Sunday, October 24, 2010

Hari mencari duit

Hari Ahad adalah hari yg best untuk mencari duit
Semalam Sabtu sangatla kurang customernya
semenjak mula meniaga selepas raya
hari Ahad sahaja hari yg sibuk
kalau dulu Sabtu Ahad dah pasti ramai customernya

bulan ni income sangat sedikit
tapi dari dulu sudah menyusut income perniagaan
itu punca aku mencari kerja
meniaga ini sangat memerlukan kesabaran dan ketekunan
ikutkan hati dah lama sewakan pd org lain
kerja sahaja
tp x puas sebenarnya jiwa aku kalau x berniaga
biarlah sikit manapun incomenya
asalkan cukup asingkan duit sewa, elektrik, air, emergency...
itu sudah memadai
gaji part time sudah boleh support sedikit segala perbelanjaan wajib utk bulanan
dan sedikit lagi gaji dr hasil meniaga boleh cover mana2 lubang x cukup

Sejak Julai hingga September
kedai makan aku tutup
memberi tumpuan pada kerja sebagai pembanci dan data entry
Alhamdulillah incomenya sangat berbaloi dan terlebih cukup untuk aku mengshoppingkan diri x hingat2 dunia ketika kita sibuk nak menyambut raya Aidilfitri
iphone juga berjaya dibeli tanpa mengeluarkan simpanan di asb
tp cimb ku sangat la nazak ketika membayar wang untuk iphone ku itu
dan hasil dari ShopFrom-USA habis digunakan untuk membaiki kereta dan motor
makanya, gaji sebagai data entry tidak diusik untuk cover expenses yg emergency seperti itu
hanya diusik utk membayar insurans, bil2 rumah dan bil telefon yg totalnya awal 400 ringgit
alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dimurahkan rezeki sehingga hari ini
semoga Allah memurahkan lagi rezeki hambanya ini
Amin

Demam

Source from Facebook Notes

by Ismawati Abu Bakar on Thursday, October 21, 2010 at 10:39pm

Yes
Arini x niaga dan keje
Kami berdua demam selsema
Bermula semalam selsema dipagi hari
Sebelah petang sudah rasa x selesa
Bangun pg ni rs x sihat
Ikutkan hati nak keje
Tp fikirkan kelaratan yg makin menyusut
Menyebabkan aku sms iza dan aziah dipagi hari utk maklumkan bhw kami demam dan tidak dpt dtg kerja

Tadi sudah ke klinik kak nora
Mak datuk punya byk ubat nak makan
Doktor tu sgt teliti cek kami berdua
Berbaloi harganya dan consider murah
Kak nora siap bg diskaun
Klinik di sentul jua aku pergi
Bukan diskaun yg aku mahukan
Sekadar mahu berjumpa kak nora
Dan jumpa doktor yg lain pula utk merawat eczema ku ini
Ubat aku pastinya ubat demam,antibiotik,sakit tekak,dan 2 ubat selsema merangkap ubat eczema beserta krim alergik
Ini doktor kelima aku jmpa
Xtaula bape doktor harus aku jmpa utk sembuhkan eczema aku ni

Harap esok pagi dah semakin sembuh
X larat bila hidung sentiasa berair
Pedih dah duk lap memanjang

Aku sudah mahir menaip menggunakan iphone
Ini notes kedua ditaip guna iphone
Sesekali salah juga hurufnya
Tp semakin kurang kesalahan itu
Maklum jari2 aku besar
Bukan halus
Hehe...masuk bab iphone la plak

Monday, October 18, 2010

Jam Tangan

aku sangat obses pada jam tangan
asal kemana2 kalau ada jual jam mata mesti meliar meninjau sebentar
x kira di pasar malam atau shopping complex
cuma satunya perangai aku yg aku sendiri x gemar
aku x pakai jam murah
dan aku hanya pakai jam original
susah benar nak kikis perangai ni
kot kaya xpela nak yg mahal2 je
ni cukup2 je utk menampung kehidupan
pun x juga menyedarkan diri
huhuhu

tp rasanya aku banyak mengikut belah arwah abah
abah hanya memakai barangan yg ada jenama
yg mahal2
kata abah
'kalau barang mahal, kualiti terjamin dan tahan lama'
tp itu mungkin sesuai untuk barangan semasa zaman dulu
sekrang ni apa barang yg tahan lama???
somanya dibuat khas untuk jangka masa tertentu
kalau semua tahan lama, bankrup segala business yg ada
dah pakai yg tu je x rosak2

bagi aku, kenapa jam perlu original dan berharga??
jam itu menunjukkan masa
masa itu sangat berharga
maka aku perlu menghargai jam itu sebagai menghormati keemasan masa itu
sukar la plak nak explain

ada barang aku x kisah immitation
tp kalau bab jam tangan
memang teringin bila tgk berlambak jam immitation dijual
jauh lebih murah dr yg original
cuma bila aku tau aku memakai yg immitation
hati aku x akan puas
oleh itu
setiap kali melihat yg immitation
hati akan berkata
'org xtau ori atau x... tp aku sendiri tau. xleh... xleh...'
itulah selalu hati akan berkata
huhuhuhu

maka setiap tahun hadiah apa nak untuk birthday???
soalan dari kakak2 aku
pastinya jawapan aku jam
dan kak lina sudah bosan untuk bertanya
dah 3 jam kak lina bg sepanjang kami kenal
dia xmau bg setiap tahun sbb bosan katanya
Nor plak belikan swatch tahun lepas
dulu2 tanya nak apa, memang handphone la pasal dia keje Nokia
hehehe
dia dah x keje Nokia minta jam pulak
adalah 10 biji ke lebih handphone Nokia yg kakak aku belikan
semuanya untuk birthday, raya, suka2 bagi dan atas permintaan aku yg mengada ini

aku rasa aku harus belajar jangan kerap menukar jam tangan
dapat baru yg lama aku tinggalkan
itulah IsMa yg mudah lupa
huahuahuahua

p/s : tp mcm dah request nak jam dgn beg victorinox dr kak lina
huhuhu... naya kena kumpul 1000++...
siap cakap nak beg harga rm500
melampau ok!!!
itu sekadar luahan keinginan
bukan mahu dibelikan
akan berusaha membeli sendiri nanti

Taufiq di usa boleh tolong mencari mungkin
sana murah sikit kot
kadar tukaran wang juga sudah jatuh

selesai sudah perihal jam
kisah ini xde kena mengena dengan sesapa ek
jangan ada yg sentap plak

Saturday, October 16, 2010

Kenderaan ---> Kewangan

Income sampingan yg dpt
selalunya akan pergi ke kenderaan
masa income masuk masa tulah kereta nak buat hal
masa tu la motor juga nak nangis2
dan penunggang dan pemandu ini juga berpeluh berusaha mencari kewangan untuk menyihatkan dan memujuk
syukur alhamdulillah ada rezeki 
dan syukur alhamdulillah rezeki itu cukup utk cover penyembuhan dan pemujukan terhadap kenderaan2 itu

aku memegang satu prinsip terbaru
kalau mahukan sesuatu, ada duit terus beli
jangan tunggu dan kata 'simpan dulu la, nanti dah cukup baru beli'
dulu aku mengamalkan konsep simpan dulu br buat / beli
susah benar utk mencapainya
dan selalunya tak pernah tercapai
maka kini
hati kata nak, maka aku terus beli
hati kata repair, maka aku terus repair
tp syaratnya haruslah kewangan itu dibudget untuk segala bil2 yg ada
hutang2 yg perlu dilangsaikan
tak ada lagi konsep 'kumpul duit dulu, dah banyak nanti beli / buat'

bukan senang aku mencari duit
income aku x pernah stabil
dari muda sampai la ke dewasa ini (bukan tua yea)
tp alhamdulillah segalanya cukup
kereta diberi guna oleh kakak (Nor)
motor diberi guna oleh adik (Apit)
rumah tersedia oleh mama dan baba
bilik dikongsi bersama kak lina
syukur alhamdulillah
terima kasih x terhingga untuk insan2 yg membantu

aku rasa dah sampai masanya satu transformasi harus dilakukan
semoga segala perancangan yang aku rangka akan mencapai kejayaan
Ya Allah
Kau bukakanlah pintu rezeki dari langit dan bumi ini seluas luasnya untuk hambamu ini, Isma
ya Allah
Amin

Monday, October 11, 2010

Anak burung

Pernahkah anda melihat anak burung?
cuba lihat gambar dibawah
lihat bahagian kepala anak burung itu
bulunya yang tercacak
begitulah keadaan rambut depan saya sekarang
bila tidak disikat selepas mandi
dan dibiarkan kering sendiri
huahuhua


S.Y. saja yg perasan aku potong rambut
Isma, u potong rambut ke?
Aku jawab dengan anggukan kepala sambil senyum pandang dia
tgh tekun dlm bilik corporate masa tu
Dari depan pula dia cakap
Cute sangat2, macam muka budak2
huahuahua...
aku tergelak agak kuat sampai terganggu bos yg turut serta membantu kami budak2 corporate
lawak gila dia kata cute n mcm muka budak
Kak Lina pun tergelak masa tu

Memang mcm muka budak bila aku belek kt cermin
bukan perasan tp memang perasan nak jadi budak semula
hehehehe
dan sebiji muka Alya anak buah aku
patut la org asik cakap Alya tu ikut muka makcu dia
kalau jalan bawa dia plak org ingat anak aku
tgh tengok2 rambut kt cermin, terus terbayang muka Alya
ya Allah, sama lak muka aku dengan Alya
terdetik dihati ketika itu

punca rambut depan aku pendek seperti anak burung??
Rambut depan i panjang la - kata aku
ok, i boleh potong sikit - kata hair styler aku
sekali dia potong pendek terus sampai aku ternganga
mak ai, pendek gila - berkata di dalam hati
xkan aku nak marah
marahpun bukan dia leh sambung balik rambut nak bg panjang semula
xpela... nanti tumbuh semula la tu - kata kak lina
dalam hati aku tensen gak
susah gila nak sikat
asik tercacak2 memanjang
harus sapu serum banyak2 utk dia kekal ke posisi yg aku sikatkan
yang penting ada orang kata cute
dah tua2 ni org puji cute tu satu penghargaan rasanya
hehehe

Saturday, October 9, 2010

Hair Fall Treatment

Hari ni kali kedua aku membuat treatment utk keguguran rambut kronik yang aku alami

dahulunya rambut sangat lebat sampai susah arwah mak dan hair styler nak gunting
siap kena rungut2 lagi
'rambut kau ni tebal sangat' - ini ayat arwah mak
'rambut u tebal sangat la' - ayat ben (hairstyler aku) dan juga ayat2 hair styler di Derrick and Team

tapi sekrang
'rambut u nipis je, i sapu sikit sudah cukup' - kata hair styler
'rambut depan u dah botak' - kata Ken hair styler aku juga

'rambut i tebal sangat la kat belakang' - ini kata aku
dan ini memang diadmit oleh mereka2 itu
rambut aku masih tebal di bahagian belakang kepala
tetapi nipis melampau di bahagian depan
'botak macam rambut lelaki' - ini kata kak lina
dan aku mengaku
rambut aku teruk gugur bahagian depan sahaja
kenapakah???

pertama kali rawatan
aku sudah nampak perubahan pada keguguran yg dialami
dahulunya semasa shampoo
penuh tangan dengan rambut
boleh dikatakan segumpal besar
sekrang alhamdulillah
bila shampoo dah berkurang gugurnya
xdelah sampai segumpal lagi
harap kali ni dpt buat 4x rawatan seperti yg disyorkan
budget sudah siap2 asing

Sunday, October 3, 2010

Merindui dan Dirindui

tetiba teringat status kak nor
mana lebih best
dirindui atau merindui

yg pasti bila dirindui itu semestinya best
kerna kita tahu ada yg merindu
hati sentiasa gembira mengenangkan ada insan yg merindui
dan pada masa sama kita akan merinduinya juga
dan sudah pastinya wujud rasa kasih dan sayang
luahan rasa rindu dan sayang itu penting
itu saja cara untuk kita mengetahui status terkini
status dimana hati akan berbunga mekar bila dilontarkan dengan perasaan2 itu
status dimana kita tidak bertepuk sebelah tangan

tapi zaman sekrang
utk luah rasa sayang dan rindu itu seolah gurauan
kita bebas menuturkan kata sayang dan rindu
tp hakikatnya itu sekadar luahan di bibir
tidak lahirnya dari hati
ini berdasarkan pemerhatian aku
dan juga aku sendiri mengalaminya
aku juga menggunakan gurauan itu sendiri
dimana aku mengatakan sayang dan rindu
tp itu sekadar gurauan sesama insan

aku sendiri tidak pasti
adakah bila dituturkan itu sememangnya lahir dari hati
terkadang aku meluahkan sesama rakan, teman, kekasih (ini belum wujud)
bahawa aku rindu dan sayang mereka
tapi adakah benar?
berfikir sejenak
bila dituturkan atau ditaip perkataan sayang dan rindu
secara automatik akan ada rasa menggebu dalam jiwa
maka gurauan itu telah menjadi perasaan yg lahir dari hati
seharusnya ia menjadi benar
walaupun permulaannya hanya gurauan

setiap individu berlainan pendapat dan perasaan
ini sekadar apa yang aku rasa dan fikir

berbalik pada tajuk
merindui itu sangat perit
jika kita tidak tahu sama ada kita dirindui atau tidak
disini kita memerlukan hubungan telus
dimana kedua2 pihak seharusnya meluahkan rasa
jika tidak
yang merindui mungkin terasa hanya bertepuk sebelah tangan
dan memungkinkan yang merindui terasa seperti syok sendiri

walau apapun...
merindui tidak best
dirindui itu best
huhuhuhu

Friday, October 1, 2010

Tiring Day

Pagi2 meniaga seperti biasa
sedikit terlewat bangun
6.30am terus buka mata n bangun
bersiap mahu berniaga
kul 7.05am gerak ke kedai
mop lantai itu memang aku suka
maka sakit sudah tangan dan belakang

mula sangat relax
nak masuk kul 10 sekali 11 order datang berderet
iaitu ada 3 group semua sekali
dah lama x sibuk agak kelam kabut juga nak menyediakan
nasib kak lina pantas menyediakan minuman
dan datang membantu aku yg kena masak sekali banyak
lecehnya...
aku perlu masuk satu persatu
haish...
loteh den...
tp itulah punca kesedapan char koey teow itu...
sukatan kicap itu memang hanya sesuai utk satu pinggan hidangan sahaja

jam 11 masih di kedai
gilos ni....
nak kerja dah jap lagi kul 12.30pm masuk
dekat 11.30 sampai rumah
mandi dengan agak pantas
bersiap ke kedai
semenjak mula berniaga
memang hari2 kami kelam kabut untuk ke tempat kerja
maka pecutan motor aku haruslah 130km/j bila tiba saat terlalu lambat
dan 120km/j bila lambat2 comel gitu
kadang sampai ngam2 je lagi seminit dua nak 12.30

hari ini kerja temp x ramai
mak ai letihnya badan
kena handle envelope sensorg
sakit gila belakang aku
harus diurut!!!
bundle byk nak settle
aku x byk type arini
aku byk di bilik corporate
kak lina di workstation mengadu juga
rasa x terlarat dah nak key in
nasib aku agak baik sebab x payah susah2 key in
hehe
habis semua kerja corporate aku meng-key-in juga
tp x seteruk yg mereka2 di workstation alaminya
kesian :)

balik rumah cadangnya mahu ke NSK
mama tinggal sensorg plak nanti
baba ada kenduri org nak nikah
mama demam dah dekat seminggu ni
makanya aku menghubungi abg fauzi
bertanyakan perihal udang
alhamdulillah dimudahkan urusan
abg fauzi akan reserve udang utk kami
tapi kerang itu masalah juga dengan telur
telur masih boleh amik dr kak nor
kerang harus dibeli juga esok selepas selesai segala open house diattend
harap2 cukup stok yg ada

esok byk open house
begitu juga ahad
yg mana berkesempatan sahaja aku akan pergi
x larat nak pergi kesemuanya