Tuesday, December 31, 2013

Kubur

Alhamdulillah tercapai gak hajat nak bersihkan kubur mak
Tanah dah mendap lama
Dah berkali2 cakap dengan abang2 nak tambah tanah
Nak harap aku yang perempuan memang tak daya

Sabtu lepas habis jogging
Balong sekeluarga, balang n kak ani dengan aku ke kubur
'Berapa ye kalau nak tambah tanah?' Soal aku
Apa ntah jawapan dorang
Tapi yang aku ingat aku cakap
'Kalau nak buat, baik buat sekarang. Kalau tangguh memang tak buat2' lebih kurang macam tu aku cakap
Terus balong n balang pergi hardware

Tangan sedikit sakit
Maklum tak fully recover pun patah tu
Tak sampai sebulan pun lagi genap setahun patah tangan
Lama rupanya nak sembuh



No comments: