Wednesday, March 3, 2010

Permulaan yang pertama

3/3/10
For the first time kami berniaga sedari pagi ke petang
And menu terbaru adalah ABC
Semalam 2/3/10 sudah bermula Bihun Sup Utara
Alhamdulillah sambutan agak baik walaupun suam2 kuku

Ramai yang masih tidak tahu
Kami tidak lagi membuat 2 sesi iaitu pagi dan petang
Kini dari jam 7 pagi sehingga jam 5 petang aku di kedai
masa untuk menginternetkan diri semakin kurang
insyaAllah, kalau bagus akan aku sediakan khidmat wifi...
untuk kegunaan aku yg menjalankan perniagaan internet yg br bermula
dan juga untuk menarik pelanggan duduk mengesurf internet sambil makan @ minum

Agak baik juga aku ini
sebab aku rajin mempromosikan pd kenalan2 di pasar semalam
Menu baru kami adalah bihun sup utara aku katakan
ada juga terpengaruh dan lantas membeli
dan respon bg rasa masakan aku
Alhamdulillah... cuma pedas sedikit sbb terlebih lada hitam

Dan hari ini...
Bihun sup utara sudah semakin baik walaupun br 3x aku memasaknya
iaitu sekali percubaan
sekali semalam adalah kali pertama untuk menjual
dan sekali lg hari ini
kuah semakin cantik dan rasa semakin sedap
perasan kot... huhuhu

Hari ini aku mempromosikan ABC pula
untuk hari pertama
11 ke 12 tadi terjual, Alhamdulillah

Cuaca tengahari sangat panas
aku sakit kepala balik tadi sampai sekarang
mungkin memerlukan masa untuk menserasikan diri
masa untuk beriadah sudah berkurangan
siang bekerja... malam juga bekerja
malam adalah ms untuk memasak

moga dengan perubahan waktu perniagaan
semakin majulah Imana Station
oh ya, Imana Char Koey Teow Station telah bertukar nama kepada Imana Station
Mengapa?
Kami ada rakan kongsi ( menyewa tapak sebenarnya)
dia akan menjual nasi + aneka asam pedas, dan pelbagai lg
maka, x sesuai Char Koey Teow itu wujud di situ
Imana Station lagi mudah dan senang disebut

Masa untuk melihat ice block sudah selamat sampai di kedai atau belum
dikhuatiri akan mencair
mujur ada Ajay (budak ice) tolong dapatkan bekalan dr kilang ais yg lain
jika tidak... susah juga nak mencari

semoaga Allah mempermudahkan segala usaha kami
Amin

No comments: