Saturday, November 3, 2012

Gigi Bongsu

Dulu masa zaman belajar dah cabut yang belah kanan bawah
Senang aje doktor cabut masa tu
Tapi hari ni cabut belah atas kanan pula
Dah 3-5 hari menahan sakit gigi tu mengasak bahagian isi pipi di dalam mulut
Setiap kali makan sakit yang teramat
Terpaksa terus menelan apa sahaja yg dimakan

Berjumpa doktor tadi telah explain segalanya
Doktor nasihat cabut
Dan memang itu tujuan aku ke klinik gigi
Sebelum dicabut

Aku: sakit x doktor cabut gigi ni nanti?
Doktor: biasanya x sakit
Aku: hmmm... Ok

So doktorpun mencucuk ubat kebas dengan secukupnya
Bergenang mata masa dicucuk dengan pelali tu
Aku ni agak manja
Kena cucuk sikit macam tu pun dah berair mata
Doktor tengok aje aku kesat mata
Mesti dia tau aku memang jenis x tahan sakit

Tengah usaha mencabut ditanya 'sakit x?'
Aku hanya mengangguk
So doktor cucuk lagi ubat pelali
Actually bukan sakit
Tp gegaran utk melonggarkan gigi tu membuatkan aku rasa mcm sakit
Tak sakitpun
Dah x pasal2 tebal lama gila bahagian mulut belah kanan tu
Doktor tu sangat concern dgn aku yang jenis x tahan sakit

Agak lama usaha utk mencabut
Sehingga berdoa di dalam hati
'Ya Allah, mudahkan lah doktor ini mencabut gigi aku'
Alhamdulillah sekejap lepas tu dah dapat dicabut
Besarnya gigi aku!

Dan kesan sakit gusi bengkak tu dr tengah hari tadi sampai sekarang
Sepatutnya ada main badminton malam ni
Tapi sakit n rasa nak demam
Xnak la merisiko kan diri
Kang demam x dapat plak keje

2 biji ubat tahan sakit dr klinik gigi dan sebiji ponstan aku telan
Pengsan sekejap..
Hope cepat la hilang sakitnya

No comments: