Sunday, August 29, 2010

Perasaan

Aku sendiri x tahu perasaan aku sekarang ni
bercampur baur
suka, sedih, gembira, geram, bengang, marah, sakit hati, tertekan
semuanya bercampur
aku mahukan ketenangan
ya Allah makbulkanlah segala doa2ku

aku sangat tertekan
aku cuba mengawal keadaan sebaik mungkin
aku berusaha tidak menyakitkan hati orang
tapi hati aku sendiri terluka
dalam terluka aku cuba ubati supaya tidak kelihatan
namun aku manusia biasa
terlukanya hati sangat menyakitkan
aku perlukan kefahaman

Klinik lagi

bulan puasa ni je dah 2x pegi klinik
skali aritu masa xleh nak makan n tgk makanan
arini plak psl masalah tangan aku lagi skali
doktor cakap eczema...
dan aku terus cerita dari A sampai Z bape doktor aku dah jumpa
dan macam2 nama penyakit diberi
tp aku statik pada eczema sahaja
'doktor kerajaan memang x pakar'
itulah ayat aku menyalahkan doktor kerajaan yang salah memberikan gelaran pada penyakit aku
huhuhuhu

kali ni kepala pun terkena juga masalah kulit
dan sudah mendapatkan syampoo khas
harus la mencuba
kalau x sembuh juga doktor suruh datang semula
mcm biasa la kan...

nak raya dah
xmau la jari2 teruk
:((

Side Mirror

patah sudah side mirror motor itu
baru je ganti dah dipatahkan oleh orang yang x diketahui
bahangang sungguh orang itu!
x reti2 ke nak alihkan motor sendiri dengan berhati2
dan menyusahkan penunggangan aku xleh melihat side mirror kiri
harus menoleh ke kiri dan sangat merbahaya
terlepas pandang sekejap sahaja pandangan ke depan
aku akan berdepan dengan kenderaan yang bnyak
harus ganti cepat!

Friday, August 27, 2010

Peti Sejuk

opis aku sememangnya sejuk
cuma di bulan Ramadhan ni sejuk menjadi2 plak
Air mineral (persediaan untuk berbuka puasa) di dalam beg di bawah meja 
bila dikeluarkan botol mineral itu
umpama baru keluar dari peti sejuk
sejuk gila!!!

sweater apapun pakai hanya memanaskan badan aku yg x pernah sejuk
suhu badan aku memang sentiasa panas walaupun dalam bilik sejuk sebegitu
cuma x tertahan bila berbajukan lengan pendek
maka sejuknya masuk ke tulang
harus la memakai sweater
walaubagaimanapun, jari2 tidak dicover oleh sweater itu
maka sejuk la jari2 aku umpama ais
sehinggakan tekan button lif pun xnak menyala
button itu memerlukan haba tangan untuk berfungsi
kena la gosok2 berkali2 button itu untuk turun ke bawah bagi membolehkan kami pulang ke rumah

hari ni harus awal sejam bekerja
semalam cek mak datuk punya berlambak
next week monday juga aku jangkakan cek banyak
dan juga Rabunya
Selasa cuti Kemerdekaan
Yes! suka bila cuti :)
1hb kebiasaannya cek banyak
bertambah banyak bila semalamnya cuti
akan kelihatan la penuh kesemua meja computer yang ada

Corporate people seperti kami lah x larat rasanya
menjadi mangsa kegesaan
digesa menaip dengan selaju mungkin
dan digesa mengurus cek sepantas mungkin
ketegangan sesama sendiri selama 2 minggu iaitu di akhir dan awal bulan menjadi kebiasaan
error x payah kata
bila type kalahkan keretapi terlaju didunia
maka error juga akan bertambah
dan bersedia dengan leteran dr Chin ketua kami
huhuhuhu

aku ada masalah dengan budak2 di tempat kerja
mahu bercakap dengan mereka
tp mereka2 ini hanya berinteraksi sesama mereka sahaja
iaitu senior2...
yg sudah bertahun kerja di sana
kalau bercakap pun hanya untuk bertanyakan sesuatu
untuk berkongsi cerita jangan harap
aku hanya akan menjadi pendengar
tersenyum dan ketawa sendiri bila ada yg mencuit hati
ada juga la seorang dua yang boleh bertanya dan berborak sedikit
dan umpama diprogram
habis soalan dan jawapan diam la kami
huhuuhuu

Monday, August 23, 2010

sakit kepala atau kepala sakit???

hari ni ramadhan ke 13
dan hari ini juga kepala sakit yang amat
hanya sakit disebelah kanan
kerja harus juga dibuat
bertambah stress dengan pencahayaan komputer di pejabat
dan juga pencahayaan notebook aku ini

rasa x sempurna kalau x buka notebook
dan bertambah x sempurna kalau xde internet
makanya, sakit2 juga harus mengupdate dan diupdate

ubat sudah di makan
'asik2 makan ubat, sakit sikit makan ubat. bergantung sangat dengan ubat'
ini la lebih kurang ayat Kak Lina
aku sememangnya x tahan sakit
untuk mengurangkan atau menghilangkan rasa sakit
aku makan je la ubat

dah dinasihat oleh nurse
jangan makan ubat selalu
cuba tahan
dari umur 13 tahun aku dah mengambil ubat yang mengandungi steroid
untuk masalah alahan kronik aku
dan berhenti mengambil steroid kira2 3 atau 4 tahun lepas
dan beralih pada ponstan
ditegur juga lagi oleh nurse
akan mendatangkan kesan pada buah pinggang
berhenti juga pada ponstan
dan kini... aku hanya makan milidon atau panadol kalau sakit sangat

dan sekrang xde ubat khas untuk aku
dan aku x pergi pada satu klinik saja lagi
kalau dulu...
dari kepong ke, bangsar ke, mana2 je la aku duduk
ke Klinik Dr Zul, Taman Dato' Senu juga aku pergi
doktor peribadi la kononnya
dan Nurse peribadi juga, Kak Liza namanya
ubat2 yg diberikan sangat berkesan

Sekarang kalau demam
kak Lina xmau bawa ke sana (Klinik Dr Zul)
Klinik area kepong berlambak katanya
huhuhu
ikut saja la
sama je, doktor gak yang dijumpa
bukan jumpa bomoh

Shopping Raya

Entry yang dicopy & paste dr Notes Facebook

semalam 21 august 2010
dari jam 11 am sampai la dekat kul 4
berada di sekitar sogo dan jalan TAR
mengshoppingkan diri untuk raya

dan pertama kali dalam hidup aku
aku x peduli harga mahalpun
mungkin sebab aku rasa penat bekerja
dan tak salah puaskan selera sendiri

kesemuanya baru tahun ni
baju t-shirt dan kemeja saja 4 helai
2 helai sudah dibeli awal sebelum puasa
jeans baru 2 helai
jeans kena beli sebab dah bertahun2 x beli jeans baru
kasut baru
walaupun baru beli 5 fingers beberapa bulan lalu
xkan aku nak pakai kasut jari itu di hari raya
dan kasut juga sudah 3 tahun tak dibeli utk raya

dan paling penting jam baru
jam G-Shock yang dah lama aku idamkan
akhirnya Kak Lina belikan hadiah untuk birthday
saja ditunda hadiah itu untuk raya
jauh benar perancangan...
birthday bulan march, dah rancang untuk raya bulan 9
x rancangpun sebenarnya
Kak Lina bg pilihan suh pilih nak hadiah apa
dan pasti aku akan pilih jam
setiap tahunpun aku akan cakap nak jam
cuma dia xkan bg tiap2 tahun jam
bosan katanya
walaupun kakak aku, nor baru belikan swatch tahun lepas
tapi aku nak gak jam baru utk tahun 2010
huhuhu

tahun ni nor x tanya nak hadiah apa
dah tau jawapan mesti jam
last dia bg rm100 untuk hadiah birthday
dan habis sudah buat beli hadiah Alya anak Nor
hehe
birthday Alya dan Makcu sama bulan March
kalau mamanya bg makcu duit
duit itu akan digunakan untuk anaknya pula
langkah bijak penjimatan wang

aih... dah topik lain plak
banyak juga berhabis semalam
tapi masih ada belum dibeli
belt kena beli pasal seluar sedikit longgar
maklum, puasa pinggang dan punggung menjadi sedikit kecik
dan juga selipar harus dibeli
selipar Lee Cooper tahun lepas dah mula koyak2
makanya tahun ni harus mencari selipar baru

ada juga mencari bersama Kak Cik beberapa minggu lepas
tapi disebabkan jari2 kanan aku krem
makanya aku terpaksa berhenti mengetest selipar yang ada

hari ini seharusnya ke Jusco
mahu membeli makanan untuk Kiki
dan mungkin untuk Mumu sekali
dan juga barangan aku dan kak Lina sendiri

Duit raya anak2 buah masih dalam pertimbangan
sebab makcu dorang dah shopping sakan
makanya duit raya harus dicut and paste
huhuhu
dan juga... duit gaji masuk pada 13 september
selepas raya
harus la berjimat dengan saving yang ada ini

Tuesday, August 17, 2010

5 tahun

17 August 2005 
Perginya Mak ke Rahmatullah
sebaknya dada tatkala doktor mengesahkan
Kak Lina org pertama aku maklumkan dalam sebak 
Ya Allah, besarnya ujianMu
aku masih perlukan Mak

CPR yg aku dan Nor lakukan hanya berhasil sebentar
dengar semula denyutan kami terus membawa Mak ke hospital
Polis trafik yang bodoh telah melambatkan kami
Kenderaan yang bangang parking di perkarangan kecemasan membuat dada aku membara
Rasa mahu menghamun semua orang yang melambatkan kami
Akhirnya mak di angkat di atas katil
di masukkan ke wad kecemasan
setelah 10 minit menunggu orang yang bangang itu mengalihkan kenderaannya
bukan dia ada apa2 pun
sekadar menghantar keluarga untuk didaftar
guard di hospital juga bodoh tak tegur parking kat situ

aku keseorangan
duduk di kerusi yang disediakan
mahu menghantar mak sehingga ke lokasi rawatan
tapi dihalang oleh nurse
Nor mencari parking kereta

5 minit kemudian Nor sampai bersama bangah
barang kemas mak diserahkan pada Nor
bangah dengan sedihnya
'Ima, mak dah tak ada'
masa ni la aku rasa gugur jantung 
hilang segala semangat

Semasa menunggu aku hanya bercakap telefon dengan Kak Lina
maklumkan keadaan mak
Doktor kata 50 50
baru saja letak telefon
Aku call Kak Lina semula maklumkan mak dah tak ada
Minta kak lina datang ke rumah
masa tu kak lina masih terkedu
maklum saja, dia baru jumpa mak
tetiba aku dah call bgtau mak sakit dan meninggal

Call juga adik, Rosyuhadah
maklumkan mak meninggal
dan dia cuba untuk menenangkan
terima kasih pada semua yang berusaha menenangkan

Doktor bertanya
mahu dimandikan di hospital atau rumah
kami semua mahu mandikan mak
itulah pertama kali dan terakhir kami mandikan mak
makanya mak di bawa pulang
6 orang anak menyirami mak dengan perasaan kasih sayang

Angsa kesayangan mak menjerit2 nak melihat
aku menyelak sedikit tirai bagi peluang untuk Ang melihat mak untuk kali terakhir
setelah melihat, Ang terus pergi
bergenang matanya ketika itu
binatang juga tahu menangis inikan manusia
Kucing kami ben juga tak mahu pulang selepas mak meninggal

selesai dimandikan, dikhafankan pula
diberi peluang untuk mencium
2x aku cium mak
seperti tak mahu wajahnya ditutup lagi
aku menatap muka mak untuk kali terakhir
dengan sayu sehingga abah bercakap
'dah tu ima, jangan lama2, sedih mak kau'
aku terus ketepi
muka mak ditutup juga

Solat jenazah 2x
pertama kali abah x sempat ikut
keduanya 5 adik bradik dan abah serta orang ramai menyolatkan mak 
aku tertinggal lagi kerana menguruskan hal2 lain
aku perlu memberi wang sedekah kepada mereka2 yang membantu menguruskan jenazah mak
masih ralat kerana aku seorang sahaja yang tidak solatkan mak

Perjalanan ke kubur berjalan lancar
sebelum itu hujan lebat melampau
alhamdulillah liang lahad mak kering x bergenang airnya
sungguhpun hujan lebat ketika itu
sehinggakan sepupu kami menyuruh membawa timba untuk menceduk air keluar
sampai sahaja, aku lihat liangnya kering dan kemas
seperti tidak langsung terkena hujan

Aku melihat dari jarak dekat
abang2 turun menghantar mak ke pembaringan kekalnya
aku masih menahan hiba
sedikit menangis
dan semakin menangis apabila liang lahad mahu ditutup
Talkin diteruskan
Pulanglah kami ke rumah meninggalkan mak

Masih juga menangis teresak2 bila entry ni ditaip
Kak Lina juga orangnya yang harus menenangkan
Mak pernah berpesan 
'Jaga Lina baik2, dia sahabat yang baik'
dan alhamdulillah sudah 7 tahun kami kenal
dan 7 tahun kami lalui susah senang bersama
bergaduh tu perkara biasa
syukur aku dikurniakan sahabat sepertinya
sahabat yang digelar kakak
kakak yang banyak memangkin semangat
kakak yang banyak memberi dorongan
Alhamdulillah

Sudah 5 tahun berlalu
memorinya tidak sekalipun aku lupa
aku akan kenang sehingga bila2
Entry 17 August 2009 berlainan ceritanya
Entry 17 August 2010 berkisarkan lain pula
dari awal hingga akhir hari Rabu 17 August 2005 di tulis 
bagi yang mengikuti blog www.ismawati-ab.blogspot.com tahu kisahnya

Al-Fatihah untuk arwah mak
Amin

Sunday, August 15, 2010

Terawih

Sudah 5 hari berpuasa
baru 2 hari berkesempatan untuk berterawih
dan selama 7 tahun kenal kak lina
tahun ni kali pertama terawih bersama
dan selama 2 tahun duduk di rumah ini
baru tahun ini berjaya menghadirkan diri ke solat terawih

kak lina ajak ke terawih sabtu ahad
isnin sampai jumaat kerja
keletihan mungkin melembabkan mood utk terawih
sekiranya pulang awal seperti minggu lepas
insyaAllah akan usaha merajinkan diri

Imamnya sangat merdu bacaan nya
sangat sedap didengar
Solat Witir semalam sangat syahdu
bergenang juga mata ini
alhamdulillah aku dapat rasakan keseronokan berterawih

Kalau dulu...
semasa arwah mak ada
setiap tahun aku akan menemani
apa saja acara di surau 
aku pasti akan ikut mak
terawih, maulud nabi, acara lain
semuanya aku ikuti

sejak mak meninggal
rasa berat sangat nak buat semua sendiri
dulu mak la pemangkin segalanya
aku sangat rindukan mak

Thursday, August 12, 2010

Keputusan

Msg dr Doktor Julie (kawan sekolah)
'Aku rasa baik ko pegi clinic or hosp jmpa doctor. usu. we'll do a full blood work up as well klu ada symptoms mcm tu'
Inilah msg dia reply selepas aku sent sms tanya pendapat tentang situasi kesihatan aku kini

Hari ini pula sms kak nora (nurse yang berpengalaman hampir 20 tahun)
full blood test rm110 katanya
kalau nak test utk cancer kena tambah lagi
sangat x puas hati x dapat explanation
maka aku call kak nora tanya pendapat

'Ima cuba buat treatment dulu, kalau masih xde perubahan kita buat blood test. Amik vitamin b complex dulu tgk keadaan'
'b complex utk tenaga dan selera makan'
Jawapan aku... 'selera makan? ala, nanti ima gemuk. asik lapar je'
'its depends on ur self... control la. kalau lapar jangan makan.' 
aku hanya gelak...
aku kalau lapar x makan memang ajaib
except this time sebab memang xleh terima makanan

tp hari ni ada perubahan
sudah boleh makan tp selera tu xde la hebat mcm biasa
cuma masih ada rasa x selesa di perut dan rasa nak muntah masih wujud sesekali

Keputusan aku pastilah yg x melibatkan pengambilan darah
aku sangat takut dengan jarum
huhuhu
cukup la drip vitamin sekali dulu
abis lebam lengan aku seminggu
kalau amik darah mau lebam sebulan
huahuahua...
TAKUT OKAY!

Ahad aku akan ke Klinik jumpa kak nora
amik ubat apa yg patut
mungkin jumpa doktor
dan ada beberapa hal lagi nak tanya tentang kesihatan aku
sudah tua2 ni mcm2 penyakit ada
dengan kulit sensitifnya
kuku yg rosak
badan lemah2
rambut gugur
x selera makan
mak ai... banyak plak nak tanya nanti
huhuhu

Harapnya semakin sembuh
Amin

Hujan

arini balik keje hujan plak
abis basah the kuyup disimbah air oleh kereta hyundai itu
sudah la sejuk kerna hujan
bertambah sejuk disimbah sebah air
aduhai!
terjerit juga aku ... huhuhu

kisahnya malas nak berhenti pakai baju hujan
maka harus bertahan dengan kesejukan
i'm freezing la kononnya saat menunggang
terketar2 juga menahan sejuk
tp sebab kemalasan memberhentikan motor
aku rela kesejukan
lagipun aku menunggang di lorong paling kanan
malas mahu ke lorong paling kiri

Hujan agak lebat
air sangat bertakung di sana sini
angkat kaki la kononnya xmau basah kasut Hush Puppies kesayangan itu
tapi sememangnya dah basah dek hujan
Ngok!
huhuhuu....
menjerit2 kesukaan sebenarnya bila lalu tempat air banyak
sampai kak lina tegur jangan jerit2
aku jerit seronok
bukan jerit takut okay!
hehe...
mesti org ingat aku takut kot...
banyak plak kenderaan masa aku jerit2 tu
happy semacam...
huahuahua

arini aku paling awal siap kerja
tgk jam 6.40
tinggal 1 batch sorang kata Chin
aku type mengalahkan KLIA expressnya laju
sampaikan 6 batch dalam masa 5 minit aku buat
rampas batch org2 lain yg lambat
akhirnya...
aku orang pertama siap
tp still kena tunggu kak lina siap
huhuhu