Monday, October 21, 2013

Kerja

Sampai bila harus bekerja?
Sampai bila mampu bekerja?
Sampai bila mahu bekerja?

Persoalan yang kerap bermain dalam kepala aku
Sebolehnya aku tidak mahu bekerja
Aku lebih suka berniaga
Tapi mungkin rezeki aku bukan dalam perniagaan
Mungkin rezeki telah ditetapkan dalam pekerjaan

Berapa lama aku berusaha berniaga?
Dari umur 22 tahun sehingga 28 tahun
Kehidupan tak pernah merasa selesa
Rezeki Alhamdulillah mencukupi utk makan dan minum
Sebab aku mempunyai keluarga angkat yang membela
Makan dan minum tidak perlu khuatir
Cuma perbelanjaan sendiri dan duit minyak kereta yang perlu diusahakan

Berusia 28 tahun menginjak ke sektor pekerjaan
Perubahan dari segi kewangan mula terasa
Kalau dulu nak minum dan makan diluar harus berkira
Sekurangnya ketika ini sudah mampu sekali dua

Bertukar pula ke syarikat sekarang
Semakin ketara kewangan yang ada
Sudah mula belajar minum di coffee bean
Sekadar melepaskan lelah bekerja
Masih tidak mampu membeli rumah dan kereta

Tahun depan mungkin ada kenaikan pangkat
Itu janji Team Leader
Kalau ada rezeki
Semoga mampu membeli kereta dan membina rumah

Perlu mengumpul kewangan
Untuk masa tua
Supaya tidak perlu bekerja sehingga kerepot

No comments: