Monday, January 31, 2011

blog from iphone

i just download iblog
rasa lebih selesa menaip guna iphone
anytime je aku teringin menaip
aku boleh gunakan iphone
x perlu la asik nak buka notebook
dan aku lebih selesa mobile blogging
kadang idea menulis
dan cerita ada
tp kemalasan membuka notebook
atau kemalasan log in ke google chrome yg lain
membuatkan aku tidak mengupdate sebarang cerita


Sunday, January 30, 2011

kegembiraan

secara jujurnya aku sangat gembira semalam
dapat keluar jalan2 bersama kakak dan adik aku
yg mana kami agak kurang mampu untuk kerap bemesra
dipejabat kami tidak boleh bercakap sgt
hanya sekadar senyum atau menegur ketika bertembung dan mengucap 'bye' untuk pulang
adik yang dulunya menjaga doc prep sudah bertukar ke workstation
membuatkan kemesraan yang baru je nak mula dah putus secara tiba2
satu2 je cara nak menghubungkan kemesraan itu hanyalah dihujung minggu
jika kami betul2 free untuk keluar bersama
bukan setiap minggu kami mampu bertemu
si adik yang sentiasa ada aktiviti membantut jadual pertemuan
dan si kakak2 yg sangat cool sentiasa available bila diperlukan
maka masalah tidak akan timbul dr kami si kakak2

dan aku agak kagum dan touching
touching erti dlm bahasa melayu apa ek?
terharu kot...
terharu dengan perancangan yg dibuat oleh yana
merangka hari untuk kami bersama
merangka untuk mengajak kami swimming di rumahnya
'i xtau berenang' - jawapan laju dr aku
'ala, u duduk je kt tepi kolam tu' - jawab yana pula
dan merangka juga untuk memasak untuk kami
ha! kalau memasak aku suka...
aku leh je join kalau bab memasak....
bab swimming leh ajak kak lina...

bertambah terharu bila yana sendiri mengutarakan rasa hati mahu meluangkan masa sehari bersama kami
merancang untuk mengambil cuti
hari untuk kami mengenal lebih rapat
'u suka pegi hulu yam' - tanya yana
'i suka, kak lina je x suka' - jawab aku
dan dia diam sebentar
'akak x suka, tp boleh je nak pergi. nak basah2 kan kaki' - jawab kak lina
dan yana terus membicarakan perancangannya untuk pergi hari bekerja
aku xde masalah
hari minggu tentu ramai org
dan hari bekerja sangat cool untuk berehat2 di sungai sebegitu
aku sukakan suasana kedamaian mcm tu
dengan air yg sejuk...
sangat sangat seronok untuk aku yg jenis cepat teruja

yana seorang yg hanya fikirkan kerja
dan bila dia mengutarakan perkara2 begini
aku sangat2 touching
aku sendiri x pernah merangka sebegitu jauh
hanya kerap berfikir nak keluar bersama
dan percutian yg aku jadualkan pun atas tujuan mahu meluangkan masa bersama
harap segala perancangan kami akan termakbul hendaknya
moga Allah memberkati hubungan yg dtgnya secara tiba2 tanpa kami minta

Sekian lama...

agak lama sudah aku tidak sibuk di kedai
adalah hampir setengah tahun rasanya
sabtu ahad sangat la biasa bagi kami
tidak sehebat dulu

tp hari ini kejadian agak luar biasa
sepagi lagi aku dah mula memasak
dan satu trip straight 7 order serentak
kepala menoleh ke kiri memandang muka pelanggan dan mendengar order sambil senyum dan mengangguk
dan kepala menoleh ke kanan pula memandang muka regular customer yang sudah aku tahu ordernya
dan kemudian berselang2 menyedia masakan dan menghantar order
agak kelam kabut sebab aku kena handle msk gorengan n toasted bread
x penat tp aku happy
aku sukakan kesibukan
jadi aku xde la buang masa duduk2 saja

kak lina tidak berapa sihat arini
pagi ni terjaga agak lewat
jam 7.20 agaknya baru terbangun
terus aku msk bilik air dan bersiap
'akak demam x? larat x?' - kata aku sambil memegang dahi kak lina
'panas' - berkata aku didalam hati
dan kak lina masih golek2
'jap bagi akak masuk bilik air dulu' - jawab kak lina
dan aku membiarkan sebentar dan mendengar dia memberus gigi
pantas je aku bertanya 'akak larat ke?'
'larat' jawapan singkat dr kak lina
aku terus membaringkan semula badan yg agak lemah terjaga secara mengejut
menunggu kak lina bersiap
dan mendengar baba mengetuk pintu bilik
harus menghantar baba ke station komuter
dan aku memandu ke kedai dulu bagi menghantar diri aku untuk membuka kedai
dan kak lina memandu pula ke station komuter menghantar baba yg mahu ke batu pahat menghadiri pertunangan anak saudaranya

stok yg ada cukup2 melengkapi order yg ada
agak kerugian sedikit bila telur x cukup
aku x budget orang ramai
xdela order telur pd kak nor
4 telur separuh masak terpaksa ditolak ordernya
dan 2 mee goreng juga ditolak ordernya
semua kerana ketiadaan telur
tp xde la terasa sangat kerugian sebab itu tanda rezeki Allah nak bagi byk tu je
so, redha
alhamdulillah dengan apa yg dah terjual hari ni
sebenarnya dr semlm hati aku puas berdoa supaya sales semlm dan hari ni bagus
dan alhamdulillah juga dimakbulkan Allah

aku perlu mengumpul kewangan semula
agak pelik mana duit aku pergi
xde apa aku beli
tp duit susut secara mendadak dr bank n wallet
kemanakah?
mungkin ada perbelanjaan tanpa sedar aku keluarkan
makanan semestinya...
dan juga sedikit keperluan dan kehendak

KLCC & aktiviti sehari

lama sudah tidak ke KLCC
hari ini telah mendaratkan kenderaan di parking KLCC pd jam 2.30 lebih dan kurang
mencari parking sangat senang
pergi bertiga bersama kak lina dan yana
tujuan menonton wayang cerita Haq
jalan cerita yang sangat membosankan
x pernah2 aku pergi toilet masa wayang bersiaran
disebabkan kebosanan aku keluar juga ke toilet
menyesal plak memilih wayang ini
patut la panggung sangat lengang

sesampai di KLCC kami terus membeli tiket wayang
dan terus ke food court kerana aku dah lapar sgt
aku memandu agak laju sbb perut dah x tahan lapar
sejak makan ubat ion supplement ni
kalau lambat je makan confirm aku akan gastrik
dan selera makan punya la tinggi
lepas satu makanan aku akan makan satu lagi makanan
dan td yana cakap punggung aku dah berisi
dan kak lina sudah cakap haritu pipi aku nampak berisi sudah
maknanya aku sudah tidak kurus lagi
dan kak nor cakap aku sesuai pada susuk badan yg mcm ini
x perlu gemuk atau kurus lg
nak maintain mcm ni payah la kalau selera melampau mcm skrg

selesai menonton kami berjalan2 mencari baju yg yana maksudkan iaitu turtle neck
x berjumpa pula
ada tu ada la mark n spencer
cuma x sesuai plak harganya dengan kainnya
dan berjalan2 sampai aku ternampak coffee bean
'akak, im nak air' - kata aku pd kak lina
'ok, tp akak blanja' - kata kak lina
'ok, im dh xde duit' - kata aku
bukan la xde duit, ada tp cukup2 nk byr segala bil
dan seperti biasa Pure Double Chocolate Ice blended menjadi pilihan aku
Mocha Ice blended pula untuk Yana
dan Cappucino untuk Kak Lina
agak lama lepak2 berborak
aku cerita sikit hal diri aku pd Yana
supaya dia tahu susur kehidupan aku
dan supaya dia dapat mengenali aku lebih lagi
selesai segala percakapan beransur pulang pula

menghantar Yana pulang seperti biasa
memandu pada kelajuan yang sangat cool
dan terus pulang kerumah
kak lina cakap mcm nak demam
dan aku sudah mula selsema sedikit sekrang ini
harap x berterusan
x larat nanti nak berniaga dan bekerja

sesampai dirumah relax2 sebentar
dan turun makan nasi
menonton televisyen sebentar
naik ke bilik
mengtransfer duit ke nor
dan pening mengira balance akaun aku sendiri
adoi la...
aku kena buat akaun asing ni untuk shopfrom-usa
dengan customer x abis byr lagi
pening pening pening

Thursday, January 27, 2011

Gastrik

Aku rasa dah boleh letak label untuk blog
asik cerita pasal gastrik je skrg ni
boleh dikatakan hari2 aku gastrik sejak amik supplement ion dr doktor
side effect dia hanyalah dengan menjadikan aku seorang yang kuat memakan
aku sentiasa rasa lapar
lepas makan nasi aku leh sambung makan coklat
lepas coklat makan biskut
apa je yang ada untuk dimakan aku akan makan
kalau xde apa2 aku sanggup pegi beli banyak2 untuk stok
berat sudah naik juga ni
exercise pagi memang x sempat
seluar jeans dah mula terasa sendat
belt dah x payah pakai
nak exercise malam tu xde la sbb dah kepenatan siangnya bekerja dr pagi smpai ke awal malam

hari ni gastrik agak teruk di opis
masa nak buat reject aku dah berkerut muka menahan sakit
sakit juga masa2 lain tp masih mampu nak berlari2 dan mengrelaxkan diri
untuk menyusun item reject aku sudah membongkokkan sedikit badan menahan kesakitan yang mencucuk itu
dan cuba mengawal kesakitan itu dari dinampak orang
muka kena selamba ye kawan2
jangan bagi org tau anda sakit!
setakat gastrik malu la kalau orang tau...
dan aku usaha mengawal sakit itu

selesai photostat segalanya ke toilet bersama yana atas jemputannya
jemputan?
huhu
pergi ke toilet dan menahan sakit lagi ms ni
sangat eksen x tunjuk yang aku sakit
just bgtau 'i gastrik'
dan tolong la picit2 sikit blakang yana yg stress
aku sendiri sakit ms tu....
aku segan untuk menunjukkan kesakitan yg ada
bagi aku gastrik apa sangat nak tunjuk2 sakit aku tu

balik kerumah kak lina nak terus naik keatas
aku x bg sebab nak makan dulu
dah x tahan sgt sakit ms tu
makan selesai aku kena membelek si ruby dan kiki pula
naik ke atas rehat2 kejap
mata sudah kuyu
dan mula memejamkan mata
baru je pejam sekejap
dah ada member sms...
baca dan tido semula
dah dia call plak...
aku jawab la tanya pasal unit trust aku dan kakak aku
lega dah tau kondisinya camna
sambung tido balik
dan terjaga lagi bunyi sms
maka jadinya aku x tido semula dah la
time untuk membelek notebook pula

dan harap esok xde la gastrik lagi
hari2 gastrik x tahan la plak
harus ke klinik kak nora lagi bertanya lanjut pd doktor
inikah kesan yg doktor cakap atas pengambilan ubat itu
sampaikan sentiasa lapar dan gastrik menyerang kalau x dpt nasi di siang hari
yang peliknya
kalau pagi aku breakfast nasi pun
tghari x makan nasi akan kena gak gastrik
kena makan nasi 3 atau 4 kali baru aku x gastrik
naya la camtu
dah la glucose dalam darah 5.5 mengikut fasa fasting
dan 5.5 itu adalah maximum untuk orang yg sihat dr kencing manis
dan aku dah ada dalam kategori red line skrg ni
harus berjaga2 sbb keturunan aku memang ada kencing manis
nasi pemangkin kepada kencing manis
minta dijauhkan dr sebarang penyakit yg memudarat...
amin :)

Tuesday, January 25, 2011

update!

actually nothing to update
tp nak biarkan x berupdate mcm x menarik
seminggu yang sangat biasa untuk aku
tidak kemana2 rasanya
hanya melawat kak cik yg baru bersalin
bertemu dengan Fatimaz Zahra yg sgt comel
mengikut muka kakaknya Alyssa

ahad pula ke ikea meneman mama mencari hadiah kahwin mimi
dan meneman nani yg tetiba nak makan di food court ikea
yang mana aku dan kak lina yg order mcm2
itu nasib baik whole chicken xde
kalau x naya je sapa nak makan pasal kami dah kenyang sangat
3 menu iaitu meatball (aku punya), x ingat2 minta 10 ketul
chicken leg untuk kak lina dan pasta juga untuk dirinya
dan pastinya pasta tak habis
nani hanya order meatball 5 biji untuk dia dan anaknya
dan salad untuk mama
sangat dasat selera aku n kak lina

arini plak ke speedmart membeli barangan kedai
yg dasatnya, barang kedai hanya susu dan milo dan juga nescafe
yang aku ni punya la banyak membeli junk food yang mana aku sendiri jarang makan sebelum2 ini
tp sebab selera yang mendadak membuatkan aku perlu mencari sesuatu untuk dimakan
biskut, twisties, mamee, keropok apa ntah... soma aku punya
penuh la motor bawa balik td
shopping x ingat2 dunia yg awak naik motor
dan sudahnya kak lina kena memegang semua junk food di belakang
hahaha.... sian dia, terima kasih akak :)

aku kena ada limit untuk makan2 ni
kena cuba mengawal selera
nanti gemuk mendadak susah plak nak jalan
cuma skrg kalau lambat makan gastrik mula la nak menyerang
sakitnya ya Allah
dan suka sangat menyerang masa kat opis
arini memang aku gastrik je kt opis td
tp buat2 cun la konon x sakit
menahan sakitnya ya Allah
aku hanya maklumkan pd kak wati yang aku gastrik
tanpa menunjukkan reaksi yang aku memang tgh sakit
sangat eksen kan...

dan sekrang kerap juga sakit kepala
tambah2 bila aku mcm pening2 buat keje kat doc prep
bukan pening apapun kerja tu
cuma semlm aku kena handle dua budak baru
dua dua buat kesalahan yg sama lepas aku tegur
dan nada aku dah mula marah
aku penat, semua aku nak checking
dengan bundle berlambak depan aku
sangat mencabar kecekapan aku btl!
dan aku berjaya menyiapkan semua sepantas yg boleh
dan tanpa melenting pd budak2 itu

dan hari ini pening juga mengenangkan aku x dpt checking dua lagi budak baru
sbb si basir bangang tu xnak pass kat aku bundle budak tu
last skali fizi dah terambil untuk capturing
abis la kalau terlepas apa2
adoi la...
sian adik kelam kabut nak received beg n handle dlm doc prep
aku nak gak bersuara pas kat aku biar aku checking
tp adik x pesan apa2 aku senyap je la
sian dia nak checking semua
last skali dia checking merungut juga kat aku
'sama je kesalahan dorg ni kak, double batch header, mcm2 lagi'
aku hanya mampu senyum saja la
tp sempat juga aku meminta suzie untuk tolong checking budak sebelah dia punya bundle
itupun selepas fizi dah terambil bundle budak2 tu
risau kalau2 terlepas lagi
susahnya adik gak nak reject item ms finalized report aku

minggu ni xde perancangan
rindu juga mahu keluar bertiga
cuma aku x de planning mahu kemana
dan aku xnak plan apa2 dah
nak keluar biarlah secara spontan
lebih selesa mcm tu
sbb kalau merancang, x jadi aku sendiri akan kecewa

Saturday, January 22, 2011

Cuti

perancangan percutian yg sangat drastik
aku sendiri yang merangka
dan meminta persetujuan dr kak lina
tujuan utama nak mereleasekan kesesakan dalam kepala
dan menenangkan jiwa yang mcm bercelaru akhir2 ini
tapi bukan la cuti serta merta
sebulan lagi barulah percutian itu akan berlangsung jika diizinkan Allah

esok aku mahu ke jinbara
abg2 dan kakak aku kesana hari ini
mereka tido di chalet
mahu survey2 juga
boleh membuat camping bersama2 budak doc prep
mcm seronok je kalau pegi reramai
chalet pun murah rm80 untuk 10 orang
macam2 aktiviti leh dirangka nanti
salah satu cara nak hilangkan stress kerja adalah keluar bercuti bersama rakan sekerja
cuti x semestinya keluar dr KL
cuti ke tempat perkelahan menarik juga bagi aku yang sukakan kedamaian
cewah...
damai la sangat

tahun ini aku jangkakan ada beberapa percutian
tp bergantung juga pada budget yang ada
harap segala perancangan berjalan lancar
tahun ini bukan tahun menyimpan kewangan agaknya
sebab semuanya adalah perangkaan untuk cuti
tahun lepas bukan tahun menyimpan juga
jadi bilanya nak menyimpan ek?

Friday, January 21, 2011

belajar menjawab soalan tanpa menyakitkan hati org!

kepantangan aku bila aku bertanya secara baik tapi tidak dijawab dengan betul
dan sudah tahu itu kepantangan aku
tapi saja buat lagi untuk menyakitkan hati
sangat nak mencarut dengan perangai seperti itu

cuba belajar menjaga hati orang yang anda tahu kepantangannya
kenapa mesti secara sengaja nak lagi sakitkan hati kalau dah tau perkara itu akan menyakitkan hatinya?
seronok agaknya menyakitkan hati orang ni
kata sayang kononnya
hakikatnya sayang tu dah melayang ntah kemana
dah ada yang lain untuk disayang yang lama harus dibuangkan

jeles katanya
kepala otak kau la aku nak jeles
sikitpun aku x jeles
aku cuma mahu dimaklumkan segala hal
salah ke?
kenapa kau nak rahsia2 sangat dengan aku?

soalan yang aku tanya dijawab dengan soalan pula
memang sangat menyakitkan hati
x suka cakap aje
aku boleh berambus bila2 masa
setiap hari ada aje benda yang kau buat
semata2 untuk sakitkan hati aku
kenapa?
salah aku bertanya ke?
aku bertanya hanya kerana ingin tahu
dan salah juga aku bertanya kerana kau x suka
kalau x suka aku bertanya cerita sendiri pada aku
puas dah aku bersabar
dah sampai tahap aku nak meletup rasanya ni
sangat sangat sakit hati sekrang ni

aku dah xtau camna nak cakap dengan kau
aku dah pesan banyak kali
jawab baik2 bila aku tanya
ni dah lebih 10x aku tanya dijawab mcm apa
kau dah menyampah dengan aku cakap la
x payah selindung2 dengan sengaja sakitkan hati aku

bila aku cakap kau saja nak sakitkan hati aku
kau kata mana ada
aku je fikir mcm tu
sbb aku je la yg baik
kau tu yg jahat
kau realize x apa kau buat?
setiap kali aku tanya mesti kau jawab dengan menyakitkan hati aku kan!
kenapa kau buat mcm tu?
seronok?
dengan senyum kau yg sinis menyindir aku tu
kau ingat kau sakitkan hati aku kau boleh bahagia?
kau bahagia sementara je
Allah ada nak balas apa je kau buat kat aku

Thursday, January 20, 2011

bob

arini jumpa bob lagi
last week dia ada call kata cancel x jd amik spek oakley
pasal dia alergik besi
muka dia naik bengkak bila berpeluh pakai spek tu
aku plak x kisah
terima je la
so kena la pulangkan duit semula

dan tadi pergi lagi seorang diri berjumpa bob
ingat nak kejap je
sekali dia sediakan kerusi la plak
nak x nak duduk juga la
borak sikit pastu dia sediakan air jagung plak
dah lama sikit dia pegi belikan jagung dlm cup tu la plak
adus mamat ni
rajin benar sediakan makanan
arini aku serius kata xnak nasi ayam dia
kalau x tu, asal datang je dpt 2 bungkus
1 utk kak lina, 1 untuk aku
masalahnya kami ni bukan makan sgt
bukan x sedap, tp x makan sgt
ikut mood je nak makan nasi ayam pun
dah la bulan puasa 2009 dia hari2 bagi makan nasi ayam
bulan puasa 2009 gak la berat aku naik
x pernah2 puasa aku gemuk
tu la tahun pertama aku gemuk di bulan puasa
muka semakin tembam pasal hari2 dpt makan macam2 org bg
seronok la meniaga bulan puasa
yg x seronok psl sales gila punya sikit

berbalik cerita pasal bob
dia patutnya dtg kedai aku hari ahad aritu
tp x dtg psl kereta dia rosak masa dia pergi genting ari sabtu
bateri handphone plak abis nak call aku
sungguh2 dia minta maaf td
masa aku nak balik pun dia minta maaf lagi
'kau ni kenapa? macam raya plak nak minta maaf dgn aku ni' kata aku
aku x kisah pun dia x dtg
cuma biasa kalau dia cakap, dia cuba gak tunaikan
aku dah sedia duit nak pulang masa tu
tp faham juga la orang sibuk mcm dia

stok bertambah kembali
kena clear cepat
sapa lagi buyer yg ada yea?
pening juga kepala stok berlambak ni
dan lega juga la duit dah pulang semula pd bob
boleh dah kira2 kot untuk bayar pd taufiq
camna nak transfer ke taufiq ye?
sian dia blanja duit usa, dpt duit malaysia
kalau nak kumpul bayar semua kena tunggu bulan 3
sebab ada sorg buyer bulan 3 mungkin baru balik malaysia
lama gila nak tunggu
tp kena la redha pasal kami yg lambat sedia barang

Farahin

adoi la
camna leh lupa birthday Farahin semalam
Farahin ni anak Kak Sariyah yg meniaga nasi lemak belakang kedai kitorg
so, we all memang jumpa setiap weekend n holiday
sebab dia niaga hari cuti je kat belakang kedai kitorg
dan dia agak manja dan rapat dengan kami ni

pagi tadi masa aku dtg ke kedai dia
'Farahin, ni siapa buat?' tanya aku merujuk pada kuih donut
'orang la' jawab dia
sambil aku ambil kuih dia tanya
'akak, ingat x semalam ada apa?' tanya dia pula
dengan muka yg sangat bersalah 'birthday Farahin eay?' tanya aku pula
dia senyap je n tarik muka sambil angguk
aku terus peluk 'ala, akak minta maaf la. akak lupa la sayang' pujuk aku
x dlayan la plak
adoi... susah budak ni

pastu aku masuk kedai aku bgtau kak lina plak
kak lina pula memujuk
dia kejap je dah ok
dengan aku muncung lagi
aku pegi dekat dia
pegang tangan dia
'napa ni muncung je?' tanya aku
dia hanya geleng xnak cakap
hahaha...
merajuk sakan
aku pujuk lagi gak la mengenangkan dia ni sangat sensitif
sambil pegang tangan dia aku cakap la 'akak lupa, sori yea'
dia senyap gak xde respon

masa dia nak pakai handphone mama dia aku cakap
'pakai la handphone akak'
'xnak' jawab dia
biasa tu minta handphone aku je untuk call sesapa
merajuk rupanya
'handphone akak kan lagi canggih' pujuk aku lagi
dia terus lari x layan
tetiba datang balik
'akak, pinjam handphone' katanya
aku senyum sambil cakap 'sayang akak dulu'
terus dia cium pipi aku
akupun terus cakap kat kak lina
'akak, im suruh dia sayang, dia cium betul2 la plak. hish' sambil aku lap pipi aku yg basah
huahuahua...
dah x merajuk la tu
puas memujuk si anak sulung yang sensitif itu
lega!

hari ni niaga agak penat
order air kak lina byk
maklum pak din ramai pelanggan
dan pelanggannya minum air di kedai kami
aku juga sibuk dengan roti bakar dan sedikit char koey teow
sangat letih tp seronok
sempat gak la buat meeting wanita2 taman ehsan
bukan meeting apa pun
dgr permasalahan yang dorang alami
maklum, kami ni pendengar setia
huhuhu

Wednesday, January 19, 2011

asyik makan

hari ini kerja aku asik makan
sampai ditegur rakan sepejabat
actually makan benda ringan2 je
kuih je yang aku asik ngunyah

mula2 kerja aku makan karipap sebiji
pastu mcm  lapar lagi aku makan donut sebiji
dan sebiji lagi lepas selesai doc prep
dan makan karipap pula sebiji lagi
total baru 4 kuih kan?
lepas abis third run aku ngunyah roti ikan bilis pula
ha, masa ni la kena tegur dengan suzie
'akak ni asik makan je saya tgk dr td'
aku hanya mampu gelak sakan dengan kak lina
sebab sebelum tu aku dah cakap kat kak lina
'afiq ni mesti cakap im asik makan je kan, asal dia lalu je im tengah makan'
hehe

minggu ni aku memang kuat makan
asik lapar je
bismillah baca pun lapar lagi
risau gak berat naik mendadak
ke sebab ion supplement yang aku makan membuatkan selera bertambah?
risau juga!

nak balik makan coklat plak lagi
sampai rumah selesai solat
makan nasi pula
naik ke bilik makan coklat lagi
adui la
tunggu seminggu je ni
terus jeans aku ketat semula
jeans paling kecik size 29 yg dah longgar selama ni
semalam pakai dah mula rasa ketat
dan bekas iphone melekat kat peha
hahahah
itu memang tanda dah berisi semula
sebab jeans itu memang sgt ketat di peha :p

Tuesday, January 18, 2011

motor

nampaknya aku harus membeli motor
apit akan mengambil semula motornya
pilihan di hati adalah LC 135
tp mcm x dipersetujui pula
ditambah dgn harga yg agak mahal
tp mahal seribu lebih je dr motor biasapun
aku kena beli motor yang leh ditunggang dgn laju
sebab aku selalu lambat ke tempat kerja
naik LC aku leh bawa 100-150km/j untuk pergi kerja
kelajuan ini pun mengambil masa 20 minit nak sampai
kalau aku bawa kelajuan 80 jd lagi lambat nak sampai
hari2 sampai kerja ngam2 saja masanya
susah hati pula dah ni
mcm mana ni???

Monday, January 17, 2011

Gastrik

hari ini dilanda gastrik lagi
nak kata x makan langsung tu xde la plak
pagi tadi dah breakfast nasi goreng ayam
lepas tu pergi kerja mcm biasa la
tp kat opis masa petang memang dah lapar sangat
terasa lemah plak nak buat keje
tapi sebab xde masa langsung untuk turun membeli roti
maka menahan saja la lapar itu
dan pulang saja kerumah
aku terus ajak kak lina makan nasi
makan aje terus sakit tahap gaban
angin dah start mencucuk2 plak
nak muntah pun ada
aku start gastrik teruk since kerja unisys
dulu gastrik biasa2 je
tp dah lama x kena sampai la aku start keje
kena mencari kerja lain ni
jadual makan x teratur
kesian diri aku ni
dah la kerja mcm apa je
badan xde rest dengan sempurna
sakit plak tu

Sunday, January 16, 2011

Kakak dan Adik

hakikat kakak dan adik akan membahasakan dirinya 'akak' bagi seorang kakak
dan 'adik' bagi seorang adik
tidakpun penggunaan nama untuk seorang adik
penggunaan nama iaitu namanya sendiri
seperti aku mengaku diri sebagai 'ima' kepada keluarga
tapi aku tidak memanggil kakak aku sebagai 'akak'
aku hanya memanggil dia dengan panggilan nama 'nor'
bukan niat nak berkurang adab tp sejak kecil dah terlatih begitu

kini aku ada seorang adik
yang mana pastinya bukan dilahirkan oleh ibu aku sendiri
adik yang dianugerahkan oleh Allah
dan aku sangat bersyukur
adik yang mana memang aku mencari untuk merasa menjadi seorang kakak

permasalahan yang membuatkan aku tidak terasa seperti kakak ialah
adik aku ini anak tunggal
dan dia sangat berdikari dan matang
dan membuatkan aku pula terasa seperti adiknya
cuba juga mengikis perasaan itu sehingga terpaksa menegur cara dia melayan dan bertanya pada aku
aku mahukan aku yang menjadi kakak
bukan dia yg menjadi kakak

permasalah kedua
penggunaan kata nama juga menjadi isu
kami hanya menggunakan 'i' and 'u' dalam sesi percakapan
dia tidak memanggil aku 'akak' sepertimana dia memanggil kak lina
dan disini wujud sedikit kejanggalan dalam hati aku
susah untuk aku terasa seperti kakaknya
aku terasa seperti kawan2nya sahaja
melainkan aku sendiri mengaku diri 'akak'
yang mana penggunaan kata 'akak' itu membuatkan dia x selesa
dan aku juga mungkin akan berasa pelik kerana tiba2 membahasakan diri begitu
tapi sikit sebanyak jiwa aku teringin juga dipanggil begitu
baru terasa ada jiwa untuk menjiwai diri sebagai kakaknya

kami menjadi rapat bermula december 2010
kira masih baru lagi
tapi mungkin kerana faktor2 kekurangan yg ada menambahkan keakraban yg baru bermula
setiap hari cuba mengenali diri masing2
dan sepanjang perkenalan aku saja yang kuat merajuk
manalah nak rasa diri seperti kakak
ntah kenapa aku sangat sensitif akhir2 ini
membuatkan dia sangat berhati2 dengan aku
dan aku sendiri telah menegurnya supaya jangan terlalu menjaga hati aku
jangan terlalu manjakan aku
sebab aku terasa seperti adik pula

susah pula aku nak menerangkan ketidaksedapan hati ini
tapi aku hanya mahukan diri dia sebenar
x perlu terlalu menjaga hati aku
sampaikan dia terlupa pada kak lina
dia ada 2 orang kakak
dan aku x rasa aku layak dianggap seperti kakak
jika dia terlalu amat menjaga hati aku
adoi... camna nak terangkan?
x payah langsung jaga hati aku...
ya, ini yang aku maksudkan
dia hanya perlu jaga kak lina seorang
itu sudah cukup
aku sungguh x terasa seperti kakak pdnya
dan tidak layak langsung menjadi kakaknya
inilah yang aku simpan selama ni

Anak kucing

semalam
pagi2 kak nor dh datang ke kedai
biasalah menjenguk adik2nya ini
dan masuk saja di kedai
'aaaaaaaaaaaa' jeritnya
ternampak anak kucing yg mcm tikus rupanya
aku dan kak lina hanya gelak sakan
'badan je besar kan, tikus pun takut'  kata kak nor
'anak kucing la kak nor, bukan tikus' kata aku
dan memang anak kucing itu bulunya seperti tikus
warna brown2 gitu
ntah dr mana ibunya, tetiba bermastautin di kedai kami
dan aku x pernah halau kalau kucing datang
bahkan aku sendiri akan bela anak2 kucing yg dibuang
bagi makan, bagi susu
sangat rajin!
sebab aku terlalu sayangkan kucing :)

Saturday, January 15, 2011

Shopping Day!

arini balik niaga terus tido
kul 5 tetiba kak lina ajak keluar
'im, jom pegi parkson, akak nak shopping' - kata kak lina
'ha? shopping? im xde budget la' - kata aku pula
'akak nak beli apa?' - tanya aku
'perfume, pencuci muka, macam2 la' - kata kak lina
dan aku bangun juga mandi n bersiap
ambil duit dalam wallet n siap untuk keluar

sampai di parkson
jalan2 teman kak lina je dulu
sambil mata mencari2 sweater
dan jalan2 ternampak pula box yg sesuai utk simpan stok
dan telah membelinya
cun n kemas
sesuai untuk jadikan meja komputer kecik juga
dan penuh sudah dengan stok shopfrom-usa
nasib beli yang besar
sangat berbaloi spacenya
tp memandangkan stok baru nak sampai lagi
kena la fikir mana plak nak simpan lagi nanti

dan sudah membayar berjalan2 lagi
mencari lagi sweater sementara kak lina sibuk mencari t-shirt
dan terjumpa pula sweater yg sangat sweet di mata aku
warna cream putih la plak
abis la cepat kotor
tp suka punya pasal amik gak la
payah betul kalau hati dah berkenan ni
dan selesai membayar kami berjalan ke parking pula
'asik lupa nak bawa beg shopping' - kata kak lina
'xpela, jom kite simpan dulu kt kereta. nanti dtg balik' - kata aku
dan telah menyimpan barang2 yg dibeli tadi dan mengambil beg shopping
maklum arini no plastic beg day
so, harus la membawa beg itu tapi kerap saja terlupa
'akak yang nak shopping, tp akak x keluar duit lagipun' - kata kak lina
'eh! aah la'  kata aku
hehe... aku terlupa diri pula membeli

terus ke tempat perfume pula
kak lina mencari escada
'beli la yg lain, im x suka bau escada tu' - selamba aku menyatakan ketidaksukaan
'suka akak la, akak suka bau tu' - balas kak lina
'ada escada ke?' - tanya aku pada jurual itu
'ada escada ke?' - dia tanya pula pada rakannya
'tak ada' - kata rakannya pula
'tak ada la' - kata dia pd kami
'cuba yg ni' - kata dia
mcm2 la perfume yg dia syorkan
tp x branded, murah punya
mana la kak lina nak
nasib aku nampak yg branded2 punya
terus tanya nak yg lain
'swiss army ni best x?' - tanya aku
dorg ni mcm berat hati plak nk bg yg branded
ingat org xde duit ke apa ek?
lepas aku cakap 'bagi saya test bau dia'
baru la dia kuarkan gak la perfume tu
'altitute dengan classic je ada untuk men. untuk women abis stok' - kata perempuan itu
'xpe, bagi saya test bau' - kata aku
'im suka ni, altitue' - kata aku
'akak suka ni, classic... lembut. altitute tu keras sikit' - kata kak lina
'ikut suka la akak suka yg mana' - kata aku
lama gak la buat pertimbangan
'amik classic la, nanti amik altitute im yg pakai' - kata kak lina
aku hanya gelak
'amik je la apa akak suka. im ada 3 perfume lagi' - penjelasan bahawa aku x pakai la perfume dia
huhuhuhu

selesai membeli perfume mencari t-shirt/shirt pula
dan berjumpa juga sehelai untuk kak lina
sehelai lagi untuk aku
dan sehelai untuk adik kesayangan kami, yana
kak lina belanja!
ye ye best :)
aku pilih kaler hijau pasal aku xde baju kaler hijau
pasni kena cr kaler purple n orange plak
baju jalan aku pakai pegi keje
nak jalan dah xde baju
aku bukan banyak baju pun
bape helai je yg ada pun
ulang2 pakai je
so, memang kena menambah koleksi sudah kali ni

selesai mencari baju
masuk watson pula membeli pencuci muka n compaq powder
aku teringin lagi dengan famous amos itu
beli yg double chocolate mcm biasa
kak lina pula yg berlainan rasa setiap kali beli
dan terus pulang
kak lina habis rm400
aku plak habis dlm rm150
bulan ni terlalu banyak berbelanja
saving dah menyusut sangat2
kena berjimat sudah
nak cuti2 lagi nanti
moga murah lagi rezeki kami

amin :)

Thursday, January 13, 2011

sikap

aku sangat x matang
aku terlalu kebudak budakkan
aku terlalu dimanjakan
segala benda diuruskan
segala benda xleh nak fikir sendiri
semua benda nak minta pandangan orang lain
sampai bila ek aku nak jd camni?
berusaha juga untuk mematangkan diri tp macam susah
satu je cara
aku perlu hidup sendiri
tanpa ada teman2 rapat mahupun saudara mara
harus berdikari sendiri
tp kalau sebut berdikari aku sgt berdikari orangnya
dari kecik aku usaha mendapatkan apa yang aku hajati
cuma dari segi sikap aku sukar nak ubah
aku susah nak terima keburukan diri sendiri
hanya sesetengah orang yang sabar je leh tahan dgn aku
dan kak lina sgt sabar dgn kedegilan dan kekerasan hati aku
dan aku jenis xleh terima pandangan orang
bukan xleh terima cuma aku jenis menunjukkan aku x terima
walhal aku menerimanya dari segi kewarasan fikiran
susah juga ego macam ni
satu lg kalau gaduh
jangan harap nak aku tegur dulu
tp kadang2 aku akan tegur dulu bila jiwa x tahan memberontak
fikiran waras kata beralah
fikiran jahat kata jangan
jiwa?
jiwa aku pula memberontak untuk berdamai
akan ambil masa untuk aku berdamai
dan aku akan menyesal tahap cipanzi la lepas tu
kenapalah aku ikutkan sgt ego?
sendiri yg susah kan
kalau kehilangan orang yg disayang mcm mana?
menyesal x sudah kan

Wednesday, January 12, 2011

baby face?

di opis td
aku baru je masuk pantry
terus terpandang muka kak katty and kak wati
yg kebetulan 2 2 tgh memandang aku yg baru masuk
'dia ni, muka kadang2 aku tgk comel plak' kata kak katty
aku yg masuk terus termalu dan x semena2 basuh tangan di sink
padahal aku dah tarik kerusi nak duduk dekat dorang
lepas basuh tangan aku duduk la gak
xkan nak lari
'isma, kau ni akak tgk comel la kadang2. kadang2 je tau. mcm baby face' katanya lagi
dan aku tersenyum dan cakap 'terima kasih'
malu ok!
x pernah lagi orang puji aku mcm tu
biasa org cakap muka aku nampak tua dr usia

fb notes

aku dah delete semua notes dalam fb
ada a few yg taip disitu tidak dicopy n paste di blog
kenapa aku delete?
sbb aku dah xnak ada apa2 perihal hidup aku difb
cukup la semua di blog
blog x ramai yg singgah membaca
lebih secure rasanya
dan aku boleh je nak privacy kan
masih dalam pertimbangan

Tuesday, January 11, 2011

makan = selera

arini aku makan byk sgt
pagi2 doctor ina dah belanja nasi dagang
walaupun kuantiti sikit tp ckp la utk alas perut
selang sejam mcm tu aku makan roti bakar plak
selang setgh jam kot aku beli nasi pula
ntah napa asik lapar arini

di opis pula
masa break 2 roti jagung aku dah makan
makan plak coklat lagi
x cukup coklat
biskut kak lina pun aku makan
lapar gak lg?
apa nk jadi ni

balik umah
makan nasi goreng mama masak
naik ke bilik makan keropok satu bungkus
x cukup lg?
makan mamee plak
pun masih mcm x ckp
dasatnya aku arini

sy bc bismillah ye
bukan main makan je x bc apa2
mungkin psl stress kot asik nk makan
jangan la selera mendadak naik
naya ni!

dihargaikah?

kadang aku sendiri terfikir2
adakah apa aku cuba lakukan dihargai
contohnya aku sms bertanya khabar
dan tidak dibalas
maka aku hanya akan mendiamkan diri
cuba berfikir mungkin org itu sibuk
tp sibuk sgt ke smpai lgsg xleh reply smpai keesokkannya?
dan seterus2 harinya?

sesibuk mana pun aku bekerja
sepenat manapun aku hari itu
aku akan pastikan aku reply setiap sms yg diterima
tak kira la sapa pun yg sms aku
sbb bg aku orang yg sms itu menandakan dia ingatkan aku
dan dia ambil berat psl aku
walaupun kadang kala aku terlupa dan lambat reply
tp aku pasti akan reply keesokkannya

aku sendiri was2 dengan kejujuran individu
mungkin boleh diungkap syg
mungkin boleh diungkap rindu
tp pd dasar hatinya?
mungkin saja suka2
atau mungkin sekadar utk peneman bosan dirinya?
aku sendiri kerap berada dlm situasi kemusykilan
aku cuba fahami
aku cuba dekati
aku cuba sebaik mungkin untuk membuang segala firasat negatif
dan kadangkala tindakan individu itu sendiri membuatkan firasat negatif menjadi positif

Tersenyum sendiri?

pernah x korang senyum sorang2?
macam orang angau?
angau x semestinya bercinta antara lelaki dan perempuan
angau juga boleh jadi kalau kita happy sangat dgn seseorang
apa je detik2 yg best akan membuatkan kita tersenyum
benda ni memang kerap terjadi kat aku
aku ni seorang yang suka mengimbas kenangan
kalau benda tu baru berlaku seminit dua yg lepas pun aku leh imbas semula
dan aku jenis ingat word by word yang dilontarkan dr peti suara

masa mula2 kerja dlm doc prep
aku selalu ditegur 'baca buku ke kak?'
dan aku hanya senyum
aku suka pd orgnya kan... 
so, itu je pun dah leh buat aku tersenyum sendirian bila ingat2kan semula
banyak sgt word word yang aku ingat
kalau aku nak taip panjang sgt kisahnya

dan paling aku suka kalau aku membalas dengan cara yg agak drastik
kira dia sendiri akan tersipu malu
contohnya baru semalam kejadiannya
'apa cium2 stub' kata aku
'abis tu xkan nak cium u?' balas dia
'ye la, cium stub dpt apa? dpt kuman je' panjang aku membidas
dan yg pasti dia x terkata apa
dan riak muka yg segan2 malu itu membuatkan aku tersenyum sendiri
aku sangat selamba kadang2 
kalau aku rasa nak peluk / cium aku buat je
tp pd orang yg btl2 rapat dgn aku
yg btl2 aku sayang

dan aku suka jalan pegang tangan
itu satu perangai yg aku rasa susah nak elak
family aku bukan jenis camni
aku sorang je
anak buah aku sendiri x suka aku pegang dia
sian makcu :(
kakak aku lagi la x suka
tapi bg aku pegang tgn tu mcm mengeratkan hubungan la
cuma tangan aku jenis berpeluh
kalau aku pegangpun kena lepas2 juga
maksud aku pegang bukan bekepit 24 jam ye
pegang la sambil jalan
pimpin erti kata lain
dan aku leh je senyum sendiri kalau ingat detik2 tu
mungkin biasa bg sesetgh org
tp bg aku mcm susah nak dpt org yg leh hargai apa yg aku cuba lakukan

tp kalau senyum sendiri mcm angau
susah juga bila orang pandang
mcm kita ni x btl plak kan
dan aku suka memuji org
kalau aku rasa comel, aku kata comel
kalau aku rasa cantik, aku cakap cantik
dan itu juga leh buat aku tersenyum sendiri
kenapa?
biasalah dah puji merah2 la muka orangnya
huhuhu
dan aku suka je tgk segan2 malu org yg dipuji itu
dan pasti aku akan tersenyum2 sendiri bila mengimbas

satu lg detik yang aku ingat
'bye' kata aku
'bye u' kata yana
dan aku balas
'siapa plak bye u? i bye kak wati la' 
'ala u ni, malu i. merah2 dah muka' balasnya
dan aku hanya gelak
'ok u, ni btl2 nak bye' pujuk aku
'ok, bye' katanya
dan itupun aku leh senyum n gelak sorang2
aku rasa mcm lawak je moment mcm tu
dan aku suka je nyakat orang mcm tu
dan kadang bahaya juga kalau asik sakat
kena pd orang yg x faham
dah bermasam muka plakkan
dan aku pun jenis berangin gak nak disakat2 ni
kalau mood aku mmg x baik
aku disakat
mmg aku bermasam muka la dgn orangnya
dan nak pulih amik ms yg lama

senyum itu bagus untuk sedekah
tp kalau dah senyum mcm angau tu
kena ingat2 la ye
mata org kerap memandang
pelbagai tafsiran ada
dan cubalah kawal diri dr tersenyum2 sendirian
huhuhuhu

Weekend n weekdays

Aku kerja 7 hari seminggu
Kalau nk tanya income tu best ke x
Memang x best langsung kalau nak compare dgn usaha
Tp selagi mampu menampung segala keperluan aku dah bersyukur
Walaupun x mampu ada kereta n umah sendiri 
Tapi cukup utk keperluan sendiri dan tidak menyusahkan orang

Setiap hari minggu aku suka rehat2 saja dirumah sebelum ni
Cuma skrg ni aku rajin plak nak keluar
Bukan keluar apa sgt pun
Saja keluar dgn kak lina n yana
Nak menghiburkan hati n jiwa yg semcm stress kerja memanjang

Ahad hari tu aku ke sogo, campbell n pertama
Mencari kasut sebenarnya memandangkan hush puppies ku mcm nak tercabut dah
Scholl pertama skali aku nampak
Mcm menarik
Tp masih juga mencr yg lain
Kesian pd kak lina n yana yg kena mengfollow
Huhuhu
Thanks akak n adik ku :)
Dan akhirnya aku pulang semula ke sogo membeli scholl yg mendpt tmpt pertama di hati

Mencari sweater n wallet xde plak yg berkenan
Aku sgt cerewet! 
So harus la menyimpan kewangan semula kalau nak beli yg mcm aku inginkan
Agak mahal juga sweater itu
Mcm x berbaloi utk naik motor je

Selesai segala urusan
Kami bertiga ke HR Steak n House di kg baru
Memang itu favourite place aku utk western food
Jarang sgt aku keluar makan2
Skali skala keluar rs best sgt2
Dpt borak mcm2 cerita

Habis makan soma kami hantar yana pulang
Dan aku drive pulang ke rumah pula
Tgk AJL la kononnya
Tetiba blackout smpai habis AJL
Hampeh!

Isnin ke mps ambil buku sewa n membyr sewa
Selesai terus ke kedai membeli nasi 
Dan terus memecut ke opis
Serius aku mmg memecut laju motor itu
Aku x suka bawa perlahan
Rasa penat n mengantuk n paling penting aku akan leka
Kalau leka tu yg buat kdg kereta depan break aku x perasan
N akupun kena break mengejut
Dan situasi itu jarang berlaku kerana aku jarang menunggang dgn perlahan
Huhu

Setiap moment kt opis aku suka je
Except hal gaduh2
Aku x suka gaduh tp aku cepat panas hati
Dan aku cepat cool juga kalau kena caranya
Yg selalu berjaya cool aku kak lina je la

Weekdays aku penuh dgn kerja
Dr pagi sampai ke malam
Notespun dah bercelaru ni
Kepala pun x bape nak best pagi ni
Nak kerja lagi berjumpa adik2
Dan kakak2
Kerja dgn dorang sgt happening
Mungkin itu satu reason kenapa aku masih kekal di situ
Tp mungkin juga aku akan pergi dr situ
Semuanya aku x pasti lagi
Sebab jiwa aku belum dpt kepuasan bekerja yg aku cari

Saturday, January 8, 2011

Nescafe!

semalam tido kul 3
bangunnya jam 6 pagi lebih mcm tu
overall tido adalah dalam 3 jam lebih
oleh itu mata macam nak terpejam dah masa kat kedai

'akak, tlg buatkan nescafe' kata aku pd kak lina
'xnak, im x minum nescafe. nanti sakit perut' jawabnya pula
'ala, im minum la. x suka je' gesaan aku lagi
'xnak, im x minum. jangan paksa diri minum' balasnya lagi.
so diam la xde minta lagi

'ngantuk la kak nor' kata aku pd kak nor yg dtg ke kedai
'itulah, tido lambatkan' kata kak nor
'lina xnak buatkan nescafe' ngadu aku
'iya' jawab kak nor

masa nak mengemas balik
tetiba kak lina bancuh air dah
sebelum tu aku dah minum segelas milo aku buat sendiri
'im nak buat milo' kata aku
'sedap ke im buat?' inilah ayat selalu dr kak lina tiap kali aku buat air sendiri
x sedappun aku buat je la
aku yg nak minum
tp nescafe memang aku x pandai buat
dulu masa kat rumah lama
kalau buatkan balong nescafe mesti termanis atau terpekat sangat
tp kalau buatkan mak abah n bangah teh/teh tarik dorang suka pasal sedap katanya
so, memang nescafe aku langsung x reti buat

'eh, akak buat la nescafe' muka happy aku
'ye la, akak x buat pekat sangat. nanti im xleh minum' kata kak lina
'im minum la kak. cuma im x suka. dulu kalau ikut mak pergi mana2, org bg air apapun im minum. mak dah pesan jangan minta yg lain' jawab aku panjang
aku terus minum and cakap 'wah sedapnya nescafe akak. terus segar dah mata ni'
'ye la tu' kata kak lina
'serius la kak, terus segar mata' kata aku lagi
dan sudahnya aku x ngantuk sampai dah nak maghrib kat opis tadi

di rumah pula aku dah x tahan ngantuk
'sampai merah dah mata tu. jom makan dulu. pastu baru im leh tido' kata kak lina
so akupun menurut perintah
turun makan n terus naik atas
jam 9 dah lelap mata
siap mimpi aku tido smpai kul 6 pagi
tp terjaga tgk jam kul 12
'ha, baru kul 12?' masa aku buka mata terus terkejut
'aah la' kata kak lina
aku mimpi rupanya
bangun terus menoleh tgk kak lina dpn komputer
aik! mimpi rupanya
mengong!

masa makan ada gak diskus ngan kak lina pasal nescafe sangat membantu aku
'hebat gak nescafe sampai skrg br im ngantuk' kata aku
'im x immune' kata kak lina
'ye la, im x pernah nak minum. tetiba minumkan' kata aku
'kalau akak, x berkesan. tu akak buat x pekat. kalau pekat...' kata kak lina
sbb aku x pernah nak minum saja2 macam aku minum milo
tu kesan dia sangat berkesan pd aku kot
tp xmau la amalkan
nanti ketagihan n x immune dah
leh minum kalau tido x ckp tahap melampau je la kot