Wednesday, March 31, 2010

E90

Akhirnya,
E90 telah sembuh setelah sekian lama terlantar
Isnin abang E amik kat umah nor
arini dah siap katanya
LCD depan and connector LCD dalam
nak ganti housing tp mahal gaban
kalau ganti housing plak takut riben rosak
riben plak harganya leh terkejut bigfoot nak bayar
akhirnya biar la kulitnya x licin
asalkan hormonnya cukup
jantungnya berfungsi
dan matanya cerah

Esok malam atau lusa baru leh amik
hari ni x dapat
badan letih

yeaa... dah dapat gaji
tp dah siap2 kena tolak duit repair handphone
duit ptptn
duit celcom
duit digi
duit sample jeans
duit belanja
balance?
ya, masih cukup untuk dikumpul
alhamdulillah

bulan depan mula bayar elektrik umah gombak
pekerja lama dulu (duk umah tu) x penah bayar letrik
aku baru tau sebab baru tgk bil bulan lepas
terpaksa la merangkak2 bayarnya
aduhai... nasib

Monday, March 29, 2010

Demam Panas

Jumaat petang ke Jusco bersama kak lina
mencari hadiah birthday Alya
sepasang t-shirt dan jeans telah dipilih
sedang jalan2 aku rasa lemah
'im rasa macam nak demam la' statement ku pd kak lina
teruskan juga berjalan
mencari paperbeg pula
malas la nak balut2,leceh
sudah pilih dan bayar
berlalu ke creperie... btl ke ejaan?
beli air dan percuma creperie itu
ke kedai roti pula
dan terus ke supermarket mencari shampoo bawang
akhirnya berjumpa
mahu mencuba utk atasi keguguran rambut ini
keluar saja dari jusco hujan sudah tiba
alamak... kang makin lebat plak
berlari la juga ke kereta
ntah napa xterpk skrg selalu hujan
pegi parking plak kt tmpt xde bumbung
basah sedikit
balik rumah sudah rasa demam
makan ubat demam kak lina
lega sikit

tgk tv...
pastu naik tido
kul 2 pagi terjaga panas sangat
kul 3 kejutkan kak lina nak air
kak lina amikkan, aku minum dan makan ubat lagi
kak lina bangun lagi ntah pukul bape
basahkan towel dan letak didahi
kejap je, kering sudah towel tu
sungguh panas sampai kepala rasa nak pecah

kul 6.30 pagi bangun meniaga
kesan ubat ada lg, so rasa mcm dah sihat
kul 8 kat kedai dah x larat
kak lina dah byk kali tanya larat ke masa pagi tu
aku konpiden jawab larat
akhirnya kak lina buat soma kerja
aku memasak juga, menggagahkan diri
didalam hati berdoa 'ya Allah, setakat kemampuan aku sahajalah untuk berniaga ini'
dan dengan izinnya, genap 12 aku masak, dan dalam 10 set roti bakar
order habis
cuma kak lina amat busy dengan airnya
sungguh aku x larat masa tu
tertido juga di meja
customer panggil banyak kali utk kira aku x sedar

kak nor datang ke kedai
lalu sebelah aku dan terus menoleh
'kau demam ke?'
aah... napa?
rasa panas katanya
mak ai.. panasnya badan aku sampai org lalu je leh rasa

balik niaga tido n makan ubat lagi
x lalu makan apapun, tp makan ubat je
perut pedih gila
kul 3 panggil kak lina lagi minta towel basah
kejap gak dah kering
kak lina keluar teman mama pegi kedai akuarium
aku hanya angguk dan tido
dia balik aku hanya terbuka mata dan x sedar pape

malam...
ke klinik jua
5 jenis ubat
uik... banyak plak
ni first time aku demam sampai sakit2 sendi
lemah2 otot

ahad meniaga juga
kurang sedikit demam itu
tp masih lemah2
sayang kalau x meniaga
badan dah stabil sikit
balik niaga awal juga sebab aku dah x larat
fuh! dasat demam kali ni

balik umah makan ubat dan tido
kul 5 camtu keluar gi umah nor
sambut birthday alya
happening
balong n family, balang n family
riuh la bila berkumpul
bangah n nizal xde
kul 9 lebih baru balik
tolong pasang 'My Very Own Kitchen' yg nor beli kat US
excited benar alya
suka main masak2 rupanya

balik rumah
makan roti sekeping
makan ubat lagi
dan tido

pagi ni
alhamdulillah rasa segar sedikit
tp masih sakit2 pinggang
sakit2 sendi

ada agenda lain tp kena tunggu sembuh btl2
banyak pergerakan diperlukan
moga cepat sembuh
amin

Wednesday, March 24, 2010

Imana Station

last week sales agak slow
this week much more slower
ha! what will happen next?

ABC x jalan langsung semalam
hari ni 3 sahaja
camna nak pulang modal?
hurm...
thinking n thinking

income amat la terjejas
huh...

Levi's Catalogue

Almost a month
akhirnya hari ni leh pegi dapatkan katalog
malam ni appointment dengan Ihsaan
yusuf cousin
need to photocopy for others also
3 copy as stated by yusuf
wow! banyak duit tu
huhuhu

x sabar nak dapatkan katalog
baru berani nak promote sungguh2
pricing have to wait for yusuf balik chicago
for men memang dah ada
for women and silvertab lum lagi
dockers ada juga katalog but without price
hurm...

sangat berharap everything will be good
dari segi sales, delivery and payment
dah approach a few fans of levi's
just wait n see

moga Allah memurahkan rezeki aku
amin

K.T. Niaga Sdn Bhd

got another call from them
this is 2nd time
regarding our security deposit
hopefully will be settle after this

kak lina dengan aku dah membuat draft di kedai tadi
sudah pun menaip dan memprint
tunggu masa untuk dipos kan saja

sudah menghantar surat utk pemulangan a few months ago
tp ada salah faham dari segi Pusat Servis Kenderaan Safwah dan Seri Imana Enterprise
have to hantar another surat explain everything
wow! amat susah berurusan dengan agensi besar sebegini

esok boleh pos lepas photostat registration company
just wait for the cheque la...
then settle hutang2 lapuk
tinggal sket je hutang
alhamdulillah

Friday, March 19, 2010

Kenapa?

hurm...
still thinking
kenapa?
niaga macam tu je dr dulu
naik sekejap, turunnya lama
apa yg x kena?

org kata menu kurang
sudah ditambah kini
masih juga sama
malahan membazir pula pabila setiap hari ada saja yang dibuang

apa lagi perlu dibuat?
promosi?
kakak yg menumpang itu sudah layangkan pamplet
aku juga agak rancak mempromo
tapi masih macam dulu
tiada perubahan
berkemungkinan kakak itu pun akan berhenti kalau berterusan begini

ABC minggu pertama amat memberangsangkan
masuk minggu ke2
senyap sepi
ya Allah
mampukah aku bertahan dan bersabar

naik buntu fikiran memikirkan
pelbagai idea customer bagi
ikut jua rencah2 itu
tapi masih juga bertemu pembaziran

diingatan dipahatkan
'Allah belum mahu memberi, bersabarlah'
kadang kala tersasar juga keimanan
'kenapa hidup aku masih dibelenggu kemiskinan'
pelbagai usaha dilakukan
pelbagai kerja diusahakan
semuanya tak membawa hasil
adapun hasilnya, sekadar lepas makan sehari dua

harus terus bersabar ya wahai IsMa

Sunday, March 7, 2010

Happy Birthday!

07032010
Maka genaplah usiaku 27 tahun
cepat betul masa berlalu
rasa macam baru saja sambut birthday dengan arwah mak

aku masih ingat
07032005
kak lina datang mengejut bawa kek
mak sempat cakap
'mak cik tak dapat sambut birthday ima lagi'
umpama mak tahu itu tahun terakhir dia mengucapkannya

keluarga kami memang tidak mengamalkan sambutan ulang tahun kelahiran ini
tapi masa aku kecik2 dulu ada la sekali sekala sambut
kesemuanya sambut lepas mak abah balik meniaga
dah tidur dan dikejutkan untuk tiup lilin
dengan mata terkebil2 @ sepet (huhuhu)
ingat memori itu...
tersenyum sendiri rasanya
memori zaman kecil
sungguh seronok...

dan hadiah semestinya tiada
semenjak menginjak zaman belajar
barulah aku dan kakak aku akan memberi sesama sendiri bila birthday masing2 kunjung tiba
dan semestinya dengan kak lina sekali
dan aku masih ingat semasa aku tingkatan 3
aku belikan jam tangan untuk abg aku yg kecik, nizal
dan semasa form 5 aku belikan kakak aku, nor, teddy bear yg comel
seingat aku... itu sahaja detik hadiah yg aku berikan

tahun ini 2010
tiada sambutan
dan tiada hadiah
kak lina bertanya mahu hadiah apa
dan aku cakap tak mahu apa2
kenapa?
sebab aku dah ada segala keperluan
kalau kehendak, lebih sempurna dibeli sendiri

dan hari ini juga 07032010
aku telah mengerah seluruh tenaga untuk mengemas kedai bersama kak lina
berniaga dari jam 7.00am-1.45pm
bermula mengemas dari jam 2.00pm ke 5.30pm
ya Allah penatnya
tiada langsung rehat
malam pula kena memasak

kami mengemas kedai kerana ada rakan baru akan mula berniaga sama esok
makanya, kedai perlu dikosongkan sedikit ruangan untuk rakan itu
dan kami telah berjaya melapangkan kedai kami yg comel itu
alhamdulillah semua sudah kemas
sakit kaki kak lina sembuh masa bilapun tak sedar dek kerana sibuk
sungguh berpeluh2

sudah penat mengemas
ada saja org nak ABC
takkan nak tolak rezeki
aku berhenti sebentar mengemas dan membuat ABC
mulanya 1 kak lina buat
kemudian 3 aku buat
tetiba 3 lagi
eh 2 lagi
dan akhir itu 2 lagi
alhamdulillah... rezeki

perlu mandi dan membersihkan diri
semoga dengan adanya rakan baru
maka rezeki kami akan bertambah
amin

Wednesday, March 3, 2010

Permulaan yang pertama

3/3/10
For the first time kami berniaga sedari pagi ke petang
And menu terbaru adalah ABC
Semalam 2/3/10 sudah bermula Bihun Sup Utara
Alhamdulillah sambutan agak baik walaupun suam2 kuku

Ramai yang masih tidak tahu
Kami tidak lagi membuat 2 sesi iaitu pagi dan petang
Kini dari jam 7 pagi sehingga jam 5 petang aku di kedai
masa untuk menginternetkan diri semakin kurang
insyaAllah, kalau bagus akan aku sediakan khidmat wifi...
untuk kegunaan aku yg menjalankan perniagaan internet yg br bermula
dan juga untuk menarik pelanggan duduk mengesurf internet sambil makan @ minum

Agak baik juga aku ini
sebab aku rajin mempromosikan pd kenalan2 di pasar semalam
Menu baru kami adalah bihun sup utara aku katakan
ada juga terpengaruh dan lantas membeli
dan respon bg rasa masakan aku
Alhamdulillah... cuma pedas sedikit sbb terlebih lada hitam

Dan hari ini...
Bihun sup utara sudah semakin baik walaupun br 3x aku memasaknya
iaitu sekali percubaan
sekali semalam adalah kali pertama untuk menjual
dan sekali lg hari ini
kuah semakin cantik dan rasa semakin sedap
perasan kot... huhuhu

Hari ini aku mempromosikan ABC pula
untuk hari pertama
11 ke 12 tadi terjual, Alhamdulillah

Cuaca tengahari sangat panas
aku sakit kepala balik tadi sampai sekarang
mungkin memerlukan masa untuk menserasikan diri
masa untuk beriadah sudah berkurangan
siang bekerja... malam juga bekerja
malam adalah ms untuk memasak

moga dengan perubahan waktu perniagaan
semakin majulah Imana Station
oh ya, Imana Char Koey Teow Station telah bertukar nama kepada Imana Station
Mengapa?
Kami ada rakan kongsi ( menyewa tapak sebenarnya)
dia akan menjual nasi + aneka asam pedas, dan pelbagai lg
maka, x sesuai Char Koey Teow itu wujud di situ
Imana Station lagi mudah dan senang disebut

Masa untuk melihat ice block sudah selamat sampai di kedai atau belum
dikhuatiri akan mencair
mujur ada Ajay (budak ice) tolong dapatkan bekalan dr kilang ais yg lain
jika tidak... susah juga nak mencari

semoaga Allah mempermudahkan segala usaha kami
Amin