Sunday, March 7, 2010

Happy Birthday!

07032010
Maka genaplah usiaku 27 tahun
cepat betul masa berlalu
rasa macam baru saja sambut birthday dengan arwah mak

aku masih ingat
07032005
kak lina datang mengejut bawa kek
mak sempat cakap
'mak cik tak dapat sambut birthday ima lagi'
umpama mak tahu itu tahun terakhir dia mengucapkannya

keluarga kami memang tidak mengamalkan sambutan ulang tahun kelahiran ini
tapi masa aku kecik2 dulu ada la sekali sekala sambut
kesemuanya sambut lepas mak abah balik meniaga
dah tidur dan dikejutkan untuk tiup lilin
dengan mata terkebil2 @ sepet (huhuhu)
ingat memori itu...
tersenyum sendiri rasanya
memori zaman kecil
sungguh seronok...

dan hadiah semestinya tiada
semenjak menginjak zaman belajar
barulah aku dan kakak aku akan memberi sesama sendiri bila birthday masing2 kunjung tiba
dan semestinya dengan kak lina sekali
dan aku masih ingat semasa aku tingkatan 3
aku belikan jam tangan untuk abg aku yg kecik, nizal
dan semasa form 5 aku belikan kakak aku, nor, teddy bear yg comel
seingat aku... itu sahaja detik hadiah yg aku berikan

tahun ini 2010
tiada sambutan
dan tiada hadiah
kak lina bertanya mahu hadiah apa
dan aku cakap tak mahu apa2
kenapa?
sebab aku dah ada segala keperluan
kalau kehendak, lebih sempurna dibeli sendiri

dan hari ini juga 07032010
aku telah mengerah seluruh tenaga untuk mengemas kedai bersama kak lina
berniaga dari jam 7.00am-1.45pm
bermula mengemas dari jam 2.00pm ke 5.30pm
ya Allah penatnya
tiada langsung rehat
malam pula kena memasak

kami mengemas kedai kerana ada rakan baru akan mula berniaga sama esok
makanya, kedai perlu dikosongkan sedikit ruangan untuk rakan itu
dan kami telah berjaya melapangkan kedai kami yg comel itu
alhamdulillah semua sudah kemas
sakit kaki kak lina sembuh masa bilapun tak sedar dek kerana sibuk
sungguh berpeluh2

sudah penat mengemas
ada saja org nak ABC
takkan nak tolak rezeki
aku berhenti sebentar mengemas dan membuat ABC
mulanya 1 kak lina buat
kemudian 3 aku buat
tetiba 3 lagi
eh 2 lagi
dan akhir itu 2 lagi
alhamdulillah... rezeki

perlu mandi dan membersihkan diri
semoga dengan adanya rakan baru
maka rezeki kami akan bertambah
amin

No comments: