Thursday, December 30, 2010

2010

2011 akan tiba juga
2010 membawa beberapa perubahan dalam hidup aku
segala hutang perniagaan selesai
segala susah payah terlepas
awal sehingga pertengahan 2010 merupakan situasi tenat aku
bermula Julai aku sudah mula lega bernafas
bekerja dan berniaga banyak membantu aku
pengurusan kewangan juga sudah stabil

penghujung 2010 pula membawa kisah yang berlainan
kepala sudah mula berserabut memikirkan kenderaan yang bakal diguna
kereta akan dipulang kepada pemilik
motor juga begitu
hanya tinggal kudrat yang Allah beri
dan bersyukur aku mempunyai kudrat ini yang membolehkan aku berusaha untuk maju
Alhamdulillah

berperancangan membeli
dan mengstruktur semula perbelanjaan yang ada
kewangan yang agak terhad banyak membantut segala rangkaan
kesihatan yang tidak sempurna merangka budget medical
saving yang ada perlu diatur dengan sempurna

2010 juga banyak kenangan indah
sungguhpun masalah demi masalah yang datang
Alhamdulillah sentiasa saja ada penyelesaian
berharap segala kesulitan akan bertemu penyelesaian

2011 diharap memberi sinar kejayaan
semoga segala perancangan mendapat keberkatan Allah swt
moga dirahmati oleh-Nya hendaknya
Amin ya Allah

No comments: