Friday, March 30, 2012

Kitty

Ahad lepas aku bawa Kitty ke klinik
Doktor india tua tu membebel2 ntah pape dgn aku
Aku tgk dia cucuk Kitty tu dos ubat mcm byk sgt je
Kitty makin xleh jalan
Semalam aku perhatikan dia btl2
Macam dah mula nak lumpuh
Arini blk keje terus bawa jumpa Doktor yg selalu rawat kucing aku
Dulu klinik dia dekat Carrefour kepong
senang la aku nak anta anytime
sekarang dah pindah ke Segambut
Disebabkan sayang sgt
sanggup aje berkejar kesana lepas blk keje td
Doktor terus tnya camna boleh jd mcm tu
Aku cerita la bawa dia ke klinik kepong tu
klinik yg dekat dgn kedai jual ikan
aku cakap la doktor tu cucuk kitty
terus doktor Lin tnya mcm mana dia cucuk
kasar ke, kuat ke
aku cakap la sampai Kitty menjerit
sebab biasa kalau Doktor Lin cucuk
kucing x jeritpun
diam aje x sakit ke apa
Doktor Lin cakap mungkin dia cucuk terkena saraf besar
sebab tu Kitty makin teruk
X boleh berdiri n berjalan
Doktor bagi ubat saraf and antibiotik
dan menyarankan utk fisioterapi hari2
tgk perkembangan 10 hr ni mcm mana
Lepas 10 hr dtg blk utk rawatan susulan
Ya Allah, sembuhkanlah Kitty
puas aku menahan diri dari menangis depan Doktor Lin
semua salah aku
sebab xnak pegi klinik Doktor Lin dekat segambut
Aku hantar Kitty ke klinik yg ubat2 dah expired ke apa
Masa masuk klinik tu hati terus rasa something
tp dah nak jd
Pengajarannya, hantarlah kucing ke Doktor yg selalu merawat kucing2 kita
Biarlah jauh manapun asalkan kucing kita kembali sihat

No comments: