Tuesday, August 30, 2011

Raya

Tahun ni sangat simple
hanya beli tiga kuih raya
dan buat dua kuih raya
yg buat tu sudah pasti simple2 aje
iaitu corn flakes coklat dan madu

persiapan raya biasa2 aje
hanya sehelai baju kurung
tiada kasut baru
tiada t-shirt baru
tiada jeans baru
tahun ni sangat sengkek
macam mana nk cr duit lbh ni?

Thursday, August 25, 2011

Bercuti

Alahai x sabarnya nak bercuti
5 bulan kerja x pernah amik cuti
Tolak cuti raya ada lagi 12 hari lagi cuti kalau x silap
Mana nak pergi cuti banyak2 tu?
Kak Eja cakap boleh carry forward 7 hari je
Kalau carry forwardpun ke tahun depan
Ada 21 hari cuti untuk tahun 2012
Nak kemana pula?
Aku ni jenis susah nak saja2 cuti
Biasa kalau nak cuti pun sebab nak pegi jalan2
Nak saja2 lepak kt rumah xde la pula
Bosan kot lepak je xde keje..
Nak jalan2 budget belum ada
Tengok la mcm mana
Kuasa Allah kita tak tahu
Kot tiba2 Allah bagi rezeki lebih
Boleh pergi bercuti seminggu
Moga Allah murahkan rezeki hambanya ini
Aminn Ya Allah

Tuesday, August 23, 2011

Campak

Dia sudah pandai mencampak
Dia sudah pandai mengungkit
Dia sudah pandai menengking
Dia sudah pandai menghina

Manusia mudah lupa...
Setiap yg baru pasti akan dipuja
Yg lama akan dibiar sepi

Monday, August 22, 2011

Hadiah

Birthday aku bulan march
dapat hadiah bulan september
birthday aku awal march
dapat hadiah dah hujung2 bulan

birthday dia hujung august
tengah august dah sibuk cari hadiah
birthday dia hujung august
tgh august xde duitpun sanggup beli yg mahal

kenapa utk aku x boleh?
kenapa utk dia boleh?
bila aku cakap diungkit pula hadiah yg mahal dia pernah bagi
nak aku bayar semula apa yg pernah dibagi ke?
kalau ikhlas kenapa perlu diungkit mahal atau murah

untuk aku murah2 pun xpe
tp utk dia kena ada brand n mahal
bukan berat sebelah ke tu?
bila aku tegur cakap utk akupun dia beli mahal juga
siap suruh aku sebut apa yg tak betulnya

dia kecilkan hati aku xpe
aku kecilkan hati dia terus merajuk
abis hati aku siapa nk jaga?
memanjang aku je kena jg hati dia
yg dia sibuk jaga hati yg lain
hati aku dibiar lumatpun xpe
asalkan hati yg satu lg dibelai dgn segala kemewahan yg mampu diberi

manusia mudah lupa apabila mendapat sesuatu yg baru
yg lama sudah tak berguna lagi
bila diungkap apa yg aku rasa
diungkit dan ditepisnya sehebat mungkin
menunjukkan yg dia saja yg btl
siapalah aku
hanya menagih kasih yg hanya wujud dipinggir kali

Saturday, August 20, 2011

Leave form

semalam bos dah tanya
'isma, u cuti the whole week ke?' dgn muka risau dia
'yes, sbb tuesday,wednesday n thursday kan dpt cuti. so i amik monday and friday. and also next friday i nak half day'
'isi form ye' sambil senyum terpaksa
mau dia x risau
tinggal dia sorg je kt opis nanti
biasa hari2 aku sentiasa ada teman
org lain semua dh blk tp aku stay lg buat keje

Aku dpt replacement leave bulan june hari tu
so aku amik replacement utk jumaat 2/9/2011
annual leave amik 29/8/2011 sehari and 26/8/2011 half day
total cuti yg akan ditolak hanya sehari setgh
sepanjang 5 bulan keje, ini la aku btl2 amik cuti utk bercuti
dulu cuti setgh hr psl kereta rosak
sbb tu dia xde arguement langsung
org lain dah hantar leave form aku je duk sibuk sgt smpai xde ms nk apply
monday nanti la apply



Friday, August 19, 2011

Berbuka session

Alhamdulillah
settle dah 3 hr berbuka session yg aku handle
Selasa, 16 August seramai 300 org lbh dan kurang aku dan wana uruskan
arrange seat utk customer dan sangat sibuk
Lokasi Equatorial Bangi
Rabu, 17 August di Kuala Lumpur Convention Centre pula
Tgh sibuk uruskan arrangement seat dgn wana kena panggil msk meeting
wana kena uruskan arrangement utk 280 seat
PoC meeting kehadiran aku sgt penting
kena catch up dgn stiap sales person status n chase for form n any update
habis meeting PoC meeting utk Partner berbuka session pula
tak habis meeting aku dh terpaksa mnta diri utk ke KLCC
sebagai event organizer aku perlu hadir awal
sudah la semalamnya lambat sbb segalanya last minute
dan hari ni di Continental Hotel
berbuka session yg kecil sahaja
seramai 30+ org
dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar
mnta diri awal juga sbb dah x larat sgt

x sabar nk tggu next friday
nak cuti lama
sekrang kerap diperli
'Isma kan org penting skrg ni'
semua benda aku kena belajar cpt sbb bos pragnant
so bila dia cuti bersalin aku yg kna uruskan budak2 sales n admin

Lead for status of calling, sales review meeting
Lead for any event
Lead for PoC
Update product inventory
Generate leads for sales person
Handle claim from principle
Ajar budak sales baru guna system yg ada
Buat sales order n invoice dan follow up progress of the sales samaada item dh delivered atau license dah sent out
Prepare brochure utk sales person yg akan pergi meeting

Mcm ada lg x senarai
ini yg aku kena senaraikan kt bos apa kerja aku smpai sibuk sgt
cara physo aku mudah je
tulis atas kertas n tampal kat meja
dia konpem baca punya la
so dia tau progress aku sbb aku akan tick mana yg settle n mana yg belum
hopefully xde kerja tambahan dia bg tp biasanya ada aje
arini plak kena blaja buat costing utk luluskan sales order sales person yg aku buat

nampak mcm ini je ke keje aku?
Belum msk kena uruskan LOA utk tender
buat quotation utk sales person
update partner n customer inventory dlm system
So inilah namanya sales operation executive
kerja terlalu berlambak
dan aku cuba bertahan sebaik mungkin
moga Allah kuatkan fizikal dan mental aku


Friday, August 12, 2011

tanah runtuh

pagi td lps sahur
aku tido semula seperti biasa
bgn dlm keadaan mengah
mimpi tanah runtuh dan lari menyelamatkan diri

sebelum tanah runtuh
aku sedang berjalan
dan kaki tenggelam dan berjalan dan tenggelam
ada bukit pasir didepan
dan memandang pd tanah itu
hati berdetik 'mcm nk runtuh je tanah tu'
selang beberapa langkah tanah runtuh sedikit dan terus menderu
dan aku terus berlari menyelamatkan diri
berjumpa abang dan kakak aku
memarahi mereka kerana tidak sedar akan kejadian tanah runtuh hanya didepan premis mereka
dan selepas itu aku terus terjaga

apakah maknanya?

Sunday, August 7, 2011

Nasi Lemak di bulan Ramadhan

Malam td lbh kurang 8.02
bos aku sms
'Isma, when u otw. Can u help me tak pau... Some nasi lemak for me (8pax)? similar like v use to bought from office mamak store. Ok?'
Aku reply 'Where to find nasi lemak on ramadhan? Will try to find' - terasa kasar pula ayat selepas send
and bos reply 'I also think so, but see how la. Let me know ada or xade. I will also chk frm my side here when otw. We call each other. Tq'
then aku reply 'Ok noted. Will inform u later. Thanks'
dan sekali lg dia msg kata 'tq'
monday opening new office
of coz kena sedia some nasi lemak utk bos2 besar
tp biasanya kenef mnta wana tlg belikan
tp agaknya sbb aku ni chinese look dia suruh aku beli

perbualan aku dgn kak lina
'xkan im nk beli nasi lemak tgh bulan puasa ni'
'ala... kalau im belipun bkn org tau im melayu'
dan aku hanya diam
alamak... cmna ni?
redah je la esok cari kt kedai mamak area taman ehsan ni
opis baru tu aku yg pegang kunci and kena duduk situ sementara
maklum nk kena ajar budak baru
so maybe sbb tu kenef mnta aku yg tlg cr
xpela.. dh tanggungjawab
mcm ni la kalau keje dgn company yg bos2nya bkn islam
redha je la

Motor

Dugaan melanda
Ramadhan ke-5
Dari pagi telah menghantar GPS utk direpair
Pulang ke rumah dan menanti kakak aku menjemput
mahu ke kedai kek HOI katanya
seperti biasa menemani utk membeli barangan yg dicari
mak aih punya ramai org
beratur sikit pnya panjang
Selesai pulang kerumah kakak aku
Mahu mengambil motor
meminjam sementara waktu
nak menstabilkan kewangan aku dahulu
pinjam selama 3-4 bulan begitu perancangannya

Sesi mengstart motor yg dah berabuk sakan
Motor yg dh sekian lama x hidup
plate WPK tp br 3000++ km sahaja
Dari situ faham2 lah motor tu x bergerak lama
nak menghidupkan motor saja dh sekian lelahnya
berjaya menghidupka dan test round sekitar apartmentnya
dah yakin enjin cukup panas aku bergerak pulang

Memandu dengan kelajuan yg perlahan
Berhenti mengisi angin kerana tayar kurang angin sangat
sesampai Jalan Duta terasa bergegar di tayar belakang
berhenti dan melihat kondisi tayar
Alamak pancit habis ni
nak menolak tak larat aku ni - berkata2 di hati
Makanya aku memandu 20-30km/j shj sehari
sehingga sampai di Caltex jln kuching
baru nak isi angin
ada apek tua tanya
bocor ka?
entah kata aku
dia terus cek n ckp bocor
dia boleh ganti tp rm16 katanya
aku on kan aje

sementara tggu dia buka aku perhatikan la apa yg dia buat
dah tua sangat masih duduk kerja disitu
aku nanti dh tua mcm mana agaknya?
Tayar xde apa2 yg tercucuk
rupanya getah dalam dah putus
tiub nut tu dah longgar
masa apek tu buka tercabut terus
mau taknya angin habis

Lama jugak la tggu apek tu buka
tekak kering x usah kata
selesai aje aku terus bg RM20
xde duit kecik ke tnya apek tu
xpelah uncle, simpan la kata aku
terdetik dihati
Allah br uji 1% dr gaji aku
Selalu aje merungut x ckp duit
Ini juga peringatan Allah
zakat harus dibayar
syukur segalanya selamat
Alhamdulillah

Seutas rantai silver

Sedang mandi
Secara tiba2 teringat rantai yg dipakai
Terus meraba sekitar leher
'eh xde rantai' berbisik dihati
dan terus teringat
'oh baru teringat.aku mimpi td dpt seutas rantas silver dan terus memakainya' difikiran berfikir
Apakah petandanya?
Ramadhan kali ini yg aneh2 saja berlaku

Makhluk Putih

Ramadhan ke-4, Khamis
terjaga dr sahur
terus tersentak
dan menyebut 'Astarghfirullah' sambil mengusap muka
Makhluk berwarna putih bertenggek di kaki mengadap aku
Sesudah beristighfar secara pantas terus hilang makhluk itu
Apakah ia?
Di bulan Ramadhan yg mulia masih ada gangguan seperti itu

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan

Sangat pantas masa berlalu
sekejap saja dah hampir habis hari ketiga berpuasa
Tahun ke-6 berpuasa tanpa mak
sebelum Ramadhan bergenang sudah mata
Ramadhan kali ini diharap membawa barakah