Wednesday, September 29, 2010

Eye Language

hari ini aku menggunakan eye language dengan salwa
apa yg cuba disampaikan sampai aku sendiri x faham
dia pandang aku
dan mengalihkan pandangan matanya menunjuk sesuatu di kiri dan kanan
maka aku menoleh ke kiri dan kanan seiring language matanya itu
dan aku memandangnya semula dengan memberi isyarat apanya???
pun menggunakan isyarat eye language
dan dia hanya menggeleng dan senyum
apakah???
kemusykilan saya ini

dan sebenarnya kami memang selalu menggunakan eye language and face language
hahaha
itulah bahasa aku dan salwa di pejabat
bercakap juga kadang2
dan selebihnya hanya bahasa2 isyarat kerana perlu fokus pd kerja
bila bercakap tangan x gerak
huhuhu

eye language juga aku sering gunakan utk menyampaikan rasa hati
siapa yg faham haruslah faham
huhuhu

Sunday, September 26, 2010

Berniaga

hari ini 26 september 2010
hari pertama berniaga setelah hampir 3 bulan bercuti
last sekali niaga 1 julai 2010
huhuhu...
lama gila cuti
patut la sampai kemalasan nak mula semula perniagaan

mula mencuci kedai hari rabu aritu
hanya cuci bahagian dalam sahaja
dari 8.20 sehingga hampir jam 12 malam
membasuh dan mengemas apa yg perlu dibuang dan disimpan
hari khamis pula mengemop dari jam 9.30 sampai 12.30
aku seorang saja mengemop
kak lina membersihkan kerusi dan pelbagai lagi barangan
hari jumaat pula dari jam 10 sampai 12 gitu kot
kemas biasa2 je masa ni sebab dah bersih dalam kedai
hari sabtu cadangnya nak berniaga
tp sebab xnak tergesa2 dan barang belum dibeli
maka kami menunda ke hari ini, ahad
sabtu mengemas dan menyusun semua barangan dalam kondisi yg sesuai
dan menyusun kerusi dan meja serta membersihkan alas meja
hari sabtu dr jam 10 sampai la dekat kul 1 baru pulang ke rumah
penatnya ya Allah

disebabkan siang bekerja
maka aktiviti mengemas dan mencuci kedai
hanya dilakukan disebelah malam
esoknya kerja lagi
maka badan agak keletihan tahap gaban
pinggang masih sakit2 kerana mop yg lama
lantai kotor sangat sampaikan kena pakai chemical dan clorox utk mencuci
dan sudah pasti perlu menyental sedikit mop itu ke lantai
dan itulah punca kesakitan pinggang aku
menyapu juga menyakitkan pinggang kerana penyapu yg pendek
huhuhu
ada ke penyapu panjang??
sah2 x selesa menyapu

niaga hari ni x sibuk pun
sangat2 relax dan cool
cuma dah lama x berpeluh membuatkan aku rasa x selesa
maklum...
kerja dalam bilik peti sejuk
mana nak kuar peluhnya

semalam modal je dh awal rm300
hari ni modal x byk sebab beli bahan2 asas je
tauge, kucai, daun pisang, sawi, koey teow
hasil hari ini pula ngam2 seratus selepas tolak modal pagi ni
maka harus mencari lagi utk mengcover segala modal yg ada
modal awal duit aku dan kak lina
xde la kisah sangat nak mendapatkannya semula
bila2 duit dah cukup boleh la ambil semula

aku mula rasa seronok meniaga
dah 3 bulan xde duit masuk hari2
bulan pertama aku rilex lagi psl duit gaji membanci dan data entry cukup utk cover segala perbelanjaan
bulan kedua juga rilex lagi
masuk bulan ke 3 aku dah gelisah
hanya bergantung pd gaji data entry
mana nak cukup
dah la keje x byk
cuti raya seminggu plak tu
calculate leh dpt dlm 400 gitu je
tolak bil2 rumah dlm 150
ptptn 130
bil tepon lg
belanja itu ini lagi
makan lagi
huhuhu...
sebab itu aku memaksa diri utk merajinkan diri meniaga
lagipun aku xnak berharap pd gaji data entry saja
selepas ini ada komitmen pd insurance pula
120 sebulan
komitmen tetap bulanan saja dah rm400++
belum campur perbelanjaan yg lain
harap niaga boleh membantu aku menyimpan
sangat2 perlu utk menyimpan memandangkan segala income yg beribu2 itu sudah habis
huhuhuhu
sangat boros aku ini!!!!

overall hari ni
aku sangat happy dapat berborak dengan customer
semua bertanya kemana menghilang
rindukan masakan aku
hehehe
sedap sangat ke?
ke rindu kat aku???
hahaha...
perasan ok !!

balik niaga rilex2 jap
mandi n makan
tido time
cover kepenatan berhari2 mengemas
makanya sudah segar sekrang ni :)

Tuesday, September 21, 2010

Mak :)

Mimpi yg sangat indah
mimpi arwah mak
tp mak dah menjadi muda
terpanggil akak juga la mulanya
tp sedar itu adalah mak aku sendiri
kenapa aku kenal???
aku selalu tgk gambar mak muda2 dulu
dan aku selalu mimpi mak sudah kembali muda
ada alim ulama' menceritakan
orang yang meninggalkan jasadnya
akan kembali muda apabila kembali ke alam barzakh
tp bukan la meninggal terus muda
ada prosesnya yang kita sendiri tidak tahu bagaimana

berjumpa dengan mak buat hati aku gembira sangat
x lepas pegang tangan mak dan memeluknya
sambil mak memeluk aku menuju ke rumah banglo
xtau rumah sapa la tu
cantik berwarna hijau dalamnya
mak memberi nasihat
'ima jangan membazir. x semestinya kena beli barang mahal aje'
aku menjwb juga dlm mimpi
'ima pakai duit ima, bukan duit mak'
'ye mak tau... tapi ima kena berjimat. belajar simpan duit'
itulah pesan mak...
aku sedar..
aku dah mula membeli barang yg hanya ada jenama dan mahal
dasatnya sikap aku sampai mak kena nasihat
kak lina juga sudah nasihat tp aku x mendgrnya
hehehe...
maaf akak...
saya perlukan mak saya menegur dan menasihat
itu membuatkan hati saya berbunga gembira
kerana walaupun sudah meninggalkan dunia ini
tp mak masih ingat dan menyayangi anaknya ini
sangat2 seronok sampaikan x tergambar perasaan ini

sesudah nasihat mak memeluk aku dr belakang pula
sambil bertanya
'cantik x warna rumah ni?'
aku menjawab 'cantik... tp hijau yg cair tu je. yg pekat tu x cantik'
hehe... 
mak mencubit manja pula pinggang aku
rumah tu ada hiasan hijau2 yg sangat cantik
tetapi langsirnya pula hijau pekat yg aku x suka

alim ulama' juga ada menceritakan
apabila kita mimpi org yg sudah meninggal dunia
jika orangnya bercakap seperti kita bercakap maknanya itu adalah syaitan
jika mulutnya tidak bercakap
tetapi kita menggunakan bahasa hati
maka itu adalah roh yg sebenar
dan mak tidak bercakap seperti kita bercakap
kami hanya berkomunikasi menggunakan bahasa hati di dalam mimpi itu

tersedar saja dr tidur
terus rasa kerinduan yang amat
x puas dipeluk dan memeluk mak
ya Allah rindunya pada mak
walaupun mak kurus dalam mimpi
tidak berisi seperti diketika hidupnya yg sudah menginjak 50an
tapi kerinduan memeluk itu sangat tinggi

sangat2 seronok hari ini
hati ni x tergambar tendangan kerinduan itu sendiri
ya Allah
temukanlah aku dengan ibu ku lagi
amin

Monday, September 20, 2010

Melaka

Sabtu 18 september 2010
lebih kurang 10.30 ke dekat2 kul 11 aku memandu ke Melaka
kak Lina izinkan sebab tau aku x brani bawa laju
kenapa?
sebab mama n baba ada di belakang
makanya kelajuan antara 100-120 sahaja dibenarkan
aku tekan sikit 130 dah kena sound
huhuhuhu...
aku sangat bosan dan dada terasa sakit bila bawa perlahan
aku dah biasa dengan pemanduan 140-180 km/j
bila bawa perlahan mengantuknya ya Allah

Aku, kak lina, mama dan baba bersama Afif
kami menaiki waja
Abg Nahar dan Nani menaiki wira
Sementara Cik Putih, Mak long dan pak long menaiki MyVi
Kak Ina sekeluarga menaiki Vios
Kak cik sekeluarga menaiki Persona
Kami berjumpa di Hentian Air Keroh
Nani terlajak sudah di tol air keroh ketika kami sampai
kesian keluarga mak long kena tunggu kami lama
maklum... soma lambat mahu bersiap
hehehe

kemudian selesai segalanya
kami menuju ke melaka bersama2
mengfollow nani pula dr belakang bila sampai di tol air keroh
gps diperlukan
huhuhu...
kami xtau lokasi rumah yg disewa itu

byk kejadian2 lawak juga
sedang menunggu owner rumah dtg
kami berhenti di dataran pahlawan
dihalau pula oleh traffic di sana
makanya kami memakir di dalam mahkota parade
sekejap je kami keluar semula
aku mendahului dgn harapan mereka2 itu ikut
sekali kami ke kanan
cik putih ke kiri pula
sudah!!!
mcm mana nk cr ni...
ini melaka bkn KL...
sudah berjumpa nani
maka nani minta tlg owner rumah itu tlg mencr mereka2 itu
dan jumpa sudah di esso
kemudian kami terus ke lokasi rumah
boleh tahan rumahnya
lokasi juga x jauh dr bandar

selesai kemas2
rehat2 sekejap
aku, kak lina dan cik putih ke mahkota parade
tujuan mencari kek utk birthday pak long, mak long n abg zahari
dibeli di secret resepi
semasa di parking kak lina nampak kereta along
makanya aku dgn terkinja2nya telah melambai2 utk memanggil along
kami berjanji utk membawa along ke lokasi rumah
along dr batu pahat ketika itu
sudah penat melambai2 baru la along perasan
maka mereka tunggu di tepi sementara menunggu kami membeli kek

selesai kami pun pulang ke rumah sewaan itu
rehat2 lagi
lebih kurang kul 6 lebih kami menuju ke muara sungai duyong
makan mcm2
kenyang gila
dr cerah ke gelap

nani, abg nahar, aku, kak lina, cik putih, najwa dan qistina sahaja ke jonker walk
yg lain2 ada hal lain
anak berak la... n ada la excuse lain
aku dan kak lina ok je jln2 org ramai2 camtu
tp mereka2 yg lain x larat dah
huhuhu...
kami dah biasa berpanas n bersesak :)

kami pulang ke rumah selepas puas berjalan
borak2 sampai kul 1 pagi lebih kot
pastu pakat tido semuanya penat oooo
esoknya aku yg paling lambat bangun
huhuhuu

rehat2 sampai ke tghari
kemudian ke tanjung kling
makan2 dan bergambar di pantainya
kak lina pula memandu kali ini
dan pulang ke rumah

sangat seronok
main uno la paling seronok
huhuhu
mahukan percutian seperti ini lagi :)

Notes dan blog

kalau aku isi notes
ada kalanya aku x copy n paste di blog
kalau aku isi blog
ada kalanya aku x copy n paste ni notes
walaupun ada function utk link
tp aku xnak guna dah
facebook ramai boleh baca
kadang2 blog tempat aku curahkan segala perasaan
harus juga ditapis
tapi kalau yg rajin singgah di blog membaca aku izinkan saja
cuma kadang2 rasa nak privacy sikit maka aku akan type di blog

Tuesday, September 14, 2010

mahu kerja!!!

akibat cuti yang panjang
makanya aku telah bosan duduk di rumah
aku mahu bekerja!!!
tapi cuti sehingga Khamis
nanti dah kerja mahu cuti pula
ini la manusia
x pernah puas dengan apa yang dimiliki
uhuhuhu

amik cuti panjang pasal ingat blk kampung
skali x blk daaa
mama x sihat
makanya berkampung la kami di rumah

sepanjang raya 5 hari ni
baru rumah Mak Teh aku dah pergi
itupun raya pertama
raya kedua dah start puasa
hari ni dah puasa ke 4
harap dapat habis sampai Khamis ni
lepas tu raya raya raya
hehehe...
macam la aku beraya sangat

Monday, September 13, 2010

Raya = bosan

Tahun ni raya bosan la plak
dah 2 tahun beraya di kampung kak lina
tetiba tahun ni x balik
mama x sihat, harus berehat
makanya seorang pun tidak kemana2

raya kedua ke mid valley
raya ke 3 hanya duduk di rumah
sebelum aku berbuka puasa Nani ajak makan McDonald
'Malam ni kita makan McDonald nak?' kata Nani
aku dengan excited sambil senyum
'boleh je :) '
Jam 10 malam baru kami keluar makan
masa berbuka puasa aku makan nasi sikit je untuk mengosongkan perut bagi memakan burger McDonald
Makan di McDonald baru di MRR2 itu
sangat bising!!!
dan servis yg sangat perlahan

itu kira sahur aku la makan burger
malam sebelum tu makan bakmi yg dibeli di MidValley
puasa pertama x sedar langsung bunyi jam
makanya aku puasa tanpa bersahur langsung
last makan adalah jam 5 petang macam tu
huhuhuhu
hari ni hari ke 3 berpuasa
harap bertahan macam biasa

puasa 6 biasanya aku makan sebelum tido
sebab aku je puasa
Kak Lina x berpuasa
tp kalau mak abah ada dulu
memang aku bangun bersahur
tadi bangun minum air pukul 5 pagi
sebab dahaga sangat tido berpeluh2
Kak Lina cakap x panas pun
tapi aku peluh menitik2
sampai terpaksa tido tukar posisi kepala betul2 bawah kipas angin

hari ni xtau nak ke mana
semalam Nani cakap nak ke Selayang Mall
ikutkan saja
bosan duduk di rumah x kemana2
mahu beraya
tp xde plak rumah nak pergi + aku berpuasa
nak raya malam
Kak Lina malas la plak

Jumaat leh raya kalau aku puasa direct dr Sabtu sampai Khamis
memang plan begitu
Jumaat dah kerja
bosannya kena kerja
x kerja xde duit plak
aduhai....

Sunday, September 12, 2010

Raya Aidilfitri

10 September 2010
Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2010
Raya pertama yg biasa2 aje bagi aku
bangun pagi macam biasa
tido hanya 2 jam gitu
sebab malam raya telah menjalankan diri di jalan TAR
bukan mencari apa pun
hanya mencari makanan... huhuhu
dan membeli 3 jenis kuih buat syarat ada barang dibeli

Pagi raya menyapu rumah yg banyak la plak habuknya
selesai menyapu kak lina pun turun
dan kami telah memakan menu dipagi raya
faveret aku adalah rendang....
ada lemang... ada nasi ketupat
dan kenyang baru perasan mama masak lontong
aiseh... kena makan kemudian

Tunggu semua pulang dari solat Aidilfitri
sesi bergambar bermula
selesai bergambar sesi bermaafan pula
happening sangat
maklum... tahun ni Along dan Nani ada bersama
jika tidak...
hanya kami yg bujang2 saja bersama mama dan baba

sesi bermaafan membuatkan aku sedikit mengawal perasaan
agak sukar menahan jiwa dari kesedihan
bertambah sedih bila salam mohon ampun dari baba
baba berpesan 'Ima anggaplah kami macam mak bapa ima yea'
sangat mengawal perasaan sehingga tak terkeluar jawapan dan hanya anggukan kecil sebagai jawapan dan senyuman yg dikawal kesedihannya
aku sangat bahagia dengan keluarga ini
sungguh aku tak pernah rasa terasing
sedara mara juga melayan aku seperti anak buah dan sepupu mereka

Selesai segalanya aku mencari bunga
bernasib baik ada kedai India buka
'Ikutkan saya cuti, tapi esok ada sembahyang untuk India, itu pasal saya buka. Tahun lepas buka xde orang... Tahun ni ramai beli bunga melur... sebab tu saya xnak jual dah'
itulah jawapan India tu bila aku bertanya buka pula dan mahukan bunga melur
Arwah Mak suka sangat bunga melur
memang setiap kali ke pusaranya aku akan menabur bunga melur
tp tahun ni xde...
hanya 2 jenis bunga di pusara mak, dan 1 bunga di pusara abah

selesai membeli bunga
terus ke tanah perkuburan kampung puah selesai membeli bunga
membaca Yassin membuatkan aku sebak
disebabkan ada Qistina aku mengawal perasaan supaya x tersedu2 bila sedekahkan Yassin untuk mak abah
orang dah x ramai datang tengahari
aku membersihkan pusara mak
kak lina membersihkan pusara abah
sama2 kami membaca Yassin
aku menanam bunga yang dibeli
dan menyiram air
selesai

Kami pulang ke rumah
mahu ke seremban
tapi Cik Putih nak datang
makanya kami lengahkan masa
dekat pukul 6 barulah kami ke seremban
masih berpandukan peta yg balang lukis akhir tahun lalu
huhuhu...
aku memang x pernah tahu jalan pulang ke kampung
kali ni xde terlajak ke apa
kak lina masih ingat2 jalannya
mudah perjalanan kami
alhamdulillah

dan seperti biasa
kalau ada kak siti n kak tipah
melekat lama la aku kat sana
gelak x ingat dunia
bergegar rumah kata mak teh
sekali sekala jumpa mcm tu la jadinya
aku rapat dengan 2 org ni je...
kakak sepupu aku...
sedara mara yg lain aku x kenal pun
yg aku kenal anak2 busu di batu caves tu
aku bukan jenis bergaul dgn saudara mara
kerana aku paling muda masa dorang semua dah kahwin

mahu ke rumah mak ngah bersama kak tipah
tetiba plak mak ngah yang mahu ke rumah mak teh
jimat masa dah ni
leh jumpa satu tempat je
mak ngah sifatnya sama mcm arwah mak
tersentuh hati melihat mak ngah
umpama melihat mak aku sendiri

tak lama lepas mak ngah sampai
abg kamal balik
aku pula mahu beransur pulang
dah pukul 10 tu...
mak teh, kak siti n kak tipah suruh tido situ
mana boleh...
sehelai sepinggang je time tu...
lagipun memang x plan nak tido situ
pasal raya kedua aku nak puasa
kalau tido situ...
pagi2 dah kena makan...
huhuhu

maka kami pulang selepas bersalaman
kul 11 lebih juga sampai
Kak Lina x bagi aku memandu pergi mahupun balik
katanya aku bawa kereta laju
ehehehe...
itulah IsMa....
bawa motor laju, kereta lagi la laju
mengantuk kalau bawa perlahan

Raya kedua kami pula
Along dan Nani sekeluarga, aku dan kak lina
kami ke mid valley
berjalan2 bersama mulanya
kemudian aku dan kak lina mengikut arah kami sendiri
berjumpa pula di dalam Jusco
tengah memilih pen tetiba terasa ada org memandang
Nani rupanya...
terus melambai padanya
dan berjumpa sekali dengan along
Giliran mereka pula menjaga anak2 di MegaKidz

membayar barangan yang dibeli
aku sempat ke Farmasi mencari ubat eczema seperti yg Kak Cik rekomenkan
terus ke MegaKidz dan tunggu mereka di luar
45 minit masa berlalu
masuk waktu berbuka
aku dan kak lina mencari makanan
kenyang sudah selepas berbuka

kembali ke MegaKidz
x habis lagi rupanya kanak2 itu bermain
tunggu sekejap dan mereka keluar
giliran Along dan Nani sekeluarga pula makan
aku dan Kak Lina bergilir2 memegang Azhad
selesai semua kami pulang
sampai dirumah 11 lebih juga
mcm ke seremban pula lamanya
huhuhu

Raya ketiga ni apa aktiviti aku?
rasa xde apa2 kot...
raya yang x rasa raya macam ni la
duduk di rumah saja

Friday, September 10, 2010

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk seluruh umat Islam
mohon maaf zahir batin

Tahun ni mungkin akan ke Seremban melawat Mak Teh yg sakit
berkemungkinan tidak ke Parit buntar
bergantung kepada kesihatan Mama
berdasarkan budget pula
aku dan kak lina x mahu pulang ke Parit buntar

Tuesday, September 7, 2010

Perbelanjaan Raya

Persiapan raya untuk diri sendiri amatlah melampau
kesemuanya baru dari dalam ke luar
luar ke dalam
atas ke bawah

senarai yang dibeli/diberi :

Kasut + Sandle / Selipar : 3 pasang keseluruhannya (2 3 tahun juga xde kasut baru)
baju Kemeja + T-Shirt : 5 helai (termasuk t-shirt untuk tidur.. huhuhu)
baju kurung : Sepasang sudah cukup + baju nor belikan 2 tahun lalu yg x pernah dipakai... so ada 2 pasang la kiranya... sepasang baju kurung dan sepasang kebaya...
Jeans : 2 helai (dah 2 3 tahun x beli, so berbaloi sangat)
Jam Tangan : Satu cukup la, G-Shock... tershock Kak Lina kena membayarnya. huhuhu.... (hadiah hari jadi yg ditunda)
yang dalam2 x payah details lah... hanya Kak Lina and Adik je tau bape total dibeli... huhuhu
Oh ya, belt murah satu... jeans beli besar la plak... dah semakin sekeping skrg ni :p
belt levi's dr USA yg dibeli oleh Taufiq harus ditunggu untuk sampai, lepas raya la sampai kot
Wallet juga harus tunggu dari USA... Taufiq juga orgnya yg membeli... Thanks u :) next time order lagi :D
Perfume 2 botol yang diimport dr Dubai ... Thank u cik putih kerana sudi mencarinya:)
Perfume body kourus satu kemestian, dan Noa from Cacharel baru dijumpai semula
Coklat Kurma juga dari Dubai... sedap sangat. Thanks again utk Cik Putih mencari apa yang dihajati :)
Lupa plak, key chain burj Khalifa dari Cik Putih x dilupakan... Thanks again n again :) lain kali mau lagi... huhuhuhu

Ini je kot
ada lagi ke yang x disenaraikan??
total belanja sangat2 la mengejutkan aku sendiri
gaji membanci 85% habis kat situ aje
gaji banci banyak... belanja pun banyak... hehehehe
ini la sekali seumur hidup aku belanja sakan
kenapa?
aku rasa macam penat sangat dah kerja sepanjang July dan August
langsung xde rest... langsung xde cuti...
sangat berbaloi menghabiskannya untuk kepuasan diri sendiri
dan lepas ni...
sesi menyimpan kewangan semula
bilanya dapat bercuti kalau memanjang boros x ingat dunia
mahu ke mana?
biarlah masa dan kewangan yang menentukannya

Ketidakcukupan Ketiduran

Thursday, September 2, 2010 at 8:51am (copy & paste from facebook)



Aih
mengantuknya aku
kul 1.30 dah terjaga Mak Cik ketuk pintu bilik
Terus kejutkan Kak Lina
rupanya Mama menggigil macam pagi sebelum aku pergi kerja
Mak Cik terus telefon baba
bercadang membawa mama ke hospital selayang

Aku dengan muka x basuh
sempat berkumur sekali dan terus bersiap mahu ke hospital
Jam 2 begitu kami berada di hospital
Green zone mengambil masa mungkin melebihi 4 jam tertera di papan bergerak digital itu
baba menguruskan kemasukan mama
aku dan kak lina mengparkingkan kereta

Nak masuk ke dalam seorang sahaja dibenarkan
makanya aku tercanguk kat luar dengan mata yg cuba dibuntangkan
Dalam 10 minit kak lina keluar pula mengkhabarkan keadaan dan duduk bersama aku
kemudian baba pula keluar meminta kami pulang mengambil buah anggur di rumah
mama lapar, x boleh bg makanan berat katanya

kami pulang mengambil anggur dan air suam
kembali semula ke hospital
jalan berasingan supaya aku boleh masuk sekali
huhuhuhu
mama dah di atas katil kesejukan
tp badannya panas
nurse menyuruh x-ray
kami membawa pula ke bilik x-ray
dan harus mengambil urine utk ditest juga

selesai kami tunggu di luar
kul 3.30 gitu kami pulang dahulu
masak utk sahur dan makan
kul 4.30 tido sekejap
doktor telefon suruh amik
kul 6 aku dan kak lina pergi menjemput
keadaan mama baik sedikit

sesampai di hospital mama tidak sedar apa berlaku
apa yang ditanya dijawab dengan jawapan yang kami x faham
attendant disitu bertanya 'mak cik tahu x makcik di mana'
mama dengan tidak sedarnya menjawab 'kat mana ni?'
terus diusung ke dalam
mak cik x sedar dah ni kata attendant itu

kul 8 sudah bangun
mahu ke bank
rasa seperti x larat nak bawa motor ke tempat kerja
adakah yang sudi menjadi driver kami?
:(

Empty!

Wednesday, September 1, 2010 at 6:08am (copy & paste from facebook)

i feel empty!
i slept and woke up at 2.30am  
and i couldn't sleep at all
i am sweating even though the fans cooling my legs
i am sweating the entire of my body

from yesterday i felt that i don't have any feeling
i felt dissapointed and tension
but i don't even know what is happening actually
i do really need a break

i lost my appetite again
i don't think because i am sick
but its happen because i am in tense
what is actually i want???

i can lend a shoulder for people to cry
i can try to be a good listener
and give an advice even though i am not a good advisor
but i myself couldn't help my own 

I feel resentful
I feel disappointed
I feel depressed
I feel empty