Tuesday, December 3, 2013

Detik Cemas

On the way balik ke Jesselton Jetty
Di tengah2 laut
Hujan yang mula lebat
Keadaan laut yang mula bergelora
Enjin boat berasap
Kami semua dah mula risau
Pemandu berusaha untuk menggerakkan speed boat
Baru jalan sikit enjin dah gigil
2-3 kali berhenti secara tiba2
Bila hujan dah makin lebat
Hati dah mula berdoa
'Ya Allah, kau mudahkan lah perjalanan ku ini. Selamatkan aku sampai'
Alhamdulillah
Enjin mula berfungsi semula

Aku mula takut
Sebab aku ni fobia air
Dikepala teringatkan Suraya
Harap dia maafkan sekiranya aku pergi
Walaupun aku xtau apa salah aku

Alhamdulillah selamat sampai jetty walaupun hujan mula lebat
Basah kuyup
Aku ni layan je org jepun cakap jepun dengan aku

Sempat lagi uncle jepun tu buat lawak
Walaupun dalam bahasa jepun aku masih faham
Boleh dia cakap 'nanti kita kena berenang'
Lebih kurang la tu maksudnya
Aku gila gelak dgn orang2 jepun tu
Semua melayu dalam boat tercengang pandang aku
'Budak ni pandai bahasa jepun ke?'
Mungkin itu difikiran dorang
Akupun musykil macam mana aku boleh faham

Banyak gak borak dgn minah jepun tu
Tapi lupa nama dia
Sebab susah benar nak sebut
Tapi they all sangat ramah
Siap cakap jepun dgn aku mcm aku faham sgt
Jadi itik ckp dgn ayam la
Aku cakap english
Dorang cakap jepun
Lantak la... Janji kami saling memahami


No comments: