Wednesday, November 6, 2013

Nikah Apit

3 Nov 2013
Alhamdulillah Apit selamat bernikah
Aku menjadi photographer
Sebab aku jenis selamba ke belakang tok kadi ke mana2 lokasi yg sesuai
Maka aku la yg diminta utk merakam saat akad dan moment indah majlis pernikahan
Alhamdulillah dapat shot semua sekali walaupun terkejar2

3 kali akad
Semua gara2 mas kahwin pakai bank draft
Susah sampai kena sebut no bank draft bagai
Leceh bebenar
Lain tempat lain cara pula
Boleh aje akad seperti biasa
Yang penting wang akad itu dibayar tunai
Punca buat bank draft sebab risaukan kecurian ke apa
Takkan nak bawa wang tunai beribu dalam perjalanan
Macam2 boleh jadi zaman sekarang

Gambar pengantin di tempat perjumpaan keluarga ada dibawah
Gambar lain soma dalam dslr kak lina





No comments: