...
sudah 2 3 minggu kak lina saja yang uruskan, tp masalah pada jari tak langsung berkurangan...
tadi dah dapat 3 jenis krim...
1 untuk sapu siang, 1 untuk sapu malam, dan 1 krim pelembab (sekiranya terlalu kering)...
dan 2 jenis pil untuk dimakan 1 di pagi hari dan 1 di malam hari.

Klinik Pakar Kulit MD Noh kot...
lupa plak namanya.
Kak lina dan Kak cik yang sarankan...

Sampai dah 12.40 camtu...
kak lina terus suruh masuk sbb nampak waktu rehat kul 1-2
oh tidak... aku xde masa lg nak tunggu sampai sejam
akhirnya aku isi borang
dan nurse situ suh dtg balik kul 2
dan pantas aku menjawab 'i dont think i have time to come again'
dan dengan rasa xnak hilang pesakit dia pun jawab 'ok, saya akan cuba'

dalam 30 minit kot tunggu
giliran aku sampai
doktor cek dengan kanta besar yg built-in lampu disitu
'saya bukan geli xnak pegang tangan awak, tp awak perempuan'
lawak plak doktor ni
aku x terfikir plak dia geli ke apa
memang hodoh sudah jari2 ini
sampaikan kak cik cakap nanti kena potong
dan cik putih cakap nanti tgh masak jari putus dalam kuali la
mcm2 la dorg ni menakutkan aku
pdhal sakit kulit biasa je pun (bukan biasa sbb memang penyakit camni seumur hidup)
eczema kata doktor
alya pun ada sakit ni gak
anak buah dan makcu sama la plak

krim sudah disapu masa dalam kereta lagi
terasa lega sedikit sakit kulit merekah itu
setiap alur di jari sudah merekah menyebabkan x tertahan lagi menahan kesakitan

tadi dah siap beli sarung tangan khas untuk memasak
dan sarung tangan untuk membasuh
sebelum ni pakai sarung tangan kak lina potong cili je
baru kena panas sikit dah melekat kat tangan
tp ok je guna cuma td beli yang tebal sikit

rm140 ok la
memang dalam budget

3 comments:

Lily Aziz said...

Doktor klinik ni tanak check pun pesakit..tgk2 gitu je terus prescribe..teruk sgt servis..dh la mahal..ubat yg dibagi tu semua boleh beli kat klinik/farmasi biasa je..MENYESAL!

Anonymous said...

ok je kn klinik tu...ubt berkesan je.

morelacky said...

hello :)
post ni da lama,tp nak tanya,klinik ni accept insurance kad x?
or dia just nak cash?
bleh x reply dlm email? :)