Tuesday, June 29, 2010

Kerja

aku tgh gila mencari kerja
sedangkan sudah ada 3 kerja sekrang ni
tp 2 tu hanya part time dan bermasa
apa tu bermasa?
ada tempoh had kerja...
2 bulan sahaja...

dari jumaat, semalam isnin, arini selasa, esok rabu
adalah hari yang sangat sibuk untuk kami yang bekerja sebagai data entry
esok patutnya ada taklimat lagi
tp aku malas nak pergi sebab nak berniaga
boleh ke bagi alasan mcm tu kat penyelia?
huhuhu....
esok juga kena masuk kerja jam 1 tghari.
biasa 1.30 tp sebab data berjuta maka perlu awal
dan itu juga salah satu sebab xnak hadir taklimat
taklimat mau sampai tghari atau petang
tanya2 la nanti kat penyelia tu info
mau dia kata aku banyak songeh
dah la semalam dtg taklimat half day terus cabut gi keje part time
huhuhuhuhu
xpela, asalkan kerja yang diberikan beres nanti
moga dapat buat 3 kerja dalam masa 2 bulan ni...
ya Allah, berilah hambamu ini kesihatan yang sempurna
Amin

Friday, June 25, 2010

Menunggang

2 June 2010 bermulanya era menunggang motor
Lokasi?
Dari Taman Ehsan, Kepong ke Menara HP Damansara Height
Tujuan?
Part time data entry bermula jam 1.30pm sehingga la semua data habis key in dalam kul 6.30-7.15 gitu
rehat 1 jam setengah atau 1 jam 45 minit...
Gaji?
Adala dalam RM400++ monthly
Sangat berbaloi dr duduk rumah perabih beras

Risiko menunggang ni amat tinggi
contohnya, tengah2 laju tadi dalam 105km/j di Jalan Kuching
secara tiba2 break mengejut sebab ada kereta NGOK terus nak masuk lane yg lagi 1 tanpa menoleh ada kenderaan lain disebelah mahupun kenderaan kecik seperti kami yg ada di buntutnya
Kemudian sakit jantung lagi sekali bila 4WD bawa kereta macam cacing kepanasan
Menggelaba break sampaikan aku takut sgt n Kak Lina pun seram
Syukur alhamdulillah semua selamat hari ni

Hampir sebulan bawa motor ke tempat kerja
jimat minyak, jimat parking
31 may keje bawa kereta, parking rm19
sungguh x puas hati...
terus meminjam motor Apit utk ke tempat kerja

banyak gak perkara2 yg mendebarkan bila menunggang ni
tambahan dah beberapa tahun x menunggang di jalan2 raya yg besar
kalau masa belasan tahun mahupun awal 20an, segala celah boleh dilalui bila jam
kelajuan x hingat dunia plak masa tu
tetapi selepas 3x accident disebabkan pemandu2 kereta yang buta
maka aku sudah sangat jeran/serik

Masa mula2 aku bawa 60km/j bila ada kereta
80km/j bila xde kereta
sekarang laju sikit
80-100km/j bila ada kereta
dan 120km/j kalau xde kereta
huhuhu...
tapi aku masih berhati2
risau terjadi apa2
dah la motor pinjam (Apit)
bawa anak orang plak tu (Kak Lina)

Semalam interview
alhamdulillah dapat juga utk 2 bulan kerja
tadi dimaklumkan lagi sekali contract sehingga Julai terbatal sebab dorang perlukan aku dan Kak Lina
'U terus kerja ya, jangan sampai July je, Chin nak simpan U'
itulah ayat Karen tadi...
Chin ni mcm supervisor la...
ketangkasan menaip menjamin kerjaya kat situ
tp aku xde la sanggup jadi permanent
gaji memang best tp sakitnya tangan Allah je yang tau

Monday, June 21, 2010

Kemalasan melanda

last week monday bersamaan 14 june tidak berniaga
diikuti dengan selasa 15 june tidak berniaga juga
16 june satu hari sahaja meniaga di dalam minggu itu
17 june sehingga 21 june tidak berniaga
esok 22 june insyaAllah berniaga

kenapa x niaga?
kerana sakit2 badan
dan kemalasan yg amat
kenapa kemalasan yg amat?
kerana bila meniaga hanya mendapat penat
hasilnya x berbaloi dengan tenaga yg dikeluarkan
hasil tolak modal sama dengan untung utk membayar sewa dan segala belanja
gaji?
memang x bergaji la dengan hasil mcm ni

mahu mencari kerja tetap
supaya boleh berniaga sabtu dan ahad sahaja

Monday, June 14, 2010

Part Time

31/5/2010
hari pertama kerja
dari kul 1pm sampai 7.55pm
non stop menaip
agak berpinau mata melihat angka2 dan tulisan2 manusia yg mcm jembalang
1 june tidak bekerja tetapi dengan rajinnya telah ke sana
kecewa bila dimaklumkan jika ada kerja baru dtg
terus ke mid valley utk jalan2
tengah makan dapat panggilan dari Adecco
Alhamdulillah diminta bekerja sampai July
bermula 2 june sehingga july kerja monday to friday
rezeki...
meniaga memang kronik sekrang ni...

masih mencari pekerjaan yg sesuai
rasa sudah masa untuk berubah
moga segala usaha mendapat keberkatan
Amin

Saturday, June 12, 2010

oakley and ipad

Taufiq Hussien sedang bercuti
cuti untuk berkahwin
dan membawa beberapa barangan untuk dijual di ShopFrom-USA kami
antaranya Oakley, iPad, Handbag and Wallet
Sapa2 minat mari tgk facebook kami

Tuesday, June 1, 2010

Penyakit

Sejak pakai shampoo bawang, rambut memang kurang gugurnya
tp aku ada masalah dengan shampoo herba ni
mesti kulit kepala akan jadi berkerak
macam kelemumur atau ianya memang kelemumur?
dari zaman kecik sampai ke tua ni... sama je penyakit aku
alah pada shampoo herba

Pasal scabies plak
aku memang ada penyakit ni dr kecik
dulu dia suka naik kat kaki n badan
selalu kena inject
3 4 bulan kena inject lagi
kali ni naik kat tangan
pantang pegang kucing...
terus naik gatal2 tu

doktor xmau inject pasal steroid
aku memang makan steroid untuk critical allergic aku dulu
tp sekrang dah x makan lagi
makanya, harus diberhentikan
nanti effect pada diri
kojol awal plak...
walaupun nyawa pada Allah, tp harus juga menjaga diri

macam2 penyakit plak ada rupanya
eczema ada, scabies ada, allergic ada...
harap2 lepas ni sembuh la segalanya
amin