Tuesday, December 27, 2011

Mood

Langsung xde mood nak bekerja
Adakah tanda perlu mencari kerja baru?
Hilang selera bekerja bila penat lelah kita dipandang sepi

Tuesday, December 20, 2011

performance review

rasanya company aku ni mmg x reti menghargai pekerja
suka2 CK ckp sehari maximum 4 jam je aku keje
abis tu yg aku blk lewat selalu tu mende?
yg aku xleh cuti direct tu kenapa plak?
yg phone asik bunyi memanjang ms aku cuti tu mende plak?
smpaikan aku x rs nikmat cuti lgsg

mnta increment kata xde dlm sejarah company dlm tempoh x smpai thn naik gaji 3x
bila x mnta dia sibuk tnya berapa aku target utk increment
memang x lama la rsnya keje sini
semua staff sakit hati je

bila dia dh ckp maximum aku keje 4 jam je sehari
aku ckp la system dorang teruk
amik kau
berubah muka kau
kau ingat company kau bagus sgt?
company management macam org xde akal
sakit btl hati bila usaha kita tak dihargai

dah la kepala serabut masalah peribadi
lagi serabut pk bos2 yg mcm tapir
yg patut review aku ialah kenef
tp sbb dia maternity leave ck kna amik alih
ck bkn tau tugasan harian aku

masa utk mencr kerja lain ya

Sunday, December 18, 2011

France

indahnya pemandangan org bermain boat
indahnya pemandangan ikan lumba2 membuat aksi tepat didepan mata
indahnya pemandangan belukar di ladang abg Somad
itulah mimpi aku
yg bertambah indahnya apabila mak ada bersama
mak turut bergembira bersama melihat boat yg penuh
mak turut teruja bermain ikan lumba2 bersama
dan abg Somad setia memerhati dan bergembira bersama

Ya Allah tak dpt aku nak gambarkan
betapa indahnya mimpi aku di France bersama arwah mak
sedangkan dialam nyata tidak pernah kesampaian kesana
dalam mimpi saja sudah membahagiakan hati
bertambah bahagia pabila mak turut disisi

Adakah mak wujud didalam mimpi utk menghiburkan hati aku yg lara?
diminda terfikir mahu ke perth
alih2 sudah bermimpi berada di France
adakah tanda2 mak tak izinkan utk membazir ke Perth selagi byk lg tanggungan yg perlu diselesaikan?
atau adakah itu tanda mak sentiasa ada disisi bila aku merasa keseorangan?
mungkin kesemuanya sekali
tapi smpai hari ini masih terbayang lg
keindahan laut yg dipenuhi dgn boat dan aksi ikan lumba2 yg mencuit hati
aku bermimpi dimalam jumaat kalau tak silap perkiraan aku

cuma yg aku terasa ganjil
bila aku cuba mengambil gambar arwah mak
hanya bayangan yg nampak
adakah org yg sudah meninggal sebegitu jdnya bila dialam mimpi?
aku dapat rasa dan lihat kehadiran mak
tp bila aku cuba sentuh tidak berjasad
mak tidak bercakap tp dari tingkahnya mampu membahagiakan hati aku

Ya Allah
aku amat bersyukur mempunyai mak yg sebegitu luhur hatinya
walaupun telah meninggalkan anaknya kerana kehendak-Mu
mak tetap ada hampir disisi
setiap kali aku kesusahan
pasti mak akan hadir dalam mimpi
syukur ya Allah

Ima bangga ada mak yg sgt penyayang dan penyabar

Al-Fatihah

Friday, December 16, 2011

Nafas berbunyi

Tgh tido boleh terjaga pula
sebab nafas boleh dgr di dada
seperti mahu check up di hospital
tp takut pula klu kna tahan wad

battery kong

adoi la nasib
disebabkan mencari buku sewa mps
lampu dlm kereta dibuka
x jmpa buku sewa terus lock kereta
lupa plak nk padam lampu dalam
arini konon nak panaskan enjin
skali try buka alarm langsung x on
aik kenapa ni?
dah buka pintu msk dlm br teringat lampu x bertutup
nak mnta tlg sapa la jumper kan kancilku itu
boleh jump lg ke?
bateri tu dh pernah kong skali aritu
masalah betul
dah la nak pakai kereta pergi bercuti
malang sungguh nasib
sudah jatuh ditimpa tangga pula
sudah la hidup seorang diri tanpa sesiapa disisi
bagaimana?


Tuesday, December 13, 2011

Masuk Campur

Tolong jgn masuk campur urusan aku boleh?
Yang sorang tu pulak duk sokong memanjang mcm lembu kena cucuk hidung
sayang sangatpun fikir la kat kepala otak tu
Allah bg akal fikiran
untuk berfikir duduk sebenar perkara
bukan Allah bagi fikiran untuk menidakkan yang benar
matang2kanlah fikiran kau tu wei

review

year end
review time
bila ek akan direview?
Kenef cuti bersalin
makanya berkemungkinan besar TS yg akan review
kita tgk camna
schedule for december sgt pack
patut kenef dah remind awal2 aku x boleh cuti bulan december
whatever it is
aku akan pergi bercuti ikut langkah kaki
xde planning kemana2
tp akan keluar dr KL mengikut gerak hati

Sunday, December 4, 2011

4 December 2011

happy birthday to herlina and taufiq
dua2 insan yg byk membantu dlm hidup
kak lina yg sentiasa ada bila susah dan senang
taufiq yg sedia membantu setiap kali diperlukan
syukur dipertemukan dgn dua2 insan ini
moga Allah membahagiakan kehidupan mereka
moga Allah memberi ketenangan dan kesenangan hidup didunia dan akhirat kepada mereka


Saturday, November 26, 2011

rabak

bulan ni sgt rabak
utk kereta habis rm400+
blanja pelbagai melebihi rm500
sewa rumah, dgn segala expenses rumah, bil telefon, ptptn, insurans dah rm500 lbh kurang
gaji xde balance siap negatif
alahai ganasnya berbelanja
kenapakah?

Wednesday, November 9, 2011

Coffee Bean

aku sgt addicted to pure double chocolate ice blended
everytime nmpak coffee bean confirm aku beli
dan sesiapa je yg keluar dgn aku kena paksa beli gak
huhu
tak suka la beli satu semata nak singgah

semalam beli kt the curve
budak cashier tu salah ambil order aku
dia dh chargepun kad debit aku tu
bila member dia tnya kau dh charge ke
dia cakap belum
dah balik umah hati terdetik nak tgk transaction for today kt maybank2u
tgk ada dua transaction terus je aku buka email
sent email to coffee bean
tp sampai arini takde respond

siang td cerita dgn kakak aku
dia suruh call maybank cerita mcm mana boleh double charge
banyak btl security question ditanya
maybank janji buat pemulangan baki dlm tmpoh 3-7 hr bekerja
tak kisah la
janji dpt blk duit tu

duit dr touch n go pun x dpt lg
ni dah dua bulan nk msk tiga bulan
janji dlm tempoh sebulan akan pulang blk

inilah payahnya
amik duit kita cepat
nak minta pulang balik payah
sakit hati je dgn kelembapan sistem

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha

Selamat Hari Raya Haji

Pagi ni terjg dr tido
terus ingat kat mak
rindunya!
sangat2 rindu smpai sesak dada rsnya
cuba membayangkan muka mak, tubuh badan mak
Ya Allah amat merindui mak :(

al-fatihah

Saturday, November 5, 2011

tender

minggu ni ada dua tender kena settlekan
malam td smpai dekat kul 12 masih bekerja walaupun dr rumah
rasa patut bos bg bonus ni
asal
ada tender je aku la orgnya yg akan blk lambat n siapkan segala keje

arini pun ada tender
tolong kak eja settlekan LOA aje
dlm ms sama sibuk trace stock2 yg missing dlm system
kena mencari segala document utk trace tu nanti
collection meeting lg
kemas n arrange store

banyaknya keje arini
patut la x sdr dh dkt kul 6 td
xleh blk lmbt sbb kak lina menunggu

next week nk cuti
tu yg kena settlekan semua keje
syida dh blaja sikit2 utk backup keje aku
tp itu br 10% dr tugas aku
byk lg nk kena ajar
dia dh siap remind get ready je phone utk dia call tnya itu ini
no problem aje klu nk mendidik org baru ;)

nak mengemas kedai n umah cuti nanti
hopefully will be a peaceful holiday
terpaksa cuti utk habiskan cuti tahunan yg x berusik itu
huhu

Saturday, October 29, 2011

hujan

sekarang dah masuk musim hujan
hari2 balik keje hujan
semalam nyaris berlaku accident
semua sebab pemandu kereta yg suka nak menyelit tanpa fikir penunggang motor

masa hujan la paling aku risau bawa motor
pandangan tak jelas
jalan licin
pemandu kereta tak prihatin
ini semua faktor punca penunggang motor mudah tergelicik jatuh


Thursday, October 27, 2011

ruby dan rantai

ruby ada satu masalah
setiap kali mahu memakaikan rantai
confirm akan tersekat dekat gigi dia
tadi beli rantai baru sebab rantai lama
dh ketat
tengah pakaikan tersangkut kat gigi berjaya dilepaskan
sudah pakai belum sempat dikemaskan dah tersangkut lagi
berderau dah darah bila tgk lidah dia dh pucat
langsung x dpt nak pegang pasal dia meradang
ruby memang sukar utk dipegang mahupun dibelai
melainkan memang mood dia mahu dibelai
jadinya aku dengan kak lina berusaha la menangkap
aku terus tangkap kepala (tengkuk) dia
kak lina cuba buka tapi sangkut
aku buka balik ikatan n berjaya
ruby tak puas hati terus cakar kaki aku
tak puas hati lagi dia gigit tangan aku
ruby ni memang anti dengan aku
suka dia je nak gigit aku kat mana2
tengah lepak2 dia boleh datang gigit pastu lari lintang pukang
sebab dia tau
kalau dia lambat sikit je dapat la dia penampar sekali
hahahaha jahatnya aku

Thursday, October 20, 2011

sakit tekak

sakit tekak since kelmarin
td pegi klinik
mak ai byk ubat dpt
rajin ke makan ubat tu nanti?
hurm

Sunday, October 16, 2011

Kasih Sayang

Selalu aje dibaca atau didengar
Sekiranya kita kasih dan sayangkan seseorang
Tak semestinya kita memiliki dia
Jika kita kasih dan sayangkan dia
Kita kena melepaskan dia pada orang yang dia kasih

Jika kita berkorban
Melepaskannya pd orang yg dikasihinya
Jiwa kita sendiri terseksa
Kebahagian dia penderitaan kita

Kenapa mesti ada orang ketiga dalam setiap perhubungan?
Dan kenapa orang ketiga sentiasa menang?
Adakah sebab kita tak cukup baik?
Adakah sebab kita tak cukup sempurna?
Adakah sebab dia mudah muak dengan kita?

Aku berfikir semasak yang boleh
Cara terbaik adalah melarikan diri
Jika dia boleh membuat kata dua pada aku
Aku juga boleh berbuat begitu padanya
Tetapi kata dua dia sahaja yang aku terima
Kata dua aku dicampak terus ke laut

Kenapa dia tak boleh setia pada yang satu?
Kenapa hati dia mudah sangat berubah?
Kenapa dia boleh mengatur hidup aku?
Kenapa aku tidak boleh menegur tindakannya?
Sudah bosankah?

Aku berfikir jauh
Mahu menjauhkan diri sehingga dia sedar kesilapannya
Tapi aku yakin
Sedikitpun dia tidak akan merindui aku
Malah bergembira sekiranya aku pergi jauh dari hidupnya
Itulah yang diharap

Tanggungjawab yang ada sahaja membuatkan aku bersabar
Ikut hati sudah lama aku pergi
Moga Allah menunjukkan jalan yg terbaik




Sunday, October 2, 2011

Nama

Sejak Kenef cuti n x boleh aktif bekerja
aku yg bertanggungjwb handle semua benda
aku yg kena monitor segala benda
jadi secara automatik nama aku naik
semua benda kena go through aku
x boleh direct ke kenef lg

aku memang sangat sibuk dan xde masa utk mendgr cerita2 remeh diwaktu pejabat
dan bukanlah aku nak tunjuk kuasa
kalau xde report utk dihantar pada bos aku yg kena marah
jadinya nampak la aku busy kesana sini
bukan nak mula lupa diri
tp masa yg ada kt pejabat sgt suntuk rasanya
memang x sempat nak catch up semua benda
aku dapat rasa ada suara2 yg x sedap mengata

the best way is dorang semua kena letak diri kt tmpt aku
rasa kerja aku mcm mana
bukan saja2 xnak dengar cerita remeh mereka
tp masa sgt suntuk sehingga kadang2 lgsg x sempat makan
kalau masa puasa dari jam 8pg smpai 6ptg mmg aku xde rest langsung

tp Alhamdulillah
sejak syida ada mana2 task yg x sempat aku buat
aku serahkan pd dia
tp dah tentulah task yg aku dh ajar dia mcm mana nk buat
dan dia takut bila dia asik bertanya
aku x akan marah sbb itu process dia belajar
aku perlu monitor ecah dan syida
sebab both of them yg akan assist aku dlm segala keje
kenef dh byk kali tegur suruh ajar dorang
tp nk buat camna aku dh terbiasa semua buat sendiri
tp bab arrangement utk hantar n collect brg dh boleh hrp pd syida
apa2 related to document syida sangat membantu
dan rasa boleh get long bekerja dgn dia
alhamdulillah ada rakan sekerja yg memahami dan sangat membantu

compliment to syida sbb dia dh mcm PA aku plak
semua benda mnta dia tlg remind
n dgn efficientnya dia akan memberi sticky note tugasan aku yg pending
n lekat pd notebook yg sah2 aku akan nmpak
thanks syida even dia xtau blog aku
hihi

bos janjikan kenaikan pangkat
tp aku xde mengharap sgt
sbb keje skrg dh berlambak
klu naik pangkat mau aku tido kt opis
moga dpt bertahan bekerja dgn mereka yg x efficient
haha

potluck

3rd oct nanti ada potluck
aku msk stroganof je la nmpaknya
x reti nk msk yg lain
huhu

kami dh bincang 2 mggu lepas
this week br aku shoot email to malay ladies
n within this week gak cc to two guys yg willing to bring something
n khamis aritu terus email invite semua staff
and respond amat memberangsangkan
kenef terus panggil msk blk
ingat nk marah psl aku lgsg x bincang dgn bos2 yg ada
rupanya dia nak bg duit belanja sikit katanya
skali rm500 dia bg
dah ckp byk tu bg aku
semlm plak kai jern tnya ckp ke duit
ckp la utk staff yg seramai 30 org tu
lagipun masing2 masak
bukan beli
kalau beli mmg mahal la

aku yg bertanggungjwb pegang duit tu
so sapa2 yg melampau mmg aku xkn bg claim
tau je dpt rm500 dah ada yg merancang mcm2
pantang btl aku
ms suruh kuar duit poket sendiri menu yg nk dibawa sgtla senang n murah

please la rakan2 pejabat aku
jgn la kedekut n buat perangai org hulu tu
duit rm500 bkn besar mana

Thursday, September 22, 2011

Update

lamanya x update blog
dr raya memanjang sibuk
ada je agenda hari minggu
minggu lepas cik putih selamat kawin dh
nani beria2 la nak makeup aku
lain la plak muka bila di makeup

dh dua mggu kenef cuti msk spital n etc
so aku pengganti dia utk sementara
serabut gak kepala semua keje nk kena pantau
semua keje nk kena buat
td kenef call ckp esok dia msk opis
lega!
sekrg2nya apa2 yg perlukan approval dia senang dh
dia xde semua yg memerlukan approval tgguh psl CK xnak buat
adoila
ikut aku dh tau buat semua tu
tp dia ckp kna tggu dia approve gak
ikut la kata boss

sudah terasa mahu bercuti sgt2
jadual yg sgt pack buat kepala serabut
jadual yg sgt pack buat jiwa memberontak nk bercuti
td dh ckp dgn kak lina
'akak confirm je nanti kita bercuti ye'
sbb aku dh x thn
nak amik cuti semggu
kita biar company rs kita xde semggu
tgk bape byk keje pending nnti
x thn la seorang buat 3 org pnya keje kan
cuti ada 12 hr lg
klu blh carry forward menarik gak
klu x blh carry forward baik abiskan thn ni gak

mahu kemana ye?

Wednesday, September 7, 2011

Harta

harta dunia x akan kekal
tapi kalau harta org kita x amanah
xde gunanya kita beramal ibadah
sedangkan amanah itu satu kewajipan

apa gunanya bersolat 5 waktu jika hati kita gelap
apa gunanya berwirid jika otak kita hanya memikirkan kemewahan duniawi

Solat yg diterima Allah akan menjdkan seseorang itu bercahaya hatinya
Wirid yg diterima Allah akan menjdkan otak seseorang itu waras dlm pertimbangan dunia dan akhirat

Robek hati aku hr ini
Inikah orgnya yg akan melindungi aku?
Inikah orgnya yg dipercayai oleh ibu bapanya

Tuesday, September 6, 2011

5th September

arini dh mula keje
Kak Lina start keje baru di UOB Singapore
cumanya company tu tubuhkan syarikat kt malaysia
uruskan bahagian cheque clearing
Opisnya kt The Intermark
iaitu hanya seberang jalan dr opis aku
Arini dh start ada teman pegi keje
xdela sorg2 aje

Tapi awal la peginya sbb kak lina msk kul 8
Maybe the whole month utk training ni msk kul 8 kot
So aku smpai opis 7.50am
terus on notebook and buat keje
baru amik cuti 2 hr setgh dh berderet keje
kalau la aku amik cuti seminggu
apa jd agaknya?
mau semua keje tergendala lg hebat dr hr ni

Aku start puasa arini
bagi menggantikan puasa ramadhan dan mendpt sunnah 6 hr dibulan syawal
Hari pertama Alhamdulillah segar
harap sampai habis nanti segar


Sunday, September 4, 2011

5th Day of Raya

Pagi2 sudah bangun dan bersiap pulang kerumah
Almaklum... sudah sebulan berpuasa dan seminggu beraya di kampung (Taman Ehsan)
Sedang memandu Balong sms bgtau lagi sejam nak sampai rumah aku
Alamak, mana la sempat nak masak lontong
Maka hanya sediakan air milo kotak dan kuih raya yg ada saja

Kemudian kami sama2 kerumah Balang
Kak Ani msk ayam lemak cili padi
Lamanya tak makan lemak cili padi ayam
Sangat berpuas hati walaupun nikmatnya tak sama macam yg mak masak
Itupun dah cukup bersyukur

Pulang dr rumah Balang terus memandu ke rumah Balong
Memaklumkan bahawa aku nak kerumah Bangah
Maka Balong terus call Bangah bgtau kitorg nk dtg
Tapi Abg Kamal plak berada dirumah Bangah
Jadi kami tunggulah Bangah dan Abg Kamal dtg kerumah Balong
Balang dh sampai 6.30
Masa tu aku, kak ana dan anak2 buah yg lain br pulang dr membeli barangan pasar

Aku yg membuka mulut utk msk lontong
Tak pernah masakpun selama ni
Main hentam je letak bahan2nya
Tak ada la aku nak sukat ke apa
Menjadi la juga walaupun tak cukup santan dan kunyit
Alhamdulillah orang puji :)

Kemudian kami adik bradik kerumah Bangah
Borak punya borak sampai la pukul 2 pagi
Balang follow aku dari belakang sampai kerumah Kak Lina
Konon nak balik rumah
Tapi psl dorang duk cite hantu dan ada kes bunuh kat flat aku tinggal
Maka aku tak berani pulang tgh malam sebegitu walaupun Balang nk teman sampai msk rumah
Yang paling aku takut adalah kisah hantu mereka itu
hahaha....
Aku sangat penakut ok!
Bawa kereta sorang2pun asik pandang belakang kot ada hantu...

6th Day of Raya pula macam mahu berjalan
Dan menunggu Gee untuk datang

Saturday, September 3, 2011

Budget

Siap ada budget utk birthday dia
Birthday aku?
Langsung tak amik kisahpun
Jangan harapla dia nak berbelanja utk aku
Bila aku terbaca
Marah pula
'Jangan baca' dgn nada marah dan garang
Padahal aku terbaca bukan saja2 nak baca
Allah nak tunjuk
Dia tak nampak tu semua
Kalau Allah nak tunjuk apa dia sorokkan dari aku
Bila2 je aku akan ternampak dan terbaca
Masih tak sedar kuasa Allah nak tunjukkan ketidakadilan dia
Masih nak menegakkan benang yg basah
Itulah sikap dia sejak berkenalan dan rapat dgn dia
Aku ni langsung takde faedah untuk dia
Aku ni langsung xde guna untuk dia

Entahla
Sampai bila boleh bersabar dgn sikap dia
Dia aje selama ni yg sabar dgn aku katanya
Padahal aku usaha bersabar
Dia x pernah nampak kesabaran aku
Sampaikan dia tak bagi aku berkwn rapat dgn sepupu diapun aku ikutkan
Sebab aku nak jaga hubungan kami
Tapi inreturn
Dia balas tuba pd aku
Allah ada
Bersabarlah selagi termampu

Friday, September 2, 2011

9 Hours

believe it or not
i have drive for 9 hours
only from Parit Buntar to Taman Ehsan
its just the because?
Hari Raya Festival

Moral of the story:
Try to learn traffic pattern whenever its come to special Festival

Tuesday, August 30, 2011

Raya

Tahun ni sangat simple
hanya beli tiga kuih raya
dan buat dua kuih raya
yg buat tu sudah pasti simple2 aje
iaitu corn flakes coklat dan madu

persiapan raya biasa2 aje
hanya sehelai baju kurung
tiada kasut baru
tiada t-shirt baru
tiada jeans baru
tahun ni sangat sengkek
macam mana nk cr duit lbh ni?

Thursday, August 25, 2011

Bercuti

Alahai x sabarnya nak bercuti
5 bulan kerja x pernah amik cuti
Tolak cuti raya ada lagi 12 hari lagi cuti kalau x silap
Mana nak pergi cuti banyak2 tu?
Kak Eja cakap boleh carry forward 7 hari je
Kalau carry forwardpun ke tahun depan
Ada 21 hari cuti untuk tahun 2012
Nak kemana pula?
Aku ni jenis susah nak saja2 cuti
Biasa kalau nak cuti pun sebab nak pegi jalan2
Nak saja2 lepak kt rumah xde la pula
Bosan kot lepak je xde keje..
Nak jalan2 budget belum ada
Tengok la mcm mana
Kuasa Allah kita tak tahu
Kot tiba2 Allah bagi rezeki lebih
Boleh pergi bercuti seminggu
Moga Allah murahkan rezeki hambanya ini
Aminn Ya Allah

Tuesday, August 23, 2011

Campak

Dia sudah pandai mencampak
Dia sudah pandai mengungkit
Dia sudah pandai menengking
Dia sudah pandai menghina

Manusia mudah lupa...
Setiap yg baru pasti akan dipuja
Yg lama akan dibiar sepi

Monday, August 22, 2011

Hadiah

Birthday aku bulan march
dapat hadiah bulan september
birthday aku awal march
dapat hadiah dah hujung2 bulan

birthday dia hujung august
tengah august dah sibuk cari hadiah
birthday dia hujung august
tgh august xde duitpun sanggup beli yg mahal

kenapa utk aku x boleh?
kenapa utk dia boleh?
bila aku cakap diungkit pula hadiah yg mahal dia pernah bagi
nak aku bayar semula apa yg pernah dibagi ke?
kalau ikhlas kenapa perlu diungkit mahal atau murah

untuk aku murah2 pun xpe
tp utk dia kena ada brand n mahal
bukan berat sebelah ke tu?
bila aku tegur cakap utk akupun dia beli mahal juga
siap suruh aku sebut apa yg tak betulnya

dia kecilkan hati aku xpe
aku kecilkan hati dia terus merajuk
abis hati aku siapa nk jaga?
memanjang aku je kena jg hati dia
yg dia sibuk jaga hati yg lain
hati aku dibiar lumatpun xpe
asalkan hati yg satu lg dibelai dgn segala kemewahan yg mampu diberi

manusia mudah lupa apabila mendapat sesuatu yg baru
yg lama sudah tak berguna lagi
bila diungkap apa yg aku rasa
diungkit dan ditepisnya sehebat mungkin
menunjukkan yg dia saja yg btl
siapalah aku
hanya menagih kasih yg hanya wujud dipinggir kali

Saturday, August 20, 2011

Leave form

semalam bos dah tanya
'isma, u cuti the whole week ke?' dgn muka risau dia
'yes, sbb tuesday,wednesday n thursday kan dpt cuti. so i amik monday and friday. and also next friday i nak half day'
'isi form ye' sambil senyum terpaksa
mau dia x risau
tinggal dia sorg je kt opis nanti
biasa hari2 aku sentiasa ada teman
org lain semua dh blk tp aku stay lg buat keje

Aku dpt replacement leave bulan june hari tu
so aku amik replacement utk jumaat 2/9/2011
annual leave amik 29/8/2011 sehari and 26/8/2011 half day
total cuti yg akan ditolak hanya sehari setgh
sepanjang 5 bulan keje, ini la aku btl2 amik cuti utk bercuti
dulu cuti setgh hr psl kereta rosak
sbb tu dia xde arguement langsung
org lain dah hantar leave form aku je duk sibuk sgt smpai xde ms nk apply
monday nanti la apply



Friday, August 19, 2011

Berbuka session

Alhamdulillah
settle dah 3 hr berbuka session yg aku handle
Selasa, 16 August seramai 300 org lbh dan kurang aku dan wana uruskan
arrange seat utk customer dan sangat sibuk
Lokasi Equatorial Bangi
Rabu, 17 August di Kuala Lumpur Convention Centre pula
Tgh sibuk uruskan arrangement seat dgn wana kena panggil msk meeting
wana kena uruskan arrangement utk 280 seat
PoC meeting kehadiran aku sgt penting
kena catch up dgn stiap sales person status n chase for form n any update
habis meeting PoC meeting utk Partner berbuka session pula
tak habis meeting aku dh terpaksa mnta diri utk ke KLCC
sebagai event organizer aku perlu hadir awal
sudah la semalamnya lambat sbb segalanya last minute
dan hari ni di Continental Hotel
berbuka session yg kecil sahaja
seramai 30+ org
dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar
mnta diri awal juga sbb dah x larat sgt

x sabar nk tggu next friday
nak cuti lama
sekrang kerap diperli
'Isma kan org penting skrg ni'
semua benda aku kena belajar cpt sbb bos pragnant
so bila dia cuti bersalin aku yg kna uruskan budak2 sales n admin

Lead for status of calling, sales review meeting
Lead for any event
Lead for PoC
Update product inventory
Generate leads for sales person
Handle claim from principle
Ajar budak sales baru guna system yg ada
Buat sales order n invoice dan follow up progress of the sales samaada item dh delivered atau license dah sent out
Prepare brochure utk sales person yg akan pergi meeting

Mcm ada lg x senarai
ini yg aku kena senaraikan kt bos apa kerja aku smpai sibuk sgt
cara physo aku mudah je
tulis atas kertas n tampal kat meja
dia konpem baca punya la
so dia tau progress aku sbb aku akan tick mana yg settle n mana yg belum
hopefully xde kerja tambahan dia bg tp biasanya ada aje
arini plak kena blaja buat costing utk luluskan sales order sales person yg aku buat

nampak mcm ini je ke keje aku?
Belum msk kena uruskan LOA utk tender
buat quotation utk sales person
update partner n customer inventory dlm system
So inilah namanya sales operation executive
kerja terlalu berlambak
dan aku cuba bertahan sebaik mungkin
moga Allah kuatkan fizikal dan mental aku


Friday, August 12, 2011

tanah runtuh

pagi td lps sahur
aku tido semula seperti biasa
bgn dlm keadaan mengah
mimpi tanah runtuh dan lari menyelamatkan diri

sebelum tanah runtuh
aku sedang berjalan
dan kaki tenggelam dan berjalan dan tenggelam
ada bukit pasir didepan
dan memandang pd tanah itu
hati berdetik 'mcm nk runtuh je tanah tu'
selang beberapa langkah tanah runtuh sedikit dan terus menderu
dan aku terus berlari menyelamatkan diri
berjumpa abang dan kakak aku
memarahi mereka kerana tidak sedar akan kejadian tanah runtuh hanya didepan premis mereka
dan selepas itu aku terus terjaga

apakah maknanya?

Sunday, August 7, 2011

Nasi Lemak di bulan Ramadhan

Malam td lbh kurang 8.02
bos aku sms
'Isma, when u otw. Can u help me tak pau... Some nasi lemak for me (8pax)? similar like v use to bought from office mamak store. Ok?'
Aku reply 'Where to find nasi lemak on ramadhan? Will try to find' - terasa kasar pula ayat selepas send
and bos reply 'I also think so, but see how la. Let me know ada or xade. I will also chk frm my side here when otw. We call each other. Tq'
then aku reply 'Ok noted. Will inform u later. Thanks'
dan sekali lg dia msg kata 'tq'
monday opening new office
of coz kena sedia some nasi lemak utk bos2 besar
tp biasanya kenef mnta wana tlg belikan
tp agaknya sbb aku ni chinese look dia suruh aku beli

perbualan aku dgn kak lina
'xkan im nk beli nasi lemak tgh bulan puasa ni'
'ala... kalau im belipun bkn org tau im melayu'
dan aku hanya diam
alamak... cmna ni?
redah je la esok cari kt kedai mamak area taman ehsan ni
opis baru tu aku yg pegang kunci and kena duduk situ sementara
maklum nk kena ajar budak baru
so maybe sbb tu kenef mnta aku yg tlg cr
xpela.. dh tanggungjawab
mcm ni la kalau keje dgn company yg bos2nya bkn islam
redha je la

Motor

Dugaan melanda
Ramadhan ke-5
Dari pagi telah menghantar GPS utk direpair
Pulang ke rumah dan menanti kakak aku menjemput
mahu ke kedai kek HOI katanya
seperti biasa menemani utk membeli barangan yg dicari
mak aih punya ramai org
beratur sikit pnya panjang
Selesai pulang kerumah kakak aku
Mahu mengambil motor
meminjam sementara waktu
nak menstabilkan kewangan aku dahulu
pinjam selama 3-4 bulan begitu perancangannya

Sesi mengstart motor yg dah berabuk sakan
Motor yg dh sekian lama x hidup
plate WPK tp br 3000++ km sahaja
Dari situ faham2 lah motor tu x bergerak lama
nak menghidupkan motor saja dh sekian lelahnya
berjaya menghidupka dan test round sekitar apartmentnya
dah yakin enjin cukup panas aku bergerak pulang

Memandu dengan kelajuan yg perlahan
Berhenti mengisi angin kerana tayar kurang angin sangat
sesampai Jalan Duta terasa bergegar di tayar belakang
berhenti dan melihat kondisi tayar
Alamak pancit habis ni
nak menolak tak larat aku ni - berkata2 di hati
Makanya aku memandu 20-30km/j shj sehari
sehingga sampai di Caltex jln kuching
baru nak isi angin
ada apek tua tanya
bocor ka?
entah kata aku
dia terus cek n ckp bocor
dia boleh ganti tp rm16 katanya
aku on kan aje

sementara tggu dia buka aku perhatikan la apa yg dia buat
dah tua sangat masih duduk kerja disitu
aku nanti dh tua mcm mana agaknya?
Tayar xde apa2 yg tercucuk
rupanya getah dalam dah putus
tiub nut tu dah longgar
masa apek tu buka tercabut terus
mau taknya angin habis

Lama jugak la tggu apek tu buka
tekak kering x usah kata
selesai aje aku terus bg RM20
xde duit kecik ke tnya apek tu
xpelah uncle, simpan la kata aku
terdetik dihati
Allah br uji 1% dr gaji aku
Selalu aje merungut x ckp duit
Ini juga peringatan Allah
zakat harus dibayar
syukur segalanya selamat
Alhamdulillah

Seutas rantai silver

Sedang mandi
Secara tiba2 teringat rantai yg dipakai
Terus meraba sekitar leher
'eh xde rantai' berbisik dihati
dan terus teringat
'oh baru teringat.aku mimpi td dpt seutas rantas silver dan terus memakainya' difikiran berfikir
Apakah petandanya?
Ramadhan kali ini yg aneh2 saja berlaku

Makhluk Putih

Ramadhan ke-4, Khamis
terjaga dr sahur
terus tersentak
dan menyebut 'Astarghfirullah' sambil mengusap muka
Makhluk berwarna putih bertenggek di kaki mengadap aku
Sesudah beristighfar secara pantas terus hilang makhluk itu
Apakah ia?
Di bulan Ramadhan yg mulia masih ada gangguan seperti itu

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan

Sangat pantas masa berlalu
sekejap saja dah hampir habis hari ketiga berpuasa
Tahun ke-6 berpuasa tanpa mak
sebelum Ramadhan bergenang sudah mata
Ramadhan kali ini diharap membawa barakah



Wednesday, July 27, 2011

Kereta berpelekat P @ Pemandu berlesen P

Sepulang dari kerja
selepas traffic light
aku memandu dengan kelajuan yang normal
berada di lane kiri
secara tiba2 kereta berpelekat P menghimpit
menghimpit dengan secara drastik
dengan spontan aku terus menekan hon sambil menghimpit ke kiri juga
bengong betul
kalau ya pun nak potong kereta depan kamu itu
lihat la dulu side mirror ada kereta ke tak
abis semua barang atas kerusi jatuh terabur ke lantai kereta
akupun terus berderau darah
sipi lagi nak mencium kereta dia

darah terus menyerbu marah
pemandu itu terus memecut laju
aku terus tekan pedal minyak mengejar
jauh juga dah aku kejar
mencilok juga diruang2 yg muat untuk follow kereta yg dipandu oleh pemandu tak berakal itu
sambil dihati bersyukur tak jadi pape
dan sambil beristighfar menahan marah
dan secara tiba2 akal waras mengingatkan
'buat apa kau kejar? kalau setakat nak tunjuk middle finger baik x payah... kalau org tu penyangak ke camna? x ke naya?'
dan terus aku memperlahankan kenderaan walaupun waktu itu sudah sangat hampir dengan kereta yg dipandu oleh pemandu yang tak berakal itu
dan aku dapat lihat mcm mana menggelabanya dia memecut laju di celah2 kereta yg ada bila aku turut mengejar

moral of the story...
kepada pemandu2 yg baru mendpt lesen
mahupun yg sudah lama mendpt lesen
sila sila lihat side mirror dan menoleh sedikit kot2 blind spot sebelum kita nak masuk lane org

ikutkan kalau aku tak sempat mengelak tadi
dentuman hebat juga lah tu
sebab dia memandu dengan sangat laju walaupun br kuar dr traffic light
syukur alhamdulillah selamat
dan syukur sebab cepat tersedar dari buat kerja tak berfaedah


Saturday, July 23, 2011

Seminggu

Isnin 18/7/11
- seharian sibuk dgn urusan pejabat, ajar budak tele-marketing baru dgn info2 yg aku tau... bagi sample email yg aku hantar pd potential partner...kena prepare semua barang yg nak dibawa untuk event esok... setup backdrop form yg BlueCat hantar as a testing mode before pasang btl2 kt Berjaya Times Square nanti.... Booth setup time patut mula jam 8 malam. Pergi setup keseorangan diri, berlarutan smpai ke 10 malam begitu. sempat makan burger wendy's yg aku claim resitnya sebab kena keje smpai lewat malam... huhu... Call CK maklumkan boothpun dorang tak pasang lagi... CK suruh balik tak bg tunggu smpai lewat malam, risau.  sebelum balik berjaya setup backdrop form and minta event organizer tlg letak elok2 kt booth aku bila booth siap dipasang nanti...Lebih kurang 11 lebih smpai rumah... sedikit scary sebab sunyi semcm je kwasan perumahan ni...tido sangat lena sebab keletihan melampau.

Selasa 19/7/11
- UEM E-Procurement Training. Suka juga dgn system baru yg they all setup, tp masih ada kelemahan. Feedback form dah aku submit, explain apa yg perlu diperbaiki dalam system baru itu. Start 1 September semua urusan tender, document submission, invoice and apa2 yg related with finance akan guna system tu. Cuma yg peliknya kenapa Kenef hantar aku ikut training ni? Patut Finance yg pergi sebab dorang kena belajar guna system tu... tugas aku tak ada kena mengena dengan procurement rasanya. Balik dari training Kenef tanya mcm mana training tu... and aku explain semua info yg aku dpt... dan sungguh yg seperti aku jangka... apa2 urusan berkaitan UEM aku yg kena uruskan sebab Portal tu aku kena install kat notebook yg aku guna. Adus!!! bertambah lg satu kerja... It's ok Isma, take it as a learning process. Good for your future :) positive thinking ... huhu... sebelum balik rumah diskas dgn Kenef n CK utk IPv6 conference esoknya sama ada aku kena pergi atau tak... punyala lama diskas... akhirnya aku senyum and buat keputusan aku tak pergi sebab banyak lagi kerja yg tertangguh...

Rabu 20/7/11
- FMM leads tak habis lagi masuk dalam google documents. dah kena get ready dengan government list... Ya Allah pening kepala dengan bos aku ni. Jap suruh siapkan FMM, jap suruh siapkan government. At last aku siapkan government list sebab sangat penting untuk budak2 sales aku. Timbul isu dokumen yg Albert minta... mana aku nak cekau dokumen tu sebab aku tak tau apa2 pasal PO dr kami kepada principal. Sama2 selesaikan dengan Wana... tak juga berjaya cari dokumen tu... Akhirnya Ms Looi dpt detact dokumen lain yg patut dicari. Ciss... penat aku dgn wana selongkar bilik file. hampeh btl... tp masih x jumpa juga dokumen yg dicari itu... huhu... selsema menjelma pula.

Khamis 21/7/11
- Selsema dah semakin teruk juga masa ni. Tapi gagahkan diri bangun mandi pergi kerja sebab kena set down booth... budak sales dah chase aku utk leads... aku dah siapkan yg cukup utk dorang cuma tunggu Kenef assign aje...pagi berusaha buat sebanyak mana leads yg termampu sebab akan tinggalkan budak2 sales lepas jam 12... jam 12.30 lebih kurang aku dah gerak ke berjaya times square.. sempat print out quotation yg kak eja minta tlg print sebab dia ada meeting kul 3. agak kelam kabut mengejar masa... kena replace tmpat nick yg kena balik ke pejabat sebab ada meeting dgn partner...nick half day aje jg booth... nak replace tmpt kak eja lg... smpai2 pegi makan dulu sebab dah lapar sgt... settle makan terus kembali ke booth. sunyi aje sbb org tgh berconference... final tea break org dtg berkerumun... mak aih, teknikal question... mati aku tak terjawab. jawapan terbaik aku 'its too technical for us, maybe u can drop an email or i can assist my technical to explain more details to you'... huhuhu... mana la aku reti nak jawab psl IPv6 dgn details. sikit2 aku tahu la... apa appliance yg digunakan n soalan2 comel... soalan2 besar gedabak mana la termampu aku nak menjawab.  Set down booth dengan Nurul aje... org kagum sebab dua2 perempuan yg buat kerja tu. And siap kena tolong ajar org sebelah camna nak tutup backdrop dorang... sendiri punya pun xtau apa mcm... adoi la. balik ke opis menghantar appliance and barang2 company yg berharga. balik lambat lagi... makan malam dengan kakak aku. dia ajak teman dia makan kat tesco... makan sambil bercerita hal kerja n keseronokan. 'sekarang awak dh suka la kerja situ?' tanya kakak aku... aku dengan senyuman 'hehe... dh suka'. 'sekarang susah kita nak dpt keje yg btl2 kita suka. apa yg ada tu buat yg terbaik' lbh kurang gitu la nasihat kakak aku... dan aku memang simpan  nasihat dia tu. kalau tak rasanya aku dah berhenti dari bulan pertama lagi...

Jumaat 22/7/11
- Sedikit panas2 badan... mungkin sebab selsema n batuk. Masa lunch kak Eja dah tanya, kenapa batuk tak elok lagi? actually dah nak elok, tp start balik sebab selsema plak tetiba... Kak Eja agak alert pasal aku ni... sakit kepala pun dia alert siap bg ubat... hari ni balik agak lewat. aku siapkan semua leads untuk FMM. sebab dah dapat arahan baru utk Bursa Saham leads plak nak disiapkan. Filing kena semak semula mana yg ada adjustment nak kena buat Marketing Fund Form. Rasa Isnin boleh siap kot leads bursa saham kalau xde nak kena buat quotation or mengajar budak sales baru or buat kerja2 yg tak terduga. Alamak... portal UEM tak sempat setup lagi. Isnin dah kena siapkan semua tu... Balik sama2 dengan Kak Eja. Esok panjat gunung lagi katanya... alahai aktifnya kak Eja ni mendaki gunung. Dia tunggu aku siapkan kerja baru balik sebab kalau tak aku tinggal dgn Fahmi je... lega siap FMM leads. xdelah nak termuntah tgk senarai company yg beribu2 tu...

Sabtu 23/7/11
- hari ni busu ada buat Majlis Tahlil kalau x silap balang call semlm. tp malas nak pergi sebab batuk2 n suara sangat kejantanan. Kak Ana call pun terus tanya demam ke... tekak gatal x terkira la. Lepak2 dirumah aje... nak relaxkan kepala n badan. Pagi2 bangun dah siap Iron baju seminggu, basuh baju, menyapu dan mengemas rumah. Sebuah novel habis dibaca... xtau nak buat apa dah... hurmmmm....

Thursday, July 21, 2011

Selsema

Mcm dh lama x kena selsema
tetiba hari ni selsema
kepala sakit Ya Allah
terasa nak balik je dr opis td
tp kenangkan kerja yg berlambak aku gagahkan gak badan
balik dekat kul 7 td
itupun dh dpt arahan esok kena mencr lg dokumen yg hilang tu
dokumen tu tahun 2010
aku xde kena mengena tp dipertanggungjawabkan utk mencr smpai jmpa
badan smpai lembik la hari ni
jalan pun mcm xde tenaga psl selsema n sakit kepala


Monday, July 18, 2011

bersantai

hari ini hari utk bersantai
dari pagi relax2 jalan ke pasar jmpa kak nor berborak
blk dr psr breakfast dgn kak lina n yana
borak2 lg mcm2 cerita
keluar pula ke ampang park buat facial
tetiba rs nk try sbb pernah buat skali je dulu
puas hati dan rs blh buat lg bila budget ada
huhu
selesai facial makan dulu kt nasi ayam ampé
tp makan nasi goreng usa aje
kak lina makan koey teow goreng basah
yana pula makan nasi berlauk ayam dan sayur
borak2 sekejap dan berjalan2 dlm ampang park
dah xtau nak jalan mana lg terus keluar drive
kak lina tunjukkan jln dr opis aku utk ke bejaya timesquare
maklum esok aku kena pegi setup booth kt sana utk IPv6 conference
dah tau jalan terus pula aku drive ke jalan pasar
membeli ikan gapi pula
saja nak bela sbb bosan kt umah xde apa
beli sepasang aje ckp la
nak beli sugar glider mahal gila
seekor rm500
waaaa dah la busuk tp mahal pula
blk dr jln psr terus ke titiwangsa
lepak2 sambil minum air mineral
kak lina biasa cincau pilihan hati
yana pula ice lemon tea
dan agak lama borak yana ajak beli goreng pisang
lepak lg tp dibawah pokok pula
lepak punya lepak sampai la dah ke ptg
terus pulang ke rumah masing2
aku melepak dulu kt umah kak lina
dah seminggu tido sini liat pula nk pulang ke rumah
dah seronok ada teman la katakan
malam nanti pulang juga kerumah
dah lama rumah terbiar sian pula
tambahan dah ada ikan ni
nak kena cr bekas
senang bela ikan yg x payah pakai oxygen
jimat elektrik aku
dah la duduk sorang
jarang ada kt rumah
tiap2 bulan elektrik cecah rm20+
punya la x logik
geram sampai aku saja xnk byr elektrik
huhuhu
byr skali harung je dgn bulan depan nanti

batuk nampaknya dh semakin baik
kak lina bagi makan ubat batuk and air asam jawa
malam2 dia kejutkan suh minum
terharu gitu
kalau duk umah sorang sapa plak nak tlg bancuhkan soma
dah sihat ni boleh la pulang kerumah
asal demam n x sihat tido umah kak lina
pastu sebarkan penyakit pd keluarga mereka
hihi
bukan sengaja
tp kalau duduk sorang susah kalau apa2 jd
moga2 tiada apa yg x baik berlaku
amin ya Allah

Wednesday, July 13, 2011

kemengantukan

hari2 blk keje dh mlm
basuh baju
kemas2 sikit
baring2
mata dah kuyu2
time to sleep
hari2 rs tido x puas
tp bila hari cuti xnak plak mata ni tido puas2
awal2 dah celik xleh tido semula
tp hari keje pejam aje konpem leh terlajak
kenapa ek???

Monday, July 4, 2011

Cherating

Akhirnya dpt bercuti
Sangat puas hati walaupun hanya dua hari satu malam
Chalet Ranting Beach Resort menjd pilihan
RM200 utk satu malam bertiga dan mengadap laut amat bebaloi
Angin laut yg sejuk dan mendamaikan
Hilang segala hal2 kerja di kepala
Walaupun dalam perjalanan sibuk lagi mengdial nombor rakan sepejabat utk pastikan mereka sampai di expo
Dan sempat juga menelefon Albert jam 8 malam selepas expo tamat
Risau juga sbb expo itu bawah tanggungjawab aku
Tp bos pun x setuju kalau 3 hr direct aku kena jaga
Lega juga bila segalanya selesai

Makan di Awang Ikan Bakar
Kali kedua makan disini
Dan rasanya masih seperti dahulu
Kali pertama adalah ketika aku dan Kak Lina bercuti secara mengejut di bulan Ramadhan ketika outstation dulu

Mencari kedai makan mengikut instinct aku kata yana
Dan nasib kedai2 aku pilih sedap2 masakannya
Kalau tidak kena bahan la dgn yana and kak lina
Kalau dulu bercuti berdua aje
Sekarang bertiga dan terasa seronok sebab dah tambah korum
Tp kata yana td
Tahun ni aje dpt cuti dengan kitorg sebab tahun depan dia dah kahwin

Bila aku n Kak Lina nak berkahwin?
Mama dah cadangkan kahwin serentak di Dewan atau tempat2 yg sesuai utk majlis perkahwinan
Masalah problem ialah kami sama2 tidak mempunyai calon
Memilih sangatkah?
Tidak pula rasanya
Cuma belum ada jodoh dan Allah belum temukan lagi dgn calon yg sesuai

Berbalik pd hal Cherating
Pantai sangat cantik!
Sejuk mata memandang dengan kehijauan kebiruan lautnya
Chalet yg dulunya aku duduk dah cantik sedikit
Penuh pula kali ini dengan rombongan
Kadar sewa juga sudah jauh berbeza
Seingat aku dulu sewa RM50 siap parking kereta sebelah chalet
dan hanya berjalan sedikit dah smpai di batu batuan lautan itu
dan sekejapan dah boleh mencecah kaki ke persisiran pantai
Lokasi dan kedudukan chalet masih sama cuma bezanya Rate terkini

Perancangan berikut ke Singapura pula
Membudgetkan diri juga la
Sedangkan ke Cherating habis rm400 aku seorang
Tak termasuk Kak Lina dan Yana yg mengeluarkan belanja masing2
kalau ke Singapore pula???
Hopefully target end of this year itu tercapai la hendaknya
Amin ya Allah

Terasa malas juga nak beransur pulang td
sempat ke kemaman meneman Kak Lina n Yana membeli keropok lekor
Dan aku tidak pula membeli kerana teramat rajinnya nak memasak
Dan kerana tinggal seorang diri x berbaloi membazir minyak setakat masak dua tiga ketul

Sakit2 badan pula
terasa malas mahu bekerja
huhu


Tuesday, June 28, 2011

Damn Tired!

Sangat penat
since morning busy melampauan
Meeting setengah hari
habis meeting balik terus pergi lunch
balik lunch terus siapkan sales order and invoice yg berderet
prepare sikit brochure utk esok
print agreement untuk hantar esok
uwaaaa
sangat busy
arini balikpun kerja x selesai lg
worried je esok x sempat siapkan soma
esok dah nak kena set up booth
sme expo start khamis ni
moga segala yg dirancang berjalan dengan lancar

amin ya Allah

Wednesday, June 22, 2011

Kembali berkomputer

Akhirnya dapat juga membawa PC ke rumah
sungguhpun ada notebook
tp tidak la rajin melayan keyboardnya yg sudah jahanam itu
certain2 huruf kena copy n paste dr file yg aku save
sangat the malas

internet pula dpt dr iphone
iphone pula dpt internet dr Digi
Digi pula baik hati bg offer pd Ambassador seperti aku
RM34 sebulan utk satu tahun
dah dekat setahun dah pun aku guna
pasni naik semula ke RM68 sebulan
line dia ok la kalau kena tempat yg sesuai
tp utk perayaan harap maaf la
sentiasa la xde line
geram juga

Ada pc membuatkan aku lambat tido
contohnya hari ni
dah 11.33 masa ni
tp masih meneruskan mengadap PC
kalau tak tu awal2 dah melelapkan mata
tp macam biasa la
tido kul 10 bangunnya kul 3 pagi
tido lewat sikit lewat la bangunnya
tau2 dah subuh
huhuhu

Speaker plak sudah diambil dr kedai
speaker yg arwah pak ngah bagi satu set dgn pc
pc plak dr anak Haji Nordin yg blaja kat Jepun
dan sah2 la semua set dr jepun
cumanya hanya speaker dpt diselamatkan
yg lain semua aku xtau dah kemana
dgn keyboardnya lesap
mouse ghaib
cpu dah xleh guna
nasib speaker sangat setia
dan sangat selesa didengar
sound yg sangat mantap

Monitor plak amik dr nor
dasat btl nk mendptkan pc semula
macam2 masalah timbul
cpu 2 biji yg ada rosak
speaker yg ada xde connector la
keyboard port problem la
tp Alhamdulillah
akhirnya semuanya ada dengan lengkap

Wednesday, June 15, 2011

Overloaded

kerja saya makin banyak
inventory berlambak2 utk 2 company
kerja sudah bertindan2
tp xtau la mcm mana
sibuk mcm manapun aku boleh lg buat call n siapkan semua kerja harian
cuma inventory amik masa nak settlekan
v-tiger problem melambatkan proses utk leads
sales order n invoice sentiasa perlu disiapkan segera
kena chase CK utk Delivery Instruction semua
uruskan 2 event yg besar
wahhhh
kalau listkan
baru aku sedar banyak gila kerja yg sedang menanti

aku umpama centralize notebook utk rakan2 sekerja yg lain
asal nak print aku orgnya yg kena uruskan
notebook dorg soma xleh nk print guna network yg ada
budak teknikal sendiri xleh nk fix benda tu

brochure semua aku kena sediakan
kdg rs terbeban juga
stakat brochure buat la sendiri
tp sebab fikir apa salahnya relaxkan jap mata dr memandang notebook sedari pagi
dapat juga meregangkan urat2 bila bgn siapkan brochure yg diperlukan

sekrang 9 jam di opis x terasa
tau2 dah jam 6 ptg
busynya smpai x sedar ms berlalu
esok kepala akan serabut lg dgn kerja2 yg perlu diupdate
esok nk present SME Expo pnya perancangan
Chase CK utk DI
diskas dgn Kenef psl pricing panda n sales order yg dia belum proses
call new potential partner
asalkan xde yg mengganggu aku akan happy je kerja
aku x kisah kerja byk
syarat jgn ganggu n bebel je

tp situ bos akak memahami juga la
kalau dia tgk aku sibuk sgt
bila mnta tlg apa2 dia akan tnya boleh ke tak
dan aku x pernah kata x boleh
aku dah boleh bahagikan mana yg penting n mana yg kurang penting
yg mana urgent yg mana boleh tunda
itu yg membuatkan time management aku agak teratur
Alhamdulillah mudah memahami apa yg perlu dibuat
sekali aje bos tegur kesalahan
aku terus semat dlm kepala
dan berusaha lakukan yg lebih baik

aku berusaha utk kekal
selagi termampu
aku xde masalah dr kerja
masalah dgn org aje

Saturday, June 11, 2011

Tersentuh

Hati sgt tersentuh
tujuan bercerita masalah kerja
bebanan kerja yg berlambak
memang aku asik merungut xde kerja sebelum ni
tp sekarang kerja berlambak melampauan plak

bercerita la keluhan aku pd org yg sangat aku syg
bila dia menyuarakan rasa
'bosanlah, cerita la benda lain'
sangat tersentak hati aku
apa perasaan anda jika tujuan bercerita utk melegakan tekanan
tp diusul pula dgn perkataan bosan
bosan sgt dah ke dgn cerita2 aku
dah bosan sgt dah ke dgn aku

berubah sgt dah orgnya

event lg

SME Expo x start n settle lg segala persiapan
kenef dah usulkan Event utk iPV6 plak
adoi la
nak kena present kat meeting lg progress yg aku buat
nak kena present kt semua sales n bos
dah lama x buat keje2 camni
hope boleh present tnpa sebarang masalah

Product Inventory lgsg x settle lg
Leads x sempat key in lg
sempat ke aku siapkan semua ni?
kalau kt opis x sempat
terpaksa bawa laptop blk umah n siapkan semua
penat mmg penat la
tp dah keje nk buat camna
kena la siapkan semua walaupun bidang tugas aku dah jauh lari dr apa yg sepatutnya
sales admin xde aku la yg kena buat semua
keje sales operation aku gak yg buat
gaji xde plak nk bg utk 2 org
lunyai kepala otak ni

end user n partner agenda semua aku kena uruskan
PoC semua nak aku update
uwaaaaa
byk gila keje
nak bercuti :((

Wednesday, June 8, 2011

Kerja = Berlambak

Masuk bulan kedua bekerja aku sudah mula rasa sibuk
tapi masih ada lapang juga
masuk bulan ketiga pula
aku sibuk macam nak semput nafas
sampaikan ada yv menegur
'isma sibuk ke skrg? asik kesana sini je' tanya Jue
'perasan ek? kena urus sales admin pnya task skali' kata aku
and serius sangat...
aku sangat penat setiap hari
kepala sarat sentiasa
macam2 nak kena uruskan
event sme expo lg
aduh...
pening kepala

Sunday, June 5, 2011

Menyepi

terasa lama benar tak update blog
sekian hari semakin sibuk
sekian hari semakin letih
sekian hari semakin x cukup masa
sekian hari semakin serabut
sangat memerlukan rehat yang panjang

kerja sudah semakin bertambah
selain organize event (yg dah sahih busynya amat memenatkan)
harus juga mengambil alih tugas sales admin yg berhenti
membuat sales order, invoice dan quotation
menyusun semula filling yg sangat berterabur
arrange meeting untuk partners and make cold call untuk cari lebih ramai partner
sedia brochure and goodie bag untuk sebarang meeting atau event
menjinakkan diri dalam bidang sales
melayan customer dan menyediakan sebut harga
set time utk PoC dan urus segala keperluan end user
terasa masa itu sangat pantas berlalu

kalau dulunya kerap merungut xde kerja
sekali kerja datang
sampai rasa x ckp masa utk diuruskan
time management sangat penting
Alhamdulillah setakat ni setiap yg diarah berjaya disiapkan sebelum bos tanya semula
dan boleh tersenyum bila bos agak kagum aku dah siapkan sebelum dia soal semula
cuma sekali haritu terlupa appointment kerana busy dengan event procedure
kena marah juga dgn Kenef (bos aku)
harapnya selepas ini xkn terjadi lupa appointment n etc

Setiap hari yg aku jangka xde kerja
pasti akan ada kerja yg menanti
dan esok Isnin
sudah pelbagai agenda di kepala
Set meeting dgn En Adnan dr GITN
Set meeting dgn En Fazri dr Uda Dayaurus
Follow Kenef utk partner meeting di Puchong klu x silap
Submit business presentation untuk Data Alliance dan Panda
Mencari semua filling yg wana teraburkan

Selasa pula ada Partner meeting lg dgn pihak Boustead
Meeting dgn CK berkenaan SME expo utk schedule person siapa yg akan pergi utk 3 hari itu
Discuss promotion yg ada utk proceed atau tidak
Confirmkan date utk VPN presentation bg UDA Dayaurus
Confirmkan meeting dgn GITN berkenaan Sangfor
Fiiling perlu settle cepat utk blaja maintenance
wahhhhh....
jadual yg sangat packed

Rabu ada meeting
kena cepat update semua phone call n meeting
ini semua punca aku menyepi dr menulis di blog
bukan tak ada masa
cuma sangat letih membantutkan mood mengarang
walaupun bukan mengarang apa sangat
tapi untuk menulis perlukan otak berfikir apa yg harus ditulis
dan itu membuatkan aku semakin letih pula
oleh itu bila free mcm arini boleh la update

sekarang setiap hari sabtu atau ahad aku akan pastikan keluar berjalan
utk hilangkan stress bekerja
dan sudah maklumkan pd kak lina nak bercuti
sebab aku dah mula stress bekerja
kemana?
tempat yg damai2 sahaja

Monday, May 30, 2011

kurus dan putih?

Kak Faezah : Isma kenapa makin kurus ni?
Aku : Biasa je kak... makan nasi 2x sehari. pagi makan gak

Kak Nor : Im kau ni makin kurus. dah melengkung ni (sambil pegang perut aku)
Aku : Entah la kak nor...makan sama je

aku pun pelik camna aku boleh makin kurus. nak kata hati susah lg xde la plak. doa dah dimakbulkan... cuma perlu dipupuk untuk kembali seperti biasa.

Kak Ida : Makin putih ni sejak keje pejabat
Aku : putih? hari2 saya berjemur (jalan ke ampang park panas terik ok! jalan ke kedai makan pun berjemur tau)
Kak Ida : x meniaga makin putih ye

Aku hanya senyap. cerah sikit kot sebab x payah bawa motor tghari panas2...bawa kereta je... kuar pg blk malam. kuar tghari utk lunch dptkan cahaya matahati dlm 15 minit. x sempat nak gelap sgt kot. hehe... tp aku tgk xdela cerahpun. gelap je sama mcm dulu...

Sunday, May 29, 2011

aktiviti

lebih kurang jam 10.30 pagi gerak ke pasar taman ehsan
jmpa dgn org yg nk sewa tu
atas perbincangan wang tanda persetujuan diserahkan
selepas ni setiap hujung bulan amik sewa
dan aku harus menunjuk muka utk buktikan dia bekerja dgn aku
harap xde masalah
atas bantuan kak sariah juga masalah selesai

habis bincang dgn org yg nk sewa tu
bincang dgn pak din
dia xnak niaga plak sbb org tu nak jual bakso
aku dah ckp xpe sebab menu lain
tp dia tetap xnak
xpela...
xkan nak paksa2 plak
sewa bulan 5 pak din dah serahkan

selesai semua perbincangan jumpa kak nor
maklumkan notebook dia aku dah hantar semlm
next week baru siap kalau xde apa2 problem

abis urusan kat taman ehsan mencari bengkel pula
masa untuk servis kereta dah tiba
rm95 pula kali ni
rabak gila bulan lima ni
mula2 rm400 utk draft shaft
kemudian rm75 utk bearing
ni rm95 pula utk servis
cuci kereta td rm7
huhu...
masuk gak dlm kewangan kereta
13 june plak road tax mati
adus!!!!
lagi kronik akaun aku

tp alhamdulillah dah ada org nak sewa kedai
ada lebih2 tu boleh la menyimpan sikit2
dulu masa meniaga memang every month menyimpan
baru 3 bulan x niaga duit simpanan dah nak abis
segala perbelanjaan kereta dan kedai guna duit tu
mau x rabak akaun

gaji x masuk lg
akaun dah xleh kuar duit
nasib duit tanah aritu simpan dalam bsn
ada gak utk cover sampai dpt gaji
ntah napa bln ni teruk sgt duit
seumur hidup ini kali pertama rasa sesak sgt xde duit
gaji lebih dr niaga n part time pun x ckp cover perbelanjaan
mana xnya...
minyak kereta dah rm200 lbh kurang sebulan
itu utk kerja saja
keluar jln2 hr minggu isi lain lg
duit belanja makan kt opis sehari lbh kurang rm15
sebulan lbh kurang rm300
total rm500 utk blanja ke opis sahaja
blanja peribadi?
sewa rumah...bil letrik + air...ptptn...insurance...digi...
duit mcm air skrg ni
mana nk cr duit extra ye?


Saturday, May 28, 2011

Stress

Aku stress
sangat stress dgn sikap dia
buat aku mcm sampah
kunci kereta aku dicampak dalam gelap
mencari2 dalam gelap smpai jumpa
ditutup pagar rumahnya secepat mungkin xnk bg aku msk

kalaupun hina aku ni pd matamu
x payahlah campak2 kunci kereta aku
aku tau la kereta aku buruk
dan x perlu la kunci pagar tergesa2 menghalau aku
cukup maklumkan x boleh msk

hp aku smpai habis bateri la xde charger
dah la aku emergency perlukan map
minta bantuan dimarah pula
ditengking juga
kerap benar menengking aku skrg ini
memang terasa hina la

hati dia je aku kena jaga
hati aku ni campak ke laut
sebaik mana aku usaha menjaga hati dia
semakin terguris perasaan aku sendiri

aku akan usaha segalanya sendiri
bak kata dia aku ini asik harap pd dia
terusan la campak aku terkapai2
terima kasih usaha menghanyutkan aku
tunggu tenggelam dan dia x akan jumpa aku lg

kalau boleh mnta nyawa ditarik
itu yg aku mohon
supaya aku x lg menahan sakit di hati
supaya aku x lg ganggu hidup dia
supaya dia aman hidup sendiri
supaya aku tidak lg ditengking
supaya aku tidak lg terasa seperti sampah

Sunday, May 22, 2011

Kesyukuran

Aku bersyukur ke hadrat Allah
Doa dan solat hajat aku dimakbulkan
Hati sudah kembali bahagia
Moga tiada lg kesedihan yg akan menimpa
Ya Allah
Aku bersyukur atas nikmat yg Engkau berikan

Nur Kasih

Semlm menonton wayang bersama kak lina dan yana
Nur Kasih the movie
cerita yg menarik bagi aku
Rentetan dari Drama ke Movie
Cuma kesedihan tidak benar2 memagut kesedihan dijiwa aku
Cuma Yana sahaja yg menangis
Halus benar jiwanya
Aku hanya bergenang mata tanpa menitik
Kak Lina tidak terusik perasaanya dgn jaya

Hari yg sangat panjang
Agak lewat keluar kerana pgnya aku membawa Alya dan Kak Ngah bermain dahulu
Kemudian menghantar kerumah Nizal sbb nor repair kete kt sana
Dan terus ke rumah kak lina

Mengambil yana dan terus ke One Utama
Mengambil tiket yg telah dibayar online
Dan luas panggungnya
Selesai wayang makan dahulu sebab aku dah lapar melampau
Gastrik sedikit menyerang
Makan pedas pula menjadikan x dapat menghabiskan makanan

Borak2 yg panjang
Berjalan2 kesana sini
Minum malam pula
sebelum pulang ke rumah
Hari yg penuh dengan isi perbualan


Saturday, May 21, 2011

Sang Kancil

Sang Kancil yg comel
Kenapa kerap benar engkau sakit?
Tahukah engkau apabila engkau sakit
Aku turut merasai kesakitannya
Bahkan lebih kronik sakitku dari dirimu sendiri

Payah benar aku mencari kewangan
Berusaha menyimpan
Dan kau senang2 aje meminta
Kalau sedikit tidak apa
Sekali meminta beratus2 juga keluar
Dan ada kalanya mencecah seribu juga

Aduhai Sang Kancil
Sungguhpun dirimu kecil
Tetapi perbelanjaanmu sangatlah besar
Bagaimana pula nanti sekiranya aku mendapat Sang yg lebih besar darimu
Maka perbelanjaan akan semakin besar jugalahkan?
Adakah aku mampu?

Jangan sakit2 lagi ya Sang Kancil
13 June nanti mahu renew jalanan hidup kamu
Supaya kamu masih boleh bergerak kesana sini tanpa disaman

Doakan aku dimurahkan rezeki hendaknya
Amin

Monday, May 16, 2011

Kalau aku pergi dulu

Kalau aku pergi dulu
Aku mahu kau tahu bahawa aku teramat menyayangimu
Bukan niat mahu mengongkong
tp atas rasa kasih dan sayang yg mendalam mendesak aku menjagamu sebaik yg mungkin

Kalau aku pergi dulu
Aku mahu kau tahu bahawa aku merindui setiap detik kita bersama
Aku sentiasa mengenang saat2 kita bersama suka mahupun duka
Tidak seharipun aku terlupa akan dirimu

Kalau aku pergi dulu
Aku mahu kau tahu bahawa aku bukan sengaja mencari sengketa
Terlalu kasih dan sayang membuatkan aku menjadi terlalu sensitif
Mudah saja hatiku tersentuh dgn tingkah dan perlakuanmu itu

Kalau aku pergi dulu
Aku mahu kau tahu bahawa tidak ada sesiapa yg dpt menggantikan tempatmu dihatiku
Sudah puas aku berusaha mengikis ingatan padamu
Tapi semuanya sangat susah untuk dibuang kerana ianya sangat melekat dan kekal jitu di hatiku

Kalau aku pergi dulu
Aku mahu kau tahu bahawa setiap luka dihatiku aku usaha memulihkan sendiri
Walaupun kau langsung tak pernah cuba merawatnya selepas kau sendiri lukakannya
Tapi aku berusaha merawatnya agar hubungan kita sentiasa baik
Sungguhpun hatiku sendiri merana dengan sikapmu itu

Kalau aku pergi dulu
Aku mahu kau tahu bahawa hati aku sangat sakit dengan ketidakadilan dirimu
Tapi aku berusaha mengawal perasaan aku sendiri
Biarpun hati aku parah, aku tetap cuba membalutnya dgn anggapan yg tiada apa perlu dirisau

Kalau aku pergi dulu
Aku mahu kau tahu bahawa aku sentiasa mengharap kau akan memujuk aku
Tapi semua itu hanya harapan aku yg tidak akan kesampaian
Aku sendiri memujuk diri dan memujuk dirimu juga

Kalau aku pergi dulu
Aku mahu kau tahu bahawa aku sentiasa mendoakan yg terbaik sahaja untukmu

Kalau aku pergi dulu
Aku mahu kau tahu bahawa mungkin kau terasa tertekan dengan sikap aku
Tapi percayalah sikap aku begitu kerana luka yg kau sendiri ciptakan

Kalau aku pergi dulu
Aku mohonkan kemaafan yg tulus dr hatimu

Kalau aku pergi dulu
Aku mahu kau menjaga diri sebaik yg mungkin kerana aku sudah tiada untuk memerhati, melindung dan menjaga

Kalau aku pergi dulu
Aku mahu kau melupakan aku terus dr hidupmu
Kerana aku tak mahu jiwa kau terseksa dengan kenangan persengketaan yg pernah wujud antara kita

Kalau aku pergi dulu
Aku sudah mewasiatkan pdmu setiap apa sahaja milik aku
Dan aku mahu kau memegang amanah yg aku berikan

Kalau aku pergi dulu
Aku mahu kau tahu bahawa aku teramat mengharap layanan istimewamu seperti layananmu pd insan lain yg kau sayang
Tapi tidak sekalipun aku perolehnya

Kalau aku pergi dulu
Aku ucapkan terima kasih kerana sentiasa memaafkan dan menerima diri aku yg serba kekurangan ini

Kalau aku pergi dulu
Aku mahu kau tahu aku akan sentiasa mendoakan kebahagian kau dengan dia
Kerana aku pencetus sengketa katamu

Kalau aku pergi dulu
Aku sangat mohonkan doa sucimu utk diriku yg penuh dengan dosa2 besar

Kalau aku pergi dulu
Tidak perlulah kau menangisi pemergianku kerana bagi aku itu adalah detik kebahagianmu
Kerana aku sudah tiada untuk mengganggu hidupmu

Kalau aku pergi dulu
Aku mahukan kebahagian hakiki utk dirimu

terasa

aku tidak disuruh memilih
dia disuruh memilih
sekotak miliknya
sedangkan aku hanya mampu melihat tindakannya
tiada special untuk aku
hanya dibenarkan ambil dr apa yg dibeli
bukan disuruh untuk memilih untuk dibelinya
dan tidak pula diberinya

aku mampu membeli sendiri
biarpun aku ini miskin xde harta
terima kasih atas rancangan itu
sangat hebat lakonan anda!
nampak sangat jurang perbezaannya
masih mahu menafikan kah?

Sunday, May 15, 2011

Semakin kering

Balong : Makcu kau makin kering
Kak Ana : makcu kau lg kering dr mak

itulah perbualan antara balong n kak ana terhadap afiqah.

kenapa aku makin kurus?
nak kata kerja teruk berfikir tidak pula
mungkin sebab badan terlalu penat
atau mungkin sebab hati aku sendiri runsing

3 bulan dah berlalu
tp hati masih tidak mampu menerima
aku makan memang 3 kali sehari
tp makan aku hanya utk mengisi perut yg lapar
bukan makan untuk meneruskan kehidupan
berbeza maksud keduanya

hari ini agak happy dpt keluar bersama
tp dihati masih terasa gap
walaupun seronok bercerita pelbagai kisah
berkongsi cerita itu dan ini
tp masih ada jurang antara kami
tidak ada ikatan yg mesra
mesra seperti dahulu

sememangnya kami mesra td
tp dlm konsep yg berlainan
yg mana aku x pasti penerimaan dirinya pd aku
mesra sebagai kawan sahajakah
atau mesra utk menjalin kembali kasih syg antara kami dan membuka lembaran baru
aku sendiri tidak pasti
bagi aku yg telah dibuang
seharusnya ada kemusykilan di hati
tp apabila dia sudah mula memesrakan diri
aku mengikut saja rentaknya
dan aku tersangat bahagia

moga segala yg baik2 sahaja akan berlaku dalam hidup aku
amin ya Allah


Saturday, May 14, 2011

Multitasking

Kerja sudah semakin banyak
aku orgnya event organizer
aku orgnya manage partner
aku orgnya urus list company/name yg diperlukan
aku orgnya update and create new event/campaign dalam database
aku orgnya key in semua data partners dlm database
aku orgnya sediakan authorisation letter
wah!!!
byknya keje
tp aku dah mula happy keje yg busy

Monday, May 9, 2011

Tahlil

Sambutan hari Ibu
aku dan adik bradik mengadakan tahlil
bagus juga buat kt rumah aku
maklum br pindah
balong yg rancang
Alhamdulillah semua berjalan lancar
seronok berkumpul bercerita kisah bersama mak dan abah
hati terhibur juga sbb ramai tidak keseorangan
moga mak dan abah bahagia di sana

demam

jumaat hr tu
selepas breakfast roti canai sardin
perut terus rs x selesa
menjelang tghari terasa demam
gagahkan diri ikut meeting ke IKIM
blk dr meeting closing kepala sakit melampau
berdenyut gila smpai xleh nk buat keje apa
saja blk lewat sikit ptg tu sbb xnk pulang ke rumah dulu
lbh kurang 6.50 gerak ke HP Tower nk amik kak lina
smpai terus msg bgtau nak lelap mata
dpt tido setgh jam sementara kak lina abis keje
tido dlm kete bknnya selesa
blk rumah makan nasi
makan ubat ms naik bilik
baring dgn baju keje x salin
tido x sedar apa
jam 5 pagi br terjg
lama gila tido
sedar la along dtg
sedar la nor call
tp semuanya aku x larat nk buat
hanya mampu tido
badan terlalu lemah
perut sakit mencucuk
kepala berdenyut
planning nk blk kerumah sendiri x jd psl x larat
dah 2x jumaat aku jd lemah melampau
nak kata keje penat
keje aku byk relax je
ntah la
dah tua mcm ni la kot

Wednesday, May 4, 2011

Sakit belakang dan Pinggang

Sejak 2 menjak ni
sakit belakang aku menjadi2
selalu rasa kena cucuk
kalau time sakit tu tgh tido boleh terjaga
tgh buat keje boleh tergeliat menahan sakit
tgh borak2 boleh terbongkok2 menahan sakit
aku banyakkan duduk kt opis sebab bila aku saja berdiri
aku akan rasa stress melampau kat bahagian belakang

Pinggang pun makin kronik sakit dia
sentiasa rasa kena cucuk2
bila baring rasa xnak letak pinggang tu
bila letak menggeliat menahan sakit
risau juga
mcm nak buat check up tp mcm xde apa je
angin je kot
skrg ni pun rs kena cucuk2

kalau bawa kereta tu x payah cakap la menahan sakit pinggang tu camna
tp xkan nak terpekik terlolong sakit
biasa kalau sakit sangat aku akan gerak2 pinggang tu
bila drive dlm jam
pinggang aku paling x tahan sakitnya selain belakang

Mungkin sebab dah lama x urut kot
urat2 dah bersimpul agaknya
kerja pula menuntut aku mengadap notebook yg gila comel tu
kalau sakit makin kronik ke hospital juga nanti
dulu pernah ke tawakal
doktor bg ubat tp aku x makan n tampal
sebab tu tak pernah baik sakit belakang ni

Stress

sangat stress dr semlm
cuba relax2
tp x mampu gak kawal
lepaskan semua stress
sampai iphone aku campak ke dinding
apa aku dpt bila campak iphone?
nasib x pecah
kuat plak tu aku campak

dan terlalu stress semlm membuat aku sakit kepala hari ini
entah apa yg nak distresskan
kalau boleh buat semua perkara itu biasa
memang aku dah buat
tp puas berusaha tak gak berjaya

hari ni plak kerja ramai yg cuti
ada gak rs nk blk je td
tp kenangkan tugas yg CK n Kenef bagi
aku usahakan gak duduk buat call sampai sakit telinga
dan kena tegur dgn Kenef
last week dia suruh aku uruskan satu event
memang aku nak tanya tp sebab mood stress melampau
aku diamkan aje
skali kena sound daa
aku patut ajak dia n CK discuss psl event tu
aku ada kurang dr seminggu nak uruskan
dan dah lewat ptg td br aku buat apa yg dia suruh
esok dah kena mula sediakan material yg lain
dah la company kena byr 5000usd utk event tu
aku blh sambil lewa plak
esok aku akan uruskan bahagian lain
td wana xde
susah nak minta apa2
(alasan sangat)

sedang menunggu kak lina ni
td nk blk jam teruk sgt
malas plak nk blk umah dulu
terus je ke Hp tower ni
kepala berdenyut je sebelah kiri ni
macam2 benda nak fikir dlm kepala ni

apa petua nak hilangkan stress?
petua nak sejukkan hati yg selalu aje cepat melenting?

jawapan standard berzikir dan solat
buat tu buat
tp masa tu je tenang
lepas tu stress tu dtg blk

kak lina selalu ckp jgn fikir sgt
buat biasa and ikut flow
tp aku bkn mcm dia
aku ni jenis yg sentiasa berfikir
dan fikiran itu termsk benda2 yg x patut fikirpun
bak kata kak lina
benda kecik nak fikir bagai nak rak buat pe
tp itulah aku
sebab tu kalau gaduh hal kecik blh jd besar

sampai bila aku akan jd mcm ni?



Tuesday, May 3, 2011

Ayat dr Novel

"I hormati keputusan you, walaupun I tak tahu apa sebenarnya salah I? I tak tahu sebab apa you marah sangat... tapi kalau I bersalah sekalipun, kenapa you tak bagi I peluang untuk baiki kesilapan I? I berhak tahu apa salah I sampai you putuskan hubungan kita."

sangat kena ayat ni dengan masalah aku. tp pengakhiran novel ni memang menceriakan. tak sama dengan kisah hidup aku yg merobek perasaan.

Monday, May 2, 2011

Weekend yg x berhati

Sabtu x pergi kemana
hanya membawa mama ke tesco extra yg letaknya dpn umah aku ni
sebelum tu bawa mama ke IJN melawat rakannya
malam hanya duduk di blk
ajak kak lina tgk AF dia srh pergi tgk sorg
gila bosan
kalau tau baik aku duduk umah aku je
ingat tido umah kak lina blh la nk spend ms bersama
tgk tv ke, borak ke apa
ni x...
kerja dia ngadap komputer main game
langsung la xde hati nak teman
perasaannya sama je dgn duduk rumah seorang diri

Ahad pg pergi ke kedai mengambil apa yg patut
berbincang dgn Pak Din berkenaan sewa
janji lepas segala bil jd la
lepas blk dr kedai rehat2 sekejap
keluar ke Mines dgn adik
amik adik kt rumah dan kena paksa makan
sedap sgt adik n mak dia msk
tp segan gila aku nak makan
akhirnya kt Mines kena makan lg sbb aku dah lapar tahap gastrik menyerang

beli kasut juga akhirnya
adik yg pilihkan
dia dah mula merungut susah btl aku ni
semua kasut dia tunjuk aku x minat
aku memang cerewet bab kasut dan jam tgn
aku hanya gelak dgn gelagat dia
tp sempat gak rangkul tengkuk dia suruh dia ulang apa dia ckp

masa mak adik tanya nak buat apa kt Mines
sedap2 dia ckp Kak Isma nak shopping
alih2 aku beli kasut je
dia yg beli mcm2
jeans la, selipar la, celak n seangkatan dgnnya
balik malam dah hujan lebat
terus aje balik kerumah aku
amik brg kt tgkt 15
pastu blk umah kak lina
bosan dan aku terus blk umah aku sendiri
di fikiran merangka akan ada aktiviti
tp bila kak lina tido
aku malas nak mengbosankan diri sendiri
dan terus blk ke rumah

Isnin cuti lg
bangun agak lewat
sakit sangat belakang ni
kul 10 br bgn iron baju
iron baju utk 2 minggu
lepas tu basuh telekung2 yg ada
sapu lantai dan mop
jahit kaki seluar yg terbuka jahitan dia
gila buruk aku jahit
lantak la janji x terkeluar lg

overall cuti yg xde makna
sangat bosan
menghabis duit je memanjang


Sunday, May 1, 2011

HeartBroken

Actually heartbroken tu masih teruk
tapi cuba mengurangkan menaip di blog
tp bila x meluah di blog dan hanya menyimpan sendiri
tertekan juga perasaan
mungkin bagi sesetgh org apa dpt kalau menaip utk meluahkan
tp bagi aku
bila menaip apa yg tersurat dalam hati
terasa juga ketenangan walaupun sedikit

Ya, memang dengan menaip tak akan memulihkan hati yg robek
tapi sekurang2nya saluran penulisan yg aku pilih
Kalau aku mengikut gerak langkah negatif seperti yg cuba dipengaruhi
sudah pasti perkara yg lbh buruk akan berlaku

Ada juga dihati terusik bila rakan cuba merubah fikiran aku
tapi aku berusaha menangkis
aku masih cuba kuatkan keimanan
jika ikut keseriusan kelukaan hati
sudah pasti langkah negatif itu aku ikut
dan sudah diwarning oleh kak lina
kalau aku terpengaruh aku x akan dpt jumpa dia lg

pergaulan aku akan sedikit demi sedikit meluas
aku sudah mula berkenalan dgn rakan yg negatif
dan setakat ini Alhamdulillah aku hanya berkawan
dan berharap keteguhan keimanan akan kukuh
dan diharap robek hati ini tidak akan mengheret aku ke arah negatif
dan berharap mudah pulihnya

2 bulan sudah berlalu
sedikitpun x terbalut luka hati ini
sebulan sudah berjauhan
dan selama itu juga hati aku sgt hancur
ungkapan 'masih syg' dia membuatkan fikiran aku berkecamuk
jangan diungkap jika hati sedikitpun tidak terusik dgn aku
jangan diungkap kerana itu pengharapan bagi aku
dan sungguh menyerbu darah ke muka bila membaca ungkapannya itu

Sayang sangat membuat aku sendiri tidak keruan
Sayang sangat membuat aku tidak mampu membuang dia dr hati dan fikiran
Sayang sangat membuat kerinduan aku semakin menebal
Sayang sangat membuat aku sentiasa memikirkannya
Sayang sangat membuat aku terasa mahu memeluk sepuas hati
Sayang sangat membuat hati aku merana

Ya Allah!
Aku benar2 sayangkannya!
Aku benar2 rindukannya!
Sukar benar melepaskan dia dr hati ini
Kuatkanlah hati hambaMu ini

--> bergenang sudah mata :(


Sewa + Digi + Insurans + PTPTN

Sewa rumah dah pas kt Balang minta tlg bayarkan
Bil Digi dah bayar
Insurans dah bayar
PTPTN dah bayar
Belanja itu ini sudah
Balance macam x cukup je nak beli barang yg penting
X sukanya gaji sebulan sekali
sebelum ni sebulan 3x aku dpt gaji
Part time 2x sebulan
Meniaga sekali sebulan
so duit x pernah xde
Ni kena belajar manage
Nasib Kak Lina sentiasa ingatkan
Aku ni memang x reti manage duit
kalau dlm wallet ada Rm200
sekejap je aku boleh habiskan tanpa fikir utk belanja hari2 berikutnya

Friday, April 29, 2011

WatchGuard Training

Sepatutnya ada training
partner dah konpem nak dtg
tetiba sekor pun xde yg dtg
sakit gak hati
dah la jauh kami semua dtg ke cyberjaya
sia2 je usaha kami

Thursday, April 28, 2011

Meeting

Setiap Rabu ada meeting sales
walaupun aku xde kaitan tp aku wajib join
dari situ aku tahu perjalanan sales person mcm mana
bagus utk aku supaya masa hadapan boleh cuba buat external sales pula

Wednesday, April 27, 2011

PANDA dan Kak Lina

Hari ni ada event di Corus Hotel
makanya aku harus hadirkan diri
sudah pergi bersama CK td
sambil jalan dia bertanya mcm mana kerja
aku kata ok
dan dia faham aku pernah ada pengalaman dlm bidang call n partner relation masa business dahulu
ini satu advantage utk aku
mudah dan senang faham apa yg diarah

aku meramahkan diri memberi business kad dan memceritakan kisah company aku
cuba mencari peluang untuk menjadi business parter
ada beberapa berjaya aku pancing
td sudah invite mereka2 ini utk WatchGuard training Khamis ini
harap ada feedback walaupun sudah suntuk masanya

selesai segala event
sesi makan
aku dan wana makan bersama
first round nasi semestinya
2nd round rojak dan satay
3rd round ais krim
tp x kenyang...
kenapa?
makan sambil borak dgn partners n rakan
mana nak kenyang
petang td aku dan wana sama2 kata lapar
huhuhu

balik dr corus hotel Paul hantar kami ke KLCC
wana kena dptkan quotation utk 500 seat Kungfu Panda 2
aku hanya meneman wana
dan sambil itu jalan2 juga
balik kami naik teksi tp wana yg bayar
hehe
dia dah belanja aku 2x
segan sudah
teksi pun dia bayar
nanti kena balas ni

balik kerja seperti biasa ke Unisys
smpai2 terus ke toilet
tgh borak dgn alice, yana keluar
a bit surprise
x jangka dia ada
borak2 dgn yana psl kerja
dan dia xleh lama sbb byk keje lg
dan aku terus msk ke bilik kecil itu

menunggu kak lina di pantry
dan msg2 dgn yana psl kena bw kak lina pergi klinik gigi
memang plan nak bawa awal
tp td aku kena email partners membuatkan agak lambat keluar opis
dan agak lambat smpai unisys
dan kak lina sibuk pula dgn kerjanya

maka balik td terus ke 3 klinik gigi
semua tutup jam 5/6 petang mcm tu
dan akhirnya aku ke kedai cina
membeli ubat sakit gigi utk kak lina
dan telah menyuruh dia makan selepas makan nasi
sangat kesian tgk air mata dia bila makan nasi
tp kena paksa juga sbb ubat tu kena makan something walaupun sikit
takut boleh pengsan

selepas makan dan confirmkan kak lina boleh tido sorang
baru aku balik dengan berat hati
lg berat hati sebab risaukan benda halus yg mengganggu dia
harap xde apa yg terjadi hendaknya

Tuesday, April 26, 2011

Melaka Day 2

Hari kedua di Melaka
kami hanya lepak2 sahaja di pagi hari
melewatkan diri dari bangun
dan akhirnya aku dan kak lina merancang ke bandar hilir
kak lina mahu mencari dodol
dan aku mencari cakar ayam
nani dipujuk untuk mengikut dan akhirnya akur

kami berjalan2 di sekitar kota A Famosa
panas terik masyaAllah
dengan baju jeans yg tebal
basah juga belakang aku dengan peluh
ada payung umpama x berpayung
sudah bercap dan berpayung tp panasnya umpama mencairkan segalanya

sesudah penat dan tak tertahankan kepanasan
kami melangkah mencari makanan yg hendak menjadi kudapan
dan masing2 membeli
aku hanya beli utk aku dan kakak aku
dan tak tahu bila aku akan makan
sejak duduk seorang ni
nak makan apapun xde selera
dan tadi di unisys sudah ditegur kurus
aku rasa gak la susut sedikit
bukan masalah tinggal seorang sahaja
bila jiwa tak tenteram
segala benda jadi tak kena
begitulah kiranya hidup aku kini

selesai menjemurkan diri sehingga hitam
kami terus ke tempat parking
dan sangat cantik!
amik kau saman rm30 sebab tak bayar parking
mana aku tau hari ahadpun kena bayar
kat KL sabtu ahad free
dah tu pakai sistem kupon
mana tau nak beli kt mana

terus saja pulang ke homestay
dan makan nasi
sudah kelaparan
selesai makan kami solat
dan akhirnya aku tertido keletihan
jam 5 begitu kami beransur pulang
aku memandu dalam keadaan mengantuk
usaha gagahkan diri jangan tidur
sapa pula nak drive
kak lina mengantuk sampai tertido
payah benar nak tgk dia tido dalam kereta
nani pula x reti bawa kereta
maka aku harus menjadi pemandu
dan aku memang suka memandu jauh

sampai di KL menghantar nani pulang dahulu
aku dan kak lina pergi tukar semula kereta
ambil kancil ku sayang itu
dan menghantar kak lina pulang
dan aku pula terus pulang ke rumah
sangat letih dan tidur jam 10.30 malam
bangun jam 5 pagi
badan sakit2 menyebabkan kemalasan nak bekerja
tp bangun juga pergi kerja
nasib x jam melampau

habis kisah Melaka
selepas ni mahu kemana ye?


Sunday, April 24, 2011

Melaka - Day 1

X pasti pula jam berapa mula perjalanan semalam
Yang pasti kami singgah di R&R Ayer Keroh
pd mulanya aku memandu sekitar 120km/j sahaja
dan kak lina agak pelik sebab aku bukan seorang pemandu yg memandu dgn kelajuan sebegitu
dan sudah tertinggal jauh dr Apit
dan aku sudah mula memandu laju sedikit utk dekat semula dgn Apit
kelajuan 140km/j adalah biasa bagi aku
jika dahulu sentiasa dgn 160km/j atau 180km/j
tp semenjak dh menginjak umur ni
rasa 120-140 sudah memadai
dan sekejap sahaja sudah berjumpa dgn Apit ketika aku memecut sehingga 150km/j
takut juga kena saman laju
tapi tawakal la
kalau kena gak, bayar saja la
rezeki pasti ada dr Allah swt

sesampai di R&R Ayer Keroh
kami menunggu Along pula yg dtgnya dr Batu Pahat
aku berdua sahaja dgn kak lina ketika ini
yg lain sekereta dgn Apit
tunggu punya tunggu KFC yg lembab
Nani kena tinggal pasal Apit nak pergi Plus tgk apa problem smart tag dia
sangkut masa nak touch
Dan akhirnya Nani naik bersama kami sehingga sampai di Ayer Keroh
Akhirnya kami x belipun KFC bila Along call bgtau nak sampai tol dah

Kami berjumpa di tol Ayer Keroh
dan memulakan perjalanan sehingga ke Melaka Wonderland Theme Park
pada mulanya aku xnak mandi atau main
tp rugi pula pasal dah bayar
so main juga la cuma x mandi
itupun sudah basah kuyup
xnak mandi pasal takut gatal2
aku alergik air kotor
dan Alhamdulillah aku x gatal2
syukur sgt!
Khamis ada training
kalau gatal2 segan la aku
sekali gatal2, nak pulih seminggu dua juga

Aku ikut je kak lina nak main apa
satu je dia pujuk camnapun aku xnak
gila ngeri
cerun nak mampus
pastu turun naik plak tu
mau jatuh jantung aku
'cukup dulu scooby doo coaster kak, im x berani lagi dah'
teringat kisah di Gold Coast
'x bahaya ke ni kak?' tanya aku
'xlah, pasal dia bg bawa beg' jawab kak lina
sekali train gerak
aku menjerit bagai nak rak
takut gila la...
tp org putih blakang kami lg takut
tgk gmbr dorg dh mcm penyu kepala masuk ke dlm
hahahah
aku n kak lina takut2 masih ada riak keseronokkan
aku suka la game jerit2 ni
tp kalau sampai 4 bintang dari 5 bintang mcm Scooby Doo Coaster tu
serik la aku
sekali cukup la
xmau lg!

Selesai di Melaka Wonderland
kami terus ke home stay kami di Taman Tasek Utama
dekat je dari Melaka Wonderland
rehat2 dan tido mengecas badan aku yg letih
selepas Maghrib kami ke Perkampungan Ikan Bakar Terapung di Umbai
tak sedap mana pun
x sesedap di sungai duyung
dan lebih mahal dari sungai duyung
maka kalau percutian dgn budak2 unisys
aku akan pilih sungai duyung sebagai destinasi kami

selesai segala makan jumpa pula jimmy shanly
tp tidak lah bergambar atau bertegur
dia datang dgn sekumpulan orang berjubah dan berketayap
dan aku bukan jenis tegur artis
cuma semalam macam nak tegur
tp mama dah tegur dulu
sedikit sombong walaupun dia jawab mama tanya

dan akhirnya kami pulang ke rumah
dan Along mengira tarikh lahir aku dan Nani mengikut Dr Azizan punya ramalan
dan kebanyakan memang kena sangat dengan aku
selesai masing2 tido

dan pagi ini selesai Subuh
aku menaip la info semalam
tunggu hari ini pula
rasa tiada aktiviti
memang sekadar mahu berehat2
esok sudah kerja

lupa pula
buku lali kaki kiri aku lebam dan bengkak
konpem terlanggar apa2 mcm terhayung2 main game guna pelampung
seronok memang x sedar la sakit
tetiba dh sampai home stay baru sedar apa sakit ni
tengok dah biru dan berdenyut2
duduk antara dua sujud yg sakit sangat
dan tahiyat akhir...
bape lama nak sembuh ye?
berdenyut sentiasa
macam mana nak bawa kereta manual ni?
bawa auto pun dah berdenyut
inikan pula nak meredah jam setiap hari pergi kerja
harap balik KL nanti sapu minyak gamat ok la
cukup sampai sini
nanti continue lagi


Saturday, April 23, 2011

Melaka

Khamis secara tiba2 kak lina bertanya lg
Im btl xnak ikut pergi Melaka?
dan aku terus tanya kenapa?
dan berfikir mahu pergi atau tidak
ikutkan budget mmg dah xde
tp profit shopfrom-usa adalah utk berbelanja kalau perlu
dan aku terus buat keputusan
boleh la kot ikut
tp kena pinjam kereta kakak aku, nor
psl family kak lina je dh penuh 1 kereta

aku pun sms kakak aku tanya pakai x spectra sabtu ahad nanti
once dia bgtau x pakai
aku terus la usulkan mahu meminjam
tp dah inform awal2 la nak pergi Melaka
dan dia bagi la as usual kalau dia x pakai
planning calling2 esoknya (jumaat) utk ambil kereta

so semalam dah ambil kereta
melayan anak2 buah dulu
dgr cerita kakak aku
dan menceritakan kisah kerja baru aku
agak lama juga baru pulang
aku hantar kak lina balik
aku pula balik ke rumah membasuh pakaian dan menyediakan pakaian yg bakal dibawa

kata kak lina pukul 7 nak gerak
aku bangun la kul 6 siap
6.45 terus kuar umah isi minyak penuh n isi angin kereta
sampai terus call kak lina
skali dia belum bangun daaa
poyo! kata je nak pergi kul 7
mama pun dah bising2 marah
macam2 mama dah siapkan
dorang semua x bangun lg
dgn Apit yg kena marah liat nk bangun
adoi
macam2 hal

so skrg ni aku tgh tggu kak lina mandi
lg sejam kot br nk gerak
rugi masa tidur aku sejam
walaupun kalau dh bangun subuh xleh tido blk
tp boleh golek2

entry lain kisah melaka pula nanti
kalau rajin la
pasal taip kat iphone ni mcm malas je nak taip panjang2
walaupun memang panjangpun


Thursday, April 21, 2011

WatchGuard Technology Update

Khamis depan 28/4/11 ada training
dan CK telah invite aku untuk turut serta
dan sudah menjd tggungjawab aku untuk tahu kesemua produk yg kami edarkan
sekurang2nya nak explain kt business partner nanti senang la
xde la aku terkial2 xtau pape
di cyberjaya lokasinya
mungkin akan ikut CK atau Kenef
kalau boleh nak pergi dgn CK
byk benda aku faham bila dia yg sampaikan
Kenef bkn x bagus
tp percakapan sgt minima dan tidak seterang penjelasan CK

Semlm dah tgk kelebihan XCS WatchGuard ni
so next week akan tahu lebih lagi
meeting tadi aku sudah dipertanggungjawab untuk call partners
invite partner yg aku dah call
yg menunjukkan minat walaupun sedikit
senior yg lain akan invite partner mereka sendiri
dan aku sudah memilih yg memberi respond baik
walaupun email aku x dibalas disebabkan kebusyan mereka
tp bila aku call buat susulan
mereka2 ini memberi respond yg baik
harap aku akan dpt menambah list partner di bawah kelolaan aku

Jiwa sudah mula belajar cintakan kerja aku
walaupun pd mula kerja rs nak berhenti
aku muhasabah diri semula
kerja mudah2 dpt nak berhenti kenapa?
cuba x smpai sebulan dah nak berhenti
abg ipar aku concern siap sms tanya mcm mana
siap nasihat jgn give up
dan aku berusaha mempelajari sesuatu yg baru hari2
semakin hari minda semakin terdedah pd persekitaran kerja
dan sudah mula memahami sedikit
dan perlukan lebih masa untuk mengadaptasikan ke dalam jiwa


Wednesday, April 20, 2011

UDA Holdings Presentation and Demo

Hari ni ikut CK ke UDA Holdings
naik kereta dgn CK rs selamat n dia sangat cermat
rajin bertanya perkembangan kerja aku
dan dpt la kata 'bagus' dr dia
pasal aku dh meet dgn dua potential partner
dan CK dh maklumkan internal sales mcm aku mmg susah
utk meyakinkan partner deal dgn kita bkn mudah
tp aku kena agresif katanya
perlu rajin buat call
rajin follow up update psl produk atau promo
mahu juga berjaya mcm CK dan Kenef
hope dpt cope dgn kerja yg diberi

Di UDA td membuat demo dan presentation mengenai produk XCS WatchGuard
dan mereka agak suka dgn kelebihan XCS sebagai e-mail security
dan aku bangga dgn CK yg tahu segala benda
rupanya dia mula dr teknikal sebelum ke sales
patut segala software n hardware dia tau
cara dia explain lg bagus dr kenef
dan aku sendiri lebih selesa menerima arahan ataupun belajar dr CK
sebab dengan CK semua benda dia sampaikan dalam cara yg mudah utk difahami

Blk dr UDA sesi aku email potential partner pula
habis semua aku email
lega...
tunggu respond dr dorang
and td dah ada satu yg berminat dgn promo kitorg
dah forward pd kenef psl company tu
harap ada peluang utk buat sales dlm tempoh probation ni
all the best to me
ameen