Thursday, November 29, 2012

Fire Drill

Esok ada latihan fire drill
Nak turun 14 tingkat?
Waahhh!

Monday, November 19, 2012

Target

Serasakan semakin merosot prestasi kerja
Kenapa?
Mungkin kurang bersemangat
Atau mungkin dah manja dengan tiket yg senang?
Sekarang tiket sentiasa yg memenatkan otak
Aku bukan lagi the best ranking
Sikit sikit aku jatuh
I need new energy kot

Thursday, November 15, 2012

Exhausted - Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah
I'm working today
And the tickets are damn hard to settle
I'm totally exhausted
From morning until the end of the day
Keep research on handling the request
Need to sleep early tonight

Saturday, November 10, 2012

Pasangan Arab

Hari ni ke low yat dengan kakak aku, nor
Menghantar mp4 yg kelihatan seperti rosak
Hakikatnya cable saja yg rosak
Dr rumah aku dah cek n kata cable rosak
Akhirnya dapat cable baru

Dah drive nak ke ampang point
Boleh plak aku tersilap jalan
GPS dipasang n terus follow jalan yg diberi
Apa daa dia patah balik ke Pudu
Kat traffic light sepasang pasangan arab memandu wira
Dia buka tingkap and memandang aku
Aku dengan berat hati memandang kakak aku 'boleh ke? Buka je la eh... Bismillahirrahmanirrahim'
Kakak aku sendiri x perasan aku bertanya
Tetiba dia pelik aku buka tingkap
Minah arab bertanya 'KLCC?'
Aku pun pandang kakak aku n bertanya... Masuk kiri kata kakak aku
Disebabkan susah nak explain pasal lampu dah hijau n jalan jauh lg
'turn left... You follow me'
Dengan drastik aku buat keputusan nak menghantar
Sebab aku nak ke jalan mamanda 5
Belakang ampang point
Memang jalan sehala
So akupun memandu mencari jalan yg x jem mengikut petunjuk kakak aku
Memandu sampai ke laluan ke parking KLCC
Dorang dah selamat sampai la tu
Rezeki dia berjumpa aku
Sebab ikutkan aku x lalu situ td
Allah maha mengetahui setiap apa yg dirancang
Hari ni aku membantu org tunjuk jalan
Lain kali org plak bantu aku
Lgpun sedekah minyak ke atas nama mak abah kata kakak aku

Lawak gak cara aku td
You follow me
Kakak aku terus tanya
'awak nak hantar ke klcc ke?'
Aku jawab 'aah... Susah nak explain'
Hehe...
Kakak aku asik gelak je cara aku cakap 'u follow me'
Sangat drastik and sarcastic...

A happy day dengan kakak aku

Saturday, November 3, 2012

Gigi Bongsu

Dulu masa zaman belajar dah cabut yang belah kanan bawah
Senang aje doktor cabut masa tu
Tapi hari ni cabut belah atas kanan pula
Dah 3-5 hari menahan sakit gigi tu mengasak bahagian isi pipi di dalam mulut
Setiap kali makan sakit yang teramat
Terpaksa terus menelan apa sahaja yg dimakan

Berjumpa doktor tadi telah explain segalanya
Doktor nasihat cabut
Dan memang itu tujuan aku ke klinik gigi
Sebelum dicabut

Aku: sakit x doktor cabut gigi ni nanti?
Doktor: biasanya x sakit
Aku: hmmm... Ok

So doktorpun mencucuk ubat kebas dengan secukupnya
Bergenang mata masa dicucuk dengan pelali tu
Aku ni agak manja
Kena cucuk sikit macam tu pun dah berair mata
Doktor tengok aje aku kesat mata
Mesti dia tau aku memang jenis x tahan sakit

Tengah usaha mencabut ditanya 'sakit x?'
Aku hanya mengangguk
So doktor cucuk lagi ubat pelali
Actually bukan sakit
Tp gegaran utk melonggarkan gigi tu membuatkan aku rasa mcm sakit
Tak sakitpun
Dah x pasal2 tebal lama gila bahagian mulut belah kanan tu
Doktor tu sangat concern dgn aku yang jenis x tahan sakit

Agak lama usaha utk mencabut
Sehingga berdoa di dalam hati
'Ya Allah, mudahkan lah doktor ini mencabut gigi aku'
Alhamdulillah sekejap lepas tu dah dapat dicabut
Besarnya gigi aku!

Dan kesan sakit gusi bengkak tu dr tengah hari tadi sampai sekarang
Sepatutnya ada main badminton malam ni
Tapi sakit n rasa nak demam
Xnak la merisiko kan diri
Kang demam x dapat plak keje

2 biji ubat tahan sakit dr klinik gigi dan sebiji ponstan aku telan
Pengsan sekejap..
Hope cepat la hilang sakitnya

Friday, November 2, 2012

Check-Up

Atas nasihat Dr Julie Eileena
Kawan masa zaman sekolah
Aku pergi Klinik Kak Nora utk cek masalah berdebar yg melampauan itu
Agak lama aku dicek oleh doktor
Denyutan jantung di dada dan belakang
Tekanan darah dan nadi di pergelangan tangan
Ditanya segala perihal diri aku
Bagaimana rasa debaran tu
Sampai sakit dada atau x

Ubat banyak gila dapat
Ubat jantung utk 15 hari
Kalau masih berdebar doktor akan bg surat utk ke Hospital
Moga tiada apa2