Sunday, June 30, 2013

Urat bengkak

Tak berapa clear urat bengkak
Tapi boleh nampak la terbonjol sikit tu
Kalau perhati memang nampak ketara tangan senget dan bengkak

Bengkak bukan sebab tulang dalam proses pertumbuhan aje
Bengkak pasal tulang tumbuh senget
Jadi ruang dia dah tak normal
Redha aje la

8 July ada check up
X-ray lagi sekali
Kena tanya doktor la ada apa2 kesan tak untuk jangka masa panjang
Boleh tak buat aktiviti daki gunung ke, archery ke, menembak ke, bowling mungkin?

Hopefully masih boleh
Sebab dalam tempoh 6 bulan ni
Masih tak mampu angkat berat sikit
Terus terasa macam tulang tu nak tercabut balik
Plus retak dekat wrist tu sangat kronik
Pertemuan retak membuatkan tulang tu patah
Dan selepas patah retak panjang sehingga lengan
Kalau ada yang genggam lengan aku kuat sikit je
Memang mudah je aku rasa macam tulang tu remuk

Nasib baru sekali digenggam kuat
Tapi tak ingat plak siapa yang genggam
Aku terus mengaduh sakit la
Xkan nak diam pulakkan



No comments: