Wednesday, July 27, 2011

Kereta berpelekat P @ Pemandu berlesen P

Sepulang dari kerja
selepas traffic light
aku memandu dengan kelajuan yang normal
berada di lane kiri
secara tiba2 kereta berpelekat P menghimpit
menghimpit dengan secara drastik
dengan spontan aku terus menekan hon sambil menghimpit ke kiri juga
bengong betul
kalau ya pun nak potong kereta depan kamu itu
lihat la dulu side mirror ada kereta ke tak
abis semua barang atas kerusi jatuh terabur ke lantai kereta
akupun terus berderau darah
sipi lagi nak mencium kereta dia

darah terus menyerbu marah
pemandu itu terus memecut laju
aku terus tekan pedal minyak mengejar
jauh juga dah aku kejar
mencilok juga diruang2 yg muat untuk follow kereta yg dipandu oleh pemandu tak berakal itu
sambil dihati bersyukur tak jadi pape
dan sambil beristighfar menahan marah
dan secara tiba2 akal waras mengingatkan
'buat apa kau kejar? kalau setakat nak tunjuk middle finger baik x payah... kalau org tu penyangak ke camna? x ke naya?'
dan terus aku memperlahankan kenderaan walaupun waktu itu sudah sangat hampir dengan kereta yg dipandu oleh pemandu yang tak berakal itu
dan aku dapat lihat mcm mana menggelabanya dia memecut laju di celah2 kereta yg ada bila aku turut mengejar

moral of the story...
kepada pemandu2 yg baru mendpt lesen
mahupun yg sudah lama mendpt lesen
sila sila lihat side mirror dan menoleh sedikit kot2 blind spot sebelum kita nak masuk lane org

ikutkan kalau aku tak sempat mengelak tadi
dentuman hebat juga lah tu
sebab dia memandu dengan sangat laju walaupun br kuar dr traffic light
syukur alhamdulillah selamat
dan syukur sebab cepat tersedar dari buat kerja tak berfaedah


Saturday, July 23, 2011

Seminggu

Isnin 18/7/11
- seharian sibuk dgn urusan pejabat, ajar budak tele-marketing baru dgn info2 yg aku tau... bagi sample email yg aku hantar pd potential partner...kena prepare semua barang yg nak dibawa untuk event esok... setup backdrop form yg BlueCat hantar as a testing mode before pasang btl2 kt Berjaya Times Square nanti.... Booth setup time patut mula jam 8 malam. Pergi setup keseorangan diri, berlarutan smpai ke 10 malam begitu. sempat makan burger wendy's yg aku claim resitnya sebab kena keje smpai lewat malam... huhu... Call CK maklumkan boothpun dorang tak pasang lagi... CK suruh balik tak bg tunggu smpai lewat malam, risau.  sebelum balik berjaya setup backdrop form and minta event organizer tlg letak elok2 kt booth aku bila booth siap dipasang nanti...Lebih kurang 11 lebih smpai rumah... sedikit scary sebab sunyi semcm je kwasan perumahan ni...tido sangat lena sebab keletihan melampau.

Selasa 19/7/11
- UEM E-Procurement Training. Suka juga dgn system baru yg they all setup, tp masih ada kelemahan. Feedback form dah aku submit, explain apa yg perlu diperbaiki dalam system baru itu. Start 1 September semua urusan tender, document submission, invoice and apa2 yg related with finance akan guna system tu. Cuma yg peliknya kenapa Kenef hantar aku ikut training ni? Patut Finance yg pergi sebab dorang kena belajar guna system tu... tugas aku tak ada kena mengena dengan procurement rasanya. Balik dari training Kenef tanya mcm mana training tu... and aku explain semua info yg aku dpt... dan sungguh yg seperti aku jangka... apa2 urusan berkaitan UEM aku yg kena uruskan sebab Portal tu aku kena install kat notebook yg aku guna. Adus!!! bertambah lg satu kerja... It's ok Isma, take it as a learning process. Good for your future :) positive thinking ... huhu... sebelum balik rumah diskas dgn Kenef n CK utk IPv6 conference esoknya sama ada aku kena pergi atau tak... punyala lama diskas... akhirnya aku senyum and buat keputusan aku tak pergi sebab banyak lagi kerja yg tertangguh...

Rabu 20/7/11
- FMM leads tak habis lagi masuk dalam google documents. dah kena get ready dengan government list... Ya Allah pening kepala dengan bos aku ni. Jap suruh siapkan FMM, jap suruh siapkan government. At last aku siapkan government list sebab sangat penting untuk budak2 sales aku. Timbul isu dokumen yg Albert minta... mana aku nak cekau dokumen tu sebab aku tak tau apa2 pasal PO dr kami kepada principal. Sama2 selesaikan dengan Wana... tak juga berjaya cari dokumen tu... Akhirnya Ms Looi dpt detact dokumen lain yg patut dicari. Ciss... penat aku dgn wana selongkar bilik file. hampeh btl... tp masih x jumpa juga dokumen yg dicari itu... huhu... selsema menjelma pula.

Khamis 21/7/11
- Selsema dah semakin teruk juga masa ni. Tapi gagahkan diri bangun mandi pergi kerja sebab kena set down booth... budak sales dah chase aku utk leads... aku dah siapkan yg cukup utk dorang cuma tunggu Kenef assign aje...pagi berusaha buat sebanyak mana leads yg termampu sebab akan tinggalkan budak2 sales lepas jam 12... jam 12.30 lebih kurang aku dah gerak ke berjaya times square.. sempat print out quotation yg kak eja minta tlg print sebab dia ada meeting kul 3. agak kelam kabut mengejar masa... kena replace tmpat nick yg kena balik ke pejabat sebab ada meeting dgn partner...nick half day aje jg booth... nak replace tmpt kak eja lg... smpai2 pegi makan dulu sebab dah lapar sgt... settle makan terus kembali ke booth. sunyi aje sbb org tgh berconference... final tea break org dtg berkerumun... mak aih, teknikal question... mati aku tak terjawab. jawapan terbaik aku 'its too technical for us, maybe u can drop an email or i can assist my technical to explain more details to you'... huhuhu... mana la aku reti nak jawab psl IPv6 dgn details. sikit2 aku tahu la... apa appliance yg digunakan n soalan2 comel... soalan2 besar gedabak mana la termampu aku nak menjawab.  Set down booth dengan Nurul aje... org kagum sebab dua2 perempuan yg buat kerja tu. And siap kena tolong ajar org sebelah camna nak tutup backdrop dorang... sendiri punya pun xtau apa mcm... adoi la. balik ke opis menghantar appliance and barang2 company yg berharga. balik lambat lagi... makan malam dengan kakak aku. dia ajak teman dia makan kat tesco... makan sambil bercerita hal kerja n keseronokan. 'sekarang awak dh suka la kerja situ?' tanya kakak aku... aku dengan senyuman 'hehe... dh suka'. 'sekarang susah kita nak dpt keje yg btl2 kita suka. apa yg ada tu buat yg terbaik' lbh kurang gitu la nasihat kakak aku... dan aku memang simpan  nasihat dia tu. kalau tak rasanya aku dah berhenti dari bulan pertama lagi...

Jumaat 22/7/11
- Sedikit panas2 badan... mungkin sebab selsema n batuk. Masa lunch kak Eja dah tanya, kenapa batuk tak elok lagi? actually dah nak elok, tp start balik sebab selsema plak tetiba... Kak Eja agak alert pasal aku ni... sakit kepala pun dia alert siap bg ubat... hari ni balik agak lewat. aku siapkan semua leads untuk FMM. sebab dah dapat arahan baru utk Bursa Saham leads plak nak disiapkan. Filing kena semak semula mana yg ada adjustment nak kena buat Marketing Fund Form. Rasa Isnin boleh siap kot leads bursa saham kalau xde nak kena buat quotation or mengajar budak sales baru or buat kerja2 yg tak terduga. Alamak... portal UEM tak sempat setup lagi. Isnin dah kena siapkan semua tu... Balik sama2 dengan Kak Eja. Esok panjat gunung lagi katanya... alahai aktifnya kak Eja ni mendaki gunung. Dia tunggu aku siapkan kerja baru balik sebab kalau tak aku tinggal dgn Fahmi je... lega siap FMM leads. xdelah nak termuntah tgk senarai company yg beribu2 tu...

Sabtu 23/7/11
- hari ni busu ada buat Majlis Tahlil kalau x silap balang call semlm. tp malas nak pergi sebab batuk2 n suara sangat kejantanan. Kak Ana call pun terus tanya demam ke... tekak gatal x terkira la. Lepak2 dirumah aje... nak relaxkan kepala n badan. Pagi2 bangun dah siap Iron baju seminggu, basuh baju, menyapu dan mengemas rumah. Sebuah novel habis dibaca... xtau nak buat apa dah... hurmmmm....

Thursday, July 21, 2011

Selsema

Mcm dh lama x kena selsema
tetiba hari ni selsema
kepala sakit Ya Allah
terasa nak balik je dr opis td
tp kenangkan kerja yg berlambak aku gagahkan gak badan
balik dekat kul 7 td
itupun dh dpt arahan esok kena mencr lg dokumen yg hilang tu
dokumen tu tahun 2010
aku xde kena mengena tp dipertanggungjawabkan utk mencr smpai jmpa
badan smpai lembik la hari ni
jalan pun mcm xde tenaga psl selsema n sakit kepala


Monday, July 18, 2011

bersantai

hari ini hari utk bersantai
dari pagi relax2 jalan ke pasar jmpa kak nor berborak
blk dr psr breakfast dgn kak lina n yana
borak2 lg mcm2 cerita
keluar pula ke ampang park buat facial
tetiba rs nk try sbb pernah buat skali je dulu
puas hati dan rs blh buat lg bila budget ada
huhu
selesai facial makan dulu kt nasi ayam ampé
tp makan nasi goreng usa aje
kak lina makan koey teow goreng basah
yana pula makan nasi berlauk ayam dan sayur
borak2 sekejap dan berjalan2 dlm ampang park
dah xtau nak jalan mana lg terus keluar drive
kak lina tunjukkan jln dr opis aku utk ke bejaya timesquare
maklum esok aku kena pegi setup booth kt sana utk IPv6 conference
dah tau jalan terus pula aku drive ke jalan pasar
membeli ikan gapi pula
saja nak bela sbb bosan kt umah xde apa
beli sepasang aje ckp la
nak beli sugar glider mahal gila
seekor rm500
waaaa dah la busuk tp mahal pula
blk dr jln psr terus ke titiwangsa
lepak2 sambil minum air mineral
kak lina biasa cincau pilihan hati
yana pula ice lemon tea
dan agak lama borak yana ajak beli goreng pisang
lepak lg tp dibawah pokok pula
lepak punya lepak sampai la dah ke ptg
terus pulang ke rumah masing2
aku melepak dulu kt umah kak lina
dah seminggu tido sini liat pula nk pulang ke rumah
dah seronok ada teman la katakan
malam nanti pulang juga kerumah
dah lama rumah terbiar sian pula
tambahan dah ada ikan ni
nak kena cr bekas
senang bela ikan yg x payah pakai oxygen
jimat elektrik aku
dah la duduk sorang
jarang ada kt rumah
tiap2 bulan elektrik cecah rm20+
punya la x logik
geram sampai aku saja xnk byr elektrik
huhuhu
byr skali harung je dgn bulan depan nanti

batuk nampaknya dh semakin baik
kak lina bagi makan ubat batuk and air asam jawa
malam2 dia kejutkan suh minum
terharu gitu
kalau duk umah sorang sapa plak nak tlg bancuhkan soma
dah sihat ni boleh la pulang kerumah
asal demam n x sihat tido umah kak lina
pastu sebarkan penyakit pd keluarga mereka
hihi
bukan sengaja
tp kalau duduk sorang susah kalau apa2 jd
moga2 tiada apa yg x baik berlaku
amin ya Allah

Wednesday, July 13, 2011

kemengantukan

hari2 blk keje dh mlm
basuh baju
kemas2 sikit
baring2
mata dah kuyu2
time to sleep
hari2 rs tido x puas
tp bila hari cuti xnak plak mata ni tido puas2
awal2 dah celik xleh tido semula
tp hari keje pejam aje konpem leh terlajak
kenapa ek???

Monday, July 4, 2011

Cherating

Akhirnya dpt bercuti
Sangat puas hati walaupun hanya dua hari satu malam
Chalet Ranting Beach Resort menjd pilihan
RM200 utk satu malam bertiga dan mengadap laut amat bebaloi
Angin laut yg sejuk dan mendamaikan
Hilang segala hal2 kerja di kepala
Walaupun dalam perjalanan sibuk lagi mengdial nombor rakan sepejabat utk pastikan mereka sampai di expo
Dan sempat juga menelefon Albert jam 8 malam selepas expo tamat
Risau juga sbb expo itu bawah tanggungjawab aku
Tp bos pun x setuju kalau 3 hr direct aku kena jaga
Lega juga bila segalanya selesai

Makan di Awang Ikan Bakar
Kali kedua makan disini
Dan rasanya masih seperti dahulu
Kali pertama adalah ketika aku dan Kak Lina bercuti secara mengejut di bulan Ramadhan ketika outstation dulu

Mencari kedai makan mengikut instinct aku kata yana
Dan nasib kedai2 aku pilih sedap2 masakannya
Kalau tidak kena bahan la dgn yana and kak lina
Kalau dulu bercuti berdua aje
Sekarang bertiga dan terasa seronok sebab dah tambah korum
Tp kata yana td
Tahun ni aje dpt cuti dengan kitorg sebab tahun depan dia dah kahwin

Bila aku n Kak Lina nak berkahwin?
Mama dah cadangkan kahwin serentak di Dewan atau tempat2 yg sesuai utk majlis perkahwinan
Masalah problem ialah kami sama2 tidak mempunyai calon
Memilih sangatkah?
Tidak pula rasanya
Cuma belum ada jodoh dan Allah belum temukan lagi dgn calon yg sesuai

Berbalik pd hal Cherating
Pantai sangat cantik!
Sejuk mata memandang dengan kehijauan kebiruan lautnya
Chalet yg dulunya aku duduk dah cantik sedikit
Penuh pula kali ini dengan rombongan
Kadar sewa juga sudah jauh berbeza
Seingat aku dulu sewa RM50 siap parking kereta sebelah chalet
dan hanya berjalan sedikit dah smpai di batu batuan lautan itu
dan sekejapan dah boleh mencecah kaki ke persisiran pantai
Lokasi dan kedudukan chalet masih sama cuma bezanya Rate terkini

Perancangan berikut ke Singapura pula
Membudgetkan diri juga la
Sedangkan ke Cherating habis rm400 aku seorang
Tak termasuk Kak Lina dan Yana yg mengeluarkan belanja masing2
kalau ke Singapore pula???
Hopefully target end of this year itu tercapai la hendaknya
Amin ya Allah

Terasa malas juga nak beransur pulang td
sempat ke kemaman meneman Kak Lina n Yana membeli keropok lekor
Dan aku tidak pula membeli kerana teramat rajinnya nak memasak
Dan kerana tinggal seorang diri x berbaloi membazir minyak setakat masak dua tiga ketul

Sakit2 badan pula
terasa malas mahu bekerja
huhu