Wednesday, October 23, 2013

Ikatan

Ikatan persaudaraan
Ikatan persahabatan
Ikatan perkahwinan

Ikatan persahabatan sangat hebat impaknya
Putus cinta tak sehebat putus persahabatan perasaannya?
Mungkin itu yang aku alami
Sangat susah untuk diterima
Sangat sakit untuk ditanggung

Kenapa mesti lari dari masalah?
Kenapa tak mahu berbicara dan berbincang?
Kenapa selalu mengelak untuk berjumpa?

Pelbagai persoalan dalam kepala
Semuanya tidak mungkin akan terjawab

Bayangkan
Setiap hari kita bercakap, bergurau, berbual mesra
Secara tiba2 kita diblocked dalam whatsapp
Tanpa sebarang penjelasan
Bila berjumpa mengelak dan menunjukkan muka benci

Apa salah aku?
Sudah tentu itu persoalan di hati
Tapi sehingga kini
Aku dibiarkan dalam dilema
Kalau ikatan perkahwinan dikatakan digantung tak bertali
Dalam persahabatan apa pula istilah yang sesuai?

Hari ini
Secara tak semena
Perasaan rindu tu membuak2 didalam hati
Sedikit berair mata menahan perasaan
Sungguh aku rindukan semuanya
Tiada lagi orang yang mahu memberi perhatian

Hati dan perasaan sangat rapuh
Sedikit tercuit
Berderai la jadinya

No comments: