Monday, July 26, 2010

Esakan tangisan

Mak!
Aku sangat merindui arwah mak
hampir 5 tahun mak pergi
aku masih lg menangis teresak2 bila teringat pada mak
saat menaip ini mata masih juga bergenang
itulah kasihnya aku pd arwah mak
x pernah pudar
walaupun aku adalah anak yang nakal
tp aku sentiasa menemani mak dirumah
bangun2 pagi mesti cari mak
bangun pagi mesti mak dah sediakan makanan
mak sakitpun akan masak untuk suami dan anak2

Sabtu lepas aku menangis teresak2 lepas tgk cite apa tah
cite mak dia hanyut dlm sungai tp kembali dgn selamat
dia jumpa mak dia semula dan minta ampun
aku?
aku xkan dpt jumpa mak lagi kat dunia ni...
itu la punca aku teresak2 menangis
dan peranan Kak Lina adalah untuk menenangkan aku
susah nak hilangkan esakan tu
aku sangat rindu pd mak!

tp aku masih bertanya2
kenapa aku x menangis bila teringat arwah abah?
cuma aku akan ingat salah2 yang aku buat
aku x jaga abah dgn sempurna
aku x pernah nak mesra dgn abah
aku ingat lagi...
seminggu sebelum abah meninggal
abah asik tenung je aku
masa tu aku tgk telinga abah dah jatuh
terdetik di hati, abah nak meninggal dah ke?
tp hati aku berkeras kata tak mungkin
dan aku sangat keras hati dgn abah
saat2 abah dah sakit dan menunggu saat kembali pd Allah
abah nak bergurau aku hanya serius
kenapa?
mungkin kerana abah tidak mesra dgn aku selama hidupnya
dan mungkin itu suratan
walaubagaimanapun aku tetap ada kenangan bahagia
masa bawa abah makan di restoran nelayan
abah gembira sangat
akupun happy masa tu
Alhamdulillah ada juga kenangan manis
tp hati aku tetap rasa bersalah dan berdosa yang amat
aku x menjaga abah dengan sempurna
ya Allah, ampunilah dosa hambaMu ini...
Amin

2 comments:

[S]itie [B]Um [B]Um said...

well...my parents dh cerai, abah dh kawin lain.. tak ingat kt kami adik badik. so, kalo die mati, x sedih kot. (jujur). =)

IsMa said...

sorry to hear that...

arwah abah saya x kawin lain. cuma x mesra dgn anak2