Friday, December 31, 2010

2011 is coming

Selamat Tahun Baru
Happy New Year
新年快乐

end of the year 2010

31/12/2010
hari yang agak menghappykan aku
dari pagi sehingga ke petang 
ada saja perkara2 yang menghappykan diri

pd mulanya
pagi aku sangat termalas nak bangun berniaga
tetapi kenangkan dah janji dengan kak nor untuk membantu pemindahan gambar
maka aku gagahkan diri untuk bangun walaupun baru 4 jam gitu menidurkan diri
sangat lenguh2 badan untuk membangunkan diri

pagi2 sampai uncle paper dah sound
'sudah pukul lapan' katanya
aku terus tgk jam
baru pukul 7.30
agak lewat la sampai pasal tunggu kekanda yg tercinta bersiap
kekandaku itu memang bersiap agak lama
hihi
jangan marah ye kak :)

di kedai pula
pagi2 sudah melihat kak sariyah berbaju bunga2
aku terus memandang dia dan nyanyi
'bunga2 matahari' sambil tersenyum memandang mukanya
dan dia terus merajuk
'alah, merajuk la akak. nak balik la' katanya
aku hanya gelak dan jawab 
'ala kak, merajuk plak'
dan kami tergelak saja sudahnya

abg bob pula muncul sambil menyebut 'air'
dan aku pula terus menyanyi lagi
'air pasang malam surut pukul 5' 
abg bob dengan sporting sambung
'nyonya bangun pagi siram pokok bunga'
fasha plak join
'pokok bunga melur tanam tepi kolam'
dan kak lina plak membuka suaranya
'amboi, siap ada sambungan' 
sangat happy pada pagi yang indah aku rasakan

hari ini agak sibuk di kedai
orang x ramai
tp sentiasa ada orang
duduk kejap dah bangun semula
ke sana ke sini
melayan kak nor sebentar
melihat itu dan ini di komputernya
dan selesai mengupload ke fbnya
aku agak lemah arini
tp mood sangat happy

habis berniaga aku mencuci fridge 
dan biasalah
kak lina terpaksa menunggu lama
aku sgt teliti
sampai merungut gak la kak lina
'akak dah lama tunggu, x gak habis2 lagi' katanya
aku hanya buat xtau dan sambung cuci
inilah ISMA
peti ais sangat diutamakn kebersihan
hehe
mcm bagus je

pulang ke rumah
aku mencuci semua kasut aku
ntah napa plak tetiba rajin nak cuci
bersih sudah semuanya
dan yg x bestnya
matahari xde
maka basah kuyup sudah kesemua kasut yg ada

naik ke atas mandi
dan aku terus tido
badan sakit2 sangat rasanya arini
kak lina ajak urut tp aku xnak
budget xde pasal nak buat blood test monday nanti
bukan la xde sangat kewangan
ada tu ada tp kena la backup untuk kecemasan
seperti biasa tidur ikut waktu charge iphone
aku dah rasa diri mcm iphone plak
asal charge je aku tido
asal tido je aku charge

petang pula aku ke hot spring selayang
merendam juga jari2 aku ke air panas itu
merah2 juga la
'tgk jari2 im, merah2 semua' kata aku pd kak lina
'jari banyak kuman mcm tu la' kata kak lina
aku hanya sengeh
'pepandai je akak ni. cuba akak plak rendam jari akak'
baru rendam sikit dah jerit x tahan panas
huhuhu
pastu aku saja simbah air panas ke kaki kak lina
gila lawak tgk muka dia tahan panas
aku tau sgt dia memang x tahan dengan air panas tu
saja nak kenakan
huhuhu

pulang terus ke kedai
aku beli milo, vitagen, redbull kak lina, gula2 utk kami dan adikku
beli beras untuk nasi anak2 juga
budget mcm x sampai rm50
aku sediakan rm50 saja
skali tgk bil rm50.80
aku terlompat sedikit sambil cakap
'alamak, x cukup duit'
dan gelak pandang orang kedai tu
diapun terkejut aku melompat tu
lawak gila
aku dengan kak lina gelak sakan dah
pdhal aku saja je acah camtu
budak tu dah tercengang2 siap kawan dia tanya kenapa
then dorangpun gelak sama dengan aksi spontan aku
aku n kak lina x henti2 gelak plak sampai ke kereta
'budget tu mcm ckp la rm50 kan' kata kak lina
'aah la, mana la tau x ckp' kata aku

pulang kerumah aku terus naik ke atas
harus mengedit gambar yg diambil td
mcm pening2 kepala je tiap kali nak edit
nak amik semula gambar dah malas
so edit je la apa yg ada

overall hari ni hari yg sgt best
penutup 2010 yg sangat sempoi
relax2 saja
hope esok dan seterusnya memberi kejayaan dalam hidup aku
amin

Thursday, December 30, 2010

2010

2011 akan tiba juga
2010 membawa beberapa perubahan dalam hidup aku
segala hutang perniagaan selesai
segala susah payah terlepas
awal sehingga pertengahan 2010 merupakan situasi tenat aku
bermula Julai aku sudah mula lega bernafas
bekerja dan berniaga banyak membantu aku
pengurusan kewangan juga sudah stabil

penghujung 2010 pula membawa kisah yang berlainan
kepala sudah mula berserabut memikirkan kenderaan yang bakal diguna
kereta akan dipulang kepada pemilik
motor juga begitu
hanya tinggal kudrat yang Allah beri
dan bersyukur aku mempunyai kudrat ini yang membolehkan aku berusaha untuk maju
Alhamdulillah

berperancangan membeli
dan mengstruktur semula perbelanjaan yang ada
kewangan yang agak terhad banyak membantut segala rangkaan
kesihatan yang tidak sempurna merangka budget medical
saving yang ada perlu diatur dengan sempurna

2010 juga banyak kenangan indah
sungguhpun masalah demi masalah yang datang
Alhamdulillah sentiasa saja ada penyelesaian
berharap segala kesulitan akan bertemu penyelesaian

2011 diharap memberi sinar kejayaan
semoga segala perancangan mendapat keberkatan Allah swt
moga dirahmati oleh-Nya hendaknya
Amin ya Allah

Rangka

Pagi td
Tgh pakai baju
Tetiba aku terpandang cermin kt toilet
Terketara pula aku yg semakin kurus ini
Sampaikan tulang rangka aku leh nampak
Sempat juga otak berfikir
'eh,mcm gitar plak' huhu
Mengong btl!

Di kedai 
Aku bercakap dgn kak nor
'td sy br prasan,badan sy dah mcm gitar. Kurus gila sampai nampak rangka'
'tulah akak dah cakap' kata kak nor
'kalau tau im ada gitar x payah akak beli' kata kak lina pula
Ni dah melampau ok!
Tp gurau2 saja aku cengkam tengkuk kak lina
Mood sgt the baik since semalam

Printer

adoi la
sakitnya hati
masa kecemasan nak print resume la printer ni nak ragam
esok dah makcik tu nak
semalam dia pesan bawa arini
tp semalam balik dah 9 lebih
memang ketiadaan masa nak prepare n print
printer ni memang dah bangang since beberapa bulan lepas
ni dah semakin bahalul la plak
makcik tu siap cakap esok dia datang lagi yea
serius dia dtg sbb nak amik resume aku je
semalam dah siap tanya 'kerja apa2 boleh?'
aku mcm tercengang2 gak la
apa makcik ni cakap
pastu tetiba tanya
'awak ada diploma?' soalan lagi
'ada diploma' jawapan ringkas aku
'berapa pointer awak?' soalan juga
'3.5' dengan bendul aku jawab
makcik tu pandang suami dia n cakap
'bagus result dia'
pastu pandang aku plak
'esok bawa resume yea. anak makcik keje Human Resources dekat SSM'
akupun mcm blur2 n angguk sambil jawab 'insyaAllah'
ada la nampak anak dia yg keje SSM tu
terdetik nak tanya masa nampak dia
tp segan la kan
pakai baju SSM tratantang depan mata aku
nak tanya keje segan silu itu ada
handsome ok!
huhuhu

Break

1st break = 30 minutes
Turun beli coklat
Dr semalam teringin makan coklat
Kat rumah ada je forrero rocher
Tp kat umah x teringin
Kat opis je selalunya teringin nak makan
Dan sudah ngilu gigi ku ini
Aduihai la
Dulu leh je makan coklat banyak manapun
Sekarang makan sikitpun dah penat menahan ngilu
Beli x ingat2 plak tu
Yang banyak n besar plak tu
Bukan tamak
Tp terlupa diri
Yang gigi xdelah sehebat dahulu
Huhu

Break

1st break = 30 minutes
Turun beli coklat
Dr semalam teringin makan coklat
Kat rumah ada je forrero rocher
Tp kat umah x teringin
Kat opis je selalunya teringin nak makan
Dan sudah ngilu gigi ku ini
Aduihai la
Dulu leh je makan coklat banyak manapun
Sekarang makan sikitpun dah penat menahan ngilu
Beli x ingat2 plak tu
Yang banyak n besar plak tu
Bukan tamak
Tp terlupa diri
Yang gigi xdelah sehebat dahulu
Huhu

Hujan = Sejuk

by Ismawati Abu Bakar on Wednesday, December 29, 2010 at 12:11pm

Malam tadi
Hujan agak lebat
Membuatkan aku menunggu lebih kurang sejam sebelum berangkat pulang
Di office terasa agak sejuk
X sedar pula hujan ketika itu
Sehingga kak lina maklumkan hujan diluar baru aku sedar

Menunggu sejam duduk bersama Kak Ina
Kak Lina berdiri jauh2
gaduhkan, mana nak duk dekat2
Borak perkara2 biasa je
Sambil borak boleh menaip notes
Sangat x normal aku ini!

Hujan yg x reda membuatkan aku tekad untuk pulang juga
Bape lama plak nak menunggu lagi
Berjalan ke motor saja aku sudah basah separuh
Sejuk!
Dan terus memakai baju hujan
Kenapa pakai kalau dah basah?
Akupun pelik kenapa aku pakai
Sekurang2nya x lencun kot

Aku bawa perlahan je
Sampai ke susur keluar jalan duta
Kereta berderet2
Aih! Jam kronik ke ni?
Fikir aku
Skali lalu tgk banjirnya Ya Allah
Xde motor berani lalu
Semua masuk ke simpang laluan motor
Aku kalau ikut situ gak nak ikut jalan manapun aku xtau
So aku redah je la
Beringat pada pesan Balang abangku
Guna gear 1 je terus jalan
Jangan berhenti sebab air leh masuk enjin
Tp ni pesan dia untuk bawa kereta
Aku gunakan kaedah sama untuk motor
Alhamdulillah berjaya
Siap ada sebiji kereta tenggelam siap dalam banjir tu

Sepanjang jalan aku agak menggigil
Kalah musim salji di Korea dulu sejuknya
Bahagian kaki dan tangan je la yg sejuk
Badan aku biasa la warm sentiasa
Akupun xtau bila agaknya badan aku sejuk
X pernah lagi rasanya
Jd mayat nanti sejuk la kan

Sampai rumah agak lewat
Aku bawa perlahan je
Perlahan x perlahan sgt la
Ada masa cecah gak 80km/j
Ada masa 60km/j je
Ada masa 40-50km/j pasal kereta banyak block jalan

Sampai rumah aku terus bg Ruby makan dulu
Siap terus naik atas salin baju
Kaki aku xleh biar sejuk sangat
Aku ada masalah dengan kaki dr kecik dulu
Kalau sejuk mesti sakit

Respond!

don't respond to me if u don't even feel like too
a question with 4 to 5 words
been reply with simple answer with 2 alphabet

berusaha membuang jauh perasaan marah
berusaha juga membuang perasaan sakit hati
berusaha juga untuk menegur
dan respond yg sangat x memuaskan hati
membuatkan segala mood untuk bermaafan hilang terus

Sangat Sensitif

Dari semalam sebenarnya
Aku cepat je terasa hati
Chat je pun aku leh nak tersentuh2 perasaan
Tp masih terkawal sensitiviti aku
Biasa normal je walaupun uzur
Sekali sekala dalam setahun memang akan ada moody yg melampau
Kak Lina dah biasa sangat patutnya
Tp arini dia dah jd mangsa angin aku
Puas la dia cakap
Aku hanya senyap tanpa sepatah kata
Sapa suh x jawab soalan aku dgn jawapan yg sepatutnya
Sekali xpe
Berkali2 yg buat angin yg ada kecik2 tu terus meletup
Cukup baik aku x melenting
Yana pun jd mangsa
Sapa suh sokong je kak lina tu
Memang xkan dengar la aku cakap pape
Perangai aku kalau marah dan sakit hati
Sejam ko cakap dgn aku
Sepatah perkataanpun kau xkan dgr dr aku
Bagi aku cool dulu
Jgn paksa2 aku berckp
Memang aku melenting
Notebook pun aku hentak td psl kak lina desak aku utk bercakap
Agak lama nak cool kan diri bila didesak
Aku jenis melenting bila dipaksa2
Meronta gak la nak lepaskan perasaan

Masih ada lg sikit sakit hati tu walaupun kak lina dah mnta maaf
Dah lama aku x angin ni
Sekali angin berjam gak nak sejukkan
Sakit dada dibuatnya


Written with iphone

Marah atau sakit hati?

Aku sendiri xtau nak kategorikan apa
Sama ada aku sedang marah atau sakit hati
Tapi lebih kepada sakit hati!
Dah tau mood aku sangat x stabil
Saja cr pasal apehal
Ikut hati nak je blah x payah buat keje yg ada
Buatpun sbb terpaksa
Mujur hujan
Kalau x
Awal2 start sakit hati aku dah blah!
Berturut2 buat sakit hati
Mula leh lagi la sabar
Cuba control mood aku
Makin byk plak yg dibuat
Hilang terus kesabaran aku!

Jeans and belt

jeans sudah longgar tahap gaban!
jeans yg aku suka
yg sudah 5 tahun agaknya usianya
sudah menjadi semakin longgar
dalam tempoh 5 tahun aku pakai
x pernah skali pun aku pakai belt
gemuk mcm mana pun jeans tu muat
kurus macam mana pun jeans tu x longgar
tp rasa kali ni kurus melampau
tetiba arini pakai kena guna belt
pasal dah longgar sangat
kak nor dah byk kali kata aku semakin kurus
maybe sbb aku x bape selera makan 2 3 minggu ni
penyakit aritu dtg semula
makan n rasa nak muntah
itu la punca aku kena buat full blood test n tiroid blood test
bukan best kurus2 ni
duduk sakit punggung pasal tulang je ada
hahaha

Monday, December 27, 2010

Mood = Good :) and No Good :(

pagi hari ini mood sangat bahagia
bangun juga agak lewat
akhirnya berjaya membangunkan diri pada jam 10 pagi
tapi sebenarnya dah bangun dari jam 6-8 lebih  x tido2
buka notebook cek kotak dah kuar kastam ke belum
tgk iphone untuk baca status update
tido semalam kul bape ek... kul 1 lebih kalau x silap
so, hari ni cukup tido la kiranya

pagi2 dah pergi ke kedai makanan haiwan
membeli makanan untuk Ruby dan Kiki
perut aku sendiri kosong masa tu
aku pergi sorang je psl kak lina mandi untuk siap2 pergi kerja
perut anak perlu diisi terdahulu
perut aku xpe lambatpun

balik dr kedai mencuci kandang Ruby pula
Kiki ada menanti untuk dipanggil makan
lepas cuci kandang Ruby dengar sayup2 suara anak kucing
akupun meliar mencari Ruby
mana plak budak ni?
kat umah sebelah ke? 
sekali dgr mcm dr dalam longkang
aku bergegas keluar pagar
tgk2 dia dah usaha dengan jayanya naik ke atas
nasib baik :)
x payah aku turun ke longkang untuk amik dia
cuci badan dia yg kotor
lap2 bagi kering
dan bagi makanan yg dibeli tadi

selesai naik ke atas semula
tgk kak lina dah siap ke lum
belum lagi rupanya
lama btl kalau tunggu dia bersiap
mcm2 kerja aku dah buat
hehe

di office pula
mood sangat mesra alam
seronok je nak kerja
semua kerja buat dengan hati yg senang
masa balikpun mood masih baik

balik dr opis aku ke NSK dulu membeli barang niaga
dari sini mood aku dah berubah
maybe sebab aku period
so, badan rasa letih yang sangat
nak beli waffle abis la plak
membuatkan mood bertambah x baik la
sampai rumah Ruby and Kiki kena sepak dengan aku
bukan saja2 nak sepak
sapa suruh dorang gigit kaki aku
aku memang tgh hangin pun ms tu
dah sepak pujuk balik bagi makanan sedap
hahaha
jahat betul aku ni

masuk umah makan
ye, baru dpt makan nasi
kat opis makan roti ikan bilis 2
tu je la makanan dr pagi smpai malam
dah malam baru makan nasi goreng mama masak
tekak x bape nak selesa
rasa macam ada benda mengasak

so sekarang ni tgh mood hangin separa bahagia

** kat NSK kak lina sepak kaki aku pasal aku salahkan dia aku x dpt waffle dr hari tu
** kat rumah aku sepak kucing pasal dorang gigit kaki aku
mana lagi kejam????
aku la kan... sbb haiwan apa la dorang tau.