Tuesday, June 28, 2011

Damn Tired!

Sangat penat
since morning busy melampauan
Meeting setengah hari
habis meeting balik terus pergi lunch
balik lunch terus siapkan sales order and invoice yg berderet
prepare sikit brochure utk esok
print agreement untuk hantar esok
uwaaaa
sangat busy
arini balikpun kerja x selesai lg
worried je esok x sempat siapkan soma
esok dah nak kena set up booth
sme expo start khamis ni
moga segala yg dirancang berjalan dengan lancar

amin ya Allah

Wednesday, June 22, 2011

Kembali berkomputer

Akhirnya dapat juga membawa PC ke rumah
sungguhpun ada notebook
tp tidak la rajin melayan keyboardnya yg sudah jahanam itu
certain2 huruf kena copy n paste dr file yg aku save
sangat the malas

internet pula dpt dr iphone
iphone pula dpt internet dr Digi
Digi pula baik hati bg offer pd Ambassador seperti aku
RM34 sebulan utk satu tahun
dah dekat setahun dah pun aku guna
pasni naik semula ke RM68 sebulan
line dia ok la kalau kena tempat yg sesuai
tp utk perayaan harap maaf la
sentiasa la xde line
geram juga

Ada pc membuatkan aku lambat tido
contohnya hari ni
dah 11.33 masa ni
tp masih meneruskan mengadap PC
kalau tak tu awal2 dah melelapkan mata
tp macam biasa la
tido kul 10 bangunnya kul 3 pagi
tido lewat sikit lewat la bangunnya
tau2 dah subuh
huhuhu

Speaker plak sudah diambil dr kedai
speaker yg arwah pak ngah bagi satu set dgn pc
pc plak dr anak Haji Nordin yg blaja kat Jepun
dan sah2 la semua set dr jepun
cumanya hanya speaker dpt diselamatkan
yg lain semua aku xtau dah kemana
dgn keyboardnya lesap
mouse ghaib
cpu dah xleh guna
nasib speaker sangat setia
dan sangat selesa didengar
sound yg sangat mantap

Monitor plak amik dr nor
dasat btl nk mendptkan pc semula
macam2 masalah timbul
cpu 2 biji yg ada rosak
speaker yg ada xde connector la
keyboard port problem la
tp Alhamdulillah
akhirnya semuanya ada dengan lengkap

Wednesday, June 15, 2011

Overloaded

kerja saya makin banyak
inventory berlambak2 utk 2 company
kerja sudah bertindan2
tp xtau la mcm mana
sibuk mcm manapun aku boleh lg buat call n siapkan semua kerja harian
cuma inventory amik masa nak settlekan
v-tiger problem melambatkan proses utk leads
sales order n invoice sentiasa perlu disiapkan segera
kena chase CK utk Delivery Instruction semua
uruskan 2 event yg besar
wahhhh
kalau listkan
baru aku sedar banyak gila kerja yg sedang menanti

aku umpama centralize notebook utk rakan2 sekerja yg lain
asal nak print aku orgnya yg kena uruskan
notebook dorg soma xleh nk print guna network yg ada
budak teknikal sendiri xleh nk fix benda tu

brochure semua aku kena sediakan
kdg rs terbeban juga
stakat brochure buat la sendiri
tp sebab fikir apa salahnya relaxkan jap mata dr memandang notebook sedari pagi
dapat juga meregangkan urat2 bila bgn siapkan brochure yg diperlukan

sekrang 9 jam di opis x terasa
tau2 dah jam 6 ptg
busynya smpai x sedar ms berlalu
esok kepala akan serabut lg dgn kerja2 yg perlu diupdate
esok nk present SME Expo pnya perancangan
Chase CK utk DI
diskas dgn Kenef psl pricing panda n sales order yg dia belum proses
call new potential partner
asalkan xde yg mengganggu aku akan happy je kerja
aku x kisah kerja byk
syarat jgn ganggu n bebel je

tp situ bos akak memahami juga la
kalau dia tgk aku sibuk sgt
bila mnta tlg apa2 dia akan tnya boleh ke tak
dan aku x pernah kata x boleh
aku dah boleh bahagikan mana yg penting n mana yg kurang penting
yg mana urgent yg mana boleh tunda
itu yg membuatkan time management aku agak teratur
Alhamdulillah mudah memahami apa yg perlu dibuat
sekali aje bos tegur kesalahan
aku terus semat dlm kepala
dan berusaha lakukan yg lebih baik

aku berusaha utk kekal
selagi termampu
aku xde masalah dr kerja
masalah dgn org aje

Saturday, June 11, 2011

Tersentuh

Hati sgt tersentuh
tujuan bercerita masalah kerja
bebanan kerja yg berlambak
memang aku asik merungut xde kerja sebelum ni
tp sekarang kerja berlambak melampauan plak

bercerita la keluhan aku pd org yg sangat aku syg
bila dia menyuarakan rasa
'bosanlah, cerita la benda lain'
sangat tersentak hati aku
apa perasaan anda jika tujuan bercerita utk melegakan tekanan
tp diusul pula dgn perkataan bosan
bosan sgt dah ke dgn cerita2 aku
dah bosan sgt dah ke dgn aku

berubah sgt dah orgnya

event lg

SME Expo x start n settle lg segala persiapan
kenef dah usulkan Event utk iPV6 plak
adoi la
nak kena present kat meeting lg progress yg aku buat
nak kena present kt semua sales n bos
dah lama x buat keje2 camni
hope boleh present tnpa sebarang masalah

Product Inventory lgsg x settle lg
Leads x sempat key in lg
sempat ke aku siapkan semua ni?
kalau kt opis x sempat
terpaksa bawa laptop blk umah n siapkan semua
penat mmg penat la
tp dah keje nk buat camna
kena la siapkan semua walaupun bidang tugas aku dah jauh lari dr apa yg sepatutnya
sales admin xde aku la yg kena buat semua
keje sales operation aku gak yg buat
gaji xde plak nk bg utk 2 org
lunyai kepala otak ni

end user n partner agenda semua aku kena uruskan
PoC semua nak aku update
uwaaaaa
byk gila keje
nak bercuti :((

Wednesday, June 8, 2011

Kerja = Berlambak

Masuk bulan kedua bekerja aku sudah mula rasa sibuk
tapi masih ada lapang juga
masuk bulan ketiga pula
aku sibuk macam nak semput nafas
sampaikan ada yv menegur
'isma sibuk ke skrg? asik kesana sini je' tanya Jue
'perasan ek? kena urus sales admin pnya task skali' kata aku
and serius sangat...
aku sangat penat setiap hari
kepala sarat sentiasa
macam2 nak kena uruskan
event sme expo lg
aduh...
pening kepala

Sunday, June 5, 2011

Menyepi

terasa lama benar tak update blog
sekian hari semakin sibuk
sekian hari semakin letih
sekian hari semakin x cukup masa
sekian hari semakin serabut
sangat memerlukan rehat yang panjang

kerja sudah semakin bertambah
selain organize event (yg dah sahih busynya amat memenatkan)
harus juga mengambil alih tugas sales admin yg berhenti
membuat sales order, invoice dan quotation
menyusun semula filling yg sangat berterabur
arrange meeting untuk partners and make cold call untuk cari lebih ramai partner
sedia brochure and goodie bag untuk sebarang meeting atau event
menjinakkan diri dalam bidang sales
melayan customer dan menyediakan sebut harga
set time utk PoC dan urus segala keperluan end user
terasa masa itu sangat pantas berlalu

kalau dulunya kerap merungut xde kerja
sekali kerja datang
sampai rasa x ckp masa utk diuruskan
time management sangat penting
Alhamdulillah setakat ni setiap yg diarah berjaya disiapkan sebelum bos tanya semula
dan boleh tersenyum bila bos agak kagum aku dah siapkan sebelum dia soal semula
cuma sekali haritu terlupa appointment kerana busy dengan event procedure
kena marah juga dgn Kenef (bos aku)
harapnya selepas ini xkn terjadi lupa appointment n etc

Setiap hari yg aku jangka xde kerja
pasti akan ada kerja yg menanti
dan esok Isnin
sudah pelbagai agenda di kepala
Set meeting dgn En Adnan dr GITN
Set meeting dgn En Fazri dr Uda Dayaurus
Follow Kenef utk partner meeting di Puchong klu x silap
Submit business presentation untuk Data Alliance dan Panda
Mencari semua filling yg wana teraburkan

Selasa pula ada Partner meeting lg dgn pihak Boustead
Meeting dgn CK berkenaan SME expo utk schedule person siapa yg akan pergi utk 3 hari itu
Discuss promotion yg ada utk proceed atau tidak
Confirmkan date utk VPN presentation bg UDA Dayaurus
Confirmkan meeting dgn GITN berkenaan Sangfor
Fiiling perlu settle cepat utk blaja maintenance
wahhhhh....
jadual yg sangat packed

Rabu ada meeting
kena cepat update semua phone call n meeting
ini semua punca aku menyepi dr menulis di blog
bukan tak ada masa
cuma sangat letih membantutkan mood mengarang
walaupun bukan mengarang apa sangat
tapi untuk menulis perlukan otak berfikir apa yg harus ditulis
dan itu membuatkan aku semakin letih pula
oleh itu bila free mcm arini boleh la update

sekarang setiap hari sabtu atau ahad aku akan pastikan keluar berjalan
utk hilangkan stress bekerja
dan sudah maklumkan pd kak lina nak bercuti
sebab aku dah mula stress bekerja
kemana?
tempat yg damai2 sahaja