Saturday, November 27, 2010

Selsema

rasa vitamin yang drip aritu dah habis kuasa
asik2 selsema je ni
kembali seperti dulu2
harus mengdrip lagi ke?
sakit ooo...
lebam seminggu tangan

Sunday, November 21, 2010

Ruby with pop corn

Apa je kita makan semua dia nak
Jumaat makan kerang
Sabtu makan pop corn
Ahad makan maruku

kucing apakah ini?
pantang nampak kita makan
kita itu refer pada ibu dan ubi dia
iaitu aku dan kak lina
sangat naughty!

Weekend Activities

Antara aktiviti di hari minggu
Mencuci kandang Ruby
bermain dengan Ruby
Semuanya Ruby bila cuti




Saturday, November 20, 2010

Ruby

Semalam Ruby makan kerang
Kak Lina kopek kerang untuk niaga arini
dia pun sibuk nak makan
punya banyak dia makan x ingat2 
arini kandang dah penuh najis dia
huhuhu
dah bape ari asik susah mengeluarkan
akhirnya lepas makan kerang dia berjaya membuang apa yg x perlu

arini plak
dia sibuk nak makan pop corn
'Ruby nak pop corn' - kata kak lina
'bagi je la kak' - kata aku
'nanti dia sakit perut' kak lina
'biarlah dia nak makan, bagi je' - kata aku lagi
maka kak Lina bagi juga
siap kena pecahkan sebab besar
Ruby ni baru 3 bulan lebih kurang usianya
aku amik dr Pasar
tgk comel terus bawa balik ke kedai

Mula2 dulu penakut ya Allah
kalau masuk dalam kandang
tgk boju xde dia nangis la bagai nak rak
bila boju masuk dia senyap
masa boju hilang
2 3 hari menangis
sampai belikan kandang baru 
pun nangis lagi
tp kurang sikit dah
sekarang semakin bijak
suka ngacau orang
sangat aktif
kalau mula2 dulu asik nak menyorok
sekrang asik nak main

Gigi tajam yang amat
suka nak gigit orang
kalau lipat kain tu dia melompat2 main
siap gigit baju aku nak bawa main
mainan dah ada dalam kandang x puas kot
sian dia keseekoran
nak bagi kawan kandang tu mcm x sampai hati nak letak 2 ekor
biarlah sekor tp dpt bagi perhatian
2 ekor x dpt bg perhatian susah plak

sikit bulan lagi leh bawa pegi Klinik injection
mahu bagi kuat dari beberapa jenis penyakit
kancing gigi antaranya kata doktor dulu
aku x ingat dah kelebihan vaksin itu
semua kucing aku bela sebelum2 ni memang bawa injet
tapi semua hilang, lesap, mati
sangat sakit hati 

Wednesday, November 17, 2010

Abah dan Mak

tengah minum petang tadi
wah!!! minum petang...
sesuatu perkara yg amat susah untuk aku lakukan
sebab biasanya monday to friday kerja
saturday sunday kalau x keluar bermalas2an atau bermain dgn kucing atau berehat2 tgk tv saja
ok...
sambung cerita

masa minum tadi aku makan nasi himpit + rendang ayam dan daging + ketupat + lontong
mak ai punya banyak menu
tp makan soma sikit2 bak kata orang untuk rasa je
dan aku makan dengan menggunakan sudu
jari2 sudah menjadi kekeringan yang amat teruk
eczema kembali lagi
sangat pedih bila luka di bahagian alur2 kulit
dan bertambah pedih masa kerja tercucuk stapler dan terhiris dengan envelope2 yang tajam
sebab tu aku cuba kurangkan kerja bahagian koyak2 envelope ni
sakit bila luka...
huhuhu

sambung semula
tgh makan guna sudu
hati terdetik hiba
teringat pada arwah Abah
dulu abah kena makan guna sudu
tangan dah x boleh nak suap macam orang normal

'tetiba teringat kat abah' - kata aku pada kak lina
'dulu abah makan pakai sudu macam ni la'
'x pernah sekalipun im suapkan abah dengan sudu'
'mak sakit pun im x pernah suapkan'
terasa menyesal dengan sikap x prihatin aku dulu
aku paling x prihatin pd abah
pada mak aku sangat sayang dan bantu apa saja diminta
bila abah minta picit ke masak ke aku buat dengan keterpaksaan
kenapa?
abah x pernah pukul aku
tp abah sangat garang
abah selalu marah2
itu mungkin satu punca aku x rapat dan selalu melawan dalam diam
tapi sekrang aku dah rasa kesal yang amat

pada mak aku tak terasa ralat dengan pemergiannya
sebab aku sudah cuba menjadi anak yang baik pd mak
walaupun aku degil tp dalam degil aku ikut apa mak cakap
tp dengan abah
degil aku langsung x boleh dilentur
aku sangat keras hati dengan abah

abah meninggal secara tiba2
sama juga seperti mak
kedua2nya meninggal hari rabu jam 10 pagi
hanya beza tahun dan bulan
mak 17 August 2005
abah 2 January 2008
kehilangan mak paling aku terasa
kehilangan abah aku x terasa

baru hari ini aku terasa yang amat
sebak di dada teringat layanan aku pada abah
abah bergurau aku hanya mengeraskan diri tanpa senyum
abah mahukan perhatian aku buat xtau
abah suruh teman aku tinggalkan dia
tapi sumpah masa itu aku terasa tekanan yang amat
aku perlukan ruang untuk aku sendiri
aku mula duduk sendirian di rumah yang lain
aku selesa hidup dengan kucing2 ketika itu
tapi aku ingat juga pada abah
aku balik rumah senyap2 tgk abah tgh tidur
kesian abah
dapat anak mcm aku

menyesal dah x guna
apa yang aku leh buat hanya doa
moga Abah ampunkan dosa aku
Allah ampunkan dosa hambanya ini
dan berdoa moga Abah dan mak berada dikalangan org2 yang beriman

abah dan mak sudah bertemu
aku pasti kerna kedua2nya melawat aku ketika aku bersendirian dirumah
bagaimana aku tahu?
seorang anak pasti tahu kehadiran org tuanya
wangian yang mak suka iaitu bunga melur akan mengiringinya jika mak menjenguk anaknya
haruman kapur barus mengiringi abah ketika itu kerna abah baru meninggal seminggu dua
dan itulah kali pertama dan terakhir aku tahu abah ada disamping
kemudian aku x pernah bermimpi pasal abah atau bau kehadirannya
tp aku mimpi mak kerap kali membantu aku dalam mimpi
pelbagai mimpi x baik aku alami
pasti mak ada untuk membantu
syukur alhamdulillah

mungkin bagi sesetengah orang perkara ini umpama karut atau hanya mainan tidur
tapi bagi aku
didikan yang diterima dari mak abah meyakinkan aku perkara ini
tambahan abah dan mak bukan sembarangan orang
ilmu agama penuh didadanya
cuma anaknya yang ini sahaja kosong tanpa ilmu
jika ditanya psl Islam
pasti aku ternganga untuk menjawab
aku hanya tahu basic sahaja
itupun bukan cukup mahir
berazam juga dihati mahu belajar
tp kekangan masa menghalang
dan juga kemalasan
aku sibuk mencari kewangan demi kesenangan yg sedikit didunia
sedangkan kesenangan di akhirat lagi penting
semoga Allah permudahkan segala yang aku usahakan
aku mahu kerumah-Nya
semoga termakbul impian aku
Amin

Raya Haji

Tak kemana kali ini
Kak Lina demam
planning ke pusara mak abah juga tak jadi
pergi sorang jangan harap la aku ni
memang orang ramai
tp takut itu tetap ada
aku xkan pergi kawasan perkuburan seorang diri

masa dihabiskan pagi tadi membelek iPhone
sudah buat keputusan muktamad
xkan downgrade dah
penat dah cuba pelbagai cara

Esok sudah kerja
raya yang sangat sempoi
makan rendang dan ketupat pagi tadi
tgk tv jap
main2 dengan ruby
basuh kandang ruby
itu je la aktiviti

hari untuk bersantai2 sahaja

iPhone change into iPod

iPhone yang baru aku beli
sudah menjadi iPod sejak beberapa hari yang lepas
puncanya?

aku sedang mencari cara untuk memasukkan message tone
terjumpa satu cara iaitu menggunakan winscp and openssh
sudah buat tp x juga menjadi
benda lain plak yg jadi
ntah gambar mamat mana plak jadi wallpaper
aku bukan suka ada benda pelik2 ni
terus la aku erase setting
aik... ada lagi plak walaupun dah tukar wallpaper
terus erase iPhone
apa jadi?
restart memanjang sampai lebih setengah jam

mula membuka notebook dan mencari cara mengatasi
harus restore katanya
sudah buat segalanya
iOS 4.1 la plak diupdate
habis xleh unlock
baseband aku xde unlock version lagi plak
unltrasnow xde untuk baseband 3gs aku
harus sabar menunggu pula

adalah lebih 10x aku downgrade x menjadi
punca shsh 3.1.3 x store dlm cydia
adui ai...
camna nak save firmware tu kalau x pernah tau kena buat back up guna tinyumbrella
makanya hari ni aku dah putus asa
sabar la menunggu iOS 4.2 keluar
dengar2 cerita akan ada unlock version untuk baseband 05.14.02 bagi iOS 4.1 and 4.2
kalau betul lega juga
kalau x betul kena minta Taufiq tlg cari buyer di US la jawabnya
rugi sikit xpe
leh amik pakej iPhone 4 dengan digi
huhuhu
rm58 2 tahun
tp byr mula2 tu xtau la berapa plak
cuma x minat iphone 4 punya design
mahu juga 3gs ini kalau leh unlock
tunggu sebulan kot
xde gak unlock version kena la jual di US
maklum,
set aku set US

so sekrang
iPhone hanya digunakan dirumah
kerana ada wifi
beza hanya xleh guna simkad mesia
no service katanya
huhu
function lain masih tip top
hihi

Saturday, November 6, 2010

Ruby dan boju

Kelmarin
pulang saja dari kerja
lebih kurang 8+ pm
aku dengar bunyi anak kucing
ingatkan ada orang buang ke apa
rupanya ruby nangis cari boju
terus parking motor x tunggu masuk umah dulu
tgk kandang dah terbuka
sah budak2 kat sini yang buka
bape kali dah dorang buka bila ada kucing
boju dah hilang
ruby nangis2 lagi sampai arini
cuma arini nangis dia dah kurang
kandang baru juga sudah dibeli baru sebentar tadi
dapat la ruby rumah baru yang selamat dari budak2 nakal yang jahat
sebab tempatnya didalam rumah
kandang cantik dan mahal juga menjadi pilihan hati
tp xlah mahal mana
yang lagi mahal ada
tp mcm x berbaloi untuk dibeli
huhuhu
xpela, asalkan anak ku selamat

tapi masih juga berharap boju pulang ke rumah
cuma sebab dia kecik lagi dia x pandai balik
kalau besar sikit mesti dah balik
macam Kiki dulu
berminggu hilang
sampai aku buat solat hajat mohon Kiki kembali
Kak Lina mimpi Kiki balik
terus esoknya tgh duduk2 kat luar
Kiki berlari entah dari mana datang ke arah kitorg
sangat ajaib
syukur solat hajat ku diterima
tapi untuk boju aku x buat solat hajat
sudah kecewa barangkali

harap dapat Scottish dan Parsi seperti yang dijanjikan oleh Doktor
diapun nak amik dari orang
tu yang susah
orang berat nak bagi kot

rasa dari dulu sampai sekarang
duit habis banyak kat kucing
sampai kena marah juga la
bagi aku itu rezeki mereka
ada duit x salah belanja untuk keselesaan mereka
xkan kita manusia je nak selesa
haiwan nak selesa gak
xde duit aku diam la
ada duit aku belanja la macam2
huhuhuhu

Wednesday, November 3, 2010

I do really need a break!!


yes!
i really need a break
but there's no time for me to do so
totally tiring and exhausted
why?
i am working too hard
my day packed with job
how about the pay?
it's not really worth it with my effort
but i am happy with it

well...
i'm not stupid to work as what i do now even i have education
it's just because i feel happy 
and of cause need time to conduct my self
i need to train my self to learn and follow orders from a leader or something similar to it
since graduate i am doing business by myself
nobody conduct me what to do now and next
and its totally hard for me to accept order from my leader on the first time working there
and the only one person keep encourage me and remind me is HERLINA
she's the one who always motivated me
'now you are working with people, you have to learn to listen and love what you do'
and i am trying hard to do so
and now, Alhamdulillah i am totally happy to work there

but i start thinking to find a better job
its not that easy
without any experience in IT field is something close to impossible
i am more to sales
i love to do sales
but i love more on learning IT
just nobody wanna teach me and no company wanna hire me

planning to have a vacation
but not sure yet where to
need to make sure the money is always enough
now i have many bills to settle
at least half of thousand for all the bills
and salary not even a thousand
how do i manage my income?
Allah always there beside us
whenever i really need the money
there will always have opportunity for me to find some

example 

i am working as a Pembanci
its almost time to Raya
and the salary totally more than enough for me
and i spent all (lying ok :D)
how crazy i am
its just because i feel that i need to satisfy myself after a hard work

i need to repair my car and motorcycle
and suddenly i got profit from selling items requested by my friend and online shop

i need money to buy iphone
ok... this is not something desperate
hehe
but i am saving some of the salary from being pembanci
and plus my salary as data entry
and my planning to withdraw from asb is cancelled 
cause my account in cimb shows that its enough to buy one
and Taufiq bought it for me from the USA
and flew it to Malaysia by himself
and thank you Taufiq for unlocking and jailbreaking the iphone
and sent it to home and to my hand
really appreciate your work
i don't even need to pay anything for his work
just need to pay the cost of the iphone
and thanks also for teaching me how to use
i am lazy to read online guide
hehe...
and thanks also to Kak Lina cause she's the one who explore everything on iphone
and teach me how to use
very funny!
its mine and lazy to search

feel like to write in english
and my English worst
but always try to learn 
and Kak Lina is my teacher
any single word will be corrected by her

out of topic already
huhuhu

p/s: where to go for vacation???

Kiki

Kiki adalah kucing aku
Yg dulunya kecil diambil dr pasar kedai aku
Kini besarnya dia masyaAllah
Mcm kucing hutan plak
Tp jantan sebenarnya
Dulu panggil Kiki psl ingat betina
Manjanya ya Allah si Kiki ni
Imad langsung x nampak bayang lepas Kiki jd gagah perkasa
Dulu main sama2
Sekrang klu Imad blk dihambatnya
Last Imad blk beberapa bln yg lepas
Rindu juga aku pd Imad
Masa sakit dulu 3x ulang alik hospital haiwan merawat dia yg kronik
Manja sangat
Maintain macho rupa dan badannya
Tp kalah pd Kiki yg mcm gorilla
Huhuhu

Kiki ada satu perangai
Kalau nak suh keluar dr rumah
Dia akan buat2 nak makan 
Walaupun dia dah berenti makan pd mulanya
Kalau 10x halau
10x la dia berlakon nak makan la
Nak minum la
Kucingpun pandai berlakon
Ingat manusia je