Sunday, February 27, 2011

pelik

aku agak pelik
bila dgn aku je
malas nak layan
dengan aku je
buat2 tido bila aku cakap
bila dgn aku je
senyum tu xde la nak seindah senyum utk sidia
bila dgn aku je
bergmbr senyum paksaan
bila dgn sidia je
senyum tu seikhlas hati
boleh nampak la dr riak muka

penulisan memang hebat!
bukan melupakan yg lama bila ada yg baru
hakikat?
diri sendiri nak menafikan kebenaran
kenapa manusia susah untuk mengaku kekurangan diri?
jujur saja pada diri sendiri
meluat sudah pd yg lama
mahukan sesuatu yg baru
buang saja yg lama
supaya hidup lebih aman dan bahagia kan!

jangan nak hipokrit!
terlalu hipokrit!

Saturday, February 26, 2011

Rajuk

arini adik sedikit merajuk
perancangan berjalan ke Melaka menjadi masalah
pada asalnya plan hanya aku, adik, kak lina n yana sahaja pergi
secara tiba2 kak wati nak pergi
ok la, muat lg kereta
skali kak wati ckp nak bw 2 org anak dia
alamak, mana muat kereta ni
adoi la...

itu yg discuss dengan adik td
pasal kereta masalah skrg ni
adik plak merajuk nak mengalah
dia x payah pergi
dah la kelmarin yana mengalah gak
napa la 2 2 adik aku ni cepat sangat touching
tu semua leh adjust kan
aku ni xnak sorg pun tinggal
2 2 kena ikut
adik wajib ikut sbb dia yg plan ajak aku pegi kampung dia
yana sangat2 wajib untuk ikut sbb dia kan adik yg kurang kasih syg
hihihi

harapnya plan menjadi
kereta akan difikir lagi nanti

Char Koey Teow Strawberry???

hari ni meniaga mcm biasa
xde la ramai org
agak bosan gak lepak2 dengan kak lina
pastu ada la order sikit2
tgh masak char koey teow ada sorang akak ni
'char koey teow strawberry satu' sambil senyum dia cakap
aku dengan muka agak2 blur
terus tersenyum pandang akak tu
'camna pegi sana?' tanya lanjut pula akak ni
'best aje... sejuk... seronok sangat2' balas aku
'duduk hotel mana?' soalan lg
'hotel titiwangsa, best sangat, katil king 2 biji... ada steamboat dinner n breakfast. rm288 semalam untuk family room' explain aku lebih details
'ok, nanti bg akak no hotel tu ye. biasa agak pegi sana blk hr je... rumah dekat je, malas nk tido sana. tp skali skali teringin gak la' - sambungnya pula
hehe...
tgh masak pun aku leh borak...
apa lg aku tgh buat keje kt opis tu...
yg penting, keje jalan walaupun mulut becok bercakap
chin tu je bahalul sangat x nampak hasil kerja yg aku usahakan

duduk lepak2 dengan kak nor sebelum mengemas
cerita tentang bestnya cuti dgn dia
aku serius happy gila cuti 2 hr tu
spend ms dgn org2 yg close dgn aku
insyaAllah ada rezeki kita bercuti lg
bulan depan ke Melaka mengikut perancangan asal
tgk keadaan camna
jadi atau x
Allah yg tentukan
tapinya pergi balik hari saja
nak memuaskan hati adik yg teringin keluar  jalan bersama
dan memuaskan hatinya untuk membawa aku singgah ke kampungnya
insyaAllah dengan izin Allah
semuanya akan berjalan lancar

Thursday, February 24, 2011

Anti???

aku dianti oleh ketua di pejabat
kenapa?
aku ni jenis suka bercakap
dan bising la kalau berada di doc prep
tpnya!
kerja aku semuanya siap
walaupun mulut pot pet pot pet
gelak macam setan ke apa
aku buat kerja laju aje
tp tetap dianti oleh bos dan ketua pasukan disitu
bengong la dorang ni
nak orang senyap kena la cr orang bisu
baru korang tau susahnya nak bagi arahan

tadi adik cerita
chin sound dia
kenapa kalau u dengan isma banyak cakap
tapi kalau u dengan herlina x banyak cakap
posisi kitorg duduk dah menunjukkan dia xkan nampak kak lina bercakap atau x
sebab kak lina membelakangkan dia
aku dan adik mengadap ke depan
sah2 dia leh tgk kitorg yg bercakap
padahal kak lina dgn adik memang borak2 gak
kitorg borak sama2
gila ke apa kak lina nak senyap je bila bertiga dlm bilik tu
kata x kisah kalau bercakap janji kerja jalan
yg skrg ni kerja jalan la
tp still nak sibuk2 kenapa?
semua org anti dengan dia
semua org sakit hati dgn dia
aku kadang rs nak sound direct gak
tp kenangkan aku hanya part time bukan permanent malas nak bising
tp rs kalau dh x tahan mmg aku sound
dia pun takut sikit dgn aku psl aku dh penah sound dia skali
itu pun dgn nada yg sopan
kalau aku sound dgn nada n ayat yg mcm singa mau dia kecut perut terus
serius aku dh mula rasa membuak2 rasa marah kt dia

td adik terpaksa panggil kak lina je tolong dia buat doc prep
kalau x biasanya dia panggil aku
untuk elakkan di chin tu membebel lg
elok la aku duduk kat workstation je
aku x sakit hati
adik x sakit hati
senang cerita

mawar merah

lupa nak update pasal bunga rose merah yg diberi oleh yana
kak lina membantu yana membawa barangan yg dibeli semasa di cameron highland
aku jangkakan dia xkan turun la sbb dah penatkan
tgh leka2 nyanyi dlm kereta kak lina ketuk tingkap
dan aku terus menoleh dan membukakan lock door tu
tetiba ada org buka pintu aku
nasib x kena silat cekak harimau
kalau x naya yana kena baham dgn aku
dia buka2 pintu terus bg bunga rose merah sekuntum
dan aku terus mencium bunga tu
'wangi' - berkata dalam hati
dan yana salam dan ucap selamat la

dan gambar bawah ni adalah bunga yg telah mekar dan sebelum mekar
seumur hidup ni kali ke 2 dpt bunga
skali ms aku grad dulu kakak aku bg sejambak bunga yg paling mahal n paling besar dijual kt konvo masa tu
hehe...
itu kata dia yg paling mahal n paling besar
dan berdasarkan pemerhatian aku
memang benar, bunga aku je yg paling besar ms tu
sedikit terharu dengan perhatian kakak aku
dan juga bangga kerana bunga aku tu dipinjam2 oleh kawan2 untuk bergambar
huhuhu



Tuesday, February 22, 2011

tersentuh hati

aku sungguh2 tersentuh hati
sampaikan aku menangis
sungguh dgn aku dia x pernah mcm tu
tp dgn adik barunya...
dia sungguh berlainan
video yg dibuatnya telah lama
langsung x pernah maklumkan pd aku
aku tgk saja permulaan mata dah berair
terucap juga ayat yg dia x pernah buat untuk aku
terasa juga aku ini sudah x penting dalam hidup dia
dia memang dah berubah sangat2
aku xtau nak gambarkan perasaan aku
tp aku sangat2 tersentuh dgn perlakuan dia kini
jauh beza!
sampaikan aku terasa
jika tidak suka pada aku lagi cakap saja terus terang
aku boleh undurkan diri
jangan disebabkan pesan arwah mak untuk dia jaga aku
dia tidak menghalau aku dr hidup dia
itu tidak ikhlas lagi namanya
dan jangan disebabkan aku anak yatim piatu dia rasa bersalah pula
aku lebih suka dimaklumkan sejujurnya jika tidak mahukan aku lagi
aku boleh berusaha menjauhkan diri
supaya tidak mengganggu keharmonian hidupnya lagi

dari awal aku dah rasakan perbezaan
tp aku turutkan saja
tp hari ni sungguh2 aku terasa dengan perubahan itu
dan aku dibiarkan begitu saja
hina sangat aku pd matanya

Monday, February 21, 2011

Cameron Highland

19-20 February adalah percutian aku ke cameron highland
perancangan dibuat sebulan awal
dan pd mula2 tiada sebarang masalah yg timbul
hotel mudah je dicari melalui online
Titiwangsa hotel menjadi pilihan kami
memandangkan lokasi yg berada di brinchang dan komen2 yg memuaskan menguatkan tekad memilih hotel itu sebagai tempat penginapan semalam
dan sangat berpuas hati dengan keluasan bilik hotel
rezeki aku murah kerana diupgrade dr triple room ke family room secara percuma
dan biliknya sangat2 luas
2 katil king size, ruang untuk minum tea... dan ruang untuk bersolek..
Pearl Harbour yg dibayar rm750 semlm di Sabah dulu pun x sebesar bilik ini

Masalah yg timbul 4 hari sebelum ke cameron
masalah kenderaan...
puncanya, perancangan awal mahu ke cameron menaiki waja
sekali apit menjual pula waja dan menunggu saga keluar dan tidak keluar2
dan aku dah start pening kepala cr kereta
telefon kereta sewa, boleh dikatakan semua dh xde kereta
mana plak nk cr lg ni?
satu yg ada kereta plak mahal ya Allah
xkan nak sewa sampai rm400 untuk 2 hari...
dan bertanya pd kakak aku utk meminjam 1 dr 2 keretanya
dipakai pula oleh suaminya utk outstation
dan akhirnya kak lina menggunakan fb message utk berbincang dgn kakak2 dan sepupu2nya
dan syukur alhamdulillah
cik putih di dubai memberi cadangan menggunakan keretanya untuk percutian kami
dan khamis malam aku dan kak lina ke shah alam mengambil Myvi cik putih yg tip top itu

dan jumaatnya aku tidak berniaga
aku perlu cek apa2 yg patut pd kereta itu
minyak hitam ok, air bateri hampir kering, air wiper dah susut, minyak break cun, minyak power steering ngam...
dan semua dah selamat kami pergi mengisi minyak penuh untuk memudahkan perjalanan esok
mengtop up touch n go juga untuk melancarkan lagi perjalanan kami
dan malam hari jumaat selesai pulang dr kerja
kami mengemas pula barangan dan pakaian untuk dibawa
jam 11 malam pergi ke damansara pula mengambil yana yg akan ikut kami ke sana

sabtu pagi jam 7.45 kami dah memulakan perjalanan
berhenti di Tapah untuk berjumpa dengan kak nor di sana
aku hanya minum milo, kak lina tea, dan yana nescafe o ais ke apa xtau la, x perasan
kak nor makan mee kari pula
dan agak lama lepak2, menunggu kak nor selesai dgn anak2nya
kami meneruskan perjalanan bersama menggunakan laluan baru

dan sampai di cameron sekitar jam 12
terus berjalan2 ke ladang strawberry
memberi peluang pd yana untuk memetik sendiri
dan sungguh! dia sangat leka
aku hanya petik 3 buah saja
dan kak lina memetik 2 buah sahaja
dan selebihnya yana seorang yg memetik
cuaca agak panas ketika ini tp anginnya sejuk
kami merayau agak lama sebelum terus ke hotel untuk check in

pergi makan2 pula di medan selera brinchang
dan memulakan perjalanan semula
jalan sana jalan sini
sampai aku x ingat dh kemana kami pergi
byk sgt destinasi
cactus point, butterfly farm, apa lg eh?
oh ye, pasar malam brinchang...
macam2 dibeli oleh yana disini...
jagung, bunga2, sayur2...
aku hanya coklat...
kak lina pula membeli jagung, asam strawberry
percutian kali ni aku x beli apa2 untuk diri sendiri melainkan coklat
selebihnya semua utk rakan2 sepejabat
kak lina pula membeli untuk sedara mara sahaja, utk diri sendiri x ada pula

sebelah malamnya, hotel menyediakan steamboat dinner untuk kami
ya Allah punya banyak hidangan
dan aku tidak berapa gemar dgn steamboat
sampaikan kak lina menegur
'im, dr td akak tgk im makan benda yg sama' - katanya
'im bkn makan sangat steamboat ni' - balas aku
dan sedia maklum oleh kak lina aku x suka steamboat
tapi aku makan bahan2 yg mcm yong tau fu aje...
yg lain aku x makan... huhu
dan selesai makan malam
aku pergi keatas semula mencari burger
nasib yana nak burger gak...
kalau aku sorg malas la plak nak mencr
baik makan biskut je...

pulang ke hotel selepas membeli burger
tgk tv sama2
makan burger dgn pantas
'u, i makan dulu tp u dulu habis' - kata yana
'i mmg makan cepat la, x kunyah sgt' - kata aku
'jangan u... nanti usus rosak' - kata yana
'mulut tu jaga sikit' - jawab aku
dan ada sedikit kes yg yana menceritakan dan aku buat2 xtau
nak buat camna kalau dah dr kecik style aku makan hanya kunyah 4 5 kali dan terus telan
dan kami tido seorang demi seorang

jam 5 aku dah terjaga xleh tido
jam 6.15 bangun iron baju
jam 6.30 aku mandi
tunggu sikit pastu br kejutkan kak lina
selesai kak lina mandi kejutkan yana pula
dan menunggu kak nor untuk turun breakfast bersama

seronok bercuti dgn kak nor
suami dia sporting
kak nor memang sporting habis la
kami checkout jam 11.30 lebih kurang
dan memulakan perjalanan ke strawberry farm semula
aku membeli sedikit barangan utk adik dan kak wati
dan kami meneruskan perjalanan ke bharat tea
aku memesan classic cheese cake, yana dan kak lina pula memesan blueberry cheese cake
berehat sebentar di cafe untuk makan2 sementara menunggu anak2 kak nor turun ke ladang tea
selesai makan kami berangkat pulang pula
dan menuju ke rose centre
mencari rose centra mcm nak gila
jauh ke dalam rupanya
akhirnya berjumpa dan mendaki sehingga ke atas sekali
ya Allah nikmatnya pemandangan yg kau bagi - terucap dr mulut aku
sungguh! sangat indah pemandangan dr puncak
banyak gambar2 bunga yg aku ambil

dan selesai mendaki dan menurun
kami meneruskan perjalanan
dan berpisah dengan kak nor bila aku memberhentikan kereta menuju ke rose valley
ini semua untuk yana pasal dia suka sangat bunga
maka kami turutkan saja
dan memberi peluang pd yana merasai nikmat pemandangan bunga2 itu
selesai segalanya kami menuju ke Tapah pula
aku memandu dengan sangat biasa

tiba di highway 2 biji kereta memotong dr lorong paling kiri membuatkan aku agak teragak2 untuk mengalih laluan
bengong sungguh!
nak lumba pergi litar la... bukan highway jadi tempatnya
'u jangan, i belum kawin' - kata yana
dan aku hanya mendiamkan diri sebab geram
bukan aku saja2 memandu mcm tu
aku perlu mengelak kenderaan yg merbahaya tu
tp syukur alhamdulillah semuanya selamat
dan aku selamat menghantar yana pulang
dan pulang kerumah untuk berehat

percutian yg sangat best
aku sangat2 tenang
langsung x fikir sebarang masalah
adalah sikit hal business yg aku discuss dgn farhan dr usa
tp xde la serius...
gitu2 aje...
mahu bercuti lagi!!!
kena kumpul duit lg...
dah bnyak habis ni.... huhu

Tuesday, February 15, 2011

bantuan

kita hidup kat dunia saling memerlukan
antara satu sama lain
kadang2 musuh kita menjadi tempat kita bergantung
sebab tu dalam dunia kita x boleh nak sombong
x boleh nak bermusuh
sebab ada masa2nya perkara2 x terduga terjadi

contohnya yg arwah abah pernah cerita
semasa tragedi 13 mei dahulu
ada 2 orang perempuan yg sangat sombong dan berlagak dengan abah
bila abah senyum dicemuh pula
dan abah hanya diam kerana berjiran
ketika kejadian darurat
perempuan2 tu bergayut kat tangan abah minta bantuan
hilang segala malu bila keadaan dah terdesak

dan apa yg abah ceritakan aku jadikan iktibar
aku berusaha tidak mencari musuh
tp kadang dtg sendiri musuh itu
walaupun aku sudah relax dan cool
ada saja yg masih mahu menikam dr belakang dan depan

dan tujuan aku dengan tajuk entry tiada kaitan dengan perasaan sakit hati aku
bila aku memerlukan bantuan xde sesiapa yg sudi membantu
bila mereka2 itu memerlukan bantuan
aku kerap saja berusaha untuk memberi yg terbaik semampu mungkin
mungkin ini hari mereka
satu hari nanti akan tiba masa mereka pula
Allah itu maha adil
x perlu aku merancang untuk membalas
Allah sendiri akan menunjukkan hasilnya nanti

aku dalam keadaan terdesak sebenarnya
jika tidak aku tidak akan meminta sebarang bantuan
bukan berlagak bagus atau apa
tapi aku tidak suka menyusahkan orang
dan seumur hidup aku, ini kali pertama aku meminta bantuan
dan x tersangka ini balasannya
bukan mengungkit tp sekadar mengingatkan
ingatlah jasa orang2 yg pernah menolong anda

Smart

aku agak menyemart la semalam ke opis
ye la, blk dr meeting pasal tanah mak
x pernah2 aku berkemeja kemas gitu
orang sibuk tanya
'pegi interview ke?' tanya mereka2 di opis yg musykil
hehe
aku saja je pakai gitu
kalau meeting lama leh bg alasan nak pergi keje
dan sbnrnya teringin pakai semula baju2 ms business dulu
tp sehelai tu je la yg aku bawa pun ke rumah kak lina
baju2 lain tu mcm dh xeh pakai
dah kotor2 plak
dan mcm besar pulak
haha...
mcm la aku mengecil..
sbnrnya nak tekankan...
aku dah kurus berbanding dulu...
huhuhu...
tp dah mula mengembang semula....
adus!
diet... exercise...
tp x mampu pula diet...
exercise skali skala leh aje... zumba....

Meeting = Tanah Gombak

semalam isnin, 14 Februari
pagi2 telah memaksa diri untuk bangun bersiap
agak kemas berpakaian dengan kemeja hitam dan jeans putih
poyo aje kemas gitu
pdhal hanya nak pergi tgk pelan tanah rumah gombak dan ambil borang permohonan yg baru
agak menyesatkan diri juga mencari Lorong Siantan 1
sebab sesat?
walaupun tanah gombak itu arwah mak yg punya
aku ini sangat x pernah amik tau pasal perumahan situ
ini je tetiba kena amik tau pasal hal penama berbangkit
dan perlu membuat ukur semula
agak banyak perbelanjaan diperlukan untuk proses kali ke-2 ni
tukar pimpinan aje kena buat ukur semula
kalau free xpe
dlm 2k perlu disediakan
kalau camtu, 10x tukar pemimpin, 10x la kena kuar duit
hal untuk mendptkan geran x gak siap2
ini namanya sistem bangang dlm dunia
dan sangat menyusahkan bagi mereka2 yg tidak berkemampuan
aku agak bernasib baik kerana arwah mak menyediakan kewangan yg mencukupi
dan aku hanya perlu membuat dan menyediakan dokumen yg diperlukan
jika tidak, aku rasa tanah tu akan terlepas gitu aje
sebab siapa x mampu, maka xleh proses
bila xleh proses, maka akan tertinggal begitu saja la

semasa proses menampal pelan tanah di seri gombak indah
sungguh aku terasa kekampungan penduduk di situ
terasa seperti berada di pendalaman yg melampau
double sided tape pun dorang pelik n xtau nak guna
boleh plak sorg pakcik tu pegi tanggalkan yg belah bawah untuk lekat pd kertas tu dan buang
dibaginya yg bahagian xde pelekat tu
aku dah gelak sakan masa tu tgk situasi tu
'kau ketawa ye' - kata pakcik yg pelik org tua itu buang yg patut digunakan
'kenapa ditanggal? lekatkan dulu kat dinding ni' - kata pakcik tu pd mereka2 yg kuno itu
dan aku x henti gelak sbb x tahan tgk lawak mcm tu

selesai mengambil borang dan bertanya apa yg patut
aku pulang
tp yg aku musykil
tanah nama mak
dia minta ic mak
no aku ingat la, tp ic manaleh nk dpt
aku ckp bg sijil kematian je la eh
dan dokumen tu semua hal mak perlu diisi
camna aku nak buat eh?
mak kan dah xde...
adoi la, pening pening pening kepala pk
rasa kena bagi nor tgk borang tu camna nak buat
aku ni bukan reti pape

dokumen perlu dihantar secepat mungkin
dan aku susah hati sebab aku x byk ms nak hadiri setiap meeting
aku hanya free di hari Isnin pagi
dan sebelah malam selepas habis kerja
harap proses berjalan dengan cepat dan lancar
bosan dah aku menunggu

Monday, February 14, 2011

tiada jiwa

hari ni terasa hambar sangat2
aku xleh rasa sebarang connection
momentum jiwa x selari dengan gelora hati
minda katakan ya, tp kawalan otot mengatakan tidak
aku rasa semacam tegang
bukan kerana kerja atau keletihan
tp kerana perasaan yg x menentu
sukar untuk diolah dan sukar untuk dimengertikan
jiwa sangat x keruan
aku perlukan semula keserasian itu
supaya jiwa aku kembali mekar

Burger

dekat jam 12 malam
aku dan kak lina keluar mencari burger
'bapak' panggil aku merujuk pada baba
'hehe' sengeh aku bila baba memandang
'nak cari burger' kata aku dan kak lina juga
baba terus memandang jam
'dah dekat pukui 12 nak cr burger?' - tanya baba
dan kami hanya sengeh dan lantas keluar
aku sempat meninjau baba yg leka menonton tv
terus kunci pintu
keluar dr pagar
buka alarm kereta... masuk kereta... start enjin
terus memandu ke Najath
tinjau2 juga kedai burger itu buka atau tidak
'ala, x bukak la' - kata aku
'bukak la' - kata kak lina
dan mencari parkir kereta
dan melangkah longkang yg besar itu
aku ni penakut sikit bab langkah2 longkang ni
seriau takut jatuh... huhu
dan terus order bila sampai di kedai itu
'daging special satu, ayam special satu' - kata aku
tunggu punya tunggu siap juga
dan kak lina membayar (eksen xnak aku keluar duit)
hehe...
pulang kerumah dan makan sama2
dan aku juga kena habiskan burger kak lina yg tinggal sesuap itu
memang mcm tu la kejadian yg selalu berlaku
makan kat mana2 kalau kak lina x habis
aku la tukang habiskan
sayang la nak buang2
tp kalau pedas, awal2 aku memang xkan rasa sikitpun
huhuhu...
sekarang ni xde la kenyang...
tp perut beralas la juga
sbb siang td makan sikit yg amat sangat

Sunday, February 13, 2011

Rindu

Sungguh aku rindu!
rindu sangat2 pada setiap detik bersama
rindu sangat2 pada setiap pertemuan
rindu sangat2 pada setiap perbualan
rindu sangat2 untuk kembali seperti biasa

cumanya aku memberi ruang pd empunya diri
untuk benar2 memaafkan dan menerima aku seadanya

Saturday, February 12, 2011

Aku!

Aku merupakan seorang yg x pernah serik melakukan kesalahan
mungkin sebati dengan jiwa
atau mungkin aku sukar untuk berubah
atau mungkin aku langsung x boleh berubah?
atau aku sendiri yg tidak mahukan sebarang perubahan?

'setiap orang tahap kesabaran dia berlainan. macam akak, akak boleh bersabar dengan im. apa je im buat akak boleh terima dan maafkan' - ini nasihat dr kak lina

dan sebenarnya aku dah berfikir sebelum kak lina sendiri mengeluarkan kenyataan itu
aku sendiri sudah berfikir dari awal selepas melakukan kesilapan
dan satu kelemahan diri aku
aku suka membuat sesuatu perkara tanpa berfikir dahulu
dan sudahnya sendiri yg menanggung rasa
dan padan muka kat diri sendiri juga lah kan...
sapa suruh x fikir dulu

dan kadang kala aku melakukan sesuatu bukan secara sengaja
tanpa aku sedar emosi aku sendiri berterabur
aku bertanya sendiri dalam hati
benarkah aku dengan setiap tindakan yg aku pamerkan
dan benarkah aku dengan kata2 yg aku lontarkan

aku x pernah suka
dan x akan pernah saja2 suka
untuk melukakan hati, menyakitkan hati, membuat hati orang terasa dan membuat org rs terhina
sungguh! langsung tidak sesekali aku pernah terfikir utk lakukan itu semua
setiap tindakan aku kadang kala adalah diluar kawalan sedar aku sendiri
yg mana bila ditanya kenapa buat mcm tu?
dan aku sendiri tidak ada sebarang jawapan bg persoalan itu
jika aku buat dengan kesedaran pastinya jawapan akan aku berikan

aku x pernah berada dalam 2 situasi
yg mana kedua2nya aku memberi perhatian
cuma bezanya yg 1 sungguh2 aku sayang
dan 1 lagi hanya sayang
dan rasa sayang itu sangat aku rasa perbezaan bila bersama
setiap kali memandang sungguh getaran di jiwa menunjukkan sayang
bila x bertemu dada jadi x keruan merindu
mungkin tindakan aku menandakan aku hanya sayang sgt pd yg satu
tindakan spontan bila kami kerap bersama adalah satu tindakan yg bukan sengaja direka untuk menghasilkan rasa sakit hati mahupun iri
setiap pergerakan dan langkah bersamanya hanya sekadar diluaran
dan tidak sesekali menusuk ke hati
berbeza sekali bila bersama dengan yg seorang lagi
yang pastinya memandang saja sudah menggetarkan naluri aku sendiri
apa lagi bila aku menyentuhnya
dan bercakap dan berbual dan berjalan seiring
sungguh aku tersilap dengan tindakan yg memakan diri aku sendiri

'dah terlambat' itu kata kak lina
dan aku sebenarnya memberi ruang untuk kemaafan
jika masih ada maaf, dan masih ada ruang untuk aku dihatinya
permulaan yg baru aku akan usahakan
dan tiada janji untuk aku tidak melakukan kesalahan yg sama
aku memerlukan masa yg amat banyak untuk merubah diri aku sendiri

aku cuba menjadi yg terbaik dihatinya
tp kerap kali juga aku menjadi yg terjahat dihatinya
Allah saja yg tahu betapa dalamnya kasih aku pdnya
dan aku hanya berserah pdnya
aku tidak akan memulakan sebarang langkah lain
hanya menunggu...
jika positif, maka aku akan cuba menjadi terbaik
jika negatif, maka aku akan menjadi orang yg sangat2 asing dlm hidupnya
dan mungkin aku akan pergi jauh
sejauh yg mungkin...
sehingga tidak sekalipun dia akan melihat aku
mahupun mendengar khabar dr aku

hati aku sangat2 x selesa dengan apa yg berlaku
aku hampir mendapat kepastian
dan jika benar dengan kepastian itu
aku tahu apa aku harus lakukan...

GI 138

'rumah no apa?' - tanya pakcik yg uruskan kebajikan penduduk kg seri gombak indah
'GI 138, Lorong Melor' jawab aku
'Husien bin Latif' - tanya pakcik tu lg
'bukan, nama mak saya T.....' jawab aku
'nama x sama ni. awak ni sewa ke tuan tanah?' tanya pakcik itu sedikit keras
'tuan tanah arwah mak saya, xkan sy nak suruh mak saya dtg gak' jawab aku selamba
dan sambung lagi dengan nada perlahan 'xkan nak gali kubur panggil mak dtg kot' sambil pandang kak lina di sisi yg dah tersengeh2 dengan ayat selamba aku
'jadi mcm mana ni? nama x sama dengan rekod' - tanya pakcik tu lg
'sy x kenal pun sapa husien tu, x pernah org yg menyewa rumah tu nama husien' - jawab aku masih dengan sopan
'xpe, saya bawa ke pegawai kejap' - kata pakcik tu lagi

dan akupun ikut sama menuju ke arah pegawai yg dimaksudkan
setelah dicatat masalah yg timbul atas sekeping kertas
aku mendengar penjelasan pegawai tu
'nama x sama untuk persatuan kebajikan kg xpe, jangan nama x sama dengan pejabat tanah' - terang pegawai itu dengan berhematnya
dan sambungnya lagi 'nama tu boleh uruskan nanti. sekarang ni, yang penting pejabat tanah dah ada nama mak awak'
dan aku hanya mengangguk dan senyum lega
'isnin nanti dtg rumah sy amik borang. td dengar x penjelasan pegawai tanah?' tanyanya pula
'x, sy br dtg ni' - jawab aku
'isnin nanti dtg jam 10 pagi, saya terangkan semua nanti. boleh amik borang sekali nanti' -terangnya lagi
'kalau macam tu, isnin nanti lah sy dtg ke rumah ye' - kata aku pula
dan kami bergerak pulang

sebenarnya mengejut aku kena pergi meeting tu tadi
nor pagi2 call cakap ada perjumpaan hari ni
kalau x pergi meeting tu, pejabat tanah akan anggap x berminat nak tanah tu
x berminat gila ke apa?
premium tanah dah bayar 9k
ni nak kena byr lg dlm dekat 2k
nasib arwah mak memang sediakan duit yg cukup utk urusan tanah tu
kalau x, pening gak kepala aku n nor nak sediakan kewangan yg diperlukan

kami agak bernasib baik tahu hari ini ada meeting
terima kasih pd en adam
boss kepada balang yg kebetulan maknya memang tinggal di kawasan tu
aku dan nor memang x pernah jenguk psl tanah gombak tu
kami lgsg x amik tau pasal org sewa ke apa
aku mmg patut la x amik tau psl umah aku tu dah nak runtuh, memang aku x sewakan
nor plak umah dia ada yg disewakan tp lgsg x jenguk plak
tadi tengok kawasan rumah tu dah macam hutan
siap aku sound dah budak sewa tu tolong kemas
'saya minta kerjasama, tolong jaga persekitaran rumah. kotor sangat dan bersepah' - kata aku
dan budak tu hanya angguk
itu lah first time aku jumpa org yg menyewa
soal selidik, 5 org duduk situ rupanya.
ketua penyewapun aku x kenal sapa, tau nama je Faizal
aku kena  tegas sikit kali ni
kena buat surat, sewa berapa haribulan kena byr soma
kalau x jd mcm aritu
suka suki sewa masa bulan puasa x byr
nor x bising, xkan aku nak bising plak
bukan umah aku
tp kali ni kena amik tindakan gak la
sbb hal tanah dah berbangkit semula
aku kena amik tau hal2 persekitaran kwsan perumahan tu
mak dah wasiatkan utk aku n nor
maka aku kena ada rs tanggungjawab utk amik tau perihal yg berlaku
insyaAllah aku akan cuba luangkan ms untuk menjenguk sekali sekala

dan tadi en adam cakap
'nasib bukan nor yg dtg, kalau x mesti bising psl nama org lain yg ada' kata encik adam pd aku
aku hanya tersenyum
'kalau nor, mesti kena marah dah tu. kat opis dah selalu sangat dengan dia tu' - jawab en adam lagi
aku bukan jenis yg melenting terus kalau hal2 mcm tu
aku cuba tanya dulu kenapa nama x sama ke apa
dan sebenarnya aku agak cool kalau bab2 mcm ni
cuma kalau mood aku x baik
melanting gak la meja orang tu aku kerjakan
huhuhuhu

isnin ni aku kena pergi meeting lagi
dengar lebih lanjut apa yg aku x dgr td
jam 10 pagi
risau x sempat ke tmpt kerja
isnin mcm2 urusan yg dijangka dilakukan sbnrnya
tp urusan tanah yg pasti aku utamakan
harap semua berjalan lancar

Thursday, February 10, 2011

Doc Prep!

hari ini untuk 1st run yana yg jaga
sbb kena ajar Ija permanent br yg akan ganti adik
dan serius mood aku sangat x best
aku serasi bekerja dengan adik
bila semlm dpt tau dia ditukar ke workstation
aku terus rasa down sgt2

tp sbb masih ada geng2 yg lain
mood bekerja itu masih ada
dan sedikit tergarang hari ini
bukan sengaja nak tertinggi suara pd kak lina minta number batch header
tp tertinggi sebab 3x aku ulang nak number dia buat xtau erti kata lain leka koyak envelope
dan aku bukan nak campak steplar
tp tercampak sbb geram byk sgt steplar kat 40 yg aku buat tu

2nd run adik jaga
masa dipanggil buka beg
afiq dah sebut buka beg msk sorg
terdengar suara adik 'kak isma'
dan aku terus la semangat nak msk
ye la, serasi kerja dengan adik ni
semua kerja rs senang bila buat dengan dia
cuma masa untuk kerjasama ni pendek sgt
bila Ija dah pandai, adik xkan jg doc prep lg
sama kes dengan yana dulu
adik dah pandai, yana x msk jg doc prep dah

aku terasa mcm semua yg aku rapat akan keluar dr doc prep
rapat dengan yana, yana kena tukar workstation
rapat dengan adik, adik kena tukar juga ke workstation
untuk rapat dengan Ija aku rasa mustahil
aku bukan senang2 nak rapat dengan orang kalau x kena dengan jiwa aku

aku langsung x hai Ija msk doc prep
sbb aku x suka!
kak wati siap hai lg Ija dlm doc prep
aku x pandai nak berlakon suka
kalau x suka, riak muka aku jelas boleh diagak
masa kak wati msk aku terus tanya
'akak nak duduk sini?' - sambil gelak
sbnrnya aku main2 je...
xkan aku nak pindah tmpt
aku duduk tmpt adik sbnrnya ms tu
dan tiba2 yana bangun
'akak duduk sini la' kata yana pd kak wati
dan aku agak terkejut gak la tetiba bangun dr sebelah aku
terus duduk kt belakang skali
terasakah??
sori la u...
xde niatpun nak jauhkan diri ke apa

ms 2nd run hanya aku berdua dan adik dlm doc prep
adik cerita sedikit hal2 dalaman
aku mendengar saja dan menjawab sikit2 persoalan ditanya
dan aku kesian sgt kt adik asik kena marah dengan chin
dan sedikit sesi luahan perasaan

last run hari ini agak byk
tp aku susun batch header dengan agak perlahan
sbb aku kena berhati2 kali ni
ada kes bundle melekat x sedar
lain2 batch header patut diletak tp x sedar
dan temp yg bengap itu x tanya apa terus buat sesuka hati dia
ngok btl!
dan hasilnya adik kena marah
dan aku skali kena tempiasnya
hampeh!

Wednesday, February 9, 2011

Hujan

hari ini pulang awal
jam 7.10pm aku dah sign out
semasa di bawah menara HP xplak hujan
sempat hantar kak wati sampai destinasi tempat dia menaiki van
dan lantas mengambil kak lina pula
perjalanan mcm biasa sedang2 lajunya
tiba2 je terasa rintik2 hujan ms masuk jalan duta
'nak pakai baju hujan x?' - tanya aku pd kak lina
'ntah' - jawab kak lina
'im x payah sbb im mmg pakai baju hujan' - sambil aku menunjukkan baju yg aku pakai
aku teruskan juga perjalanan sbb hujan rintik2 x berapa lebat
tiba2 masuk jalan kucing hujan lebat sangat2
memang x payah berhenti lah
sekarang ni hujan ada 2 zon
dlm kawasan yg sama
sebelah lebat sebelah renyai
begitulah keadaan hujan tadi
tiba2 msk zon hujan lebat agak terkejut juga
'sorokkan hp dlm poket belakang im' - kata aku pd kak lina
dan dia gelak la plak
sbb poket aku penuh dengan wallet
hampeh tul!
terus kak lina masukkan dlm poket baju hujan aku
handphone akupun selamat sbb dicover oleh bahagian bawah baju hujan
makanya jeans kering dibahagian yg tercover saja
ngam2 size handphone plak tu jeans yg x basah
lega!
kalau x risau gak kot2 iphone ngok aku tu jahanam

iphone aku mcm ada problem
org call selalu msk voicemail
tp kak lina call leh je msk call in
pelik bin ajaib
iphone problem atau digi yang mengada xnak kawan dengan provider lain?
hurm...

Iron

satu sikap aku yg paling teruk
aku malas iron baju
dari tahun lepas sampai la tahun ni
aku pegi keje selamba dengan baju kedut2
kalau iron pun baju yg aku rasa kena smart bila pakai
iaitu baju shirt aku yg aku rs layak utk diiron
itu dah kira rajin tahap dewa la
siap iron
biasa aku pakai smart kalau ada kawan nak dtg amik barang kt opis ke
ke aku ada urusan pagi tu sebelum pegi kerja

dan akhir2 ini aku dah berubah
aku iron baju sebelum pergi kerja
mula2 kak lina agak kagum
aku tgh iron dia akan menjengukkan muka dipintu bilik
dengan riak muka kagum dia memandang
dan aku agak malu2 dan tersengeh
ye la, x pernah2 iron tetiba rajin plak iron

kenapa berubah?
yg pasti sebab ditegur
aku pernah ditegur asik pakai t-shirt lelaki
so, aku berubah la mencari t-shirt perempuan pula
dan memakai seperti yg dimaksudkan
itu perubahan yg baikkan
aku rajin la berubah kalau org tegur dengan cara yg aku sendiri akan tersipu malu
cumanya aku x selesa pakai t-shirt perempuan
rasa sendat... mcm balut nangka plak
ada la yg aku beli besar sikit tp masih rs x selesa
sbb dr kecik dah biasa pakai baju abang2 aku
semuanya besar gedebo... btl ke ayat ni??
nak berubah tu amik masa la kan
lgpun stok baju tu berlambak
xkan nak buang semua beli baru
aku bukannya banyak duitpun
dan x minatpun nak pakai semuanya ladies

berbalik pd kisah iron baju
aku ditegur oleh yana
dalam talian telefon je sebenarnya
'i dah siap, kak lina je belum' - kata aku menjelaskan kak lina yg selalu lambat
'u tu memangla, baju x payah iron' - balas yana
dan sungguh aku agak tersentak
dan terasa segan gila bila ditegur secara drastik mcm tu
memang la aku x iron baju pergi kerja
tp kalau keluar jalan, aku iron baju
yana hanya nampak dipejabatkan...
so, itu yg jelas pd pandangan dia
itu lah yang ditegurnya
dan aku terus 100% berubah
pergi kerjapun iron baju
rajin gila skrg!
dan sungguh aku terasa lebih kemas
xdelah serabai mcm sebelum2 ni
dan penampilan kemas itukan penting
and thanks to Yana for your teguran...
sangat2 berkesan dengan ayat yg selamba keluar dr mulut u tu

Tuesday, February 8, 2011

Exhausted!!!

hari ni rs letih sgt
nak kata keje byk x plak
tp badan rs lemah semcm
x setenaga mcm biasa
masuk last run yg terasa lesu gila
nak pegi photostat bank islam pun rs mcm x larat nak jalan
buat reject pun dgn mood yg agak suam2 nak sejuk dah
lesu gila!

nak taip apapun sampai xde idea
letih yang amat!

Monday, February 7, 2011

Jeruk Kelubi

arini aku telah mengepos jeruk kelubi yg seberat 5.58kg ke United Kingdom
iaitu di Canterbury, Kent
untuk adik yg blaja di sana
kami hanya mengenali menerusi ShopFrom-USA
x sangka plak leh contact sampai skrg
dr status teringin jeruk kelubi membuatkan hati aku terpanggil utk bertanya lanjut
dan mengoffer diri utk mengepos
atas bantuan adik intan (adik sepupu kak lina) tlg membeli jeruk itu
aku dan kak lina menjalankan operasi membalut semalam
dan pagi td aku dah pos
guna pos laut sbb murah
pos air mail mahal gaban
kalau jersey sanggup lg la nak pos smpai rm450 ke apa sbb utk dijual
ini utk dimakan baik berjimat selagi boleh
huhuhu
harap2 cepat sampai ke destinasi
kesian sgt dia asik publish status teringin jeruk tu
kesian org blaja jauh susah nk dpt apa yg diingini

dan dia mahu return in something
nk byr mmg xleh sbb dia ada pound saja
dan aku x kisah la dia nk bg apa
dikepalanya hanya perfume
aku ni cerewet sgt bab perfume
takut dia beli aku x berkenan
tp xpela...
terima saja apa yg dpt nanti
dan aku xdelah berharap dpt something in return

aritu tetiba dia bgtau
'bulan 3 adik nak pegi paris. akak nak apa2?'
aku dah terkagum
wah! baiknya budak ni
aku hanya maklumkan aku nak t-shirt hard rock cafe
aku suka kumpul t-shirt hard rock cafe
mcm best je
dulu pegi korea x mampu beli psl duit habis byr duit gambar
bodohnya punya photographer
musnah harapan aku utk t-shirt itu
nasib pegi gold coast dpt sehelai
bali pula kakak aku belikan 2 helai
nak mengumpul lg jika berkemampuan

out of topic!

Moist Chocolate Cake

sabtu lepas ada la beli 2 biji kek ni
satu utk nani n satu utk rumah kami
dan aku sememangnya sukakan kek coklat ini
aku x suka kek coklat lain selain kek coklat ini
walaupun aku penggemar coklat
tp aku x gemar dan langsung x suka kek coklat yg lain
contoh kek secret recipe yg berteraskan coklat
ke kek2 kecik yg berteraskan coklat pure
memang aku mual la nak makan
tp kalau org bg aku paksa diri makan gak la
kesian effort org bg
kadang kawan2 aku ni ingat aku suka coklat maka aku akan suka coklat kek gak
hakikatnya aku hanya suka moist coklat kek sahaja
tp aku makan juga utk menjg hati dan mengappreciate usaha org itu utk menggembirakan aku
thank u guys :)

tadi semasa makan malam
'nanti kita beli lagi kek ni ye, im x cakap im suka. kalau x, akak beli lebih' - kata kak lina
dan aku agak terkagum sebentar dan terfikir
'napa akak cakap camtu?' - soal aku pula
dan tiada jawapan dr kak lina
mungkin dia tgk aku makan dengan selera dr hari tu lagi
yes! itu kek faveret aku
konpem aku leh makan byk
kakak aku dah lama x buat
ms kecik2 dulu dia rajin msk kek
n aku rajin habiskan
syarat kek coklat hasil masakan dia sahaja yg aku makan
kek coklat beli aku x bape gemar
memualkan!

dan sedikit terharu dengan keprihatinan kak lina
dia cepat tau apa aku suka n x suka
walaupun aku berlakon suka dia leh tau itu lakonan
aku xkan tunjuk x suka apapun org bg
senyum pasti aku bg
tp senyum itu yg mudah ditafsir oleh kak lina
sangat dia mengenali aku
sejujurnya sehingga hari ini aku x cukup mengenali HERLINA HANIZA
tp dia cukup memahami aku sebagai adiknya
syukur atas kurniaan Allah menemukan aku dengannya
Alhamdulillah

Sunday, February 6, 2011

Sebak

pagi ini berjumpa dengan keluarga arwah Pak Cik Manaf
aku mengambil order seperti biasa
membiarkan mereka makan dan minum dahulu
selesai makan, dipanggil untuk membayar
dan aku lantas mengucapkan takziah
masa ni aku dah terasa sebak
sikit sebanyak aku terasa ketiadaan pak cik itu
dia seorang yg suka menyakat aku dan kak lina
seminggu sebelum pergi
Pak Cik Manaf agak pendiam
tiada gurauan mahukan sakat yg dibuat olehnya

'salam takziah saya ucapkan untuk keluarga' - permulaan bicara aku untuk mengetahui lanjut kisah sebenar
'oh, xpe. terima kasih' - jawab anak pak cik Manaf
'ayah memang x ada sakit, tiba2 je hari khamis tu sakit dan masuk hospital. jantung, buah pinggang dengan hati memang dah x fungsi' - explanation lebar dr abg tu
'oh, xde sakit?' tiba2 je? sama mcm arwah mak saya. jam 10 pagi collapse, jam 10.15 meninggal' - ramah aku berbicara
'ikutkan ayah dah meninggal awal. doktor cakap, org biasa kalau cabut mesin tu akan ada sekurang2nya sehari dia leh survive. tp ayah, cabut je mesin terus xde dah. maknanya ayah dah meninggal sebelum tu lagi' - ceritanya lagi
aku hanya mendengar dengan teliti dan sungguh masa itu dada aku sebak sangat2
'saya x tahu, dapat tau pun pak din call bgtau pak cik meninggal' - kata aku
'saya ada dtg sini nak maklumkan ayah tgh nazak, tp kedai tutup' - katanya lagi
'saya tutup kedai 4 hari' - kata aku
dan aku sangat terharu sbb abg tu sanggup mencari aku untuk maklumkan
'xpelah, ayah pergi dengan senang. dah selamat pun' - katanya lagi
'alhamdulillah semuanya selamat. baguslah perginya dengan senang' - kata aku pula
'mak cik (isteri arwah) x dtg sini lg, duduk rumah je' - penerangan tentang isteri arwah
'ye la kan, takut mengimbau kenangan. tiap2 hari duduk sini minum sama2. mesti teringat2' - kata aku pula
'tp x boleh dibiarkan, nanti sampai x makan pula. tgk lah esok ke bila dia dtg la tu jalan kaki dengan dia ni (merujuk kepada anak keciknya)' - balas abg itu lagi
'oklah, kami nak pergi kubur ayah ni' - penutup bicara dr abang tu
'ye la' - jawab ringkas aku

aku doakan roh arwah pak cik manaf berada dikalangan org2 yg beriman.
Al-Fatihah
Ameen

Saturday, February 5, 2011

Jalan TAR

hari ini selepas membungkus atau erti kata yg sesuai adalah membalut jeruk untuk dihantar ke UK didalam balang dan disimpan didalam kotak aku telah menyiapkan diri untuk ke jalan TAR
agak lama sudah tidak ke sana
dan sangat menggoda selera makan aku yang memang sedang mencanak naik
dan macam2 makanan yg dibeli
tp aku hanya tergoda pada kuih2 sahaja
tujuan utama adalah mencari cakar ayam
kerana adik x jumpa
maka kak lina mencadangkan untuk mencari di jalan TAR
sampai2 mata dah meliar mencari orang yg menjual kerepek
jalan sampai ke penghujung baru berjumpa
dan aku terus cakap pada kak lina
'dah, jom balik'
pdhal ms tu br beli kuih 2 jenis n cakar ayam
huhuhu....
dan berjalan lagi dan berjalan
rupanya mcm2 yg dibeli
habis duit kak lina berpuluh2 ringgit termasuk duit aku
seronok bila membeli makanan
dengan syarat makan apa yg dibeli
sesampai di kereta kami makan dulu ntah apa nama benda tu
yg jual rm1 secucuk dan direbus
selesai habis makan itu makan kuih yg dibuat dr tepung ubi dan disira dengan gula
kemudian makan tauhu bakar
dan minum ice blended coklat
sangat best!
dan aku terus memandu pulang
dan singgah sebentar di speedmart membeli susu utk niaga esok
dan pulang kerumah
masih ada salad sosej yg belum dimakan
kuih bingka ubi
dan kuih yg dibuat dr tepung ubi dan disalut gula tu
sampai sudah xtau nama

overall puas hati dpt membeli segala yg nak
dan sedikit mengawal nafsu dr membeli segala jenis kuih yg ada
kalau x, mau kena bising dengan mama beli mcm2 tp x makan
ikut nafsu makan memang leh habis beratus
tp rs dekat seratus habis kot...
ke kalau combine 2 2 org habis seratus gak?
ntah la...
janji dpt puaskan selera sudah
huhuhu

Friday, February 4, 2011

Kek

arini telah membeli kek
dan kak lina telah memotongnya
maka aku telah memakannya
mula 2 potong kecik sahaja
kemudian turun sendiri amik lg 5 potong kecik
dan perut sudah senak
kek pisang itu terlalu berminyak
sampai senak perut ku ni
adoi adoi adoi...
x selesa dibuatnya

kek apa ntah nama aku beli 1 lg tu
yg ada ceri kecik2 dlm tu, warna hijau n merah
sikit je ceri dia tu
x sedap pun...
tp sbb teringin beli gak la
dan akhirnya senak perut juga

dan sudah berzumba bg membuang lemak yg ada kat badan
gila penat!
peluh sakan sudah...
dan terasa sangat segar :)

Perihal seharian

semalam 3/2/11 merupakan sambutan tahun baru cina
seluruh malaysia adalah cuti
maka aku terpaksa bercuti juga dr kerja
sangat bosan duduk dirumah
stok kedai juga tiada menambah bosan kerana tidak dpt berniaga
hari ini alhamdulillah stok sudah ada
sudah dapat berniaga pagi tadi
walaupun x ramai orang dan x sikit orang
tp alhamdulillah, ada saja orang dtg minum mahupun makan
sama ada makan yg berat mahupun ringan x menjadi hal
asalkan ianya mendtgkan rezeki, sudah cukup bersyukur

selesai berniaga pulang kerumah berehat2
sedang baring Ya whatsapp menyatakan pertunangan yang bakal berlangsung
sangat touching kerana Ya ingat untuk memaklumkan pada aku
terharu sungguh!
dan aku doakan kebahagian untuknya
perkahwinan yang dijangka awal tahun depan membuat aku merancang untuk menghadirinya
perkahwinan Taufiq, abang kepada Ya, aku x dapat hadiri kerana tiada kenderaan untuk dipandu
diharap tahun depan adalah kenderaan untuk dipandu bagi menghadiri perkahwinan adikku, Ya
moga Allah permudahkan segala urusan perkahwinan Ya dan memudahkan urusan perjalanan yang aku rancangkan
Amin amin ya Allah

sedang berwhatsapp dengan Ya
Yana pula menelefon
Yana di kampung bercuti
aku dan kak lina pula di KL
maka, call mahupun chatting saja la alat perhubungan kami
dan aku memaklumkan pada Yana akan call dia semula
whatsapp semula dengan Ya
dan terus menelefon Yana semula mendengar ceritanya disana
agak lama bercakap
walaupun si adik ini agak pendiam bila keluar bersama
tp bila ditelefon ada saja cerita yang diutarakan
dan aku agak rajin mendengar dan bercerita juga
dan aku ini sangat naughty orangnya
suka menyakat si adik ini
huhuhu
sedang cakap2 panggilan terhang la plak
terus sms menyatakan aku mahu mandi
selesai mandi exercise la pula
berpeluh sedikit dan terasa segar

adik sms menyatakan tidak dpt mencari cakar ayam untuk aku
semalam ada berpesan minta tlg carikan di Melaka
kesian adik kena cari, huhu
thanks ye dik
beria2 minta maaf sebab di kampung dia xde cakar ayam
dan aku xdelah kisah sangat xde pun
kesian plak dia rasa bersalah
aku akan cari esok di jalan TAR
jika x ada juga
aku akan cari di Melaka
adik sendiri sms ajak pergi Melaka nanti kita cari sama2 katanya
aku memang merancang nak cuti dengan budak2 doc prep ke Melaka bila ada kesempatan nanti
cuma perlu merancang dengan sangat teliti

dan petangnya aku ke Mydin bersama kak lina
tujuan membeli deodoran sahaja
tetiba je plak ada coklat2 dan biskut untuk dibayar
shampoo dan conditioner pun termsk?
pdhal shampoo byk lg
adoi la...
budget lari tahap cipan dah ni
susah btl nak control nafsu membeli ni

pulang kerumah dan berehat lagi sambil menaip blog
dan sudah ditegur kak lina
'buat apa lg tu?'
'taip blog' - kata aku
'penat telinga akak dgr dr tadi x berhenti' - katanya
senyum saja la jawab aku
huhuhu

Wednesday, February 2, 2011

Al-Fatihah

setiap yg hidup pasti akan pergi
aku terima panggilan dari Pak Din
regular customer Imana Station iaitu Pakcik Manaf baru saja meninggal dunia jam 4 petang tadi
masuk hospital Khamis lalu akibat serangan jantung
dan menghembus nafas terakhirnya hari ini 2/2/11
patut x nampak dia sabtu ahad kata kak lina
aku plak jenis x alert sangat
kak lina harus alert pasal dia yg sediakan minimum utk arwah dan isterinya

Al-Fatihah untuk Arwah Pakcik Manaf
Amin

Tuesday, February 1, 2011

Hari Wilayah

hari ini cuti hari wilayah
maka aku tidak bekerja
patut paginya berniaga
tp semalam mcm dah merancang mahu ke Ulu Yam
dan tidak pasti pergi atau tidak
dan akhirnya berjaya menghadirkan diri di Ulu Yam untuk mandi sekejap
dan mereleasekan tekanan kerja dan bebanan tugasan
aku tidak sedar sebenarnya alarm jam pagi untuk berniaga
keletihan pulang lewat semalam agaknya
atau keletihan kerja selama 10 jam 40 minit tanpa henti
adus! sangat lama bekerja...

dan pagi aku dah bersiap menanti kak lina
menunggu juga yana untuk menginfo bahawa dia sudah bangun
yana call cakap dah bangun
kak lina juga selesai kerja2 rumah dan bersiap
kami membeli roti dulu sebab kilang akan tutup seminggu
maka stok roti kena byk walaupun esok kami x berniaga
esok x dapat berniaga kerana masuk kerja pukul 11.00 pagi lagi
makanya Khamis saja la baru boleh mula berniaga di bulan Februari ini

selesai membeli roti kami ke rumah yana menjemputnya dahulu
dan terus aku memandu ke Ulu Yam
aku ke lokasi biasa aku dan mak pergi dahulu
cuma airnya dah cetek sangat
kalau dalam sikit lagi best
hanya membasahkan badan di air terjun sahaja
kak lina tidak join sama kerana x sukakan sungai
Yana awal2 dah menggigil kesejukan
aku relax lagi selagi badan x basah lencun
tp dah lencun pun aku x gigil
kenapakah?
sekarang badan sentiasa warm aje...
musykil pula!

selesai mandi manda kami makan burger di gerai situ
selesai makan burger kami menuju carrefour
masuk ke Pizza Hut yang sangat slow servicenya
langsung x dtg amik order kalau aku tak panggil
dan nak bayar pula ditanya apa aku makan
x pernah lagi aku kena situasi mcm ni
x professional langsung!!

selesai makan2 aku terus memandu pulang
lepak2 di bilik bersama kak lina dan yana
main2 dengan ruby
buli ruby sama2
luka tangan sama2 digigit ruby
dan tiba masa menghantar yana pulang
melengah2kan sedikit masa
kejap sangat masa berlalu
yana menyuarakan rasa hati menghitung hari percutian kami
dan aku juga menghitung sebenarnya
tp aku xdela excited melampau untuk ke sana
cuma aku excited untuk keluar dr KL
aku memang suka keluar dr KL sekali sekala
untung melegakan kepala yang serabut dengan pelbagai perkara

hari ini kepala dah serabut dengan stok yang x dpt direstock
kepala terus sakit
call nor, call bob
dan alhamdulillah akhirnya berjaya mencari
dan malamnya aku jumpa yg lg murah tp nor dah belikan yg mahal
xpela, xde rezeki la tu
apa yg Allah bg terima saja

malam ni melepak2 saja
tgk tv
makan junk food
taip blog
layan fb sikit2
dan esok harus bekerja pula
aku x suka x berniaga
tp adakala terpaksa atau harus
contohnya hari ini dijatuhkan hukuman harus
sebab aku terlalu penat semalam
dan esok pula terpaksa kerana harus masuk kerja awal
redha saja!

kerja yg berlambak

hari ni msk keje kul 11
9.30 pagi bgn iron baju
pastu siap2 mandi terus pegi keje
memang x sempat nak breakfast
sampai opis dah lapar sikit
tp tahankan juga
habis 1st run minta kak lina tlg turun beli roti
msk workstation makan roti sekeping
tp disebabkan semalam mkn ubat ms dah nak tido
makanya arini perut lapar melampau
2nd run aku dah start nak menggigil
habis 3rd run minta kak lina tlg lg beli roti dan air secukupnya utk hilangkan lapar aku
air coklat banyak membantu
lega!
habis last run aku makan lagi roti
huhu
asik makan roti je la
nasib semlm memang beli gaviscon persediaan utk gastrik
aku dah jangka akan gastrik sebab arini memang cek berlambak
ditambah kena tolong kl2 plak
sedikit kelegaan selepas makan gaviscon
baru selesa buat keje
kalau x menahan kesakitan tu yg x menarik

9.40 kot kak lina sign out timesheet
balik bawa dlm kelajuan yg agak biasa
100-120km/j sahaja
singgah di restoran bonda makan nasi goreng usa
nasi goreng usa kat bonda ni memang sedap
asal dtg situ itu aje order aku
dan aku hanya order air suam
dr semlm makan di luar dgn air suam
kenapa?
aku sangat menjaga kesihatan skrg ini
kerap juga diperli kak nor n kak lina
sekarang pagi2 air suam, milo suam
kalau dulu milo ais tu la menu utama
dah tuakan...
kena menjaga kasihatan sudah
selesai makan pulang kerumah untuk berehat
kain x kering ni
2 hari dah memanjang hujan
kain nak basuhpun berlambak dah ni
sigh ~