Monday, July 4, 2011

Cherating

Akhirnya dpt bercuti
Sangat puas hati walaupun hanya dua hari satu malam
Chalet Ranting Beach Resort menjd pilihan
RM200 utk satu malam bertiga dan mengadap laut amat bebaloi
Angin laut yg sejuk dan mendamaikan
Hilang segala hal2 kerja di kepala
Walaupun dalam perjalanan sibuk lagi mengdial nombor rakan sepejabat utk pastikan mereka sampai di expo
Dan sempat juga menelefon Albert jam 8 malam selepas expo tamat
Risau juga sbb expo itu bawah tanggungjawab aku
Tp bos pun x setuju kalau 3 hr direct aku kena jaga
Lega juga bila segalanya selesai

Makan di Awang Ikan Bakar
Kali kedua makan disini
Dan rasanya masih seperti dahulu
Kali pertama adalah ketika aku dan Kak Lina bercuti secara mengejut di bulan Ramadhan ketika outstation dulu

Mencari kedai makan mengikut instinct aku kata yana
Dan nasib kedai2 aku pilih sedap2 masakannya
Kalau tidak kena bahan la dgn yana and kak lina
Kalau dulu bercuti berdua aje
Sekarang bertiga dan terasa seronok sebab dah tambah korum
Tp kata yana td
Tahun ni aje dpt cuti dengan kitorg sebab tahun depan dia dah kahwin

Bila aku n Kak Lina nak berkahwin?
Mama dah cadangkan kahwin serentak di Dewan atau tempat2 yg sesuai utk majlis perkahwinan
Masalah problem ialah kami sama2 tidak mempunyai calon
Memilih sangatkah?
Tidak pula rasanya
Cuma belum ada jodoh dan Allah belum temukan lagi dgn calon yg sesuai

Berbalik pd hal Cherating
Pantai sangat cantik!
Sejuk mata memandang dengan kehijauan kebiruan lautnya
Chalet yg dulunya aku duduk dah cantik sedikit
Penuh pula kali ini dengan rombongan
Kadar sewa juga sudah jauh berbeza
Seingat aku dulu sewa RM50 siap parking kereta sebelah chalet
dan hanya berjalan sedikit dah smpai di batu batuan lautan itu
dan sekejapan dah boleh mencecah kaki ke persisiran pantai
Lokasi dan kedudukan chalet masih sama cuma bezanya Rate terkini

Perancangan berikut ke Singapura pula
Membudgetkan diri juga la
Sedangkan ke Cherating habis rm400 aku seorang
Tak termasuk Kak Lina dan Yana yg mengeluarkan belanja masing2
kalau ke Singapore pula???
Hopefully target end of this year itu tercapai la hendaknya
Amin ya Allah

Terasa malas juga nak beransur pulang td
sempat ke kemaman meneman Kak Lina n Yana membeli keropok lekor
Dan aku tidak pula membeli kerana teramat rajinnya nak memasak
Dan kerana tinggal seorang diri x berbaloi membazir minyak setakat masak dua tiga ketul

Sakit2 badan pula
terasa malas mahu bekerja
huhu


No comments: