Tuesday, December 31, 2013

Kubur

Alhamdulillah tercapai gak hajat nak bersihkan kubur mak
Tanah dah mendap lama
Dah berkali2 cakap dengan abang2 nak tambah tanah
Nak harap aku yang perempuan memang tak daya

Sabtu lepas habis jogging
Balong sekeluarga, balang n kak ani dengan aku ke kubur
'Berapa ye kalau nak tambah tanah?' Soal aku
Apa ntah jawapan dorang
Tapi yang aku ingat aku cakap
'Kalau nak buat, baik buat sekarang. Kalau tangguh memang tak buat2' lebih kurang macam tu aku cakap
Terus balong n balang pergi hardware

Tangan sedikit sakit
Maklum tak fully recover pun patah tu
Tak sampai sebulan pun lagi genap setahun patah tangan
Lama rupanya nak sembuh



Thursday, December 26, 2013

Jodoh?

Jodoh x semestinya lelaki dan perempuan
Jodoh dalam persahabatan sesama jantina
The bonding relationship more telus kot

Aku kerap tertanya di hati
Berjodohan ke aku dgn dia?
Setiap kali hati berdetik
'Kalau ada jodoh kejap lagi mesti jumpa'
Dan dah beberapa kali mesti terjumpa
Dan aku rasa aku sungguh kenal dia
The sound of dia walk
The sound of voice
The aura yang dia bawa
I can feel bilamana dia near aku
Even bersebelahan bilik
Aku xtau siapa 
Tapi aku boleh rasa kehadiran dia

Tapi...
Allah lebih mengetahui segalanya

Settle Hutang

Alhamdulillah
One month bonus help me a lot
Paid all the debts to Taufiq
Habis sebulan gaji
Adoi...
Important is tak berhutang dan hati lega

Got another to settle
Since when la aku suka hutang ni?
Correction..
Bukan suka tapi salah perhitungan
Yang jangkanya akan membuahkan hasil
Tapi yang terjadi sebaliknya


Wednesday, December 25, 2013

Lonely

I hate the feeling
But i can feel
People around me start avoiding or run from me
What have i done?
I mean people is my colleague
Actually not effect my life at all
Its just that
I hate to see her acting
Haish...
What a bored life

Sunday, December 22, 2013

UOB Tournment

Kak lina dapat tempat ketiga
Alhamdulillah





Doctor

Kak lina mencari Acid Folid
Kami ke farmasi dan bertanya pada orang yg menjaga kaunter
'Doktor suruh makan ke?' Tanya that girl
'Taklah, saya saja nak makan' kata kak lina
'Doktor suruh makan je baru boleh makan ke?' Tanya aku pula
'Xdelah, boleh je makan sebab vitamin kan. Lagipun baik utk orang nak jaga untuk pregnant ke apa'
'Saya nak untuk sebulan' cakap kak lina
'Amik la untuk 3 bulan. Im pun amik ubat untuk 3 bulan. Sebab dalam tempoh 3 bulan baru kita nampak kesannya' kata aku
'Dia ni Doktor' cakap kak lina sambil tunjuk aku pada that girl
Terus that girl pandang aku atas bawah
Doktor apa pakai tshirt n jeans je. Selipar aje lg plak tu (agaknya la dia fikir macam tu)
Hahaha
Sungguh lawak
Berkerut muka bila kak lina cakap aku doktor
Doktor mende tnya dia macam2 kan
Huhu

Wednesday, December 18, 2013

P&Q Session

Tadi ada P&Q Session
Actually dari hari Isnin Helen dah curious tgk aku
Muka yg sangat x fresh
Muka bermasalah la kata orang

She ask me 'how r u?' Dengan muka curious dia
What to answer?
I'm ok... Just headache and pain on my hand
Actually lari dari kisah sebenar
Tak nak dia tau masalah personal aku dgn rakan sepasukan
But dari riak muka dia still nak tau something gak
Aku ubah topik cakap tangan sakit sebab main badminton tgn kanan
Patut tak boleh use a lot of right hand for the 1st year ni
Sebab masih banyak bahagian tulang x abis tumbuh

Berjaya menukar subject utk bicara hal peribadi
For me... Let me handle the problem with my own way
Biar la orang xnak berkawan dan bercakap
As long as kerja aku tak melibatkan they all
Biar la apa nak jadipun
Just prove to urself that u can do better even orang benci

One day... InsyaAllah akan terbongkar segala kisah
Sampai masanya nanti
Malu lah orang yg membuat penganiayaan pada aku
Malu lah orang yg terpedaya dgn cerita dusta tu soma
InsyaAllah dengan izin Allah swt

Rutin

Rutin harian dah berubah
Kalau dulu pukul 5 pg dah bangun
Mandi siap solat
6.15 keluar rumah amik kak lina
Parking kereta dekat komuter
(Ini kisah selepas accident patah tangan)

Sekarang pukul 6.30 baru nak bangun
Mandi solat siap
Pukul 7.15-7.30 dah keluar rumah
Apa awal sangat? Masuk kerja pukul 9 kan?
Well... Aku suka sampai opis awal
Boleh turn on pc n sign in semua system yang nak digunakan
Kalau ada on hold boleh siapkan
Kalau ada opp load boleh closekan

Rutin selepas balik kerja
Dulu lepak dgn kak lina
Solat maghrib makan malam sama2
Pastu balik rumah dah 8 lebih
Relax2 pastu tido

Sekarang sampai rumah sebelum 6.30
Baring2 belek hp atau layan perasaan
Kadang2 dinner dgn nor dekat kedai bawah
Lepak dgn anak buah
Rutin malam whatsapp dgn kak lina
Cerita hal harian
Rindunya nak borak dgn dia
Whatsapp x sama la dgn bercakap

Tuesday, December 17, 2013

Audit Error

Alamak
Baru start audit dah error
Revenue plak tu
Camna la aku leh leka
Cross Country manaleh consolidate
Ayoyo
Need to be more focus and alert ye isma

Monday, December 16, 2013

Down

Aishah MC
Yema maybe MC jugak
So alone the whole day
Akupun xtau since bila dipulaukan
Bermula dgn Suraya blocked n hate me
Melarat ke wc yang langsung tak bertegur sapa
Berjangkit dengan team yg melayu

Am i that bad?
Besday celebration pun aku xde mood nak attend
Tapi paksa gak diri nyanyi
During lunch hour keluar sorg2 beli nasi kt bawah
Naik atas tgk semua malay dlm team tgh berkampung makan
Do they invite me to join?
Never!
Since when?
Akupun x pasti
Kenapa tetiba je dorang mcm tu?

Aku makan sambil dgr lagu n baca novel
Tetiba dengar suara yg sangat aku kenal
Menoleh tgk
Betul she's there borak2 n happy ketawa riang
And i heard 'dah korang x bertegur sapa' from my wc
Itu je aku dgr psl saja dikuatkan nada tu
Malas aku nak amik kisah

I miss kak lina
I want her to be with me
For me to cry on
I need her to listen to all my sadness
I want her badly

Saturday, December 14, 2013

Saturday Day

Baru selesai majlis celebrate birthday Azhad dan Afif
Keluarga sahaja
Xde jemput sesiapa yg lain
Alhamdulillah kenyang
Walaupun tengahari td makan pizza express aje

Harini agak busy cuci beranda
3 hari xde air merupakan satu penyeksaan
Mandi pun susah
Nak amik wudhu' pun payah
Nasib memang ada simpan dua botol besar air mineral
Habis baju dibasuh tadi

Kejap lagi badminton macam biasa
Esok jogging (aktiviti dgn anak2 buah)
Ke PWTC juga sebab ada expo buku
Kebetulan ternampak ada Falcon Education fair gak di pwtc
Elok la bawa Afiqah tengok mana2 yg sesuai
Besar dah anak buah aku
Habis SPM dah dia
Kadang rasa macam dia kecik lagi
Dan kadang rasa dia lg matang dr aku
Huhu



Thursday, December 12, 2013

Letih

Since start bawa motor
Rasa letih sangat
Ke sebab sakit belakang?
Kan terhentak2 bila jalan teruk

Kepala pun letih
Hati pun letih
Jiwa pun letih
Entah pape opis sekarang ni
Ada rasa nak apply tukar department atau tukar team

Alasan?
Saya tak suka work with my working captain
Boleh?
Saya benci tengok dia...
Sebab setiap kali tengok saya terfikir apa yang dia dah racun Suraya sampai saya dibenci
Apalah salah aku?



Wednesday, December 11, 2013

Hard Week

Its a hard week?
Epip is on i dont even manage to hit that
Daily target pun mnta simpati kt TL utk bg basic ticket
Gila susah n damn tired fikir nak settle

Arini lepas solat maghrib terus pengsan
Letih overdose
Huhu

Hati sangat tak tenteram
Sampai bila macam ni kan?

Monday, December 9, 2013

Rindu

Alahai napa la rindu cepat sangat
Semalam kan dah jumpa kak lina n borak
Arini dah rasa rindu sangat
11 tahun berkepit kesana sini
Tetiba berjauhan macam ni
Ya Allah susahnya nak terima

Harini first day kerja after a week cuti
Rindu pada Suraya juga
Tapi dapat dah tgk dia
Looks like macam dia ok je
Ke sebab dia langsung x pandang aku
Dia nampak ceria harini
Happy for that

Aku dah buat istikharah
Minta petunjuk
Dan hati tetap kesitu
Semoga segalanya terjelas nanti
Secepat yang boleh hendaknya
InsyaAllah

Sunday, December 8, 2013

Riding

Dah amik motor td
Mama dah pesan bawa elok2 musim hujan ni
InsyaAllah
Td bawa 60km/j paling laju
Tak berani lagi

Sengal gak pergelangan tangan ni
Hopefully x effect utk kerja
Semoga tangan cepat sembuh
Aminn

Aktiviti Kesihatan

Semalam badminton half an hour aje
Bermain left handed ni cepat lenguh
Tangan kanan masih x cukup kuat
Wrist masih sakit yang amat
Berapa lama agaknya baru sembuh

Harini jogging 1 round
Terasa semput pula
Macam mana nak masuk run banyak2 ni
Kagum la pada orang yang berstamina tinggi
Aku cepat pancit

Saturday, December 7, 2013

Gathering

Finally 7 Dec 2013
Gathering dekat Full House
7 org je datang
Keluar dr Full House baru lagi 3 orang datang
Karaoke pulak lepas makan2
Sangat fun!

Aku langsung x pernah karaoke before this
Terjebak jugak masuk
Sakit tekak gak la memekak melalak
Huhu





Thursday, December 5, 2013

What a tiring day...

Selesai solat maghrib
Baca sms Afiqah (anak buah)
Bgtau ada majlis penyampaian sijil yayasan selangor
Letih sbnrnya
Mata x larat... Badan letih...
Balik td angkut beg berat2 jalan dlm hujan blk rumah

Fikirkan mak abah dia xnak bawa
Aku gagahkan gak badan
Dia wakil sekolah utk amik sijil
Ayooo... Sangat letih

Nasib ada Waze
Senang aku mencari lokasi
Shah Alam jauhnya

Leaving KK

Finally its time to fly back
I miss my KL damn much
I really cant leave KL for long kot
Or i miss people there?
Definitely!
A week away... 
Make me halfly insane
Haha

Flight looks like nak delay aje ni
X nampak pun pesawat MAS
Its ok... Chill aje


Wednesday, December 4, 2013

Kundasang

Alhamdulillah dapat juga ke Kundasang
Azriey plan 8.30 amik
Tapi dia postpone ke 11
Almost 12 x dtg or call aku terus whatsapp n call
Tertido rupanya
Semalam tido kul 4 katanya
Walaupun lambat tetap puas hati
Dapat msk ladang lembu
Bg lembu susu dlm botol
Sangat comel!
Dia nampak je botol susu terus meluru kepala

Gunung Kinabalu Azriey bawa sampai ke kaki bukit
Sejuk
Aku suka la
Azriey sejuk sangat katanya
Bagi aku normal aje

Balik dari Kundasang Azriey bawa tempat dia borong mutiara
Seratus je habis tp dpt a few gak la
Kalau takde dia confirm br dpt 2-3 aje
Alhamdulillah
Sangat puas hati!

Arini hujan lagi
Lencun lagi kt pasar malam
Sakit kepala lagi
Jangan demam balik KL nanti dah la
Harap sihat hendaknya

Xleh check in la plak
Dah esok kena ada 2 jam awal kat airport
Huh... Bosan
Dah la airport KK tu xde pape





Tuesday, December 3, 2013

Detik Cemas

On the way balik ke Jesselton Jetty
Di tengah2 laut
Hujan yang mula lebat
Keadaan laut yang mula bergelora
Enjin boat berasap
Kami semua dah mula risau
Pemandu berusaha untuk menggerakkan speed boat
Baru jalan sikit enjin dah gigil
2-3 kali berhenti secara tiba2
Bila hujan dah makin lebat
Hati dah mula berdoa
'Ya Allah, kau mudahkan lah perjalanan ku ini. Selamatkan aku sampai'
Alhamdulillah
Enjin mula berfungsi semula

Aku mula takut
Sebab aku ni fobia air
Dikepala teringatkan Suraya
Harap dia maafkan sekiranya aku pergi
Walaupun aku xtau apa salah aku

Alhamdulillah selamat sampai jetty walaupun hujan mula lebat
Basah kuyup
Aku ni layan je org jepun cakap jepun dengan aku

Sempat lagi uncle jepun tu buat lawak
Walaupun dalam bahasa jepun aku masih faham
Boleh dia cakap 'nanti kita kena berenang'
Lebih kurang la tu maksudnya
Aku gila gelak dgn orang2 jepun tu
Semua melayu dalam boat tercengang pandang aku
'Budak ni pandai bahasa jepun ke?'
Mungkin itu difikiran dorang
Akupun musykil macam mana aku boleh faham

Banyak gak borak dgn minah jepun tu
Tapi lupa nama dia
Sebab susah benar nak sebut
Tapi they all sangat ramah
Siap cakap jepun dgn aku mcm aku faham sgt
Jadi itik ckp dgn ayam la
Aku cakap english
Dorang cakap jepun
Lantak la... Janji kami saling memahami


Island hoping

Gugel aje semalam
So arini berjalan ke Jesselton Point
1.1km lbh kurang dr hotel
Sangat panas dan basah baju dek peluh

Survey harga
Rm50.20 utk 3 pulau
Murah!
Ada yang minta rm25 mcm tu utk 1 pulau
Sorry... I already gugel utk dapat anggaran harga

Bermula ke Sapi Island
Kecik aje pulaunya
Tapi cantik scenery
Tak luas utk lepak2





Kul 12 gerak ke manukan Island
Aku x berapa suka kot
Memang lebih luas dr sapi
Tapi macam x friendly sangat pulaunya
Ke sebab aku sorang
So bosan n duduk aje lepak lepas lunch



Kul 2 gerak ke Mamutik Island
Dan aku lebih suka Mamutik
Maybe sebab dah petang and cantik nampak pantainya
Plus ada pot utk aku suka suki lepak
Kotor seluar and baju
Lantak la... Janji aku menikmati panorama




Monday, December 2, 2013

KL - KK

Alhamdulillah safely landed at 3.25pm
The smoothest flight i ever had
The whole journey sangat cool
Even cuaca not that good sebab banyak awan
Tapi pilot berpengalaman kot
Masa naik x terasa
Masa turun x terasa
Alhamdulillah

First time travel alone
Lapar giler
Dapat makan dalam flight td je
Sikit sangat
Jalan2 xtau nak makan mana
Nampak Secret Recipe
Boleh la
Esok siang senang sikit kot nak rayau tgk tempat
Malam2 ni aku macam x bape konpiden

Tengok plan esok macam mana
Maybe ke Manukan atau Kundasang
Kena tengok agent la kisah ni
Semoga dipermudahkan
Kalau x dpt cari agent ke apa
Lepak hotel aje
Relax2...

I really need to free my mind from all the problems
But my mind keep thinking of it
How la to free? Adoinya

Sunday, December 1, 2013

Tak rasa apa2 ke?

Badminton session semalam
Kak Ani (kakak ipar) bertanya
'Akak tanya abang lang, ima x rasa apa2 ke lina kawin? Best friend dia tu'
'Mana leh x rasa apa2.. Bengong sekejap gak la. Rasa macam... Aaaa tggal sorang dah. Mula hari nikah x rasa sebab still tido dgn lina. Hari Ahad tu... Waaa.. Terus balik rumah. Isnin dtg rumah mama. Lepak kejap je pastu balik. Sebab rasa macam... Susah nak terima gak. Rabu explain semua dgn lina, cite macam mana susah ima nak terima masa kitorg mula2 keje lain2 tmpt... Mcm tu la perasaan skrg.. Baru lina faham'
'Ye la... Ima dgn lina kan kawan lama'

Lebih kurang mcm tu la conversation kitorg
Sejujurnya... Menangis gak la on Sunday sampai Wednesday

Aku cite la kak lina whatsapp, sms, call n msg kt fb aku lgsg x reply. Sbb aku rasa mcm perlukan ms utk terima ni semua. Rabu aku whatsapp Su cite la psl ni and she ask me to reply... 

Lepas reply n explain panjang lebar baru rasa lega once kak lina reply dgn penuh perhatian dan toleransi
Alhamdulillah
Sudah boleh terima
Xde genang2 mata dah even ms tgh buat keje

Su kata aku lembik sgt
Kena strong
Bukan buat2 lembik ni
Bila bab perasaan aku mmg camtu
Nampak je brutal
Tapi jiwa lembik Allah je tau

Kak lina penah ckp
'Im doa la ditemukan dgn kwn rapat yg baru'
Siapa aku tnya
'Sebab tu akak suruh doa'
Mengong la aku ni
Actually aku memang berharap baik semula dgn Suraya
She's a perfect person to be my friend and to share everything
She know how to convince me
How to advice me in proper way
Dan aku xtau camna aku easily can listen to her
Biasa aku ni memang degil yg amat
Tapi Allah lbh tahu siapa yg sesuai

Ada jodoh x kemana, insyaAllah
Esok ke Sabah seorang diri
Sangat berani?
Takut gak tapi kena harungi la
Sampai bila kemana2 nak berteman
Usaha la semua sendiri
InsyaAllah... Allah ada membantu