Sunday, October 27, 2013

Fitnah

Fitnah itu sama hukum dgn membunuh
Tapi kenapa org masih lagi membuat fitnah?
Tak takut hukum Allah?
Kenapa dengki dgn kemesraan persahabatan?
Kenapa mesti buat dua org kawan yang baik sesama sendiri utk bergaduh?
Kenapa mesti gembira lihat kemusnahan persahabatan kawan sendiri?
Apa yang diperolehi hasil dari fitnah?
Kepuasan hati?
Apa yang perlu dipuaskan sangat hati tu?
Tak takut satu masa nanti fitnah itu akan terbongkar?
Tak takut akan membuatkan orang membenci diri sendiri?

Sungguh hati aku marah
Tapi aku hanya mampu bersabar
Satu masa nanti
Allah akan membalas

Badminton

After a few weeks
Starts playing badminton semalam
Terasa lemah aje memukul
Masih bertgn kiri
Cuba juga dgn tgn kanan
Baru service dah x tahan sakit
Jangan dipaksa kelak merana


Saturday, October 26, 2013

Menulis

Pagi td bercakap dgn kak lina
'Akak, im dh tak reti nak menulis. I was thinking how i can be a winner during school for puisi, sajak... But now i can't even write better in my blog' kata aku
'Dah tak menulis lama memang la. Kena selalu' lebih kurang gitu jawab kak lina

I really need to practice more
Bukan bahasa melayu je teruk
Bahasa inggeris yg memanjang failed dr school pun bertambah teruk skrg

Need patient to do all those things
Perhaps

Friday, October 25, 2013

Wrist in Pain

Serve you right
Archery sangat kan?
Wrist in pain
Its a critical crack on my right wrist
Tulang besar... Kiri dan kanan retak
Bertembung dan patah
Its take a long time to recover 
Baru 70% je recover ni
Belum 100%
Dah belasah memanah
Memang la sakit semula kan

Jangan sakit lama2 ye
Monday nak start guna right hand banyak2

Archery

Pertama kali archery di times square bersama kak lina
Arini second time dgn nor and balang
Alhamdulillah 3 kena bull eyes
Satu aje x dapat
Ntah camna boleh kena
Saja try focus tepat2... Terkena pula
En Adam x puas hati
'Nanti saya dgn khairul senyap2 pegi sini. Dh terror saya ajak ima main'
Itu la kata en adam
Melawak kejenya

Archery sangat bagus utk kekuatan tangan dan ketajaman mata
Nabi Muhammad saw menggalakkan umatnya utk memanah
Sekurang kurangnya cuba utk mengikut sunnah
Mungkin perlu dijadikan aktiviti bersama nor






Wednesday, October 23, 2013

Ikatan

Ikatan persaudaraan
Ikatan persahabatan
Ikatan perkahwinan

Ikatan persahabatan sangat hebat impaknya
Putus cinta tak sehebat putus persahabatan perasaannya?
Mungkin itu yang aku alami
Sangat susah untuk diterima
Sangat sakit untuk ditanggung

Kenapa mesti lari dari masalah?
Kenapa tak mahu berbicara dan berbincang?
Kenapa selalu mengelak untuk berjumpa?

Pelbagai persoalan dalam kepala
Semuanya tidak mungkin akan terjawab

Bayangkan
Setiap hari kita bercakap, bergurau, berbual mesra
Secara tiba2 kita diblocked dalam whatsapp
Tanpa sebarang penjelasan
Bila berjumpa mengelak dan menunjukkan muka benci

Apa salah aku?
Sudah tentu itu persoalan di hati
Tapi sehingga kini
Aku dibiarkan dalam dilema
Kalau ikatan perkahwinan dikatakan digantung tak bertali
Dalam persahabatan apa pula istilah yang sesuai?

Hari ini
Secara tak semena
Perasaan rindu tu membuak2 didalam hati
Sedikit berair mata menahan perasaan
Sungguh aku rindukan semuanya
Tiada lagi orang yang mahu memberi perhatian

Hati dan perasaan sangat rapuh
Sedikit tercuit
Berderai la jadinya

Tuesday, October 22, 2013

Sharing

Kelmarin
Cerita semua pada Subiha
Biasa la nasihat yang diberikan
Fight for it if u think worth it for u
Malas nak fikir pape
Lets go and move with the flow
If Allah will, its will 

Sekarang dah mula rasa malas nak bekerja
Everyday mengadap benda sama
Bosan!
Previous job different task for each day
Sebab semua pun aku handle
So semua benda kena schedule
Stock report, stock checking, stock testing, stock rma to be return, stock maintenance, stock poc, stock NFR, stock repair pun aku yang buat dgn technical US nun
Itu baru stock aje
Belum sales person compile sales forecast
Schedule meeting for sales and handle any event
Admin job lagi
Handle customer boss n a few of sales person customer
Banyak kot sampai tak tertulis dah rasa

So...
Bila keje ngadap benda sama daily
Rasa nyampah bila dh daily
Tapi nak buat camna
Itu punca rezeki yg Allah bagi
Kena la redha n usaha utk suka

Monday, October 21, 2013

Kerja

Sampai bila harus bekerja?
Sampai bila mampu bekerja?
Sampai bila mahu bekerja?

Persoalan yang kerap bermain dalam kepala aku
Sebolehnya aku tidak mahu bekerja
Aku lebih suka berniaga
Tapi mungkin rezeki aku bukan dalam perniagaan
Mungkin rezeki telah ditetapkan dalam pekerjaan

Berapa lama aku berusaha berniaga?
Dari umur 22 tahun sehingga 28 tahun
Kehidupan tak pernah merasa selesa
Rezeki Alhamdulillah mencukupi utk makan dan minum
Sebab aku mempunyai keluarga angkat yang membela
Makan dan minum tidak perlu khuatir
Cuma perbelanjaan sendiri dan duit minyak kereta yang perlu diusahakan

Berusia 28 tahun menginjak ke sektor pekerjaan
Perubahan dari segi kewangan mula terasa
Kalau dulu nak minum dan makan diluar harus berkira
Sekurangnya ketika ini sudah mampu sekali dua

Bertukar pula ke syarikat sekarang
Semakin ketara kewangan yang ada
Sudah mula belajar minum di coffee bean
Sekadar melepaskan lelah bekerja
Masih tidak mampu membeli rumah dan kereta

Tahun depan mungkin ada kenaikan pangkat
Itu janji Team Leader
Kalau ada rezeki
Semoga mampu membeli kereta dan membina rumah

Perlu mengumpul kewangan
Untuk masa tua
Supaya tidak perlu bekerja sehingga kerepot

Sunday, October 20, 2013

Hope Walk

Alhamdulillah selesai charity walk for today
3x titiwangsa walk
Jalan macam nak masuk race punya laju
But its really fun enjoy this kind of activity
Need to look more

Sangat pendek 4.5km...
Need to find 5-7km aje kot
Aku x kuat nak lari lama
Gastro problem ganggu sangat
Cepat aje rasa mencucuk2 dlm perut kalau lari lama n jalan banyak

A few photo je amik
Biasa la xde org tlg amikkan





Friday, October 18, 2013

Dinner

Arini nor ajak pegu au2
Nor belanja makan
Aku pilih steak
Mahalnya!
Almost rm40 steak aje
Daging portion kecik benar
Tapi ok la lembut
Xdela liat mcm makan yg rm12-18 tu
Alhamdulillah kenyang

Dah start makan baru igt amik gmbr


Chicken soup dia sedap. Tp kalau bagi bread stick ke, apa2 bread ok gak... Ni soup aje tnpa makanan sampingan


Nor makan apa ntah 
Makanan Thai 
Memang aku tak ingat nama la
Rasa not bad gak



Dinner

Arini nor ajak pegu au2
Nor belanja makan
Aku pilih steak
Mahalnya!
Almost rm40 steak aje
Daging portion kecik benar
Tapi ok la lembut
Xdela liat mcm makan yg rm12-18 tu
Alhamdulillah kenyang

Dah start makan baru igt amik gmbr


Chicken soup dia sedap. Tp kalau bagi bread stick ke, apa2 bread ok gak... Ni soup aje tnpa makanan sampingan


Nor makan apa ntah 
Makanan Thai 
Memang aku tak ingat nama la
Rasa not bad gak



Thursday, October 17, 2013

Menunggu

Perkara paling aku tak suka adalah menunggu
Semalam kak lina cuti
So dia anta aku pergi keje
Balik keje patutnya dia amik
Kul 5.40 mcm tu dia kt Puchong lagi
Aku cakap nak naik shuttle dia tak bagi
Aku sabar la tunggu
6.30pm dia whatsapp suruh turun siap2
Bila turun tak sampai gak lagi
Call tanya kt mana
Kat highway tunggu mama solat
Ok xpe tunggu lagi

6.45 whatsapp dah gerak ke
Dia reply kata baru nak gerak
Kul 7 tak sampai lagi
Aku call tanya kt mana
Dah dekat katanya
Keep calling sampai 7.30
Kesabaran dah sampai maximum
Dah mula meninggi suara tahap gaban
Dah tak peduli orang menoleh tengok aku marah
'Im dah bosan lah' itu ayat aku
Last aku cakap aku naik teksi je, bye

Pastu aku whatsapp kata aku dah naik teksi
Padahal aku call balang minta tlg amik
Duit tinggal rm10 aje mana boleh naik teksi
Nak bayar macam mana plak nanti

Kul 8 macam tu balang sampai
Memang nak menangis dah
2 jam kot menunggu
Dengan letihnya
Dah la dapat tiket yang mencabar ketangkasan tangan dan ketajaman mata dan kecergasan otak
Memang flat rasa badan ni

Balik terus basuh baju
Kak lina call berkali2 aku langsung xnak jawab
Dia whatsapp pun aku tak reply
Serius aku marah sangat sangat sangat

Punctuality tu sgt penting utk aku
Dah tau kul 6 kena amik aku
Kenapa kul 6 masih kt puchong
Manage your time
Not time manage you
Itu yang aku selalu praktikkan

Malam dia datang rumah pujuk
Come on
Aku bukan nak dia pujuk ke apa
Magic word aje aku tunggu dari awal
Can't u even say sorry?
Aku memang menangis la pasal sedih sangat kot menunggu lama melampau
Pastu baru la nak say sorry
Sakit hati!

Mama baba tunggu kat bawah dia tak bagitau
Aku punya la letih nak kena pegi rumah dia
Padahal masa dia datang aku dah baring nak tido
Sangat sangat sangat letih

Malas nak panjang2 gaduh
Aku ikut gak la dia balik
So arini badan sangat lemau
Dia cakap 5x dia masuk tol sebab salah jalan nak amik aku
GPS ada tak reti baca macam tu la
Memang everytime kalau kak lina yang baca GPS 
Kitorg memang kena make a u-turn n salah jalan bagai
Adoila
Gps paling senang kot nak follow

Hopefully todays ticket tak mengarut
Sangat sangat sangat letih

Tuesday, October 15, 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha

Another year alone celebrating Aidiladha
I dont feel anything at all
Biasa dengar takbir akan sayu
Semalam macam xde perasaan
Kemana jiwa aku pergi?

Semalam Alhamdulillah buat pertama kali berpuasa sunat Arafah
Thanks to Aishah sebab publish kt facebook
Terus berniat untuk puasa

Planning harini ke kubur mak abah
Badan sakit2 lagi
Patut go for shopping with kak lina
But better rest
Kaki, pinggang, abdomen n belakang sangat sakit sakit sakit

Tahun ni tak korban
InsyaAllah tahun2 akan datang kalau dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki
Semoga Allah memberkati kehidupan kita didunia dan akhirat kelak

Aminn

Monday, October 14, 2013

Working

Alhamdulillah tak sakit2 badan yang melampau
Maybe sebab run utk 4km aje...
7km berjalan...
So otot tak terkejut sangat sampai nak kejang ke apa

Tapi tengah lepak2 golek2 baring2 dengan kak lina semalam
Tetiba kaki kanan cramp
Terus terangkat n kak lina terus picitkan
Haha
2x cramp
Tindakan pantas kak lina memulihkan cramp tu dengan cepat
Alhamdulillah

Harini bekerja
Bangun sahur utk puasa sunat Arafah
Tak lalu nak makan megi yang pedas
So makan tak habis
Makan coklat kisses almond 4 biji
Cukup la kot
InsyaAllah
Semoga berjaya menhabiskan puasa sunat Arafah hari ni

Aminn

Sunday, October 13, 2013

Hati dan Perasaan

Ya Allah
Sangat terseksa perasaan diketika ini
Putus cinta tidak sehebat putus persahabatan
Aku sangat terasa tekanannya
Aku tak mampu nak gambarkan
Jiwa tak tenteram

Semenjak Julai
Sehingga kini
Keadaan semakin kritikal
Aku berusaha sebaik mungkin
Tapi tiada hasil yang baik
Sebaliknya aku dimarah dan dihina
Apa salah aku?

Aku difitnah
Lihat la dengan matamu
Lihat la dengan hatimu
Aku hanya mampu bermohon pada Allah
Semoga persahabatan kita dipelihara
Aku rindukan kemesraan 
Aku rindukan gurauan
Aku rindukan perhatian

Bantulah hamba-Mu ini ya Allah
Aku perlu bersihkan nama dari fitnah manusia itu
Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada aku

Orange Run

Alhamdulillah berjaya habiskan 11km tanpa berhenti
Hanya berhenti 2x utk minum Gatorade yang disediakan
Aku memang xkan mampu berlari tanpa henti
4km pertama run
Seterusnya aku hanga walk
Terasa tekanan dibahagian perut
Aku ada gastro problem
Memang xleh force myself

Tengah run ternampak kak su
Aku terus berjalan dengan kak su smpai garisan penamat
Kak su memang selalu masuk run ni semua
Aku baru first time
Kak su pun yg ajak msk run n dia yg tlg register
Kak lina awal2 dah tinggalkan aku
Kesian saya yang x bape sihat ini
Haha

Gambar kami selepas run






Saturday, October 12, 2013

Wording

Please not now
Not in the office
I hate this
Dont be like a bitch

Rude wording?

Friday, October 11, 2013

Hard Ticket

10.10.2013
What a bad day?
32 contract early in the morning
Settle consolidation and check all the instances
Suddently found 2 instances need fullfilment
Its a revision ticket which previous quoter have wrongly quote that instances
About an hour wasting just like that

Continue with consolidation ticket and very few single contract
Around 10am got another ticket with 33 contract
Oh my God! What is happening?
EPIP is on and i couldnt make it
Got 6 EA and 2 of it are multiple party
On hold again?
Waste about one hour to scrub the RER

After lunch
Continue with consolidation
Until 5.10 request for basic ticket to hit my daily target
Helen a bit surprise
Dont want to hit for EPIP?
No i dont. I'm tired!

Its a bad day for work
But a good moment for me
Suraya says 'siapa suruh tak pegang pintu?'
Hah? Because i am holding you
Dalam hati je la
Adoiii

Bila nak settle problem ni?

Thursday, October 10, 2013

Berubat = Mengurut

Semalam bawa mama ke rumah makcik Ina
Makcik yg urut tgn aku ms br buka simen dulu
Kaki mama dh bengkak
Jalan kena pakai tongkat

Makcik ina tu bedah batin
Keluarkan dua ekor ular yg dh berbelit kat lutut
Dah bernajis sebab tu bisa
Lepas tu mama boleh bangun sendiri
X payah pegang aku n kak lina
Tercengang aku pandang
Alhamdulillah
Lega gak tgk sbb dh lama sgt dibiarkan


Wednesday, October 9, 2013

Dinner Treat

Semalam lepak coffee bean KL Sentral
Nor nak treat kak lina before her marriage
Aku makan spicy tuna yg memang spicy
Tapi sebab lapar sangat aku belasah aje makan
Kak lina makan tomato and herbs... 
Memang sgt berherbs rasanya
Nor fusilli macam aritu gak

Cit cat pot pet 
Macam2 cite kuar
Pasal maid la
Pasal Tegar penyanyi tu la
Pasal aku x dpt naik pangkat la

Balik dh agak malam. So aku buat keputusan tido umah kak lina
Balik dulu bg Adelle makan n amik baju keje
Arini mcm lemau aje nak keje
Perut rasa x sihat
Flu ada jugak

Monday, October 7, 2013

Mimpi

Last week mimpi Suraya whatsapp say sorry
Arini plak mimpi Suraya peluk and minta maaf
Apa ni?
Mainan tido or aku terlalu berharap untuk berbaik semula
Entah la
Allah je yang maha mengetahui
Aku sangat risau untuk pergi ke Kota Kinabalu sorang2 nanti
Sepatutnya bercuti dengan Suraya
Tapi dah dia ignore aku without aku tau reasonnya
Sah2 la dia xkan bercuti dengan aku
Wait and see
Semoga Allah tabahkan hati aku
Dan semoga friendship suraya dan aku
Berkekalan sehingga akhir hayat
Aminn

Sunday, October 6, 2013

Selipar

Finally ada selipar baru
Itupun kak lina belikan
'Kenapa akak nak belikan im selipar baru?' Soalan aku pada kak lina
'Akak kesian selipar im buruk sangat dah' jawapan kak lina
Aku x nafikan la
Memang selipar aku dah buruk sangat
Cuma budget bulan ni sangat ketat
Tinggal seratus lebih je sampai hujung bulan
Sah2 kena withdraw some from back up money
Dah la backup money pun tinggal bape ratus aje sebab dah kuarkan buat bayar ptptn
Xpela... Ada rezeki lain nanti
InsyaAllah
After a few years from struggling settle hutang
This is the first time aku kembali rasa susah
Gila sesak rasa kepala pk nak cari duit extra
Semoga Allah permudahkan segala urusan

Masalah muscle stress masih ada lagi
Mungkin kena tunggu lagi 2-3 hari
Semoga cepat sembuh


Orange Run

Ahad nanti 13 October
Aku n kak lina register utk orange Run
Pertama kali nak masuk acara macam ni
Aktiviti sebelum kak lina berkahwin
Semangat orange
Maka beli la baju warna orange
Seluar track kena beli gak pasal suar yang ada dah lama sangat

October 20 nanti ada walk for hope plak
Yang tu charity jugak cuma akan dapat baju
Next saturday boleh la amik and publish nanti

So baju dan seluar yang dibeli tadi seperti gambar dibawah
Ada juga number kitorg nanti
X sabarnya
But aku kena recover cepat 
Muscle stress sangat menyeksa 
Segala pergerakan kena berhati2




Friday, October 4, 2013

Muscle Stress

Ke klinik tadi
Muscle stress 
Doctor bg ubat muscle pain, bones pills dgn pain killer
Sebab pegi klinik sebab rasa x tahan dah
Seminggu simpan sakit
10 days dont play sports cakap doctor
Ada ke patut?
Esok ada badminton
Ahad depan ada orange run
Tp better rest
Kat opis pun sakit menahan ketegangan tu sampai rasa nak muntah bagai
Rasa nak nangis pun ada 
Tapi digagahi juga


PTPTN E-FES

Finally they updated their system
I have no more debts with them
Alhamdulillah
Surat perlepasan ada tapi tak snap lagi
But dah snap from their website
As below image


Wednesday, October 2, 2013

Webex

Semalam webex Suraya
Biasa la suasana dingin 
Xpela
At least aku tegur
Dosa dalam Islam x tegur lebih dr 3 hari
Thanks to Kak Lina yg selalu bagi nasihat

A few webex after aku kena blocked. Haha
At least i try to communicate
Orang dah x suka nak buat camna
As long as kita usaha menjernihkan keadaan
Jangan putus asa. 
InsyaAllah dgn izin Allah kami akan ok semula hendaknya
Aminn








Tuesday, October 1, 2013

Hectic Life

Semalam pagi ada mandatory OT
Mood agak lemau aje nak bekerja
Penat sangat agaknya seharian berada di badminton sport centre untuk support kak lina on Sunday

Everything went well
Hitting the target
Less WLM ticket since semua pulun buat keje
Arini xtau la ticket enough ke x
Biasa habis je end quarter ticket dah low
Mula la break 2 hours ke
Can back at 5:30 ke
Tapi tu soma sangat rare to happen
Once in a time 

Today a bit lemau but better than yesterday
Perhaps
I miss Suraya
I do really miss her
I mean miss all the moment we had together
Talking, laughing, bergurau, kena cubit
Semalam Suraya xde
Lately kerap sangat cuti
Maybe sakit kot sebab aritu ada dia bgtau x sihat
Semoga Allah beri kesihatan yg baik pd Suraya
Aminn

Maybe i need a break/rest/holiday
Planning to go to Janda Baik with kak lina
Before her marriage seharusnya
Next 2 weeks ada Orange Run
A week after Orange Run ada Walk for Hope
Aku masuk charity activity
Another way to contribute my income
Selain dari belanja team makan makanan yang aku mampu nak bagi

Malam tadi jumpa Mirul amik perfume yang Zai order
Passed all the Oakley Shades and Jeans in stocks
Hopefully Mirul can help to sell everything
Lama sangat dah dalam tangan
Rugi kalau x jual

Hati x berapa nak tenang lately
Semoga Allah permudahkan segala urusan
Semoga Allah memperkenankan segala doa
Semoga Allah memberi aku kesihatab yang baik
Aminn aminn aminn ya Allah