Friday, April 29, 2011

WatchGuard Training

Sepatutnya ada training
partner dah konpem nak dtg
tetiba sekor pun xde yg dtg
sakit gak hati
dah la jauh kami semua dtg ke cyberjaya
sia2 je usaha kami

Thursday, April 28, 2011

Meeting

Setiap Rabu ada meeting sales
walaupun aku xde kaitan tp aku wajib join
dari situ aku tahu perjalanan sales person mcm mana
bagus utk aku supaya masa hadapan boleh cuba buat external sales pula

Wednesday, April 27, 2011

PANDA dan Kak Lina

Hari ni ada event di Corus Hotel
makanya aku harus hadirkan diri
sudah pergi bersama CK td
sambil jalan dia bertanya mcm mana kerja
aku kata ok
dan dia faham aku pernah ada pengalaman dlm bidang call n partner relation masa business dahulu
ini satu advantage utk aku
mudah dan senang faham apa yg diarah

aku meramahkan diri memberi business kad dan memceritakan kisah company aku
cuba mencari peluang untuk menjadi business parter
ada beberapa berjaya aku pancing
td sudah invite mereka2 ini utk WatchGuard training Khamis ini
harap ada feedback walaupun sudah suntuk masanya

selesai segala event
sesi makan
aku dan wana makan bersama
first round nasi semestinya
2nd round rojak dan satay
3rd round ais krim
tp x kenyang...
kenapa?
makan sambil borak dgn partners n rakan
mana nak kenyang
petang td aku dan wana sama2 kata lapar
huhuhu

balik dr corus hotel Paul hantar kami ke KLCC
wana kena dptkan quotation utk 500 seat Kungfu Panda 2
aku hanya meneman wana
dan sambil itu jalan2 juga
balik kami naik teksi tp wana yg bayar
hehe
dia dah belanja aku 2x
segan sudah
teksi pun dia bayar
nanti kena balas ni

balik kerja seperti biasa ke Unisys
smpai2 terus ke toilet
tgh borak dgn alice, yana keluar
a bit surprise
x jangka dia ada
borak2 dgn yana psl kerja
dan dia xleh lama sbb byk keje lg
dan aku terus msk ke bilik kecil itu

menunggu kak lina di pantry
dan msg2 dgn yana psl kena bw kak lina pergi klinik gigi
memang plan nak bawa awal
tp td aku kena email partners membuatkan agak lambat keluar opis
dan agak lambat smpai unisys
dan kak lina sibuk pula dgn kerjanya

maka balik td terus ke 3 klinik gigi
semua tutup jam 5/6 petang mcm tu
dan akhirnya aku ke kedai cina
membeli ubat sakit gigi utk kak lina
dan telah menyuruh dia makan selepas makan nasi
sangat kesian tgk air mata dia bila makan nasi
tp kena paksa juga sbb ubat tu kena makan something walaupun sikit
takut boleh pengsan

selepas makan dan confirmkan kak lina boleh tido sorang
baru aku balik dengan berat hati
lg berat hati sebab risaukan benda halus yg mengganggu dia
harap xde apa yg terjadi hendaknya

Tuesday, April 26, 2011

Melaka Day 2

Hari kedua di Melaka
kami hanya lepak2 sahaja di pagi hari
melewatkan diri dari bangun
dan akhirnya aku dan kak lina merancang ke bandar hilir
kak lina mahu mencari dodol
dan aku mencari cakar ayam
nani dipujuk untuk mengikut dan akhirnya akur

kami berjalan2 di sekitar kota A Famosa
panas terik masyaAllah
dengan baju jeans yg tebal
basah juga belakang aku dengan peluh
ada payung umpama x berpayung
sudah bercap dan berpayung tp panasnya umpama mencairkan segalanya

sesudah penat dan tak tertahankan kepanasan
kami melangkah mencari makanan yg hendak menjadi kudapan
dan masing2 membeli
aku hanya beli utk aku dan kakak aku
dan tak tahu bila aku akan makan
sejak duduk seorang ni
nak makan apapun xde selera
dan tadi di unisys sudah ditegur kurus
aku rasa gak la susut sedikit
bukan masalah tinggal seorang sahaja
bila jiwa tak tenteram
segala benda jadi tak kena
begitulah kiranya hidup aku kini

selesai menjemurkan diri sehingga hitam
kami terus ke tempat parking
dan sangat cantik!
amik kau saman rm30 sebab tak bayar parking
mana aku tau hari ahadpun kena bayar
kat KL sabtu ahad free
dah tu pakai sistem kupon
mana tau nak beli kt mana

terus saja pulang ke homestay
dan makan nasi
sudah kelaparan
selesai makan kami solat
dan akhirnya aku tertido keletihan
jam 5 begitu kami beransur pulang
aku memandu dalam keadaan mengantuk
usaha gagahkan diri jangan tidur
sapa pula nak drive
kak lina mengantuk sampai tertido
payah benar nak tgk dia tido dalam kereta
nani pula x reti bawa kereta
maka aku harus menjadi pemandu
dan aku memang suka memandu jauh

sampai di KL menghantar nani pulang dahulu
aku dan kak lina pergi tukar semula kereta
ambil kancil ku sayang itu
dan menghantar kak lina pulang
dan aku pula terus pulang ke rumah
sangat letih dan tidur jam 10.30 malam
bangun jam 5 pagi
badan sakit2 menyebabkan kemalasan nak bekerja
tp bangun juga pergi kerja
nasib x jam melampau

habis kisah Melaka
selepas ni mahu kemana ye?


Sunday, April 24, 2011

Melaka - Day 1

X pasti pula jam berapa mula perjalanan semalam
Yang pasti kami singgah di R&R Ayer Keroh
pd mulanya aku memandu sekitar 120km/j sahaja
dan kak lina agak pelik sebab aku bukan seorang pemandu yg memandu dgn kelajuan sebegitu
dan sudah tertinggal jauh dr Apit
dan aku sudah mula memandu laju sedikit utk dekat semula dgn Apit
kelajuan 140km/j adalah biasa bagi aku
jika dahulu sentiasa dgn 160km/j atau 180km/j
tp semenjak dh menginjak umur ni
rasa 120-140 sudah memadai
dan sekejap sahaja sudah berjumpa dgn Apit ketika aku memecut sehingga 150km/j
takut juga kena saman laju
tapi tawakal la
kalau kena gak, bayar saja la
rezeki pasti ada dr Allah swt

sesampai di R&R Ayer Keroh
kami menunggu Along pula yg dtgnya dr Batu Pahat
aku berdua sahaja dgn kak lina ketika ini
yg lain sekereta dgn Apit
tunggu punya tunggu KFC yg lembab
Nani kena tinggal pasal Apit nak pergi Plus tgk apa problem smart tag dia
sangkut masa nak touch
Dan akhirnya Nani naik bersama kami sehingga sampai di Ayer Keroh
Akhirnya kami x belipun KFC bila Along call bgtau nak sampai tol dah

Kami berjumpa di tol Ayer Keroh
dan memulakan perjalanan sehingga ke Melaka Wonderland Theme Park
pada mulanya aku xnak mandi atau main
tp rugi pula pasal dah bayar
so main juga la cuma x mandi
itupun sudah basah kuyup
xnak mandi pasal takut gatal2
aku alergik air kotor
dan Alhamdulillah aku x gatal2
syukur sgt!
Khamis ada training
kalau gatal2 segan la aku
sekali gatal2, nak pulih seminggu dua juga

Aku ikut je kak lina nak main apa
satu je dia pujuk camnapun aku xnak
gila ngeri
cerun nak mampus
pastu turun naik plak tu
mau jatuh jantung aku
'cukup dulu scooby doo coaster kak, im x berani lagi dah'
teringat kisah di Gold Coast
'x bahaya ke ni kak?' tanya aku
'xlah, pasal dia bg bawa beg' jawab kak lina
sekali train gerak
aku menjerit bagai nak rak
takut gila la...
tp org putih blakang kami lg takut
tgk gmbr dorg dh mcm penyu kepala masuk ke dlm
hahahah
aku n kak lina takut2 masih ada riak keseronokkan
aku suka la game jerit2 ni
tp kalau sampai 4 bintang dari 5 bintang mcm Scooby Doo Coaster tu
serik la aku
sekali cukup la
xmau lg!

Selesai di Melaka Wonderland
kami terus ke home stay kami di Taman Tasek Utama
dekat je dari Melaka Wonderland
rehat2 dan tido mengecas badan aku yg letih
selepas Maghrib kami ke Perkampungan Ikan Bakar Terapung di Umbai
tak sedap mana pun
x sesedap di sungai duyung
dan lebih mahal dari sungai duyung
maka kalau percutian dgn budak2 unisys
aku akan pilih sungai duyung sebagai destinasi kami

selesai segala makan jumpa pula jimmy shanly
tp tidak lah bergambar atau bertegur
dia datang dgn sekumpulan orang berjubah dan berketayap
dan aku bukan jenis tegur artis
cuma semalam macam nak tegur
tp mama dah tegur dulu
sedikit sombong walaupun dia jawab mama tanya

dan akhirnya kami pulang ke rumah
dan Along mengira tarikh lahir aku dan Nani mengikut Dr Azizan punya ramalan
dan kebanyakan memang kena sangat dengan aku
selesai masing2 tido

dan pagi ini selesai Subuh
aku menaip la info semalam
tunggu hari ini pula
rasa tiada aktiviti
memang sekadar mahu berehat2
esok sudah kerja

lupa pula
buku lali kaki kiri aku lebam dan bengkak
konpem terlanggar apa2 mcm terhayung2 main game guna pelampung
seronok memang x sedar la sakit
tetiba dh sampai home stay baru sedar apa sakit ni
tengok dah biru dan berdenyut2
duduk antara dua sujud yg sakit sangat
dan tahiyat akhir...
bape lama nak sembuh ye?
berdenyut sentiasa
macam mana nak bawa kereta manual ni?
bawa auto pun dah berdenyut
inikan pula nak meredah jam setiap hari pergi kerja
harap balik KL nanti sapu minyak gamat ok la
cukup sampai sini
nanti continue lagi


Saturday, April 23, 2011

Melaka

Khamis secara tiba2 kak lina bertanya lg
Im btl xnak ikut pergi Melaka?
dan aku terus tanya kenapa?
dan berfikir mahu pergi atau tidak
ikutkan budget mmg dah xde
tp profit shopfrom-usa adalah utk berbelanja kalau perlu
dan aku terus buat keputusan
boleh la kot ikut
tp kena pinjam kereta kakak aku, nor
psl family kak lina je dh penuh 1 kereta

aku pun sms kakak aku tanya pakai x spectra sabtu ahad nanti
once dia bgtau x pakai
aku terus la usulkan mahu meminjam
tp dah inform awal2 la nak pergi Melaka
dan dia bagi la as usual kalau dia x pakai
planning calling2 esoknya (jumaat) utk ambil kereta

so semalam dah ambil kereta
melayan anak2 buah dulu
dgr cerita kakak aku
dan menceritakan kisah kerja baru aku
agak lama juga baru pulang
aku hantar kak lina balik
aku pula balik ke rumah membasuh pakaian dan menyediakan pakaian yg bakal dibawa

kata kak lina pukul 7 nak gerak
aku bangun la kul 6 siap
6.45 terus kuar umah isi minyak penuh n isi angin kereta
sampai terus call kak lina
skali dia belum bangun daaa
poyo! kata je nak pergi kul 7
mama pun dah bising2 marah
macam2 mama dah siapkan
dorang semua x bangun lg
dgn Apit yg kena marah liat nk bangun
adoi
macam2 hal

so skrg ni aku tgh tggu kak lina mandi
lg sejam kot br nk gerak
rugi masa tidur aku sejam
walaupun kalau dh bangun subuh xleh tido blk
tp boleh golek2

entry lain kisah melaka pula nanti
kalau rajin la
pasal taip kat iphone ni mcm malas je nak taip panjang2
walaupun memang panjangpun


Thursday, April 21, 2011

WatchGuard Technology Update

Khamis depan 28/4/11 ada training
dan CK telah invite aku untuk turut serta
dan sudah menjd tggungjawab aku untuk tahu kesemua produk yg kami edarkan
sekurang2nya nak explain kt business partner nanti senang la
xde la aku terkial2 xtau pape
di cyberjaya lokasinya
mungkin akan ikut CK atau Kenef
kalau boleh nak pergi dgn CK
byk benda aku faham bila dia yg sampaikan
Kenef bkn x bagus
tp percakapan sgt minima dan tidak seterang penjelasan CK

Semlm dah tgk kelebihan XCS WatchGuard ni
so next week akan tahu lebih lagi
meeting tadi aku sudah dipertanggungjawab untuk call partners
invite partner yg aku dah call
yg menunjukkan minat walaupun sedikit
senior yg lain akan invite partner mereka sendiri
dan aku sudah memilih yg memberi respond baik
walaupun email aku x dibalas disebabkan kebusyan mereka
tp bila aku call buat susulan
mereka2 ini memberi respond yg baik
harap aku akan dpt menambah list partner di bawah kelolaan aku

Jiwa sudah mula belajar cintakan kerja aku
walaupun pd mula kerja rs nak berhenti
aku muhasabah diri semula
kerja mudah2 dpt nak berhenti kenapa?
cuba x smpai sebulan dah nak berhenti
abg ipar aku concern siap sms tanya mcm mana
siap nasihat jgn give up
dan aku berusaha mempelajari sesuatu yg baru hari2
semakin hari minda semakin terdedah pd persekitaran kerja
dan sudah mula memahami sedikit
dan perlukan lebih masa untuk mengadaptasikan ke dalam jiwa


Wednesday, April 20, 2011

UDA Holdings Presentation and Demo

Hari ni ikut CK ke UDA Holdings
naik kereta dgn CK rs selamat n dia sangat cermat
rajin bertanya perkembangan kerja aku
dan dpt la kata 'bagus' dr dia
pasal aku dh meet dgn dua potential partner
dan CK dh maklumkan internal sales mcm aku mmg susah
utk meyakinkan partner deal dgn kita bkn mudah
tp aku kena agresif katanya
perlu rajin buat call
rajin follow up update psl produk atau promo
mahu juga berjaya mcm CK dan Kenef
hope dpt cope dgn kerja yg diberi

Di UDA td membuat demo dan presentation mengenai produk XCS WatchGuard
dan mereka agak suka dgn kelebihan XCS sebagai e-mail security
dan aku bangga dgn CK yg tahu segala benda
rupanya dia mula dr teknikal sebelum ke sales
patut segala software n hardware dia tau
cara dia explain lg bagus dr kenef
dan aku sendiri lebih selesa menerima arahan ataupun belajar dr CK
sebab dengan CK semua benda dia sampaikan dalam cara yg mudah utk difahami

Blk dr UDA sesi aku email potential partner pula
habis semua aku email
lega...
tunggu respond dr dorang
and td dah ada satu yg berminat dgn promo kitorg
dah forward pd kenef psl company tu
harap ada peluang utk buat sales dlm tempoh probation ni
all the best to me
ameen

Monday, April 18, 2011

UDA Holdings

CK (Boss aku la tu) : Isma, esok you ada ke mana2?
Aku : hmm... xde (dengan senyum harapan ada training ke apa)
CK : esok dalam pukul 9.15 u dah ada kat office?
Aku : Senyum n jawab, Ada
CK : 9.15 macam tu i sampai Ground Floor, i amik u... kita pergi UDA Holdings.
Aku : ok (sambil senyum)

suka suka suka
suka la pasal dapat keluar
list call aku dah habis
xtau dah nak buat apa bila list habis
nak tunggu keje lain macam xde plak
apa lg nak buat?

PERNEC

Jam 10 pagi tadi meeting bersama Tuan Azmil dari Pernec
Nampaknya peluang itu cerah untuk kami menjadi business partner
Harap banyak projek yang masuk

Tahu atau Tidak?

Kamu tahu tak?
Yang aku sangat sayangkan kamu
Kamu tahu tak?
Yang aku sangat rindu pd kamu
Kamu tahu tak?
Yang aku selalu ingatkan kamu
Kamu tahu tak?
Luluhnya hati aku bila kamu berdiam diri
Kamu tahu tak?
Yang aku sangat berharap kita bersama
Kamu tahu tak?
Aku takut kehilangan kamu walaupun kamu sudah memutuskan perpisahan
Kamu tahu tak?
Aku tidak suka berjauhan dengan kamu
Kamu tahu tak?
Aku amat memerlukan kamu dalam hidup
Kamu tahu tak?
Hidup aku terasa kosong selepas kamu pergi
Kamu tahu tak?
Hati aku sangat rapuh untuk menerima semua ini
Kamu tahu tak?
Fikiran aku kusut memikirkan kamu

Kamu tidak tahu betapa kamu memberikan impak yang besar dalam hidup aku
Kamu tidak tahu aku menjadi seorang pengeluh selepas kamu pergi tinggalkan aku
Kamu tidak tahu rutin harian aku teruja mahu mendengar kisah kamu
Kamu tidak tahu memberontaknya hati aku mahu berjumpa dan bercakap dengan kamu
Kamu tidak tahu sakitnya jiwa aku terbuang begini
Kamu tidak tahu pengharapan setinggi langit inginkan kamu semula dalam hidup ini
Kamu tidak tahu sengsara perasaan mengetahui kamu ada tp tidak dpt bersama
Kamu tidak tahu yang aku amat kasih dan sayang pada diri kamu
Kamu tidak tahu yang aku sentiasa mahu jadi baik tapi sukar mahu berjaya
Kamu tidak tahu yang aku mengharapkan kemaafan yg jitu
Kamu tidak tahu aku memerlukan peluang yang baru
Kamu tidak tahu aku mahukan lembaran kehidupan yang baru
Kamu tidak tahu untuk memberi peluang pd aku

Kamu tidak tahu itu semuakan?

Appointment

Khamis lalu 14/4/11
aku dan Kenef telah bertemu wakil Tech Innovasi di seri kembangan
kami berdua sesat
dan akhirnya terpaksa berjumpa secara tidak formal
iaitu di Papa Rich
hasil dr pertemuan itu
peluang utk menjadi partner amat cerah

En Musazam kata kami terlambat berjumpa
byk projek berkenaan bandwith management dia lepaskan pd kwn kerana tiada solution utk itu
harap selepas ini akan byk lg projek yg blh melibatkan kami
dgn itu dpt merapatkan hubungan partner itu sendiri
dan aku orgnya yg bertanggungjwb mengawal akaun parter
harap akan mendpt lg byk partner selepas ini
kredibiliti aku perlu dijg walaupun aku mudah2 dpt keje menggunakan kabel iaitu abg ipar aku sendiri
kalau prestasi xde anytime blh dibuang

aku kena rajin bertanya pd kenef
dia sangat hebat control kesemua sekali
dan aku sangat kagum dgn kebolehan dirinya
terasa senang dgn tunjuk ajarnya
'faham tak?' ayat faveret kenef lps ajar sesuatu
dan aku hanya akan jwb 'hmm' atau 'faham'

dan esok 18/4/11 ada appoinment dgn pernec pula
5 org dr pihak pernec akan attending presentation dr pihak aku
aku dah set semua benda dgn secretary Tuan Azmil dr Pernec
dan harap semua berjalan lancar
Jumaat hari tu dah sediakan brochure utk 5 participants
esok tggal nak sediakan free gift dr kami iaitu note book dan pen serta kalendar dan beg
itulah free gift kami tiap kali bertemu dgn potential partner atau end user
cuma tugas aku agak senang
nama2 syarikat sudah ada
hanya perlu approach dgn cara yg btl sahaja
harap semakin bertambah partner dibawah kelolaan aku

Berharap meeting esok akan membuahkan hasil yg baik
amin


Sunday, April 17, 2011

Wajahnya

Terjg dipagi ini
Kerana wajahnya tepat memandang
Dan terasa benar wajahnya teramat dekat
Dan wajahnya tersenyum memandang
Terasa benar dia disisi
Rindu sungguh rupanya pd dia

Saturday, April 16, 2011

Mimpi

Masuk 2 minggu bekerja
dan selama 2 minggu ini kerap mimpikannya
terjaga saja dr tidur semlm selepas termimpinya
mata terus memandang notebook
dan kebetulan gambarnya sedang memandang aku
dan berderau juga darah

terasa sungguh pegangan tangannya membuatkan aku terjaga
dan menoleh juga kekanan selepas menoleh kekiri melihat notebook
erat peganan tangan itu terasa walaupun sudah tersedar
melihat juga ke kanan kot hantu kak limah yg pegang tgn aku
huhu
sempat lg fikir mcm tu dipagi hari jam 3 pagi

dan pagi ini masih tersedar kerana mimpikannya
dan kali ini mimpikan persoalan
yang aku rasa x perlu dikhuatiri olehnya
kedudukannya di hati ini sangat istimewa
tiada yg lain dpt menggantikannya

entahlah...
jiwa aku sendiri terseksa bila kerap termimpi2kannya
bukan aku pinta
sedangkan khabarnya
sedangkan perihal dirinya
tidak aku ketahui
bagaimana pula dia kerap muncul didalam mimpi?

ikut hati mahu saja bersemuka
tp langkah berdiam dirinya membuatkan aku mati langkah

jika diikut hati
pasti sudah aku temuinya dan berbincang
dan jika diikut hati
senang saja aku dicop 'hidung x mancung pipi tersorong2'
org x hendak, kau saja yg terhegeh2

entahlah...
aku kerap mengeluh selepas perpisahan itu
jiwa aku sangat tertekan
kepala sentiasa memikirkannya
sampai bila?
sampai bila aku harus hidup dalam keadaan tertanya2?

berdiam diri bukanlah langkah penyelesaian wahai sayangku
kamu benar2 membuat diriku ini dlm kebingungan
jiwaku benar2 kacau
sukar benar menerima keadaan ini

kenapa tidak boleh kembali bersama?
manusia itu memang kerap melakukan kesilapan
biarlah sekerap mana kesilapan itu
berilah peluang utk dirinya berubah
mungkin itu cara dia mahu mengenali dan menyayangi
setiap manusia berbeza sikap dan caranya

tiada guna penerangan mahupun rayuan
dia tidak tahu isi hatiku
jika dilihat dimata kasar
sangat teguh diri ini
didalam hati remuknya x terkata

Friday, April 15, 2011

Rindu

sangat sangat rindu pd dirinya
sangat sangat rindu masa2 bersama
sangat sangat berharap kembali bersama
sangat sangat la tak malukan!
sangat sangat terhegeh2 pd yg x sudi!

jika menjauhkan diri dpt melupakan
aku silap!
sangat sangat tersilap!
bila berjauhan dan bersendirian pula
lagi mencengkam jiwa perasaan2 itu
jiwa aku sangat kacau
mcm mana caranya mahu melupakan segala?

sendirian menggenangkan mata
sendirian merobek jiwa
sendirian membuatkan aku sasau
apa lg harus aku buat?
kenapa terlalu dan teramat sayang sampaikan sesukar ini utk melupakan?

pengajaran dalam hidup
terlalu sayang boleh membakar jiwa sendiri
sekali kehilangan menjadi sasau
sekali berjauhan merunsing fikiran

Thursday, April 14, 2011

Sangat Merindui

Membelek photo di notebook
dan dada terus rasa sakit
sakit menahan kerinduan sebenarnya

apalah nak diharap padi seberang
entahkan layu entahkan tidak
apa nak diharap kasihnya orang
entahkan ada entahkan tidak

aku x faham la dgn jiwa aku ni
kenapa susah utk menerima kenyataan?
berapa ratus kali dh remind
tp jiwa tetap memberontak

intai padi antara masak
esok jangan layu layuan
intai kami antara nampak
esok jgn rindu rinduan

dan aku x sempat nak intaipun
dan sudah pasti rindu itu sentiasa bersarang
kalau boleh diluahkan rindu dgn ungkapan
kalau boleh diluah rindu dgn pelukan
kalau boleh diluah rindu dgn pandangan
kalau boleh...
masalahnya langsung x boleh
dan jiwa sangat sedih



Sedang bekerja pun update blog?

Ye, saya sedang bekerja
Tapi kenapa ada masa untuk update blog?
Sebab saya rasa kerja saya mudah sangat
buat phone call, try dapatkan business partner
kerja kat sini sangat relax
selamba badak je budak baru masuk keje seminggu amik EL
Budak yang x confirm lagi suka2 MC dan EL
Management sini memang agak teruk
Aku dah masuk 2 minggu kerja
relax memanjang
BOSAN juga
aku sukakan kerja yang mencabar
kerja yang memerlukan aku sibuk sehari suntuk
ini tidak...
terasa gaji tak berbaloi dengan kerja
harap selepas ini akan banyak kerja untuk dibuat
jika sama je sehingga habis tempoh percubaan
aku akan mencari kerja lain la jawabnya

Oh ya, semalam sudah berpindah secara officialnya
terjaga malam dan mencari kak lina
terlupa pula sudah pindah
dah menjadi kebiasaan bila terjaga aku mencari kak lina di sebelah
sampai terbawa2 walaupun sudah berpindah
nasib lepas tu boleh tido semula

Esok aku ada meeting dengan potential business partner di Seri Kembangan
hope akan ada deal..
at least ada juga hasil untuk bulan pertama kerja
dan Isnin pula ada meeting dengan Pernec pula
aku agak excited dapatkan meeting dengan pihak Pernec
PERNEC namanya sudah terkenal dan sangat besar
harap akan berhasil juga meeting untuk presentation produk nanti

Hari ini telefon semuanya hanya mahukan e-mail
tiada yang interest untuk berjumpa
bagi aku...
berjumpa lagi jelas untuk diterangkan segalanya
harap2 kerja ini sesuai dengan jiwa
jika masih ragu2
aku harus mencari kerja yg sesuai dengan jiwa aku yg gila kerja ini
hopefully

hati melonjak riang

hari ni ada sales meeting
walaupun aku hanya internal sales
xde kena mengena langsung dgn external sales
tapi kenef nak bagi aku tahu serba sedikit produk yg kami ada
bagus juga aku ikuti meeting td
faham juga serba sedikit procedure walaupun xtau term dorg guna
xtau produk apa dorg bincangkan

habis segala benda kenef suruh aku balik
dh dekat 6.30 ms tu
lgpun meeting tu mmg xde kaitan dgn aku
disuruh la aku blk awal
budak2 sales masih dlm meeting
ada la benda dorg nak diskusi tu

sebelum balik kenef ada maklumkan akan explain details psl partners esok
aku terus remind psl appointment esok pagi dgn tech innovasi
dan confirmkan akan meet up di opis jam 9 pg
nak pergi seri kembangan bersama kenef psl aku konpem xtau apa2 psl jln
appointment pukul 10 pg
sempat ke?
jangan jam melampau sudah la

sebelum blk ms wong dtg opis plak
borak2 dgn dia sambil prepare brochure utk esok
ada plak brochure yg kenef suruh pesan wana sediakan
dah siap semua terus turun ke parking
dan hati tiba2 rs riang x tentu psl
agaknya psl esok nak meet org kot
aku memang suka kerja jumpa2 org ni
dari situ aku akan belajar communucation skill
menambah sedikit ilmu2 yg xde kt dada ni

smpai menara hp aku naik ke unisys
ada yana dan eija di kaunter
dan borak sangat minimum sebelum ieja bg pas msk ke dlm
dan aku tunggu kak lina di pantry
dan hati sgt happy
kenapa?
sukar utk dimengertikan...



Tuesday, April 12, 2011

hari pertama minggu kedua

hari ni sudah mula menjalankan tugas
sudah mula telefon untuk mencari business partner
sudah mula meja bersepah dgn kertas
sudah mula buku tonggang langgang mencatat info dari perbualan di telefon
sudah sakit tengkuk update database utk partner
sudah siap update excel personal aku untuk list call n remarksnya
sudah mula e-mail potential business partner berkenaan product yg we all carry
sudah mula byk tanya pd Felix dan Stanley berkenaan tugasan dan produk
sudah mula meluah rasa tak faham dengan tugas pd kak Eja
sudah selesai photostat semua business card untuk potential business partner
semuanya sudah lah
cuma satu belum sudah
jiwa tetap kacau walaupun cuba menyibukkan diri
mcm mana ye?
kesian juga pd diri sendiri
tp apa nak buat
dah dibuang xkan dikutip balik pula

Monday, April 11, 2011

Berpindah

akhirnya semalam selesai mengemas rumah
maka hari ini aku akan berpindah
akan mula hidup sendiri
agak berdebar dan takut
tp inilah kehidupan
sampai bila mahu sentiasa ditemani
di dalam kubur nanti berseorangan juga

Saturday, April 9, 2011

A note for a sis

Coretan khas ditujukan untuk Adikku

Adikku yg teramatku sayangi,

Perkenalan singkat kita membuahkan rasa kasih dan sayang yg tidak dapat diungkap dengan kata2
Rasa suka dan sayang yg wujud di bulan Ramadhan ku anggap sebagai rahmat dr Allah
Perhubungan yg kerap dialasi dengan pertengkaran kecil ku anggap tempoh untuk mengenali

Adikku sayang,

Ya sememangnya kamu lebih matang dan sentiasa mengalah
Tapi tidak disangka pula dengan sikap begitu kamu menyimpan dan perasaan tertekan itu berkumpul padu
Pergaduhan kecil yg disimpan olehmu menghasilkan rasa benci membuak dalam hatimu

Sekiranya sedari awal dimaklumkan padaku
Sikapku membuatkan kamu rasa tertekan
Permasalahan yg timbul pasti ada penyelesaian
Aku boleh belajar untuk menyenangkan hati kamu
Tetapi langkah yg kamu ambil...
Amat meluluhkan hatiku

Adikku yg dikasihi,

Sangat mudah kamu membuang insan yg pernah kamu katakan sayang
Sangat mudah kamu melupakan segala kenangan2 yg pernah dilalui
Mungkin tiada apa yg istimewa untuk kamu ingat
Tapi bagiku, setiap detik bersamamu
Tersemat kekal di ingatan dan terkubu terus dihati

Tanpa sebarang penjelasan
Terasa terkapai2 dengan sikapmu
Besar benarkah salahku sehingga dibuang sebegini?
Sebanyak manakah sayang kamu sehinggakan mudah untuk melupakan?

Sejujurnya dan seikhlasnya
Jangan memaksa aku untuk melupakan kamu
Kerna bagiku
Sekali sudah wujudnya sayang yang mendalam
Tempatmu berada sangat istimewa dihati
Sehinggakan tiada siapa yang mampu menggantikannya
Untuk lesap terus dr hidupmu
Aku harus menjauhkan diri dari orang yg rapat juga dgn kamu
Bagaimana caranya?

Semungkinnya aku harus terbang jauh seperti perancangan asal
Tetapi hati mendesak untuk menunggu kamu
Dan penantian itu satu penyeksaan
Seharusnya aku terus dengan perancangan awal
Supaya hatiku tidak akan luluh sebegini

Aku beharap agar Allah dapat menguatkan semangat
Memberi ketenangan dijiwa
Dan membantu memulihkan jiwa ini

Seumur hidup
Ini kali pertama aku dibuang
Dan pertama kali juga dibuang tanpa penjelasan
Dan perasaan itu sangat merunsingkan fikiran
Terasa seperti tidak mahu lagi menanggung segalanya
Aku sudah umpama orang sasau
Yang difikiran sentiasa ada kamu



Thursday, April 7, 2011

Awal

hari2 aku org paling awal dtg opis
mesti opis x buka lg punya lah
bosan gila menunggu
nak keluar lambat takut jam melampau
kuar awal sampai 45 minit awal plak
lain hari lain masa yg diperlukan untuk sampai
nak budget ms paling elok adalah naik motor
naik kereta ni susah nak budget masa
kadang jam teruk
kadang jam biasa2
hari tu sampai sejam setgh br blh smpai opis
hr ni sejam je plak dh smpai
adoi...
kena buat statistik masa sampai dan masa keluar rumah
buat kaji selidik hari apa jam teruk n jam biasa2
minggu mana jam melampau n jam manja2

kena buat perangkaan la plak
tp klu naik motor best gak
tgk la camna keadaan
kalau suka pada kerja ni
leh teruskan kerja dan beli motor kemudian
sampai hari ni aku belum dapat sebarang kerja yang ditugaskan
hanya setakat menyenaraikan Kementerian dan Agensinya sahaja sepanjang minggu ini
dan semalam ikut sales person buat close deal dgn client
tgk camna dia present n what product yg dipresentkan


Tuesday, April 5, 2011

Hari Ke-2 Bekerja

Semalam 4 April aku melapor diri di Data Alliance
Sudah membaca segala isi di dalam Offer Letter
Sudah sign Offer Letter
Dan mahu membuat percubaan 3 bulan
kalau sesuai dengan jiwa
akan teruskan bekerja di situ
jika tidak sesuai
akan mula mencari peluang kerja yang lain

Hari pertama kerja sangat bosan
tiada kerja yang boleh dibuat
semua sibuk sampaikan tiada masa untuk memberi penerangan pd kami yg baru
aku dibekalkan dengan notebook Fujitsu
buruk je notebook ni tp semua function ok la
bak kata kakak aku
xkan orang baru, dorang nak bagi notebook baru plak
kalau lari camna?
Sebelah petang CK Wong, bos kitorg la
dia meluangkan masa untuk menerangkan pasal company profile
dan menceritakan produk yang company ada
kepala cuba ingat2 nama produk
tp x ingat plak sangat sebab seimbas lalu aje dia terangkan
tp penerangan dia jelas dan senang faham
bahasa penghantar dia gunakan bahasa melayu
lagi la mudah faham
aku akan diberi training untuk produk nanti
dah training dan tau serba sedikit pasal produk
baru aku akan ada kerja untuk dibuat

untuk hari kedua hari ini
aku hanya menyiapkan tugasan yg CK bagi
dia suruh cari 1000 Kementerian beserta Agensi dan Bahagian
tapi aku baru dapat dalam 300 lebih
mana nak cari yg lain?
Tugasan tu dibahagi 2
satu untuk si Eda
aku kena mencari lagi lebih kurang 200
mana nak cekau?
pening kepala aku

hari ini x stress macam semalam
semalam memang serius rasa xnak kerja
makan tghari pun sedih
maklum dah biasa selama ni kerja sama dengan kak lina
sekali ni first time kerja seorang
tu yg bila makan mata bergenang
biasa kalau makan sama2
sedih sangat plak semalam
masa drive balikpun menangis
huhuhu
entah kenapa hati pilu sangat semalam
mungkin sebab first time berjauhan
lepas ni lagi berjauhan sebab aku duduk rumah sendiri
kena kuatkan hati dan semangat!

Semalam letih tahap gaban
arini letih sikit je la pasal jam
nak pergi kerja je sejam setengah baru sampai
kalau keje ni sesuai dengan jiwa
beli motor je la
pergi keje naik motor
baru senang x berjam2 hadap jam
buang masa sungguh!

Sunday, April 3, 2011

Store?

hari ini aku mengemas store rumah arwah abah duduk dulu
ppr taman wahyu 2
mula aku dtg seorang diri
keluarkan satu persatu barang dr store
buka satu demi satu kotak
dan terjumpa envelope tertulis 'Tanah Ima'
akhirnya jumpa juga dokumen tanah yg arwah mak wariskan
dan telah jumpa byk barang2 mak dan kakak aku yg rsnya berharga
yg gilanya... selamba je gelang emas arwah mak dalam satu bekas penuh ada dlm store tu
5 tahun x pernah berusik
gila la!

tgh belek2 ubat ubatan arwah abah yg dh 3 tahun x berusik
dgr bunyi tingkap diketuk
aik? siapakah?
buka2 pintu tgk kak lina dgn afif dtg
'kenapa bawa afif?' tanya aku
rupanya mama ada skali
ingat saja bawa afif je
takut la dia x selesa pasal kitorg nak mengemas
dan mama turut membantu mengemas pinggan2 dlm almari
teratur sudah!
terima kasih pd mama yg sudi membantu
dan terima kasih byk pd kak lina yg meringankan beban
aku memang dah x larat nak angkat2 lg
semua kotak berat2
akhirnya store dh kemas dan satu bilik berjaya dikosongkan
mungkin aku akan sewakan bilik itu supaya aku akan ada teman
tgk la mcm mana nanti

esok harus kembali lg
mengemas bilik aku pula
mahu tidur disana sudah tp x diizinkan kak lina
'tunggu habis kemas. x sabar2 kenapa?' tanyanya
dan aku hanya diam
bkn x sabar tp mahu membiasakan diri
nak tunggu btl2 abis kemas minggu depan la jawabnya
isnin dah start keje
mana nak ada masa mengemas lg
blk dh malam n konpem penat
xpe... slow2. jgn gelojoh... huhu

Saturday, April 2, 2011

Final Day at Unisys!

Jumaat 1/4/11 merupakan hari terakhir aku di Unisys
sedih meninggalkan rakan2 yg sekepala dgn aku
sedih mengenangkan akan berjauhan dgn kak lina
pindahnya kerja baru
maka pindah juga la aku ke rumah sendiri
akan mula hidup bersendirian pula selepas ini

hari terakhir di unisys
aku masih membuat kerja2 mcm biasa
tiada budak baru dipanggil utk mengganti tmpt aku
dan final day ni juga jari aku luka terkena envelope cheque
jarang benar luka
mesti saja nak bagi kesan yg terakhir

aku order pulut kuning beserta rendang daging dan karipap
25 pulut kuning dan 50 biji karipap order keseluruhan utk dibahagi pd mereka2 yg selalu saja berinteraksi bersama aku
berlebih pula kerana ada 2 org yg x dtg sbb ada ahli keluarganya yg meninggal

Ganesh membelanja satay
sesuatu yg aku x sangka
aku hanya mahu dia memakai baju melayu
x sangka dia pesan pd semua permanent utk pakai baju kurung dan baju melayu
malu agaknya dia seorang yg pakai
maka sanggup membelanja satay asalkan yg lain turut berbaju kurung dan melayu
kesian pula
bukan aku memaksa dia pakai baju melayu
tp saja teringin sbb penah tgk gmbr dia dlm fb albert siap berbaju melayu
nampak segak pula

dan tanpa kami rancang
sama2 pula memakai baju berwarna putih
ada dihati aku mahu menyuruh dia memakai baju warna putih
tp tidak aku suarakan
hanya berfikir dan terfikir juga mesti x byk baju melayu dia
dan bila nampak sahaja dia dtg
hati aku dah terpegun
aik? mcm tau2 je suruh pakai baju warna putih
kata hati aku

dan sebelum pulang
sempat bergambar bersama Ganesh, kak wati, kak ina, ieja dan tentunya kak lina sekali
bermaafan dgn adik di toilet saja
lawak la adik ni
mcm xde tmpt lain yg menarik
yana pun sama
toilet gak pilihan adik 2 org ini
ikutkan saja lah kan
adik x nangis
aku x nangis
tp yana nangis
dia minta maaf segala salah silap
dan setahu aku mmg xde salah dan silap dia pd aku
cuma aku sahaja yg byk bawa masalah pd dia
sampaikan kami memang x akan berbaik semula
dan itu adalah perkara paling menghancurkan hati aku

aku pernah putus cinta
tp x separah ini perasaannya
entahlah...
semoga dgn berubah kerjaya dan tmpt tinggal
aku mampu menjadi ISMA yg baru
ISMA yg akan semakin matang
ISMA yg tidak akan mengenang benda2 yg sudah
ISMA yg akan belajar hidup sendiri
ISMA yg akan meneroka sesuatu yg baru
moga penghijrahan aku ini akan mendpt berkat dr Allah swt.
ameen :)

cumanya aku x pasti mampu melupakannya atau tidak
sbb tmptnya sgt istimewa dihati ini
bak kata kak lina
aku umpama org sasau!
moga masa mampu mengubati kelukaan ciptaan aku sendiri

Friday, April 1, 2011

Drastik

seminggu notis
itu adalah notis aku berhenti
dan dr seminggu itu juga akan mula keje baru
xde langsung break dr keje
kenapa?
perlu keluar dr setiap apa yg berlaku
dah x tahan keje tempat yg sama
stress!