Friday, March 29, 2013

Massage

2x massage di Vietnam
Tangan kanan sudah mula mampu utk menyentuh bahagian kepala sebelah kiri
Tapi masih sakit2 lagi

Makna kata, perlu urut banyak kali di Malaysia

Kakak aku sedikit menyesal x membawa aku urut setibanya di Vietnam
Tidak menyangka urut disana mampu mengurangkan kesakitan urat2 tangan kanan ini dan membolehkan pergerakan sedikit lancar

3x berurut sudah
Perlu lebih lagi utk kembali normal
Tangan sudah senget dan sukar untuk pulih seperti sediakala rasanya

Thursday, March 28, 2013

Flight

Sejujurnya sejak menginjak ke angka 30 tahun ni
Terasa selalu aje risau n takut
Atau mungkin selepas accident dan patah tgn ??
Fobia mungkin...

Selepas 5 tahun, baru naik flight semula
Risau n takut x terkira
Berdoa dan berzikir sepanjang flight
Alhamdulillah selamat sampai

Penerbangan pergi amat baik
Begitu juga dengan landingnya
Tetapi pilot balik td lagi smooth dr hari pergi
Naik tidak terasa, landing tidak terasa
Meraup syukur apabila tayar sudah jejak ke landasan
Alhamdulillah

Monday, March 25, 2013

Vietnam

Alhamdulillah selamat sampai Vietnam semalam, 24 March 2013
Penerbangan yg sangat smooth
Landing yg sangat smooth

Cuaca agak panas
Bukan terik tetapi panas yg sangat berbahang
Kepala sakit berdenyut2
Jalan bertiga aje dengan kakak aku dan kakak ipar

Agak janggal bercuti xde kak lina bersama
Ajak tp dia xnak ikut pula
Akhirnya sampai juga
Walaupun dengan keadaan tangan patah yang tak sembuh sepenuhnya lagi

Sourvenir sangat mahal disini
Harga didalam USD
Rabak juga walaupun baru sehari disini semalam

Semoga perjalanan pulang nanti selamat
Aminn

Saturday, March 23, 2013

Urut

Rabu lps urut sedikit tgn yg patah di kg melayu kepong
Lepas urut, tido jd x lena
Terjaga2 sebab sakit, mengerang kesakitan
Tp Alhamdulillah
Kurang sedikit bengkok tgn aku ni
Perlu berurut lg rasanya ni

Tadi dah beli wrist bandage
Dinasihatkan oleh tauke kedai printing td utk pakai bandage bg muscle bercantum balik
Berfikir tentang logiknya, maka beli la wrist bandage
Mula2 pasang... Uik terasa sakit pula
Hopefully membantu mengurangkan bengkak dan memulihkan tangan ini semula


Thursday, March 21, 2013

Driving

After 2 months tak drive or ride
Today have to drive since my sis not feeling well
Luckily aku offer utk drive
Tgh2 drive my sis dah uwek2 nak muntah
All because of overloaded with jobs from morning
X sempat makan langsung smpai angin naik ke kepala
Almost 3pm she pick me up from my home
Nasib cepat perasan that she pale enough
Even tangan still bahaya utk drive
Aku rela drive dari sama2 dlm bahaya
At least i have left hand to drive
And the car is power steering
My right hand just pegang steering a bit
Memutar n memulas semua tgn kiri
Tangan kanan hanya membantu sedikit
Sakit sakit sakit
Seriusly masih sakit utk membuat kerja2 dengan tangan kanan
Macam mana kerja nanti?
Semoga tulang tumbuh dengan sepenuhnya secepat mungkin
Tangan sudah bengkok n bengkak tak surut lagi

Saturday, March 16, 2013

Demam pula

Sakit urat bengkak sampai demam
Ditambah selsema jangkitan virus dr kakak aku
Waahh rasa lembik sekali badan
Tangan masih tidak kuat!

Wednesday, March 13, 2013

Movement

Selepas buka simen di tangan semalam
Balik kerumah untuk solat
Ya Allah x mampu nak angkat tangan
Bantuan tangan kiri diperlukan

Selesai Wudhu' utk Solat Maghrib pula
Terasa pergelangan tangan umpama dihiris dgn pisau dan dicurahkan air
Tak termampu nak masukkan tangan dalam arm sling
Mengerang kesakitan sampaikan anak2 buah ternganga tengok makcu dia dalam keadaan sakit yang melampauan
Memaksa juga tangan utk masuk arm sling
Maka solat dgn arm sling... Isya' juga begitu

Urut2 n exercise sedikit
Bangun utk Subuh dah boleh letak tangan kt lutut utk rukuk
Sujud masih x berkemampuan
Balik rumah n memaksa membuat regangan sampai terjerit2 sakit
Hasilnya Zuhur dah boleh meletak telapak tangan untuk bersujud
Cuma diletak tanpa tekanan

Allah memberi sakit untuk menghapus dosa
Ya Allah besar benar dosa hamba-Mu ini
Ampunilah aku
Kasihanilah aku
Berkatilah kehidupan aku
Sucikanlah hati aku
Berikanlah aku kesihatan yg sempurna
Seperti mana aku dilahirkan sempurna, sambutlah kepulangan aku nanti dgn kesempurnaan yg sama juga ya Allah
Aminn ya Allah

Tuesday, March 12, 2013

Simen Dibuka

Alhamdulillah simen sudah dibuka
Ya Allah takutnya bila doktor guna mesin tu
Takut terkena tangan
Tangan sudah senget sebab tak nak masuk besi
Tak apa lah janji tak ada besi dalam tangan
Cukup sempurna untuk menunaikan ibadat dan menguruskan kehidupan harian
Syukur Alhamdulillah dah

3 minggu lagi MC
Total 2 bulan satu minggu MC
Ya Allah lamanya
Tak apa lah asalkan tangan boleh sembuh

Thursday, March 7, 2013

7 March 2013

I am 30 years old today
Alhamdulillah Allah masih memberikan nyawa untuk menginsafi diri
Dugaan dan Ujian dr Allah
Buat pertama kali tangan bersimen
Umur 30 tahun disambut dengan patah tangan kanan

Hikmah disebalik patah tangan
Seminggu lepas terfikir
MC lama2 dr aku mengadap TV n tido memanjang
Lagi bagus mengaji

Alhamdulillah dah mula buka Quran semula
Walaupun ini br minggu kedua
Sekurang2nya aku dah mula mendidik hati untuk suka baca Quran
Sejujurnya, sebelum ini sangat malas
Aku hanya khatam sekali
Memerlukan guru utk mengajar tajwid
Lintang pukang bacaan aku
Itulah mak abah suruh sekolah agama xnak
Sekarang baru sedar x reti mengaji n bc tulisan jawi

Semoga Allah memberkati dan merahmati kehidupan aku ini
Semoga Allah mempertemukn aku dgn seorg lelaki yg layak menjd Imam dan membimbingkan aku dalam hal duniawi dan akhirat
Semoga rezeki yg dikurniakan tidak putus2
Dan semoga sentiasa menjadi hamba-Nya yg dilindungi dan dikasihi

Aminn ya Allah