Monday, July 26, 2010

Esakan tangisan

Mak!
Aku sangat merindui arwah mak
hampir 5 tahun mak pergi
aku masih lg menangis teresak2 bila teringat pada mak
saat menaip ini mata masih juga bergenang
itulah kasihnya aku pd arwah mak
x pernah pudar
walaupun aku adalah anak yang nakal
tp aku sentiasa menemani mak dirumah
bangun2 pagi mesti cari mak
bangun pagi mesti mak dah sediakan makanan
mak sakitpun akan masak untuk suami dan anak2

Sabtu lepas aku menangis teresak2 lepas tgk cite apa tah
cite mak dia hanyut dlm sungai tp kembali dgn selamat
dia jumpa mak dia semula dan minta ampun
aku?
aku xkan dpt jumpa mak lagi kat dunia ni...
itu la punca aku teresak2 menangis
dan peranan Kak Lina adalah untuk menenangkan aku
susah nak hilangkan esakan tu
aku sangat rindu pd mak!

tp aku masih bertanya2
kenapa aku x menangis bila teringat arwah abah?
cuma aku akan ingat salah2 yang aku buat
aku x jaga abah dgn sempurna
aku x pernah nak mesra dgn abah
aku ingat lagi...
seminggu sebelum abah meninggal
abah asik tenung je aku
masa tu aku tgk telinga abah dah jatuh
terdetik di hati, abah nak meninggal dah ke?
tp hati aku berkeras kata tak mungkin
dan aku sangat keras hati dgn abah
saat2 abah dah sakit dan menunggu saat kembali pd Allah
abah nak bergurau aku hanya serius
kenapa?
mungkin kerana abah tidak mesra dgn aku selama hidupnya
dan mungkin itu suratan
walaubagaimanapun aku tetap ada kenangan bahagia
masa bawa abah makan di restoran nelayan
abah gembira sangat
akupun happy masa tu
Alhamdulillah ada juga kenangan manis
tp hati aku tetap rasa bersalah dan berdosa yang amat
aku x menjaga abah dengan sempurna
ya Allah, ampunilah dosa hambaMu ini...
Amin

Tuesday, July 20, 2010

rindu

td call kakak aku, nor
dia x jawab plak
tinggalkan sms, kata nak cakap dengan alya
akhirnya nor call balik
lama sangat x cakap n jumpa
akhirnya td dapat gak cakap
walaupun alya malu2 dan gelak2
dia dah bijak bercakap
rindu gila, lama x jumpa
skrg sibuk kerja...
7 hari seminggu...
insyaAllah settle membanci leh jumpa anta kain
dah nak msk 3 bulan aku belikan kain untuk buat baju kurung untuk kakak aku
sampai arini terperuk dalam kete
tiap kali jumpa lupa nak bagi
aduhai... dah tua mcm ni la
kakak aku nak bersalin gak dah rasanya
dapat lg la anak buah
seronok :)

Sunday, July 11, 2010

Gelap

Ya, aku sudah gelap
hitam sudah kulit muka dan lengan
akibat berjemur sepanjang membanci
semalam dah beli garnier light
xtau la sesuai x
tp selama ni pakai apapun xde alahan
untuk muka je la
kulit bahagian lain sensitif plak pada sabun dan sebagainya

kak lina muka berbelak
ada 2 tone di mukanya
hehe...
pakai tudung memang begitula
aku yang tak pakai tudung
habis sampai ke leher gelap
Kak Lina siap gelak tgk belang kat leher bila pakai t-shirt yang longgar sedikit
huhuhu

x kisah la janji ada duit
nak menyimpan ni
nak kawin nanti kena pakai duit gak
mak bapa dah xde kena la usaha semua sendiri

Sunday, July 4, 2010

Pengalaman Membanci

Jumaat 2 Julai aku telah mula membanci
Rumah pertama mengambil masa 40 minit dengan penghuni seramai 8 orang
Rumah kedua 10 minit kerana penghuni hanya 3 orang dan ibunya tidak berapa tahu detail isi rumahnya
rumah berikutnya semakin kurang minitnya kerana kurang bercakap
hanya menjawab soalan yang aku kemukakan
Rumah ada anjing?
Aku skip and bgtau penyelia aku xkan masuk rumah ada anjing

Sabtu 3 Julai
ada bantuan untuk membanci
semalam (2/7/10) berdua sahaja dengan Kak Lina
dan sudah berempat bersama seorang penyelia
dan seorang pembanci juga
masih kena halau dengan orang2 tua cina
walaupun sudah terangkan tujuan dan tunjuk pas pembanci masih xmau keluar rumah

Ahad 4 Julai
paling banyak membanci hari ini
3 trip keseluruhan
pagi untuk 3 rumah dan hujan lebat secara tiba2
tengahari sambung utk 11 rumah
kak Lina juga dpt 14 rumah
semua x beri kerjasama, xmau buka pintu
ada 3 orang saja yang keluar memberi maklumat yang diminta
Petang sekali lagi round
x kira pula berapa rumah, tp banyak juga la
petang alhamdulillah cina2 dan india semua bagi kerjasama
makluman, di kawasan Taman Ehsan ini memang ramai penghuninya Cina dan India
Melayu hanya di sesetengah tempat sahaja
nasib kami la membanci rumah anjing garang la

Tadi rumah anjing garangpun aku nak interview
dapat gak maklumat selepas tuan dia mencekik anjing itu
kesian tp bising sangat

Pengalaman paling aku rasa mencemaskan tapi kelakar bila aku interview india
dipelawa masuk dan aku masuk ke dalam kawasan rumah
di luar sahaja dulu sebelum dijemput masuk
baru nak masuk ada anjing keluar meluru ke arah aku
aku terus melompat2 untuk mengelak sambil tergelak
dengan pantas tuan rumah menghalang
'i though u are chinese, i'm sorry ya'
aku senyum 'it's ok'
lega x kena langsung
kalau x, mau kena samak
fuh!!!!

esok membanci lagi
aku kena buat kiraan total rumah yang dibanci
cukup kuota boleh maklumkan pada ketua penyelia
aku tutup kedai untuk kerja ini
rasa x larat badan nak buat 3 kerja dalam sehari
korbankan sementara kewangan dari kedai
part time masih mampu membantu kewangan bulanan