Thursday, October 17, 2013

Menunggu

Perkara paling aku tak suka adalah menunggu
Semalam kak lina cuti
So dia anta aku pergi keje
Balik keje patutnya dia amik
Kul 5.40 mcm tu dia kt Puchong lagi
Aku cakap nak naik shuttle dia tak bagi
Aku sabar la tunggu
6.30pm dia whatsapp suruh turun siap2
Bila turun tak sampai gak lagi
Call tanya kt mana
Kat highway tunggu mama solat
Ok xpe tunggu lagi

6.45 whatsapp dah gerak ke
Dia reply kata baru nak gerak
Kul 7 tak sampai lagi
Aku call tanya kt mana
Dah dekat katanya
Keep calling sampai 7.30
Kesabaran dah sampai maximum
Dah mula meninggi suara tahap gaban
Dah tak peduli orang menoleh tengok aku marah
'Im dah bosan lah' itu ayat aku
Last aku cakap aku naik teksi je, bye

Pastu aku whatsapp kata aku dah naik teksi
Padahal aku call balang minta tlg amik
Duit tinggal rm10 aje mana boleh naik teksi
Nak bayar macam mana plak nanti

Kul 8 macam tu balang sampai
Memang nak menangis dah
2 jam kot menunggu
Dengan letihnya
Dah la dapat tiket yang mencabar ketangkasan tangan dan ketajaman mata dan kecergasan otak
Memang flat rasa badan ni

Balik terus basuh baju
Kak lina call berkali2 aku langsung xnak jawab
Dia whatsapp pun aku tak reply
Serius aku marah sangat sangat sangat

Punctuality tu sgt penting utk aku
Dah tau kul 6 kena amik aku
Kenapa kul 6 masih kt puchong
Manage your time
Not time manage you
Itu yang aku selalu praktikkan

Malam dia datang rumah pujuk
Come on
Aku bukan nak dia pujuk ke apa
Magic word aje aku tunggu dari awal
Can't u even say sorry?
Aku memang menangis la pasal sedih sangat kot menunggu lama melampau
Pastu baru la nak say sorry
Sakit hati!

Mama baba tunggu kat bawah dia tak bagitau
Aku punya la letih nak kena pegi rumah dia
Padahal masa dia datang aku dah baring nak tido
Sangat sangat sangat letih

Malas nak panjang2 gaduh
Aku ikut gak la dia balik
So arini badan sangat lemau
Dia cakap 5x dia masuk tol sebab salah jalan nak amik aku
GPS ada tak reti baca macam tu la
Memang everytime kalau kak lina yang baca GPS 
Kitorg memang kena make a u-turn n salah jalan bagai
Adoila
Gps paling senang kot nak follow

Hopefully todays ticket tak mengarut
Sangat sangat sangat letih

No comments: