Wednesday, July 27, 2011

Kereta berpelekat P @ Pemandu berlesen P

Sepulang dari kerja
selepas traffic light
aku memandu dengan kelajuan yang normal
berada di lane kiri
secara tiba2 kereta berpelekat P menghimpit
menghimpit dengan secara drastik
dengan spontan aku terus menekan hon sambil menghimpit ke kiri juga
bengong betul
kalau ya pun nak potong kereta depan kamu itu
lihat la dulu side mirror ada kereta ke tak
abis semua barang atas kerusi jatuh terabur ke lantai kereta
akupun terus berderau darah
sipi lagi nak mencium kereta dia

darah terus menyerbu marah
pemandu itu terus memecut laju
aku terus tekan pedal minyak mengejar
jauh juga dah aku kejar
mencilok juga diruang2 yg muat untuk follow kereta yg dipandu oleh pemandu tak berakal itu
sambil dihati bersyukur tak jadi pape
dan sambil beristighfar menahan marah
dan secara tiba2 akal waras mengingatkan
'buat apa kau kejar? kalau setakat nak tunjuk middle finger baik x payah... kalau org tu penyangak ke camna? x ke naya?'
dan terus aku memperlahankan kenderaan walaupun waktu itu sudah sangat hampir dengan kereta yg dipandu oleh pemandu yang tak berakal itu
dan aku dapat lihat mcm mana menggelabanya dia memecut laju di celah2 kereta yg ada bila aku turut mengejar

moral of the story...
kepada pemandu2 yg baru mendpt lesen
mahupun yg sudah lama mendpt lesen
sila sila lihat side mirror dan menoleh sedikit kot2 blind spot sebelum kita nak masuk lane org

ikutkan kalau aku tak sempat mengelak tadi
dentuman hebat juga lah tu
sebab dia memandu dengan sangat laju walaupun br kuar dr traffic light
syukur alhamdulillah selamat
dan syukur sebab cepat tersedar dari buat kerja tak berfaedah


No comments: