Wednesday, March 30, 2011

Terasa

terasa benar aku dgn perubahannya
kalau dahulu ajak saja kemana pasti dengan rela hati mengikut
tapi sejak sudah berkenalan dgn org yg baru dikenalinya beberapa bulan
asal saja ajak kemana2, pasti jawapan menghampakan akan aku dapat
lagi ditolak apabila diajak bertemu keluarga aku
apa hina sgt keluarga aku sampaikan x sudi bertemu?
jijik sangat dgn keluarga aku yg miskin ini?

mulut sahaja mengatakan tidak berubah
tp sikap 100% menunjukkan perubahan mendadak
sudah x suka mcm2 keburukan aku pula yg dia nampak
kalau dulu segalanya disimpan rapi
tp skrg semuanya dibongkar satu persatu
malah dijaja pula kepada yg baru dikenalinya
kenapa buat semua tu pd aku?
begitu HINA aku pd mata kamu?

moga Allah membantu hambaNya ini
biarlah dihina dan dikeji
asalkan dirinya bahagia dgn yg baru
harus aku mengundur diri sebelum semakin parah luka di hati

Monday, March 28, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Ya Allah
aku sangat sukakan penstrukturan cerita ini
bahasa2 sastera yang mudah untuk difahami
bahasa2 yang sangat indah bagi aku
sangat berpuas hati dengan jalan cerita
dan serasakan mahu menonton lagi

dari wayang aku mengetahui sejarah
watak2 yg sesuai dgn pelakon yg mengaksikannya
sangat menyentuh jiwa aku
bukan babak percintaan sahaja yg mampu mengusik jiwa aku
bahkan babak semangat waja yg dipaparkan Merong membuat hatiku terusik sehingga bergenang mata
tak tergambar kepuasan aku menonton
terasa sungguh indah hasil arahan yusri
sangat berharap mempunyai pemikiran yg meluas sepertinya
tp bukan didlm bidang perfileman
tetapi pemikiran yg luas dlm kerjaya aku nanti

sungguh x tergambar kepuasan aku menonton Hikayat Merong Mahawangsa
walaupun ada segelintir yg mengatakan x best
bagi aku mereka itu tidak menyelami jalan penceritaan
kenapa kita boleh banggakan cerita epik english?
kenapa tidak kita banggakan hasil usaha anak melayu sendiri, warga Malaysia
yg mana x kurang hebatnya dibandingkan dgn filem epik english yg sudah tentunya jauh lbh maju dr kita di Malaysia

berbanggalah dgn hasil usaha anak watan kita sendiri

Sunday, March 27, 2011

New Life

InsyaAllah aku akan memulakan kehidupan baru
bulan April akan memulakan kerja baru
bulan April akan mula tinggal seorang diri
bulan April akan mula mengenali org2 baru
bulan April akan berdikari seorang diri
bulan April permulaan menjarakkan diri
bulan April kehidupan yg baru akan bermula
moga aku akan menjadi orang yg baru
moga aku akan menjadi lbh tabah dan berani
moga Allah mempermudahkan segala urusan aku

win

she always want to win
x kira la dia salah atau x
tetap akan putar belit nk katakan aku salah
layak benar jd peguam bela

Penyelamat

bagi aku dia patut membantu
menyelamatkan aku dr segala kejadian
tp sebaliknya pula berlaku
dia langsung tidak membantu
malahan berterusan menyalahkan aku
seperti aku ini sudah tidak bermakna lg pdnya
susah nak mengexpresikan kekacauan jiwa aku sendiri
sukar utk aku mengolah ayat menerangkan situasi
hanya menyimpan di hati
membuat semakin tertekan dan bercelaru fikiran
bantulah hamba-Mu ini Ya Allah

Hakikat

kenapa sukar utk aku menerima hakikat?
terkadang hati mengatakan jangan berharap lagi
terkadang hati masih sentiasa berharap
kalau diikutkan nasihat
aku harus melupakan segalanya
tp xkan semudah itu aku mampu melakukannya?

hati terasa pedih mendgr nasihat
nasihat yg bagi aku seakan mahu memusnahkan segala kenangan aku
tp difikir semula
nasihat itu adalah utk aku sedar
tidak perlu berharap pd yg x sudi lg
sudah dicop sebagai org yg hatinya jahat
jangan berharap akan mendpt tmpt dlm dirinya lg
entahlah...
aku sendiri kusut
keputusan drastik aku menekan jiwa aku sendiri
tp selagi aku masih disini
aku akan semakin tertekan
aku perlu ubah segalanya

moga diperkuatkan hati ini
moga mampu menerima hakikat dibuang
moga jiwa aku cukup kental untuk menghadapi kehidupan yg baru
kehidupan yg pastinya lebih hebat dr sebelum2 ini
semoga Allah sentiasa memberi kekuatan jiwa pd hamba-Nya ini

Saturday, March 26, 2011

Kerja

alhamdulillah telah mendpt kerja
Sales Operation Executive
sangat cuak utk memulakan kerja
tp harus keluar dr kepongpong sekarang
kena belajar sesuatu yg baru
tak boleh leka dengan dunia sendiri
sampai bila nak berada pd tahap yg sama?
x ada kereta, x ada rumah, x ada simpanan?
agak lewat umur baru hendak berubah
insyaAllah akan berjaya berkat doa orang yg terdekat
terima kasih pd abg ipar yg recommend aku pd bos Data Alliance
terima kasih pd Nor kakakku yg rajin membantu
terima kasih pd kakakku Herlina memberi kesedaran
jika tak berlaku perkara ini
aku pasti aku akan leka dengan dunia sendiri
setiap apa yg terjadi pasti ada hikmah
alhamdulillah

Thursday, March 24, 2011

roda

hidup ini umpama roda
kalau dulu kita pernah buat orang
sampai satu masa kita sendiri akan rasa
tp bila kena pd diri sendiri
cuba ingat balik apa kita pernah buat
jgn terus terusan menuduh org yg bersalah
apa kita buat pd org pasti akan kena semula pd kita
cuma lambat atau cepat
dan sedar atau tidak
jika tidak sedar itulah yg membuatkan kita sentiasa menyalahkan org yg pernah kita buat dahulu
kalau kita sedar
pastilah tidak akan berlaku persengketaan yg berpanjangan

jangan mendedahkan aib org pd org lain
jg dan perihala segala keburukan org itu
nescaya ganjaran besar yg Allah janjikan
jika dulu segala keburukan boleh disimpan
kenapa sesudah mendpt yg baru segala celaan yg dihebahkan?
kita perlu menjaga hati sesama manusia
walaupun terkadang terpaksa berlaku hipokrit
tp jgn hipokrit pd benda yg x patut

muhasabah diri
ingat setiap detik bersama
ingat segala suka dan duka yg dilalui bersama
insyaAllah persefahaman akan dicapai semula
dan yg pasti
jangan asik menyalahkan satu pihak
belajar menerima kesalahan sendiri

Tuesday, March 22, 2011

Nasi Kandar

seumur hidup
semalam kali pertama aku makan di kedai nasi kandar
agak terkejut bila tgk dia cmpur2 kuah dlm nasi
dgn selamba aku marah
'hei,kuah kicap aje la' kata aku
'dorg mmg akan cmpur2 kuah, im.mmg style dorg' kata kak lina
'ye ke? mana im tau. im x penah makan kt kedai nasi kandar' kata aku
aku marah bg pihak kak lina sbnrnya
dia nak kuah kicap tp org tu pegi ltk semua kuah
aku punya memang dari awal cakap xnak pedas
so dia bagi ayam masak kurma tanpa campur yg lain

selalu je bc n dgr psl org suka makan nasi kandar
tp x pernah skalipun teringin cuba
dah cuba skali ok la
tp xtau la klu kt KL mcm mana

lupa plak
aku di penang skrg ni
Tok Nu (nenek kak lina) meninggal semalam
jadi kami semua pulang ke penang
hari ni blk ke KL semula
esok kena kerja
kakak aku dah risau takut aku lupa interview jumaat nanti
mustahil lupa
aku perlu keluar menjauhkan diri skrg ni
apa je peluang ada semua aku akan grab

Monday, March 21, 2011

Melarikan diri??

sudah berpuluh kali malah beratus kali mungkin kakak aku menasihatkan mencari pekerjaan tetap
sudah berpuluh kali menyuruh aku hantar resume pd kawan2nya yg tahu peluang pekerjaan
sekalipun aku tidak endahkan
hanya senyum dan mengangguk sambil berkata akan mencari dan menghantar
aku terlalu selesa dengan perniagaan makan aku yg umpama hidup segan mati tak mahu
dan aku selesa dengan kerja data entry aku yg gajinya x setimpal dengan masa yg digunakan
tp disebabkan keselesaan itu aku leka dengan masa yang berlalu
dan aku sebenarnya leka dengan orang sekeliling yg aku sayang
yang aku selesa bekerja bersama
dan yg aku selesa melihatnya dia sentiasa ada dekat dengan diri aku

pergaduhan yang berlaku 27/2/11 membuka mata aku
28/2/11 kakak aku tanya buat sekian kalinya
'Fauzi cakap ada keje kosong, supplier bukit aman tgh cr pekerja. awak nak?' - lbh kurang begitu ayatnya
'boleh aje... asalkan kerja tetap' - jawab aku tanpa fikir panjang lagi
dan aku rasa mesti kakak aku pelik sebab tiba2 aku setuju
aku langsung x pernah setuju selama ni
kenapa?
aku perlu menjauhkan diri dengan orang2 sekeliling aku
yg aku selalu leka bersama
orang yg sudah membuang aku dr hidupnya
x perlu lagilah aku berada di sana
membuat semak matanya saja
dan sangat menyeksa jiwa sendiri

sepanjang bulan 3...
jiwa aku sangat x tenteram
fikiran sentiasa berserabut
mungkin rakan2 sekerja melihat aku ceria
tersenyum dan ketawa
berborak mcm biasa
gila2 mcm selalu
tapi hati dan fikiran aku?
sangat sangat bercelaru
aku perlu keluar dr sini
secepat yg mungkin

'duduk jauh x semestinya im boleh lupa' - itu ayat kak lina
dan aku hanya diam membisu
memang benar katanya...
tp sekurang2nya aku tidak melihat dan memerhatikannya lagi
semoga bila aku sudah berpindah kerja
aku boleh melupakannya sedikit demi sedikit
harus belajar menyibukkan diri dengan hal2 kerja
jiwa aku sangat rapuh rupanya
aku sangat yakin aku x akan melupakan
tp aku akan belajar membuat seperti tidak ada apa2 yg pernah berlaku antara kami
atau erti kata lain
umpama kami x pernah mengenali pun antara satu sama lain

kalau ini dikatakan kak lina melarikan diri
aku mengaku
ya, aku memang melarikan diri
untuk aku memberi ruang pd hati aku untuk pulih
aku mahu keluar dari segala masalah
tp melarikan diripun...
selagi fikiran dan hati asik ingatkan dia
xde faedah jugakan
semoga sampai satu masa nanti aku mampu untuk lupakan segalanya

seumur hidup aku
aku tak pernah buang orang yg pernah aku sayang
jika putus pun hanya x contact lg
tp hati sentiasa ingat
dan pastilah rasa sayang itu masih ada
cuma tidak setebal semasa rapat
dan bila dikatakan dia dan aku xde apa2 lg
aku agak pelik
sangat drastik pilihan dia
dari situ aku tahu
sayangnya tidak lah sepenuh hati pd aku
bagi aku...
kalau keputusan memutuskan hubungan semudah itu
sayang yang ada selama ini diperkatakan hanya sebesar zarah saja lah
mudah2 saja dibuang
dan inilah punca aku harus keluar dari hidup yang ada sekarang ini
harus belajar meneroka sesuatu yang baru
insyaAllah dengan izin Allah
moga segala perancangan akan berjalan lancar

Sunday, March 20, 2011

Sukar untuk menerima

sangat sangat sangat dan sangat sukar untuk menerima
sangat sangat sangat dan sangat susah untuk meneutralkan semula fikiran
harap2 boleh membuat seperti tiada apa2 pernah berlaku
dan harap2 boleh buat umpama x pernah mengenali
tp itu cuma harapan
dalam kepala ni sentiasa ligat berfikir
kesian pada hati...
kesian juga pada otak yg mengimbau
sudah sudah lah isma oiiii
bangkit eh....
xmau diulit lagi dgn kenangan2 silam
believe it u can do it...
insyaAllah

Saturday, March 19, 2011

tidak selari

hati dan mulut kerap kali tidak selari
dihati kata sayang
dimulut kata x suka
mcm mana tu?

ataupun...
di minda dan hati terpahat sayang
tp tangan menaip menidakkan rasa itu
diminda dan hati kekecewaan
tp tangan menaip kata x kisah
mcm mana plak tu?

kalau kita menidakkan rasa yg terpahat di hati
kita sendiri yg menanggung sengsara
serius aku rasa kehilangan sangat
dan kepastian yg aku x akan dapat kembali
harus belajar menerima
harus keluar dr kepompong yg ada sekarang

mak pernah cakap
pilih orang yg sayangkan kita lebih dari kita sayang org tu
tp aku pilih orang yg aku sayang lebih plak
orang yg sayang aku, susah benar nak masuk ke jiwa
macam mana nak buat?
dah tentu kita pilih yg btl2 kita sayangkan
ini pun berlaku ketidakselarian
untuk menjaga hati aku melayan juga
rasa bersalah juga di hati
tp aku perlu menjaga hatinya
bukan aku x sayang
cuma sayang aku tidak sampai mencuit hati
susah la nak terangkan

stress ni...
ayat pun mcm bengong2 aje
rindu sangat2 pada dia :(

Friday, March 18, 2011

bertenang...

semalam aku sudah fikir sedalam2nya
lebih baik aku bawa bertenang
semakin diikut rasa hati semakin itu masalah x akan selesai
berbincang dan cuba menyelesaikan
maka kedua2 akan menyalahkan sesama sendiri
kalau berterusan masalah x akan selesai
maka aku mengambil langkah mengalah
penat hidup kalau asik bergaduh

moga dijauhkan dengan segala rasa negatif
moga diperkuatkan benteng kesabaran
moga dipertahankan perhubungan
moga ditambahkan keimanan dalam mencari keredhaan

Thursday, March 17, 2011

kehidupan

kehidupan ni umpama roda
hari ni kita di atas
esok lusa entah kita jatuh ke bawah belum pasti
jadi jangan kita terlalu leka
menghina manusia2 yg kurang berkemampuan
jangan disebabkan orang tu xde rumah
dia menumpang
maka senang2 kita menghina mengatakan dia x malu, x sedar diri
dan kita x patut membuat dia seperti sampah
kalau dulu kita boleh tinggal sebilik dgn dia
hanya kerana seseorang yg baru kita kenali
yg tidak menyenangi kehidupan si penumpang
kita pun terlibat sama sehingga membiarkan dia seperti sampah
tidak langsung mahu duduk sebilik walaupun seminit
tidak mahu langsung bercakap

cuba kita letak diri kita sebagai orang yg menumpang
apa perasaan kita bila orang yg pernah rapat dan kita sayang
menghina kita dengan kata2 yg agak memedihkan hati
'x sedar diri ke? x tahu malu ke?'
sedangkan sepanjang hidup kita x pernah sekalipun menghina orang
sebesar manapun kesalahan manusia tu
x perlu lah kita menghina dirinya
hanya Allah yg layak menghina hambanya

dan cuba kita letak diri kita di situasi dia
tinggal sebumbung selama 2 tahun lebih
selama itu semuanya berkongsi suka duka
hanya sebab mengenali orang yg baru
dan terlalu menyayangi orang itu secara melampau
kita melukakan hati orang yg dah lama hidup dengan kita
kita tidak ingin bercakap dengan dia
kita tidak ingin tidur sebilik dengan dia
bahkan kita saja mengatakan 'aku ada bilik sendiri'
sedangkan selama ini berkongsi bilik
kenapa mesti membuat orang yg menumpang itu seperti sampah?
apa perasaan orang yg menumpang diperlakukan sebegitu?
tidak terasa dihina kah dirinya?
walaupun kesalahan yg dilakukan besar
jangan menghukum orang yg menumpang itu melampauan
kalau perkara ini berlaku pd kita di masa hadapan
kita akan menyesal dengan tindakan yg kita buat
jangan terlalu pasti keadaan ini x akan berlaku pd kita
sekaya mana, sesenang mana...
kalau Allah nak membuat pembalasan
bila2 masa boleh berlaku

kalau kita rasa kita langsung xde salah
cuba kita fikir sedalam2nya
kenapa boleh berlaku pergaduhan?
xkan semuanya hanya dari satu pihak?
masalah x akan timbul dr satu pihak sahaja
apa2 yg melibatkan perasaan pasti melibakan 2 pihak
atau mungkin 3 pihak bila adanya orang ketiga
hati kita mudah terusik dengan sesuatu yg baru
yg baru itu sentiasanya indah
cuba fikir tindakan kita dalam melayan kedua2 yg ada
seadilnya kah? samakah sayangnya?
kalau adil pasti x akan ada permasalahan yg timbul

jangan disebabkan terlalu mahu mengenali yg baru
kita melupakan yg telah lama hidup bersama
sehingga memilih untuk berpisah
sehingga sanggup menghalau keluar dr rumah
mungkin menghalau bukan dari perkataan
tp menghalau dr perbuatan
fikirlah perasaan si penumpang...
yg tidak punya sesiapa untuk bergantung harap
yg tinggalnya hanya seorang diri
dan tidak berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri
kerana hanya yg baru kita menghindari diri darinya
cuba belajar selami hatinya
jangan terus terusan menuduh dia yg bersalah

Wednesday, March 16, 2011

kepastian

hati aku sikit pun x terusik sbnrnya dgn kehilangan
selepas aku fikir2
mungkin entry hari tu kata aku kehilangan
tp hakikatnya bila aku muhasabah diri
aku x heran pun
kalau kau nak lesap dari hidup akupun aku x heran

jangan ingat aku hidup terlalu bergantung pd kau
aku perlukan kau sentiasa
kalau kau pandai mencari yg baru
melupakan aku dan mengeji dan menghina aku
kenapa aku perlu menunggu?
setiap hari ada saja perkara yg kau menyakitkan hati aku
kenapa?
itu bukan tanda kau dah bosan nak menghalau aku keluar dr hidup kau?
tunggu sikit je hari lagi
aku x akan ganggu hidup kau lagi

aku mengongkong atau kau yg mengongkong hidup aku?
ini x boleh, itu x boleh
baru sekali aku melarang sudah kau gelarkana aku kongkong
cuba kau lihat diri kau sendiri
semua benda aku buat kau kawal
mudah sangat menjatuhkan hukum pd aku
diri sendiri bersalah x pernah nak mengaku

Penipu!

kepantangan aku bg org yg menipu
kalau janjinya nak menunggu
tp aku yg terpaksa menunggu
aku boleh naik angin
kalau dah janji belajar tunaikan
jangan sebabkan leka pada sesuatu perkara/orang
sampai melupakan janji yg dibuat
sampai bila nak jadi penipu pd masa?

kalau aku dah kata x payah amik
x payah buat2 baik nak amik
konon biar dia tunggu aku
tp hakikat aku yg kena menunggu macam orang bodoh
dia suka2 melepak tanpa fikir masa aku yang terbuang
kemudian dah lambat x reti minta maaf
tanya soalan2 bangang
'dah lama ke tunggu?'

bukan aku yg terhegeh2 suruh amik
sendiri yg janji akan menunggu
sendiri yg mungkir janji dan paksa aku menunggu
jangan asik nak tuduh aku x memahami
tgk diri sendiri yg selalu leka dengan perkara2 lagha
penipu!

Sunday, March 13, 2011

terkenang

di mid valley td
laluan dr the gardens ke mid valley
btl2 mengusik jiwa aku
sempat berkata dlm hati
kenapa la abg ipar aku jalan sampai ke sini
nak makan di delicious plak ke
dan jiwa sangat2 x tenteram
teringat berjalan sama di laluan itu
baru aku sedar
aku x boleh ke tempat2 yg kami pernah pergi bersama
cuma semlm ke sogo x begitu mengusik jiwa
masih terkawal kerana kak lina ada bersama
entah la...

td menyuarakan rasa hati pada kakak aku
'ima mcm nak pergi perth' - kata aku
tp kakak aku x menjawab
aku mahu keluar dr malaysia sbnrnya
mahu menenangkan jiwa
menyuarakan juga hasrat hati mahu beraya bersama salwa di sarawak
tidak diizinkan oleh kakak aku
'macam la yatim piatu sebatang kara' - ayat itu sudah aku faham
jangan harap dia bg
kak lina pun mcm x berapa setuju beraya di sarawak
'boleh ke im?' - tanya kak lina
'apa yg boleh?' - soal aku pula
'ye la, bkn tau sana raya mcm mana. ada ke rendang semua. im tu bukan boleh makan yg lain2 sikit' - lebih kurang gitu ayatnya
dan aku hanya diam
makanya x dpt la nak beraya di luar dr KL
ke aku sbnrnya terlalu ikut perasaan yg x tenteram sampai nak lari jauh?
aku memang mahu lari seberapa jauh yg boleh
cuma keadaan kewangan yg x mengizinkan
kalau simpanan masih byk mcm dulu
aku yakin aku dah xde kat malaysia masa ni
aku sangat sangat sangat sangat perlu keluar dr semua masalah ini
jiwa sangat sangat terkurung

mid valley

arini tanpa planing telah ke mid valley
pg2 kakak aku dah call bgtau raziq n nurin ada
nak jumpa dorg dtg la
tp tunggu lepas aku kemas rumah
selesai menyapu dan mencuci apa2 yg patut
aku bersiap dengan sesimple yg blh
12.30 mcm tu dah gerak ke rumah kakak aku
dekat kul 1 sampai dah kat desa aman 2
tunggu dorang plak siap sampai dekat sejam gak la
adoi la...
pipin siap dtg dekat aku
'wanginya' - dgn senyum memandang aku
lupa plak biasa aku dtg sana mmg x pernah pakai perfume
entah la...
kalau keluar dgn keluarga sendiri aku x pernah plak nak wangi2
tp kalau dgn kawan2 atau ke opis perfume x pernah lupa pakai
tp td tetiba plak memakai perfume
kenapakah???

selesai semua siap
terus Fauzi (abg ipar aku) bw kami ke mid valley
jalan2 kosong aje sbnrnya
aku xde mood nak berjln pun
tp kesian pd anak2 buah yg dtg dr semenyih
nor mencr compatible air conditioner untuk pipin
kesian bibik dia bilik berkuap katanya
mak ai punya baik majikan
aku hanya mengikut langkah mereka2 sahaja

puas berjalan pergi makan di little penang kafe pula
char koey teow x sedap pun
tp makan gak la
mcm2 plak abg ipar aku order
rojak, abc utk pencuci mulut
pdhal masing2 dah ada order makanan masing2
perut x lapar paksa gak makan
aku dah makan dgn kak lina dirumah sebelum keluar berjalan

masa di tempat wallet
aku saja keluarkan wallet dan tunjuk pd kakak aku wallet aku
'banyaknya duit awak' - kata kakak aku
'duit smpai hujung bulan tu...ima suruh awak tgk wallet aje, bukan suruh tgk duit ada bape' - dengan selamba aku sound
tetiba kakak aku keluarkan rm50
'akak bg awak 50 je la untuk birthday awak. budget kurang la' - katanya
dan aku terus mengambil dan cakap terima kasih
kalau dulu dia akan tanya nak hadiah apa
tp dr tahun lepas dia bg duit je
tahun lepas dpt 100, thn ni dpt 50
aik, berkurang? patutpun sbb dia dah ada 3 anak skrg
kena la budget setiap perbelanjaan
dan sangat2 bersyukur dpt tambahan 50, alhamdulillah
tp dah guna rm20 beli wiper kereta td
aku memang sedikit sengkek bulan ni
kena membuat budget untuk perpindahan ke rumah sendiri nanti
bagus juga kakak aku bg duit aje
senang sbb kalau hadiah aku ni nak yg mahal2 aje
huhuhu

semalam kak lina hadiahkan sehelai kemeja kotak2 ala2 koboi
dan aku membeli sehelai shirt berkolar warna putih
gemar pula membeli pakaian ladies skrg
semua atas nasihat kakak aku, nani, kak lina dan org2 sekeliling juga
harus menukar penampilan diri juga la
dah semakin tua xkan nak kekal dgn baju besar2
baju semua man type memanjang
teringat beberapa tahun lepas
terdengar kakak aku berckp dgn kak lina
'akak nak ima tukar pemakaian. asik kemeja aje... nak dia pakai ladies sikit' - aku ingat sangat ayat ni
dia bercakap tanpa sedar aku ada di belakang
dan tersangat terharu atas keperihatinan dia pd aku
ketika itu mencari baju kerja
dan sungguh, baju kerja aku semuanya kemeja...
xdela blouse ke apa...
tgk la lepas ni mcm mana
mungkin akan menukar sedikit cara pemakaian

Saturday, March 12, 2011

Kehilangan...

i just lost the one that i love
precious person in my life
its all because of my silly mistakes
and its totally damn silly mistakes i have done
apa hal tetiba english ni???
semalaman aku berfikir
dan penyesalan itu sudah pastinya tak berguna
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya
dan pepatah ini amat sesuai untuk orang yg mempunyai masalah mental seperti aku
aku bukanlah mental gila
tp once aku sayang seseorang tu
aku ada satu sikap yg aku tak boleh berkongsi
dan hari ini, pagi ini aku baru tersedar akan kesilapan aku
dan kesedaran itu sudah tidak berguna
sebab?
aku sudah kehilangan dia
aku sudah kehilangan kasih sayang dia
dan aku sudah hilang perhatian dia
dan aku sangat dambakan kesemua itu
tapi harus juga menerima hakikat
terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa
tp aku bukan terlajak kata
terlajak perbuatan dan perlakuan
dan juga terlajak kata juga agaknya
dan padan muka pd diri sendiri

tadi terjumpa kak nora di sogo
'kak nora, ima nak ubat anti-stress' - kata aku
'kak nora xkan bagi. doktor pun x bg... jangan bergantung pd ubat. belajar kawal perasaan sendiri' nasihat dr kak nora
dan kak lina hanya mendengar
sesungguhnya aku sangat stress dgn apa yg terjadi
berusaha juga mengawal dengan melakukan solat2 sunat
ketika solat sangat tenang
selesai solat jiwa mula berkecamuk semula

'akak, im nak bercuti... tp xde budget plak' - kata aku pd kak lina
dan kak lina hanya senyum
aku sangat2 memerlukan percutian
percutian yg boleh memberi ketenangan pd jiwa aku yg lara
lara atas kesilapan sendiri
dah tentu sukar untuk aku mengubatinya sendiri
dan harus belajar menerima hakikat kehilangan
aku sudah dipesan... seperti di bawah
ambil dr notes org yg aku kehilangan skrg ni

Cuba paham hati org yg sygkn anda



Sayang xsemestinya kne tunjuk....
Tak tunjuk syg xsemestinya x syg...
Cume perlu pandai bawa diri, fahami isi hati org yg kamu sayangi.
Klu kamu sygkn dia... jagalah hatinya sebaik mungkin..
Bukan jaga perlu ditatang...tp hargai setiap pengorbanan yg dia lakukan...
Jgn asyik menuding jari kat org lain...tp crilah kesilapan pd diri sendiri...
Dr situ kamu akn pelajari n akn jadi lebih matang...Klu tidak smp bile2 pun kamu takkan berubah..

PERCAYALAH.....Kita xkkn bole berubah slagi kita xajar diri kita utk berubah...Klu x....
kita akn hilang org2 yg kita sayangi....Fikir2 kn la....

dan ayat2 itu berputar ligat di kepala aku
aku kehilangan org2 yg aku sayangi... tp bukan org2...
aku kehilangan seorang...
dan bersyukur kerna yg seorang lagi masih setia menerima aku yg terlalu byk ragam yg x masuk di akal
dan hari ini aku cuba mengajar diri
untuk belajar menerima berkongsi
sangat2 susah sebab aku dah terlalu lama bersamanya tanpa ada yg lain
sesukar mana pun, aku tetap harus belajar
dan sudah aku maklumkan pdnya
aku memerlukan masa sebab aku dah terlalu lama dimanjakan sebegitu
sesudah diugut jangan sampai dia pula hilang sayang pd aku
baru aku menyedari kesilapan besar aku buat

aku sendiri x tahu diri aku
terlalu bersikap lain dari kewarasan akal fikiran
otak kata lain
tp tindakan yg aku lakukan adalah tindakan yg akan buat org marah
kenapa?
adakah aku harus jumpa pakar psikologi?

sejujurnya dari hati
tidak langsung ada rasa benci pd dia
tp mcm yg aku kata td, otak kata lain tp perbuatan dan perkataan aku pasti akan buat orang marah
dan akibatnya diri sendiri yg menanggung perasaan hiba kehilangan
dan aku sangat sangat sangat merindui detik bersama
satu cara untuk aku keluar dari dibelenggu
aku harus keluar dr kepompong yg ada skrg
aku harus berdikari untuk berjaya
moga dia bahagia sentiasa
dan aku akan belajar untuk melupakan walaupun teramat sukar
moga aku diberi kekuatan mental
bantulah hamba-Mu ini ya Allah dalam menghadapi ujian yg dicipta aku sendiri
amin amin amin ya Allah


Tuesday, March 8, 2011

Kinder bueno

ye, arini dpt coklat lagi
'hey, why u so handsome today?' - tanya aku pd Ganesh yg lalu di luar doc prep
dia menoleh dan senyum pada aku sebelum memasukkan diri ke dalam doc prep
'here a small gift for u' - jawabnya sambil mengambil kinder bueno dari poket dan menghulur kepada aku
'sure ke ni?' - tanya aku pula
'sure' - jawab ganesh sambil senyum
'i punya mana?' - tanya kak lina
'not ur birthday la' - kata ganesh
tersenyum saja la aku
x sangka plak dpt lagi hadiah
aku suka aje dpt apapun...
x pernah plak nak byk songeh
tp kalau dpt coklat tu rasa org tu sweet sangat

birthday celebration

sesuatu yg jarang aku lakukan
aku memang x biasa celebrate birthday
tp sebab adik kata nak hang out dgn aku
aku pun rancang la untuk amik dia dr opis lepas dia habis keje
dan setelah aku juga pulang dr kerja untuk mengambil kereta pula
sampai di rumah puas memujuk kak lina untuk ikut
berat benar dia nak ikut aku sekarang ni
ajak kemana pun payah benar

kami ke kg baru makan2 di stable steak house
aku sebenarnya risaukan si adik yg agak cerewet bab2 makan ni
dia x makan steak2 ni sangat
nasib ada nasi ayam kat situ
kalau x, mau aku dah duduk bangun semula cari kedai lain yg ada makanan yg dia leh makan
kami pergi berempat sahaja
aku, kak lina, adik dan salwa
salwa lepas break dengan fizi baru rasa bebas untuk keluar
dan aku mula seronok mengajak salwa kemana saja sebab dia akan kata nak ikut
kalau dulu ajak kemana je x boleh
fizi x bg keluar dan kawan dengan kami2 semua ni
dikongkong sampai macam tu sekali

paling x dijangka kak wati bagi aku hadiah masa balik di opis
dan adik juga memberi fererro rocher (camna nak eja eh? aku tau makan je)
adik memang dr malam sebelumnya dah tanya nak hadiah apa
aku xnak apa2pun sebab aku dah ada semua keperluan
kak lina wish birthday dgn sms n fb status aje
dan menaip disitu kata nanti cari hadiah sama2
aku xde perasaan dah nak hadiah dr sesapa pun
aku boleh beli sendiri apa yg aku nak
malas nanti dicop x sedar diri lagi

semalam sampai rumah agak lewat
umpama menghantar seorang ke utara
dan seorang ke selatan
umpama perjalanan yg sudah smpai ke melaka kata aku pd kak lina
kesian pula kat adik n salwa yg xde transport
dah malam plak mana nak ada public transport
adapun teksi ntah selamat ntah x
jadi, baik aku yg hantar untuk keselamatan

aku sebenarnya happy di pejabat semlm
Ganesh panggil aku dan suruh aku amik kek lapis sarawak
'cake for my birthday?' - tanya aku tanpa sengaja mendedahkan hari itu adalah birthday aku
'ur birthday? hey... happy birthday!' - kata ganesh
dan borak2 sikit dan aku ambil seketul sahaja kek tu
kek tu memang untuk di pas2
biasa mesti dia atau abg mie akan bg aku...
nak ke toilet ganesh bertanya lagi
'how was ur interview?'
'need to wait for second interview, got chance insyaAllah' - balas aku
aku jawab got chance pasal kakak aku sms
bgtau abg ipar aku dpt sms dr interviewer 'salam tuan, ada chance, saya dah pass ke dato untk 2nd intvw.'
kalau ada rezeki, dpt la aku keje di tmpt baru
belajar sesuatu yg baru dan memperbaiki kehidupan
moga Allah makbulkan doa aku
amin ya Allah :)

Monday, March 7, 2011

Happy birthday to me!

07 March 1983 jam 8.00 malam
aku dilahirkan di rumah sendiri terletak di kg puah seberang
masa tu arwah nenek yg sambut kelahiran sebab bidan kampung lambat sampai
dan memang arwah nenek aku seorang bidan cuma xde kelayakan untuk memotong tali pusat sahaja
hanya bidan klinik dibenarkan memotong tali pusat
dan kenapa arwah mak x lahirkan aku di hospital?
agak lawak alasan yg mak beri
mak lebih rela lahir secara kampung begitu dari pergi hospital
takut ke hospital katanya
sedangkan abah dah register awal2 mahukan anak bongsu dia dilahirkan di hospital
alih2, di rumah juga tempat dilahirkan
sampai marah2 juga lah abah pasal mak x bgtau dah sakit
dah nak keluar baru inform, mengglaba la abah memanggil bidan
yg bidan plak membebel marah abah kenapa x pergi hospital aje
dah lah situasi kritikal boleh plak ada sesi marah2 ni
sampai abah sound bidan tu
'nak datang ke xnak? kalau xnak saya cari bidan lain' - kata abah
'yelah, yelah aku datang' - jawab bidan
ini dialog yg abah cerita ye, bukan aku yg reka
hehe

malam tadi adik org pertama wish birthday
sangat terharu dengan keprihatinan dia walaupun dah ngantuk sangat tp dia bertahan juga
dan diikuti oleh rakan2 yg lain
dan paling x sangka, jam 1.30 lbh kurang adik intan call
aku dah tidur waktu tu
dgr bunyi phone terus tgk nama sapa
angkat je call, 'hello' jawab aku
'happy birthday' - kata adik intan
dan aku hanya mampu ucapkan terima kasih
sangat2 x terduga dia akan call untuk wish
sebelum letak call pun dia ucap lagi 'happy birthday akak'
dan aku sangat2 tersentuh dgn 2 2 adik yg ada ini
sedangkan aku kecewa dgn org yg paling rapat dgn aku
ada juga insan lain yg jauh mengingati aku sentiasa

aku harapkan ada perubahan yg drastik dalam hidup
aku mahu membina kerjaya
aku mahu memulakan hidup baru
hidup tanpa menumpang orang lagi
hidup tanpa mengharap bantuan orang sentiasa
dan hidup tanpa menyusahkan orang2 sekeliling lagi
cukup la 2 tahun lebih ni aku menyusahkan hidup kak lina dan keluarga
menumpang tinggal dan makan minum ditanggung

semoga menginjak ke usia 28 tahun aku semakin matang dalam pemikiran
dan matang dalam setiap tindakan
dan matang dalam segala perkara
aku harapkan kejayaan menanti
moga Allah memberkati apa sahaja aku rencanakan
amin amin ya Allah

Sunday, March 6, 2011

6 March sudah?

pantas benar masa berlalu
esok aku akan genap 28 tahun
usia yg sepatutnya kematangan mempengaruhi fikiran
aku mungkin matang dalam sesetgh perkara
tp tidak matang bila masuk sesetgh perkara yg lain
tp yg pasti
x ada manusia yg akan matang bila ianya berkaitan dengan perasaan
sebaik mana matangnya fikiran individu itu
pasti akan ada tindakan2 diluar kawalan kematangan yg akan dilakukan apabila ianya melibatkan emosi

ada saja berita kita dgr atau baca
seorang yg sangat berjaya dalam hidup
mati membunuh diri kerana masalah emosi
contohnya masalah cinta, masalah keluarga
mereka2 yg berjaya ini mempunya pemikiran yg sangat matang dalam membuat apa2 keputusan
berjaya yg aku maksudkan mempunyai profession yg sangat hebat
disini kita boleh nampak kematangan fikiran tidak mematangkan tindakan individu apabila ia berkaitan dengan perasaan mahupun emosi
apa lagi aku yg tidak sepenuhnya matang dalam membuat penilaian mahupun pemikiran
sudah pastinya aku melakukan tindakan2 bodoh yg diluar kewarasan fikiran

kadang2 kita menyalahkan sepenuhnya pd orang yg melakukan perkara2 bodoh ke atas kita
tp kita pernah fikir x?
orang itu melakukannya kenapa?
mungkin puncanya dr kelalaian kita
atau mungkin dari kesilapan kita menjaga perasaan dia
mungkin dia dah lama memendam rasa sampaikan hampir separuh gila menahan gelojak perasaan
sampai satu tahap ketidakwarasan fikiran mendorong dia melakukan perkara2 yg kita rasa tidak boleh dimaafkan

kita perlu merenung semula setiap apa yg berlaku
jangan terus terusan meletakkan kesalahan pada bahu orang yg melakukan kesalahan itu
kita juga silap, kita juga salah
kenapa kita x cuba menjaga hati dan perasaan dia?
sudah sayang, tp kita kelar pula jiwa dia dengan tindakan2 yg kita buat
kononnya kita rasa tindakan yg biasa, x mungkin mengguris hati si dia
kenapa x pernah cuba menyelami perasaan dia?
jika dia sanggup korbankan perasaan dia untuk kita
kenapa kita x mampu buat untuk menggembirakan hati dia?
disini la sepatutnya kita muhasabah diri kita sendiri
kenapa aku tak boleh berusaha untuk membahagiakan dia?
sedangkan dia dah berusaha memilih aku, untuk menggembirakan aku!

kadang2 perkenalan yg baru beberapa bulan dengan individu lain boleh memutuskan hubungan yg dah dipupuk hampir sepuluh tahun
kenapa tu semua boleh berlaku?
sebab jiwa kita mudah sangat terusik dengan benda baru
yg baru pastinya indah2
yg baru pastinya baik dr segala sudut
x kisah lah yg baru mengutuk yg lama ke apa
x kisah lah yg baru masuk campur segala urusan kita ke apa
kita tetap pilih yg baru kerana yg baru itu sentiasanya wangi
yg lama pastinya sudah berkulat di dalam hati
sebab itu apa saja tindakan yg lama akan dipandang dengan hina
tp sedar x?
yg lama sangat menyimpan perasaan atas apa sahaja kita buat untuk mengambil hati yg baru?
yg lama tetap sabar
tp bila sampai satu tahap kesabaran dah berakhir
mulalah mengata tindakan2 yg lama ini tidak boleh diterima akal
tindakan2 yg lama ini sangat mengtraumakan diri kita

tp bila kita renung2kan
pernah x kita layan yg lama sebaik kita melayan yg baru?
langsung x pernahkan?
disini kesalahan berpunca dari kita sendiri
bila puncanya dari kita
kenapa kita harus meletakkan kesalahan seratus peratus atas yg lama?
penderaan atas emosi boleh menyebabkan seseorang individu itu bertindak diluar batasan
dan apabila ianya berlaku
senang2 sahaja kita menghalau orang itu keluar dr hidup kita
tanpa kita sedar
kitalah punca segala permasalah yg timbul
kesemuanya berpunca dr kelalaian kita sendiri
x perlulah kita nak menuding jari kononnya yg lama sendiri x memberi perhatian pd kita
itu semua alasan2 yg langsung x masuk di akal

ini hanya pendapat aku sebagai orang yg melalui situasi2 begini
aku tetap dianggap bersalah walaupun aku sendiri didera dengan emosi
tindakan luar kawalan aku adalah atas sebab penderaan yg dibuat secara berterusan
x cukup penderaan emosi semasa duduk bersama keluarga sendiri
ditambah penderaan emosi pula menahan perasaan disisih dengan orang yg aku sayang
aku berharap Allah dapat menguatkan semangat aku untuk meneruskan kehidupan
aku harus berdikari sendiri selepas ini
tidak lagi mahu bergantung pada orang yg sudah meninggalkan aku
dalam erti kata, memilih yg lain

Saturday, March 5, 2011

hantu kak limah balik kampung??

entri tajuk tu agak pelik
sepatutnya hantu kak limah balik rumah
semua gelak satu kereta beli aku sebut tajuk tu
pipin (maid kakak aku) sakan gila gelak dia
sampai aku pesan kat kakak aku
'malam kang kalau awak dengar bunyi gelak tu, awak faham2lah pipin ngigau' - pesan aku pd kakak aku
aku x pernah pun tgk cerita tu camna
tp dorang semua duk discuss cerita tu n gelak2
aku hanya mendengar tanpa perasaan
'awak x tengok lagi ke?' - tanya kakak aku
'ima x tengok pun... kat opis pun dorg cite n gelak2. ima n lina je xtau apa benda' - jujur aku maklumkan
sangat happy smpai sakit perut gelak
dahlah baru lepas makan ikan bakar dengan tom yam yg pedas
perut pun dah panas
gelak sakan plak
nasib x terkeluar semula isi yg dah makan tadi

aku x plan nak ke rumah kakak aku
tp disebabkan kak lina pergi teater secara tiba2 tanpa maklumkan awal2 pd aku planning dia
aku terpaksa berfikir kemana pula arah tuju aku
xkan nak duduk di rumah sunyi sepi memanjang
teringat pula pada anak2 buah yg lama dah x jumpa
hari ini aje memujuk alya dan alyssa yg menangis bergaduh sesama sendiri
memujuk alya lebih lama dr memujuk alyssa
alya kena dodoi2 manja2 kan dia
alyssa cium sikit, pujuk sikit dah senyap x nangis
seronok juga melayan anak2 buah yg dah membesar ni
syahmi sibuk nak kat makcu
tp x reti duduk diam...
baru 7 bulan dah merangkak dan pandai sedut minum air dr straw

aku sendiri tgh dlm keadaan jiwa yg tertekan
cuba mencari jalan keluar untuk menenangkan tekanan perasaan
deraan perasaan lebih kejam dari deraan fizikal
dan aku didera secara batin
terima kasih pada semua yg melakukannya
moga Allah ada untuk membalasnya
Amin

Friday, March 4, 2011

Ceria

hari ini aku bekerja juga selepas 4 hari cuti
hari isnin x kerja kerna memang ada hal, uruskan pasal tanah arwah mak dan membawa nor melihat2 rumah yg nak dibelinya
selasa x bekerja kerana kak lina demam teruk, jd aku menemannya
rabu x bekerja kerana aku ada interview, walaupun lepas habis interview boleh pergi tp malas sbb dah agak lewat... dan sebab aku xnak pergi kerja seorang diri
khamis x bekerja kerana dah siap2 tetiba kak lina muntah2 plak... kak lina suruh pergi juga, kesian pd adik katanya... tp x smpai hati nk tinggalkan dia sbb mama baba ke IJN...
dan hari ini Jumaat bekerja akhirnya
kesian pd adik yg hari2 bertanyakan aku kerja atau x
pagi td je cakap telefon dgn adik lbh dr setgh jam
cerita mcm2
kesian pula pd dia
dan aku janji akan kerja kalau kak lina x sihatpun
sekurang2nya bila aku ada, kerja dia ringan sikit
aku tolong photostat, aku tolong scan, aku buat reject, aku buat apa je dia minta tlg
'akak xde, siapa buat semua ni?' - soalan nakal aku dengan senyuman
'saya la' - jawapan adik dengan nada dia terpaksa buat semua sendiri
'alala, sian adik akak' - kata aku sambil tergelak dan mencuit bahunya dan bergegas ke mesin photostat
sekurang2nya aku ada ringan sikit beban kerjanya

aku sbnrnya x pasti sama ada aku akan mendpt kerja sbgai account manager atau tidak
adik suruh aku minta permanent di unisys tp di bahagian transport
sbb bulan depan adik start jaga transport
dan aku berfikir2 juga
kalau x dpt jawatan account manager ni
aku minta permanent je tp bahagian transport
kalau x dpt bhgian transport, aku xnak la rsnya
stay je la temp smpai jumpa kerja yg sesuai dgn jiwa

esok bercadang keluar bersama adik, kak wati dan kak lina
excited gila cakap dgn adik
adik call aku, tanya untuk esok
dan aku suruh dia letak biar aku yg call semula sbb aku pakai line
huhuhu....
'adik, adik nak pergi mana esok?' - tanya aku
'ntah la kak, kawan sy dh sibuk tanya ni jd ke keluar dgn kakak2 kat opis' - kata adik
'ikut adik la nak pergi mana' - balas aku
bincang2 tetiba adik cakap jom pergi melaka
aku pun mcm excited nak juga pergi
tdpun ms buat pahang untuk last run kak wati ajak pergi melaka
aku memang on je psl kak lina xnak niaga
kalau jd memang gila la aku
dah la seminggu x kerja, x niaga
pastu nak jalan2
huhuhu...
aku x kisah sgt sbb duit shopfrom-usa masih ada berbaki
walaupun dh guna untuk pergi cameron hari tu
masih ada balance untuk ke melaka pula
ada la rezeki lain lagi nanti
rezeki Allah bagi, jangan terlalu kedekut untuk berbelanja untuk menggembirakan hati sendiri
itu satu ibadah juga kalau x silap aku

kalau aku tau seronok bekerja
xdelah aku nak duduk di rumah memikir masalah yg ada
berjumpa rakan2 sepejabat td sangat menenangkan
riak muka juga xdelah tegang semcm
cumanya td Ganesh tegur
'why so sad? smile la' - katanya ketika lalu di sisi aku
riak muka aku menunjukkan aku dirundung duka sbnrnya
aku sendiri perasan
org tgh gelodak jiwa n fikiran
seumur hidup ini adalah kali pertama

aku terasa juga dihina dgn kata2
tp aku diamkan saja
adik saja tmpt aku meluah segala cerita
itupun br pagi td aku ceritakan hal sbnr
'saya suruh cerita akak xnak, kan akak dh tanggung sendiri' - kata adik dengan prihatinnya
so, aku pun cerita la semua
dari A smpai Z
dia xdelah nak salahkan aku terus terusan
benda dah nak jadi nak buat mcm mana kan
cuma jangan la ada plak yg menyibuk nak mengapi2kan pula
dan aku dah malas nak fikir sgt sbnrnya
mahu saja lari dari segala masalah
mahu melarikan diri keluar dr malaysia
terlintas juga idea mahu ke Perth
menenangkan fikiran sebentar di sana
tapi passport dah mati
kalau x, memang xde masalah mahu ke sana
abg syardii ada je rumah untuk aku menginap
setakat tambang pergi dan balik cukuplah duit yg ada
tp lepas tu nganga la saving dah habis
huhuhu
simpanan aku x byk lg
semua dh habis ms zaman kejatuhan perniagaan dahulu
kesian aku
tp itu semua namanya pengalaman hidup

Thursday, March 3, 2011

Rindu

semalam selesai solat maghrib
tetiba hati digamit rindu pada adik
lantas aku terus mengambil handphone
terus mencari nama adik dan sms
memaklumkan suruh dia online mlm sbb aku rindu

kebiasaannya dia selalu sms aku kata rindu
aku je x pernah serius rindu mcm semlm
mungkin sebab sepanjang aku x kerja 4 hari ni
dia hari2  sms aku
dia call aku
membuatkan hati aku terusik juga
sedang kepala serabut dengan mcm2 masalah
bila ada yg prihatin
terasa diri dihargai juga
syukur dpt kenal dgn adik yg sgt caring

tadi adik call tanya aku kerja x
pd mulanya mmg plan kerja
dah siap pun
tetiba kak lina ckp x larat
nak muntah
so, aku terpaksa cancel kerja
malas aku nak pergi sorang
pergi belikan makanan untuk kak lina
perut kosong sgt sbb tu nak muntah
aku urut perut dia pun aku jd naga
sampai aku sendiri nk termuntah keluarkan angin dia

kesian plak pd adik
dia xnak kerja ingat aku x kerja
bila aku kata kerja dia pun siap la nak kerja
skali aku call cancel
kesian sgt2
dia terpaksa gak kerja walaupun suara sengau
huhu
adik x sihat, selsema kot sbb semlm sejuk sgt katanya

lama juga ckp telefon adik call td
dia cerita mcm2 juga la
antara aku dan dia sahaja
rahsia kami berdua
yg mana aku rasa tidak patut dia ditanya sedemikian rupa
dah x suka pd aku kenapa sibuk2 tanya pd adik?
kenapa mcm nak perli2 adik pula?
kata matang...
manusia ni, sematang mana pun...
bila bab perasaan...
kematangan tu mudah saja hanyut

aku bercadang mahu melapangkan masa bersama adik hujung minggu ini
kesian pula dah 6 hari x berjumpa
rindu sentiasa sms yg disampaikan
terusik juga hati

Wednesday, March 2, 2011

Mama - Kemaafan dipohon

tadi tiba2 mama menjenguk aku di bilik
aku tgh leka main game terus menoleh
mama tanya x makan ke
aku cakap aku dah makan burger blk dr interview tadi
terus mama tanya interview apa
dan aku menerangkan sedikit details
dan dimana lokasinya

dan aku lantas bangun dr tmpt duduk
dan terus memohon maaf dr mama sbb buat lina mcm tu
mama langsung x pernah marah
dia hanya doakan aku dpt kerja
dan minta kami sama2 berbaik
jangan asik nak gaduh

'mak cik x pernah nak halau ima. ima nak duduk sini pun xpe. tapi kerja la lain2'
itu yg mama cakapkan
mungkin sebab kami kerja bersama
tinggal bersama menyebabkan mcm2 hal berlaku
bak kata kak lina
sampai xde cerita nak diceritakan
aku sibuk dgn notebook
blk2 aje terus on notebook
lgsg x pernah nak layan dia
ini aku sedar
setiap kali kak lina nak borak aku layan x layan
sbb leka dgn business aku
ataupun busy membc status2 org
dan bila kak lina dpt yana yg melayan
dia rasa seronok
dan itu bukan salah dia
salah aku sendiri yg mengabaikan tanggungjwb sebagai adik dan sahabat
tanggungjawab untuk berkongsi masalah
tanggungjawab untuk memberikan perhatian dan kasih syg

dan aku sudah memaklumkan pd mama
bila aku dpt aje kerja tetap
aku akan berpindah
dan mama x kisah
asalkan jangan lupakan dia
jenguk2 dia selalu
telefon tanya khabar
dan itu sudah pasti aku akan lakukan

aku sangat sayangkan keluarga ni
kalau xde mereka, aku mungkin xde rumah untuk duduk
aku x suka menyusahkan ahli keluarga
dan bukan niat juga menyusahkan keluarga ini untuk menanggung aku tinggal dan makan disini
tp wang ringgit yg aku cuba hulurkan tidak diterima
dan akhirnya aku hanya membayar bil2 rumah yg dikongsi bersama kak lina

dan hati aku sangat2 lega selepas meluahkan segala rasa
menangis juga aku dan mama
sebenarnya, setiap kali dgn mama aku akan menangis
ini kali ke-3
dulu sekali ms aku melarikan diri dr abah
kerana x tahan pressure
mama nasihatkan pulang dan aku menangis
sekali semasa raya kali pertama aku xde mak dan abah
aku dipeluk erat membuatkan hati aku sangat hiba
dan hari ini, aku memohon kemaafan
dan terus saja hiba bertandang

sesungguhnya aku berdoa supaya Allah memberi rahmatnya pd keluarga ini
keluarga ini terlalu baik ahlinya
terlalu mulia hatinya
dan aku bersyukur dipertemukan dengan mereka
pesan arwah mak yg sentiasa aku ingat
sesudah mak meninggal mak berpesan kepada aku
'jagalah lina baik2, dia sahabat yg baik'
dan aku sering lupa perkara itu
pergaduhan yg terjd membuatkan sedikit renggang hubungan kami
dan aku berharap kami akan kekal bersahabat sehingga akhirnya
amin amin ya Allah

Interview

3rd time in my life pergi interview
br 3x pernah interview?
ye la, aku business sendiri dr abis blaja
mana plak nak pergi interview kan

mula2 aku search dekat map di iphone
megan avenue 1
pening2 kepala gak nak faham
dan aku pergi seorang hari ni
kak lina demam jadinya postpone ke hari lain

aku memandu sambil tgk map
btl x landasan yg aku guna
smbil pandu bc lg kat mana nk msk kiri
dh smpai the end of the road
aku terus msk parking
nasib ada parking kt situ
klu x, mau aku pusing semula cr jalan
map pun x btl
aku pilih megan avenue 1
dia hantar ke megan avenue 2

sakit dh betis ni berjalan kaki menuju ke destinasi
berpeluh juga la
sempat beli air 100 plus untuk hilangkan dahaga and bg tenaga
berjalan lagi mencari 7-1
dan jumpa, tgk dulu board tu ada x nama Lifetech
dah konpem ada baru pegi tekan lift naik ke atas

sampai je atas kebetulan ada staff nk msk
xde sapa2 plak jg kaunter depan tu
dan office dia sangat menarik
nampak ada class la
aku diberi form untuk diisi
selesai isi form dimaklumkan bahawa interview is on the way
ok, aku tunggu lagi

interviewer smpai je aku terus bangun dan bersalam
'u adik ipar tuan fauzi?' - katanya
'ya saya' - jawab aku
actually abg ipar aku yg suruh apply ni
aku lgsg xtau apa kerja yg ada
skali tanya chinese girl yg entertain aku td tu hanya ada account manager and clu saja
aku dah tercengang
account manager?
aku mana ada basic account
lepas diexplain oleh cik ke puan suzana tadi
aku dah nampak gambaran jelas kerjanya camna
bukan manage account pun
cuma kena jaga client bawah company tu
kira dia akan bagi account example bukit aman, sharp n etc
so, aku kena ada public relationship from low to top management katanya
plus, at the same time buat marketing
ask for value added untuk customer upgrade network dorang
and aku agak interested sebab aku mahukan sesuatu kerja yg lain dr yg lain aku pernah buat

dia ada la guide line soma nanti cmna nak prepare pricing and quotation
kerja x susah katanya
x susah la bg yg berpengalaman
bagi aku yg baru nk mula bekerja dlm bidang professional mcm ni memang susah la
akan amik ms nak adaptasikan dengan kemahiran dan pengalaman yg ada
aku akan dipanggil untuk 2nd interview nanti
ditanya bila boleh kerja aku memang dh tulis siap 7 march 2011
aku xnak tangguh2 dah
apa je peluang ada aku kena grab
kalau dpt kerja ni
aku kena pindah dr rumah kak lina
aku kena belajar hidup sendiri dan berdikari
harap2 adalah rezeki dlm kerja ni
amin amin ya Allah

Tuesday, March 1, 2011

Nasi

yes, its been 3 days aku x makan nasi
kenapa?
masalah yg aku cipta menyebabkan selera makan xde
on sunday aku hanya makan burger di malam hari selepas penat memandu disekitar KL berseorangan
on monday pula aku hanya makan kek bandung yg kakak aku bagi
and today, tuesday aku hanya makan biskut creamer luxury 2 paket

perut x lapar ke?
mau x lapar tp selera xde
plus aku rasa segan untuk berjumpa mama dan baba
malu dgn tindakan aku sendiri
kak lina pula demam
dan duduk di bilik yg berasingan

tp aku harus makan juga nanti
esok ada interview
mudah mudahan aku dpt menjawab dgn lancar
amin

sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya

dan pepatah ini amat sesuai untuk aku
aku orangnya yg tidak berfikir sebelum bertindak
selepas bertindak baru mahu menyesal
dan aku bersyukur
sesyaitan manapun tindakan aku
kak lina sentiasa memaafkan
dan dia sangat penyabar dengan aku yg jahat ini
aku berjanji untuk tidak mengulangi
dan aku akan berusaha

jelas dimata aku sygnya dia pd aku
sehingga sikit pun tidak dia membalas apa aku buat
terlalu cetek pemikiran aku
terlalu pendek akal aku
dan aku sangat menyesal

aku sudah fikir semasak2nya
aku akan terus bekerja selagi belum mendpt pekerjaan tetap
aku akan terus berniaga selagi belum mendpt pekerjaan tetap
aku harus menebalkan muka
kesemua cerita sudah dimaklumkan pada yana oleh kak lina
dan aku telah menceritakan separuh kepada adik pula
aku umpama menjilat ludah sendiri
tapi kadang2 kita perlu melakukan perkara itu
bila kita langsung x fikir keburukan yg akan berlaku dengan tindakan dan perkataan yg kita lakukan
dan disini kita harus membuat muka tembok

aku x kisah jika tiada lagi kemesraan bersama yana
tp aku sangat kisah jika kak lina yg memutuskan segala hubungan kami
dan syukur, dia masih menyayangi aku
terima kasih byk2 aku ucapkan
dan syukur aku pd Allah
doa yg aku pohonkan semalam membuka sedikit pemikiran aku
dan menunjukkan kejelasan di akal fikiran
aku harus berpijak di bumi yg nyata