Monday, May 30, 2011

kurus dan putih?

Kak Faezah : Isma kenapa makin kurus ni?
Aku : Biasa je kak... makan nasi 2x sehari. pagi makan gak

Kak Nor : Im kau ni makin kurus. dah melengkung ni (sambil pegang perut aku)
Aku : Entah la kak nor...makan sama je

aku pun pelik camna aku boleh makin kurus. nak kata hati susah lg xde la plak. doa dah dimakbulkan... cuma perlu dipupuk untuk kembali seperti biasa.

Kak Ida : Makin putih ni sejak keje pejabat
Aku : putih? hari2 saya berjemur (jalan ke ampang park panas terik ok! jalan ke kedai makan pun berjemur tau)
Kak Ida : x meniaga makin putih ye

Aku hanya senyap. cerah sikit kot sebab x payah bawa motor tghari panas2...bawa kereta je... kuar pg blk malam. kuar tghari utk lunch dptkan cahaya matahati dlm 15 minit. x sempat nak gelap sgt kot. hehe... tp aku tgk xdela cerahpun. gelap je sama mcm dulu...

Sunday, May 29, 2011

aktiviti

lebih kurang jam 10.30 pagi gerak ke pasar taman ehsan
jmpa dgn org yg nk sewa tu
atas perbincangan wang tanda persetujuan diserahkan
selepas ni setiap hujung bulan amik sewa
dan aku harus menunjuk muka utk buktikan dia bekerja dgn aku
harap xde masalah
atas bantuan kak sariah juga masalah selesai

habis bincang dgn org yg nk sewa tu
bincang dgn pak din
dia xnak niaga plak sbb org tu nak jual bakso
aku dah ckp xpe sebab menu lain
tp dia tetap xnak
xpela...
xkan nak paksa2 plak
sewa bulan 5 pak din dah serahkan

selesai semua perbincangan jumpa kak nor
maklumkan notebook dia aku dah hantar semlm
next week baru siap kalau xde apa2 problem

abis urusan kat taman ehsan mencari bengkel pula
masa untuk servis kereta dah tiba
rm95 pula kali ni
rabak gila bulan lima ni
mula2 rm400 utk draft shaft
kemudian rm75 utk bearing
ni rm95 pula utk servis
cuci kereta td rm7
huhu...
masuk gak dlm kewangan kereta
13 june plak road tax mati
adus!!!!
lagi kronik akaun aku

tp alhamdulillah dah ada org nak sewa kedai
ada lebih2 tu boleh la menyimpan sikit2
dulu masa meniaga memang every month menyimpan
baru 3 bulan x niaga duit simpanan dah nak abis
segala perbelanjaan kereta dan kedai guna duit tu
mau x rabak akaun

gaji x masuk lg
akaun dah xleh kuar duit
nasib duit tanah aritu simpan dalam bsn
ada gak utk cover sampai dpt gaji
ntah napa bln ni teruk sgt duit
seumur hidup ini kali pertama rasa sesak sgt xde duit
gaji lebih dr niaga n part time pun x ckp cover perbelanjaan
mana xnya...
minyak kereta dah rm200 lbh kurang sebulan
itu utk kerja saja
keluar jln2 hr minggu isi lain lg
duit belanja makan kt opis sehari lbh kurang rm15
sebulan lbh kurang rm300
total rm500 utk blanja ke opis sahaja
blanja peribadi?
sewa rumah...bil letrik + air...ptptn...insurance...digi...
duit mcm air skrg ni
mana nk cr duit extra ye?


Saturday, May 28, 2011

Stress

Aku stress
sangat stress dgn sikap dia
buat aku mcm sampah
kunci kereta aku dicampak dalam gelap
mencari2 dalam gelap smpai jumpa
ditutup pagar rumahnya secepat mungkin xnk bg aku msk

kalaupun hina aku ni pd matamu
x payahlah campak2 kunci kereta aku
aku tau la kereta aku buruk
dan x perlu la kunci pagar tergesa2 menghalau aku
cukup maklumkan x boleh msk

hp aku smpai habis bateri la xde charger
dah la aku emergency perlukan map
minta bantuan dimarah pula
ditengking juga
kerap benar menengking aku skrg ini
memang terasa hina la

hati dia je aku kena jaga
hati aku ni campak ke laut
sebaik mana aku usaha menjaga hati dia
semakin terguris perasaan aku sendiri

aku akan usaha segalanya sendiri
bak kata dia aku ini asik harap pd dia
terusan la campak aku terkapai2
terima kasih usaha menghanyutkan aku
tunggu tenggelam dan dia x akan jumpa aku lg

kalau boleh mnta nyawa ditarik
itu yg aku mohon
supaya aku x lg menahan sakit di hati
supaya aku x lg ganggu hidup dia
supaya dia aman hidup sendiri
supaya aku tidak lg ditengking
supaya aku tidak lg terasa seperti sampah

Sunday, May 22, 2011

Kesyukuran

Aku bersyukur ke hadrat Allah
Doa dan solat hajat aku dimakbulkan
Hati sudah kembali bahagia
Moga tiada lg kesedihan yg akan menimpa
Ya Allah
Aku bersyukur atas nikmat yg Engkau berikan

Nur Kasih

Semlm menonton wayang bersama kak lina dan yana
Nur Kasih the movie
cerita yg menarik bagi aku
Rentetan dari Drama ke Movie
Cuma kesedihan tidak benar2 memagut kesedihan dijiwa aku
Cuma Yana sahaja yg menangis
Halus benar jiwanya
Aku hanya bergenang mata tanpa menitik
Kak Lina tidak terusik perasaanya dgn jaya

Hari yg sangat panjang
Agak lewat keluar kerana pgnya aku membawa Alya dan Kak Ngah bermain dahulu
Kemudian menghantar kerumah Nizal sbb nor repair kete kt sana
Dan terus ke rumah kak lina

Mengambil yana dan terus ke One Utama
Mengambil tiket yg telah dibayar online
Dan luas panggungnya
Selesai wayang makan dahulu sebab aku dah lapar melampau
Gastrik sedikit menyerang
Makan pedas pula menjadikan x dapat menghabiskan makanan

Borak2 yg panjang
Berjalan2 kesana sini
Minum malam pula
sebelum pulang ke rumah
Hari yg penuh dengan isi perbualan


Saturday, May 21, 2011

Sang Kancil

Sang Kancil yg comel
Kenapa kerap benar engkau sakit?
Tahukah engkau apabila engkau sakit
Aku turut merasai kesakitannya
Bahkan lebih kronik sakitku dari dirimu sendiri

Payah benar aku mencari kewangan
Berusaha menyimpan
Dan kau senang2 aje meminta
Kalau sedikit tidak apa
Sekali meminta beratus2 juga keluar
Dan ada kalanya mencecah seribu juga

Aduhai Sang Kancil
Sungguhpun dirimu kecil
Tetapi perbelanjaanmu sangatlah besar
Bagaimana pula nanti sekiranya aku mendapat Sang yg lebih besar darimu
Maka perbelanjaan akan semakin besar jugalahkan?
Adakah aku mampu?

Jangan sakit2 lagi ya Sang Kancil
13 June nanti mahu renew jalanan hidup kamu
Supaya kamu masih boleh bergerak kesana sini tanpa disaman

Doakan aku dimurahkan rezeki hendaknya
Amin

Monday, May 16, 2011

Kalau aku pergi dulu

Kalau aku pergi dulu
Aku mahu kau tahu bahawa aku teramat menyayangimu
Bukan niat mahu mengongkong
tp atas rasa kasih dan sayang yg mendalam mendesak aku menjagamu sebaik yg mungkin

Kalau aku pergi dulu
Aku mahu kau tahu bahawa aku merindui setiap detik kita bersama
Aku sentiasa mengenang saat2 kita bersama suka mahupun duka
Tidak seharipun aku terlupa akan dirimu

Kalau aku pergi dulu
Aku mahu kau tahu bahawa aku bukan sengaja mencari sengketa
Terlalu kasih dan sayang membuatkan aku menjadi terlalu sensitif
Mudah saja hatiku tersentuh dgn tingkah dan perlakuanmu itu

Kalau aku pergi dulu
Aku mahu kau tahu bahawa tidak ada sesiapa yg dpt menggantikan tempatmu dihatiku
Sudah puas aku berusaha mengikis ingatan padamu
Tapi semuanya sangat susah untuk dibuang kerana ianya sangat melekat dan kekal jitu di hatiku

Kalau aku pergi dulu
Aku mahu kau tahu bahawa setiap luka dihatiku aku usaha memulihkan sendiri
Walaupun kau langsung tak pernah cuba merawatnya selepas kau sendiri lukakannya
Tapi aku berusaha merawatnya agar hubungan kita sentiasa baik
Sungguhpun hatiku sendiri merana dengan sikapmu itu

Kalau aku pergi dulu
Aku mahu kau tahu bahawa hati aku sangat sakit dengan ketidakadilan dirimu
Tapi aku berusaha mengawal perasaan aku sendiri
Biarpun hati aku parah, aku tetap cuba membalutnya dgn anggapan yg tiada apa perlu dirisau

Kalau aku pergi dulu
Aku mahu kau tahu bahawa aku sentiasa mengharap kau akan memujuk aku
Tapi semua itu hanya harapan aku yg tidak akan kesampaian
Aku sendiri memujuk diri dan memujuk dirimu juga

Kalau aku pergi dulu
Aku mahu kau tahu bahawa aku sentiasa mendoakan yg terbaik sahaja untukmu

Kalau aku pergi dulu
Aku mahu kau tahu bahawa mungkin kau terasa tertekan dengan sikap aku
Tapi percayalah sikap aku begitu kerana luka yg kau sendiri ciptakan

Kalau aku pergi dulu
Aku mohonkan kemaafan yg tulus dr hatimu

Kalau aku pergi dulu
Aku mahu kau menjaga diri sebaik yg mungkin kerana aku sudah tiada untuk memerhati, melindung dan menjaga

Kalau aku pergi dulu
Aku mahu kau melupakan aku terus dr hidupmu
Kerana aku tak mahu jiwa kau terseksa dengan kenangan persengketaan yg pernah wujud antara kita

Kalau aku pergi dulu
Aku sudah mewasiatkan pdmu setiap apa sahaja milik aku
Dan aku mahu kau memegang amanah yg aku berikan

Kalau aku pergi dulu
Aku mahu kau tahu bahawa aku teramat mengharap layanan istimewamu seperti layananmu pd insan lain yg kau sayang
Tapi tidak sekalipun aku perolehnya

Kalau aku pergi dulu
Aku ucapkan terima kasih kerana sentiasa memaafkan dan menerima diri aku yg serba kekurangan ini

Kalau aku pergi dulu
Aku mahu kau tahu aku akan sentiasa mendoakan kebahagian kau dengan dia
Kerana aku pencetus sengketa katamu

Kalau aku pergi dulu
Aku sangat mohonkan doa sucimu utk diriku yg penuh dengan dosa2 besar

Kalau aku pergi dulu
Tidak perlulah kau menangisi pemergianku kerana bagi aku itu adalah detik kebahagianmu
Kerana aku sudah tiada untuk mengganggu hidupmu

Kalau aku pergi dulu
Aku mahukan kebahagian hakiki utk dirimu

terasa

aku tidak disuruh memilih
dia disuruh memilih
sekotak miliknya
sedangkan aku hanya mampu melihat tindakannya
tiada special untuk aku
hanya dibenarkan ambil dr apa yg dibeli
bukan disuruh untuk memilih untuk dibelinya
dan tidak pula diberinya

aku mampu membeli sendiri
biarpun aku ini miskin xde harta
terima kasih atas rancangan itu
sangat hebat lakonan anda!
nampak sangat jurang perbezaannya
masih mahu menafikan kah?

Sunday, May 15, 2011

Semakin kering

Balong : Makcu kau makin kering
Kak Ana : makcu kau lg kering dr mak

itulah perbualan antara balong n kak ana terhadap afiqah.

kenapa aku makin kurus?
nak kata kerja teruk berfikir tidak pula
mungkin sebab badan terlalu penat
atau mungkin sebab hati aku sendiri runsing

3 bulan dah berlalu
tp hati masih tidak mampu menerima
aku makan memang 3 kali sehari
tp makan aku hanya utk mengisi perut yg lapar
bukan makan untuk meneruskan kehidupan
berbeza maksud keduanya

hari ini agak happy dpt keluar bersama
tp dihati masih terasa gap
walaupun seronok bercerita pelbagai kisah
berkongsi cerita itu dan ini
tp masih ada jurang antara kami
tidak ada ikatan yg mesra
mesra seperti dahulu

sememangnya kami mesra td
tp dlm konsep yg berlainan
yg mana aku x pasti penerimaan dirinya pd aku
mesra sebagai kawan sahajakah
atau mesra utk menjalin kembali kasih syg antara kami dan membuka lembaran baru
aku sendiri tidak pasti
bagi aku yg telah dibuang
seharusnya ada kemusykilan di hati
tp apabila dia sudah mula memesrakan diri
aku mengikut saja rentaknya
dan aku tersangat bahagia

moga segala yg baik2 sahaja akan berlaku dalam hidup aku
amin ya Allah


Saturday, May 14, 2011

Multitasking

Kerja sudah semakin banyak
aku orgnya event organizer
aku orgnya manage partner
aku orgnya urus list company/name yg diperlukan
aku orgnya update and create new event/campaign dalam database
aku orgnya key in semua data partners dlm database
aku orgnya sediakan authorisation letter
wah!!!
byknya keje
tp aku dah mula happy keje yg busy

Monday, May 9, 2011

Tahlil

Sambutan hari Ibu
aku dan adik bradik mengadakan tahlil
bagus juga buat kt rumah aku
maklum br pindah
balong yg rancang
Alhamdulillah semua berjalan lancar
seronok berkumpul bercerita kisah bersama mak dan abah
hati terhibur juga sbb ramai tidak keseorangan
moga mak dan abah bahagia di sana

demam

jumaat hr tu
selepas breakfast roti canai sardin
perut terus rs x selesa
menjelang tghari terasa demam
gagahkan diri ikut meeting ke IKIM
blk dr meeting closing kepala sakit melampau
berdenyut gila smpai xleh nk buat keje apa
saja blk lewat sikit ptg tu sbb xnk pulang ke rumah dulu
lbh kurang 6.50 gerak ke HP Tower nk amik kak lina
smpai terus msg bgtau nak lelap mata
dpt tido setgh jam sementara kak lina abis keje
tido dlm kete bknnya selesa
blk rumah makan nasi
makan ubat ms naik bilik
baring dgn baju keje x salin
tido x sedar apa
jam 5 pagi br terjg
lama gila tido
sedar la along dtg
sedar la nor call
tp semuanya aku x larat nk buat
hanya mampu tido
badan terlalu lemah
perut sakit mencucuk
kepala berdenyut
planning nk blk kerumah sendiri x jd psl x larat
dah 2x jumaat aku jd lemah melampau
nak kata keje penat
keje aku byk relax je
ntah la
dah tua mcm ni la kot

Wednesday, May 4, 2011

Sakit belakang dan Pinggang

Sejak 2 menjak ni
sakit belakang aku menjadi2
selalu rasa kena cucuk
kalau time sakit tu tgh tido boleh terjaga
tgh buat keje boleh tergeliat menahan sakit
tgh borak2 boleh terbongkok2 menahan sakit
aku banyakkan duduk kt opis sebab bila aku saja berdiri
aku akan rasa stress melampau kat bahagian belakang

Pinggang pun makin kronik sakit dia
sentiasa rasa kena cucuk2
bila baring rasa xnak letak pinggang tu
bila letak menggeliat menahan sakit
risau juga
mcm nak buat check up tp mcm xde apa je
angin je kot
skrg ni pun rs kena cucuk2

kalau bawa kereta tu x payah cakap la menahan sakit pinggang tu camna
tp xkan nak terpekik terlolong sakit
biasa kalau sakit sangat aku akan gerak2 pinggang tu
bila drive dlm jam
pinggang aku paling x tahan sakitnya selain belakang

Mungkin sebab dah lama x urut kot
urat2 dah bersimpul agaknya
kerja pula menuntut aku mengadap notebook yg gila comel tu
kalau sakit makin kronik ke hospital juga nanti
dulu pernah ke tawakal
doktor bg ubat tp aku x makan n tampal
sebab tu tak pernah baik sakit belakang ni

Stress

sangat stress dr semlm
cuba relax2
tp x mampu gak kawal
lepaskan semua stress
sampai iphone aku campak ke dinding
apa aku dpt bila campak iphone?
nasib x pecah
kuat plak tu aku campak

dan terlalu stress semlm membuat aku sakit kepala hari ini
entah apa yg nak distresskan
kalau boleh buat semua perkara itu biasa
memang aku dah buat
tp puas berusaha tak gak berjaya

hari ni plak kerja ramai yg cuti
ada gak rs nk blk je td
tp kenangkan tugas yg CK n Kenef bagi
aku usahakan gak duduk buat call sampai sakit telinga
dan kena tegur dgn Kenef
last week dia suruh aku uruskan satu event
memang aku nak tanya tp sebab mood stress melampau
aku diamkan aje
skali kena sound daa
aku patut ajak dia n CK discuss psl event tu
aku ada kurang dr seminggu nak uruskan
dan dah lewat ptg td br aku buat apa yg dia suruh
esok dah kena mula sediakan material yg lain
dah la company kena byr 5000usd utk event tu
aku blh sambil lewa plak
esok aku akan uruskan bahagian lain
td wana xde
susah nak minta apa2
(alasan sangat)

sedang menunggu kak lina ni
td nk blk jam teruk sgt
malas plak nk blk umah dulu
terus je ke Hp tower ni
kepala berdenyut je sebelah kiri ni
macam2 benda nak fikir dlm kepala ni

apa petua nak hilangkan stress?
petua nak sejukkan hati yg selalu aje cepat melenting?

jawapan standard berzikir dan solat
buat tu buat
tp masa tu je tenang
lepas tu stress tu dtg blk

kak lina selalu ckp jgn fikir sgt
buat biasa and ikut flow
tp aku bkn mcm dia
aku ni jenis yg sentiasa berfikir
dan fikiran itu termsk benda2 yg x patut fikirpun
bak kata kak lina
benda kecik nak fikir bagai nak rak buat pe
tp itulah aku
sebab tu kalau gaduh hal kecik blh jd besar

sampai bila aku akan jd mcm ni?



Tuesday, May 3, 2011

Ayat dr Novel

"I hormati keputusan you, walaupun I tak tahu apa sebenarnya salah I? I tak tahu sebab apa you marah sangat... tapi kalau I bersalah sekalipun, kenapa you tak bagi I peluang untuk baiki kesilapan I? I berhak tahu apa salah I sampai you putuskan hubungan kita."

sangat kena ayat ni dengan masalah aku. tp pengakhiran novel ni memang menceriakan. tak sama dengan kisah hidup aku yg merobek perasaan.

Monday, May 2, 2011

Weekend yg x berhati

Sabtu x pergi kemana
hanya membawa mama ke tesco extra yg letaknya dpn umah aku ni
sebelum tu bawa mama ke IJN melawat rakannya
malam hanya duduk di blk
ajak kak lina tgk AF dia srh pergi tgk sorg
gila bosan
kalau tau baik aku duduk umah aku je
ingat tido umah kak lina blh la nk spend ms bersama
tgk tv ke, borak ke apa
ni x...
kerja dia ngadap komputer main game
langsung la xde hati nak teman
perasaannya sama je dgn duduk rumah seorang diri

Ahad pg pergi ke kedai mengambil apa yg patut
berbincang dgn Pak Din berkenaan sewa
janji lepas segala bil jd la
lepas blk dr kedai rehat2 sekejap
keluar ke Mines dgn adik
amik adik kt rumah dan kena paksa makan
sedap sgt adik n mak dia msk
tp segan gila aku nak makan
akhirnya kt Mines kena makan lg sbb aku dah lapar tahap gastrik menyerang

beli kasut juga akhirnya
adik yg pilihkan
dia dah mula merungut susah btl aku ni
semua kasut dia tunjuk aku x minat
aku memang cerewet bab kasut dan jam tgn
aku hanya gelak dgn gelagat dia
tp sempat gak rangkul tengkuk dia suruh dia ulang apa dia ckp

masa mak adik tanya nak buat apa kt Mines
sedap2 dia ckp Kak Isma nak shopping
alih2 aku beli kasut je
dia yg beli mcm2
jeans la, selipar la, celak n seangkatan dgnnya
balik malam dah hujan lebat
terus aje balik kerumah aku
amik brg kt tgkt 15
pastu blk umah kak lina
bosan dan aku terus blk umah aku sendiri
di fikiran merangka akan ada aktiviti
tp bila kak lina tido
aku malas nak mengbosankan diri sendiri
dan terus blk ke rumah

Isnin cuti lg
bangun agak lewat
sakit sangat belakang ni
kul 10 br bgn iron baju
iron baju utk 2 minggu
lepas tu basuh telekung2 yg ada
sapu lantai dan mop
jahit kaki seluar yg terbuka jahitan dia
gila buruk aku jahit
lantak la janji x terkeluar lg

overall cuti yg xde makna
sangat bosan
menghabis duit je memanjang


Sunday, May 1, 2011

HeartBroken

Actually heartbroken tu masih teruk
tapi cuba mengurangkan menaip di blog
tp bila x meluah di blog dan hanya menyimpan sendiri
tertekan juga perasaan
mungkin bagi sesetgh org apa dpt kalau menaip utk meluahkan
tp bagi aku
bila menaip apa yg tersurat dalam hati
terasa juga ketenangan walaupun sedikit

Ya, memang dengan menaip tak akan memulihkan hati yg robek
tapi sekurang2nya saluran penulisan yg aku pilih
Kalau aku mengikut gerak langkah negatif seperti yg cuba dipengaruhi
sudah pasti perkara yg lbh buruk akan berlaku

Ada juga dihati terusik bila rakan cuba merubah fikiran aku
tapi aku berusaha menangkis
aku masih cuba kuatkan keimanan
jika ikut keseriusan kelukaan hati
sudah pasti langkah negatif itu aku ikut
dan sudah diwarning oleh kak lina
kalau aku terpengaruh aku x akan dpt jumpa dia lg

pergaulan aku akan sedikit demi sedikit meluas
aku sudah mula berkenalan dgn rakan yg negatif
dan setakat ini Alhamdulillah aku hanya berkawan
dan berharap keteguhan keimanan akan kukuh
dan diharap robek hati ini tidak akan mengheret aku ke arah negatif
dan berharap mudah pulihnya

2 bulan sudah berlalu
sedikitpun x terbalut luka hati ini
sebulan sudah berjauhan
dan selama itu juga hati aku sgt hancur
ungkapan 'masih syg' dia membuatkan fikiran aku berkecamuk
jangan diungkap jika hati sedikitpun tidak terusik dgn aku
jangan diungkap kerana itu pengharapan bagi aku
dan sungguh menyerbu darah ke muka bila membaca ungkapannya itu

Sayang sangat membuat aku sendiri tidak keruan
Sayang sangat membuat aku tidak mampu membuang dia dr hati dan fikiran
Sayang sangat membuat kerinduan aku semakin menebal
Sayang sangat membuat aku sentiasa memikirkannya
Sayang sangat membuat aku terasa mahu memeluk sepuas hati
Sayang sangat membuat hati aku merana

Ya Allah!
Aku benar2 sayangkannya!
Aku benar2 rindukannya!
Sukar benar melepaskan dia dr hati ini
Kuatkanlah hati hambaMu ini

--> bergenang sudah mata :(


Sewa + Digi + Insurans + PTPTN

Sewa rumah dah pas kt Balang minta tlg bayarkan
Bil Digi dah bayar
Insurans dah bayar
PTPTN dah bayar
Belanja itu ini sudah
Balance macam x cukup je nak beli barang yg penting
X sukanya gaji sebulan sekali
sebelum ni sebulan 3x aku dpt gaji
Part time 2x sebulan
Meniaga sekali sebulan
so duit x pernah xde
Ni kena belajar manage
Nasib Kak Lina sentiasa ingatkan
Aku ni memang x reti manage duit
kalau dlm wallet ada Rm200
sekejap je aku boleh habiskan tanpa fikir utk belanja hari2 berikutnya