Friday, December 31, 2010

end of the year 2010

31/12/2010
hari yang agak menghappykan aku
dari pagi sehingga ke petang 
ada saja perkara2 yang menghappykan diri

pd mulanya
pagi aku sangat termalas nak bangun berniaga
tetapi kenangkan dah janji dengan kak nor untuk membantu pemindahan gambar
maka aku gagahkan diri untuk bangun walaupun baru 4 jam gitu menidurkan diri
sangat lenguh2 badan untuk membangunkan diri

pagi2 sampai uncle paper dah sound
'sudah pukul lapan' katanya
aku terus tgk jam
baru pukul 7.30
agak lewat la sampai pasal tunggu kekanda yg tercinta bersiap
kekandaku itu memang bersiap agak lama
hihi
jangan marah ye kak :)

di kedai pula
pagi2 sudah melihat kak sariyah berbaju bunga2
aku terus memandang dia dan nyanyi
'bunga2 matahari' sambil tersenyum memandang mukanya
dan dia terus merajuk
'alah, merajuk la akak. nak balik la' katanya
aku hanya gelak dan jawab 
'ala kak, merajuk plak'
dan kami tergelak saja sudahnya

abg bob pula muncul sambil menyebut 'air'
dan aku pula terus menyanyi lagi
'air pasang malam surut pukul 5' 
abg bob dengan sporting sambung
'nyonya bangun pagi siram pokok bunga'
fasha plak join
'pokok bunga melur tanam tepi kolam'
dan kak lina plak membuka suaranya
'amboi, siap ada sambungan' 
sangat happy pada pagi yang indah aku rasakan

hari ini agak sibuk di kedai
orang x ramai
tp sentiasa ada orang
duduk kejap dah bangun semula
ke sana ke sini
melayan kak nor sebentar
melihat itu dan ini di komputernya
dan selesai mengupload ke fbnya
aku agak lemah arini
tp mood sangat happy

habis berniaga aku mencuci fridge 
dan biasalah
kak lina terpaksa menunggu lama
aku sgt teliti
sampai merungut gak la kak lina
'akak dah lama tunggu, x gak habis2 lagi' katanya
aku hanya buat xtau dan sambung cuci
inilah ISMA
peti ais sangat diutamakn kebersihan
hehe
mcm bagus je

pulang ke rumah
aku mencuci semua kasut aku
ntah napa plak tetiba rajin nak cuci
bersih sudah semuanya
dan yg x bestnya
matahari xde
maka basah kuyup sudah kesemua kasut yg ada

naik ke atas mandi
dan aku terus tido
badan sakit2 sangat rasanya arini
kak lina ajak urut tp aku xnak
budget xde pasal nak buat blood test monday nanti
bukan la xde sangat kewangan
ada tu ada tp kena la backup untuk kecemasan
seperti biasa tidur ikut waktu charge iphone
aku dah rasa diri mcm iphone plak
asal charge je aku tido
asal tido je aku charge

petang pula aku ke hot spring selayang
merendam juga jari2 aku ke air panas itu
merah2 juga la
'tgk jari2 im, merah2 semua' kata aku pd kak lina
'jari banyak kuman mcm tu la' kata kak lina
aku hanya sengeh
'pepandai je akak ni. cuba akak plak rendam jari akak'
baru rendam sikit dah jerit x tahan panas
huhuhu
pastu aku saja simbah air panas ke kaki kak lina
gila lawak tgk muka dia tahan panas
aku tau sgt dia memang x tahan dengan air panas tu
saja nak kenakan
huhuhu

pulang terus ke kedai
aku beli milo, vitagen, redbull kak lina, gula2 utk kami dan adikku
beli beras untuk nasi anak2 juga
budget mcm x sampai rm50
aku sediakan rm50 saja
skali tgk bil rm50.80
aku terlompat sedikit sambil cakap
'alamak, x cukup duit'
dan gelak pandang orang kedai tu
diapun terkejut aku melompat tu
lawak gila
aku dengan kak lina gelak sakan dah
pdhal aku saja je acah camtu
budak tu dah tercengang2 siap kawan dia tanya kenapa
then dorangpun gelak sama dengan aksi spontan aku
aku n kak lina x henti2 gelak plak sampai ke kereta
'budget tu mcm ckp la rm50 kan' kata kak lina
'aah la, mana la tau x ckp' kata aku

pulang kerumah aku terus naik ke atas
harus mengedit gambar yg diambil td
mcm pening2 kepala je tiap kali nak edit
nak amik semula gambar dah malas
so edit je la apa yg ada

overall hari ni hari yg sgt best
penutup 2010 yg sangat sempoi
relax2 saja
hope esok dan seterusnya memberi kejayaan dalam hidup aku
amin

No comments: