Sunday, July 4, 2010

Pengalaman Membanci

Jumaat 2 Julai aku telah mula membanci
Rumah pertama mengambil masa 40 minit dengan penghuni seramai 8 orang
Rumah kedua 10 minit kerana penghuni hanya 3 orang dan ibunya tidak berapa tahu detail isi rumahnya
rumah berikutnya semakin kurang minitnya kerana kurang bercakap
hanya menjawab soalan yang aku kemukakan
Rumah ada anjing?
Aku skip and bgtau penyelia aku xkan masuk rumah ada anjing

Sabtu 3 Julai
ada bantuan untuk membanci
semalam (2/7/10) berdua sahaja dengan Kak Lina
dan sudah berempat bersama seorang penyelia
dan seorang pembanci juga
masih kena halau dengan orang2 tua cina
walaupun sudah terangkan tujuan dan tunjuk pas pembanci masih xmau keluar rumah

Ahad 4 Julai
paling banyak membanci hari ini
3 trip keseluruhan
pagi untuk 3 rumah dan hujan lebat secara tiba2
tengahari sambung utk 11 rumah
kak Lina juga dpt 14 rumah
semua x beri kerjasama, xmau buka pintu
ada 3 orang saja yang keluar memberi maklumat yang diminta
Petang sekali lagi round
x kira pula berapa rumah, tp banyak juga la
petang alhamdulillah cina2 dan india semua bagi kerjasama
makluman, di kawasan Taman Ehsan ini memang ramai penghuninya Cina dan India
Melayu hanya di sesetengah tempat sahaja
nasib kami la membanci rumah anjing garang la

Tadi rumah anjing garangpun aku nak interview
dapat gak maklumat selepas tuan dia mencekik anjing itu
kesian tp bising sangat

Pengalaman paling aku rasa mencemaskan tapi kelakar bila aku interview india
dipelawa masuk dan aku masuk ke dalam kawasan rumah
di luar sahaja dulu sebelum dijemput masuk
baru nak masuk ada anjing keluar meluru ke arah aku
aku terus melompat2 untuk mengelak sambil tergelak
dengan pantas tuan rumah menghalang
'i though u are chinese, i'm sorry ya'
aku senyum 'it's ok'
lega x kena langsung
kalau x, mau kena samak
fuh!!!!

esok membanci lagi
aku kena buat kiraan total rumah yang dibanci
cukup kuota boleh maklumkan pada ketua penyelia
aku tutup kedai untuk kerja ini
rasa x larat badan nak buat 3 kerja dalam sehari
korbankan sementara kewangan dari kedai
part time masih mampu membantu kewangan bulanan

No comments: